Jumaat, 8 Julai 2011

KECIL....


Dua tiga hari ini aku rasa down sangat sebenarnya...tersangat...jauh di sudut hati...

Sebagai manusia biasa...aku sedar siapalah aku ni. Serba tidak sempurna..serba terlajak dalam kembara hidup. Walaupun aku sering mengingatkan diri aku...sedar diri tu...cermin betul-betul..serebeh sana sini...dalam usia yang semakin larut. 

Aku bukan tidak mahu menerima kenyataan hidup...tetapi hati kecil selalu sahaja terusik...cepat cemas..sangat perasa rupanya aku. Diteguri sedikit..mula menyorokkan muka ke dalam cengkerang yang aku bina sendiri..sangat menyedihkan dan menyakitkan.

Atas kesedaran yang teramat...aku rasa aku perlu duduk diam-diam. Perlu lebih berhati-hati lain kali...jangan hentam keromo..kena usul periksa..jangan sampai terhantuk pintu..bengkak di kepala..tak surut-surut sampai hari ini dan mungkin sampai bila-bila.

Buat yang berkenaan...saya minta maaf banyak-banyak..tidak langsung berniat melukakan...kesilapan ini adalah ralat perhitungan....hampir setiap hari aku merenung dan merenung ke dalam diri...alangkah kecilnya aku di mata orang lain rupanya...kecil dan sangat 'hitam'...wallahualam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...