aku yang mana satu weh?seksi sume nih...
Herm...dah lama jugak tak update...bukan tak teringin...tapi masa tidak mengizinkan. Hujung minggu pun agak sibuk kebelakangan ini..
Sejak berpindah ke KMP ni work load agak bertambah..but bukanlah giler-giler sangat. Cuma projek pelajar-pelajar buat sedikit pusing. Fikir-fikir memang aku kesian sangat dengan kat anak murid aku tu. Terutama pelajar sains ..entah bila masa nak buat lab report...tutorial dan mengulangkaji kerana aku rasa projek-projek ni memang work load yang agak besar...sekiranya mereka tidak pandai adjust masa. Petang berlatih...malam berlatih..hujung minggu berlatih..tentu letih..dan aku tumpang letih..bila ade permintaan...minta tolong tengokkan flow pantomim..pilih lagu retro..tengokkan tribute penyair..nak ubah sajak A Samad Said jadi rap..masalah tuuu!...Tenggokkan Super Hero rekacipta fantasia...ish...dah Superman tak mau pakai seluar dalam kat luar pulak...haaaiihhhh!.
Ikut-ikutkan kesihatan dan masa...memang aku tak terdaya. Tapi fikirkan tanggungjawab ...aku kena usahakan juga walaupun suamiku nampaknya kurang senang dan suka buat-buat merajuk bila aku terpaksa ke Perlis...ish...vroom sana...vroom sini...tak masak pada hujung minggu dan dia terpaksa makan di kedai seperti hari-hari yang lain.Aku harap semoga dia bersabar sepanjang bulan Julai ni...lepas tu...settle la semua...hermmm...manja boboi..hehehe...
Apapun dalam apa jua masalah yang datang..sebenarnya hikmahnya sangat besar. Dalam keletihan fizikal dan mental..rasa seronok senantiasa ada bersama. Hujung minggu diisi dengan gelak ketawa bersama anak-anak muridku..senda gurau dengan aksi-aksi lucu mereka. Diisi dengan idea yang bertapuk-tapuk untuk menjayakan projek mereka...diisi dengan pelbagai luahan tentang ketidakpuasan hati..akan rakan yang tidak memberi kerjasama...ringkasnya..pelbagai perkara. Dan yang paling penting...ada ilmu dan bakat yang tersembunyi dalam diriku dapat aku curahkan kali ini...buat aku selalu tersenyum sendiri..bila melihat aksi anak didikku itu...
Tuntasnya...hijrahku ini..hijrah yang sangat bermakna...walaupun tidak sesempurna mana..setapak ke hadapan dan didoakan semoga allah membuka ruang dan peluang yang seluas-luasnya untuk aku menyemai bakti...dan aku pun terasa ala-ala Super Hero la pulak...hehehe...wallahualam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan