Isnin, 25 Julai 2011

PENUTUP TIRAI...







Alhamdulillah...tamat jua satu episod dalam hidupku....Malam Apresiasi Puisi menjadi tirai penutup Bulan Dinamisme Kemahiran Dinamika KMP.

Berbagai dugaan terpaksa ditempuh...herm...entahlah....oranglain tak de masalah apepun...mungkin Allah hendak menduga..kekuatan jiwa aku ni.....berani tidak...tabah tidak...hadapi kekalahan dalam hidup. Pun syukur kepada Allah...dinding ketabahan aku kuat rupanya dan aku terima ketewasan pasukan satu episod demi satu episod dengan lapang dada...

Apapun petang tadi aku terpanggil menyelak-nyelak borang pemarkahan juri pantomim...kononnya mahu memperbaiki kelemahan persembahan jika diadakan lain kali. Selak dan selak..tanpa sedar...berderau darahku..gelombang demi gelombang...dan airmata tak dapat kuseka lagi...Bukan kerana sedih kekurangan diri...bukan kerana kecewa lakonan tidak bermakna....bukan kerana sakit hati juri kurang memberi markah...tapi kerana sedarlah aku akan pengiktirafan juri sebenarnya berpihak untuk anak-anakku itu. Namun takdir Allah...menutup pemandangan...serlah kekeliruan..mungkin akibat borang aggregat yang mengelirukan...penyebab kecewa berganda buat anak-anak itu...

Entah ke mana nak mengadu...lorong terbuka dan diketemukan aku dengan AJK Penghakiman..berdua kami ke dinding Dewan Kuliah..sambil berbisik bertanya duduk perkara...sahlah kesilapan teknikal telah berlaku. Bergenang airmatanya..dan aku memintanya merahsiakan...biar kami berdua yang tahu...simpan di hati...

Di lain kali..aku berjanji pada diri...perlu dihalusi perkara-perkara begini..nampak kecil tetapi buat anak-anak ini...itulah maruah diri...Ibu mohon maaf wahai anak-anak pantomim Lela Manja..dan ibu perlu akui..kamu semua adalah yang terbaik pada malam itu...wallahualam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...