Ahad, 21 Ogos 2011

KEKASIH LAMA...



Amboi...tu suamiku tengah menyandar di sofa. Herm...nampak macam tak sabar menunggu ketibaan pergio...nak ke KL lagi..mesyuarat ketua-ketua jabatan. Menyampah aku tengok...hehehehe...

Aku selalu begini. Tengok dia dari jauh. Sambil menulis blog mata mengerling dia. Dia pulak sambil tengok tv...mata mengerling aku. Kalau aku online fb..aku tahan perasaan nak senyum kalau kawan buat lawak. Aku takut dia marah. Pernah dulu sekali...aku terkekeh ketawa...hish...dia jeling aku. Lepas tu aku tak berani dah. Selagi aku boleh online depan dia kira ok dah tu...ahaks...

Dua hari lepas dia merajuk panjang. Dia ingat aku tak ucap happy birthday kat dia...lupa nak beli hadiah. Aku buat dek jer...kerana seperti biasa bila aku sakit hati...aku boleh buat apa sahaja di dunia ni. Perangai aku buat do no ni..memang dah cop sirim. Dah terbiasa..sampai tak rasa apa pun. Aku boleh buat muka selamba ..sampai lah malam kelmarin...dia kata..."herm...tak ucap birthday pun kat abang"...hahahaha...berderaian ketawa aku depan dia...terbit rasa lucu...kesian pun ade. Dan macam biasa jawab aku..."padan muka"..sambil peluk dia seeratnya...."tu dalam fb tu ape...lain kali baca..."

Sebelum subuh...aku gosok baju dan seluar baru yang aku beli untuk harijadinya. Senyum sorang-sorang aku ni sambil menggosok.Teringat kata-kata sedihnya...*herm...dah pergi pun dia...nak tergelak lagi aku nih..haihhhh...*...dia pakai baju tu..bagi ciuman pagi-pagi sebelum pergi kerja...sms ucap terimakasih..dalam fb pun masih ucap terima kasih lagi...dan aku terus tersenyum sorang-sorang..

Aku tulis tazkirah dalam fb tu...dia senyap sunyi tak jawab apa pun. Itulah kesabaran aras tinggi yang suami aku ada. Marah pun macam tak marah..merajuk je berkali-kali...dan nak tunggu aku pujuk memang lah tidak. Dia je yang terkial-kial pujuk aku...

Allah telah anugerahkan aku seorang suami yang baik sebenarnya...sangat sabar..aku je selalu tak sabar..kerana dia sangat sabar agaknya. Hehehe..dan aku bagai biasa...ada je tak kena..itu dan ini..kerana tersangatlah selambanye suami aku ini dalam menghadapi masalah dalam hidup...tak terhitung gelisahnya aku kerana tidak berkenannya aku mengharungi dan menyelesaikan masalah-masalah itu...begitulah adanya...huhuhu

Apapun...aku harap ulangtahun ke 46 suamiku ini akan membawa keberkatan dalam hidupnya. Semoga dia sihat senantiasa. Aku bagai selalu akan selalu meledakkan sanubarinya..menguji sejauhmana kesabarannya itu. Kekadang aku rasa..salahkah pilihan aku?...atau dia yang yang tersalah pilih....kekadang aku rasa..dia lah yang terbaik buat aku...huh...confuse..walaupun dah 20 tahun usia perkahwinan ini..masih tertanya-tanya di hati. Mungkin inilah senantiasa membuat jiwa aku rasa muda kerana masih belum kenal 100% pasangan hidup aku tu..dan setiap kali dia memelukku...herm...macam rasa baru jatuh cinta je...hahaha...Mungkin betul apa yang adik bongsuku kata apabila pertama kali tengok gambar dia atas...macam awek jumpa kekasih lama je...buat aku ketawa memanjang mengenangkannya...Semoga ikatan ini akan berkekalan..walaupun berbondong-bondong dugaan yang datang...doakan aku ye...amin...

Ahad, 14 Ogos 2011

SELAMAT BERAYA & MENDAFTAR...


Kami berdua banyak menghabiskan masa bersama kebelakangan ini..nanti tentu rindu...huhuhu..

Ramadhan hampir sudah kepertengahannya. Dua perkara besar sedang bermain di fikiran. Nak beraya...nak hantar Akak mendaftar ke universiti...haih..fikir pun dah letih...mengharunginya....belum tentu lagi

Beberapa minggu kebelakangan ni memang aku sibuk menguruskan sedikit demi sedikit hal berkaitan hari raya dan pendaftaran Akak. Pengisian borang-borang pinjaman pelajaran online..medical check up..serba sedikit barang-barang yang perlu dibawa...pembelian laptop..printer dah selesai. Dua hari lepas beli handset Akak...memandangkan handset Akak dah lama rosak..cuma boleh sms..walaupun dah dibaiki..ok sekejap...jadi balik..aku je terjerit-jerit..dia tak dengar langsung apa aku cakap..jadi mahu tak mahu kena belilah juga...larat ke nak pakai handset gitu. Aku suruh Akak gunakan duit gaji yang ada disimpannya tu...nampak juga barang hasil titik peluh sendiri kan..kerana kekadang aku kesian tengok dia..pergi pagi...balik malam...dan dia banyak belanja duit sendiri untuk makan selepas gaji pertama..yang ada pada aku adalah lebih kurang RM400.00. Alhamdulillah...walaupun sedikit...nampak juga hasilnya. semoga tujuan aku menyuruhnya bekerja itu memberi banyak manafaat dan bukan berteraskan wang ringgit semata-mata.

Kelmarin mengemas rumah sedikit...masak lebih awal...kerana nak pergi beli baju Melayu hubby dan Angah. Aku malas nak mengupah sekarang kerana siapnya lewat dan kos pun hampir berganda. Walaupun cantik terletak di badan tapi selalu ganggu fikiran aku...siap ke tidak ni...siap ke tidak?...haih..susahkan hati je

Angah nak baju Melayu light purple katanya...namun hajatnya tak sampai...yang ada purple manggis...sebab aku tak berkenan material yang light purple tu...keras jegang jer....Urusan potong kaki seluar..aku akan aku serahkan kepada adikku yang tercinta...si bongsu..tu sebelah ni..hok comei tei nih...hehehe...kerana Angah sedang menduduki trial exam SPM ...tak boleh balik bermalam...Cuma doa demi doa bersarang di hatiku ini..buat permata hati .yang banyak membantu..yang selalu menyiram sejuk hatiku itu. Hanya Allah yang berhak menghadiahkan sesuatu buatnya...bukan aku lagi...

Hari ni aku dan Akak keluar lagi...beli tudungnya...sepasang baju kurung cotton dan broadband..buat sementara je kot...nanti..kalau ada wifi di sana..bayaran tentu lebih murah..aku terminate je lah...cuma aku rasa aku patut sediakan dia selengkapnya..supaya tak pening kepala aku nanti. Dah jauh...aku tak boleh nak urus...biar dia selesa...biar dia fokus. Dalam pada tu...aku tumpang beli tudung sama...yang pada halnya nak cari tudung Akak je tadi...hehehe. Tu sebabnya..aku ni tak kaya-kaya...sebab nafsu membeli ni bersemarak senantiasa.

Rasanya..dah selesai kot membeli untuk Akak ni. Cuma urusan cuti Angah n Deeha je masih tergantung. Hotel aku dah booking..either itu atau ini...Deeha mungkin ada sedikit masalah. Angah macam ok jer...herm..itu je yang susah aku nak uruskan. Hal ni terpaksa aku serahkan pada hubby aku yang manja tu..kihkihkih

Doa aku semoga semuanya akan selamat. Selamat berhari raya dan selamat mendaftar. Dua perkara besar serentak memang memeningkan. Aku harap kali ini tak ada isu kontroversi timbul lagi..kerana kami akan touch n go je raya ni. Al maklum...bukan semua orang faham masalah kita. .sehinggalah mungkin suatu hari mereka sendiri merasainya..dan insyaallah....kan..kan..kan!..wallahualam...


Isnin, 8 Ogos 2011

P.....


Haih!!!...letihnya bulan Ramadhan kali ini. Entah le..panas sangat barangkali...ataupun kerana aku tidak biasa berulang alik dah hampir 8 tahun. Dulu dok dalam pagar je...sekarang dah jauh dari pagar tuh...hehehe

Hari ni ada berita baik dan menggembirakan. Akak dah lulus ujian memandu kereta. Alhamdulillah...kalau dikenang-kenangkan..memang aku rasa percaya dengan tidak je yang anak aku ni akan lulus. kalau nak tau...berikut rentetan peristiwanya...

Selepas SPM dulu...aku dah pujuk dan pujuk dia. Herm...tak menjadi langsung...alasannya...dia takut...alasannya ...nanti pakai driver je...huh..macamlah nak jadi mem besar...pakai driver segala...buat aku sedikit berang...dan buat putus asa...tutup kes tu...biar pun abah sering call dan suruh pujuk Akak untuk belajar memandu. Nanti bolehlah bawa kereta kalau ada kecemasan kata abah...Puas aku pujuk...Akak tetap menolak...nampak tak berminat langsung..dan akhirnya kes memandu ni silent begitu sahaja...

Tup..tup..selepas sahaja peperiksaan akhir semester 2 matrikulasi...Akak kata dia nak belajar memandu. Ish...senangnya dia cakap. Jadi aku terpaksa fikir siapa yang nak hantar dia belajar memandu..aku pulak..dahlah terpaksa bertukar ke KMP...pinau kepala aku memikirkannya. Akhirnya aku angkat tangan surrender..serahkan segala urusan kepada suamiku. Aku cuba sedikit-sedikit melupakan urusan mengurusi Sipau ke sekolah dan Akak berkerja berdikit-dikit. Alhamdulillah...sekarang ni..aku dah kuis jauh kebimbangan itu..serah kepada suamiku dan paling penting segalanya di tangan ALLAH...kerana aku dah tak berdaya nak fikir. Lelah rasanya...tak terjangkau dek tangan...

Makanya ...Akak pun belajarlah...kursus dihadiri...ujian bertulis..sekali rap je..lulus...pertama kali bawa kereta langgar tembok..alasannya pengajar tu tak beritahu nak membeluk awal..dah suruh beluk ...dia lipat je..langgar habis tembok. Hish..aku ni ...nak marah ada...nak tergelak pun ada. Dulu dalam takut tu...sekarang di bedai...langgar kiri kanan jalan. Adik-adik dengar cerita dia...mata terbuntang masing-masing...huh...ketakutan dan tak mungkin nak tumpang Akak..walaupun dia dah lulus nanti.

Pertama kali ujian memandu..jalanraya...parking dan bukit clear!!!. Sangkut tang tiga penjuru..ish..awat laaa...itu yang paling senang che' oiii...Akak frust betul semasa buat panggilan. Dan aku...cuba melegakan perasaannya..isyaallah nanti ok. Tapi dia sangat bimbang kerana terpaksa mengulang 3 ujian tu.

Alhamdulillah..pagi tadi..sebelum aku melangkah masuk ke dewan kuliah...panggilan darinya masuk. Dengan ketawa memanjang bagai selalu...meriah sunguh perasaannnya...dia menyampaikan berita gembira...Ibu...Akak dah pass dahhhh...yeah!!!!! Balik tadi..pakcik Mat Kiaq suruh Akak bawa kereta Kia Spectra ayah!.Yeah...Akak dah boleh bawa kete ayah dah....la ilahaillallah...boleh percaya ke ni..berani nya dia..dan aku semakin gerun memikirkannya...kalau lah jadi apa-apa..dah lah lesen tak de lagi...Namun..dah selamat pun sampai ke rumah ..dan..aku pun tersenyum lebar selebar-lebarnya dari telinga ke telinga...syukur ya Allah. Anakku dah berjaya merentasi satu lagi galangan. Walaupun lambat berbanding orang lain...dapat juga lesen memandu. Tak perlulah aku susah hati lagi.

Moralnya...sangat banyak dalam coretan aku kali ini. Walaupun kisah ini simple dan aku yang sangat bijak memanjangkannya...hehehe

1. Sesungguhnya segala yang kita rancang tak akan tercapai sehingga Allah membuka lorong untuknya
2. Sesungguhnya percayalah kepada orang lain untuk melaksanakan urusan kita...terutama kepada pasangan kita yang mungkin sebelum ini tidak pernah menampakkan riak yang dia mampu melaksanakan segalanya semasa kita berada di sisinya.
3.Sesungguhnya percayalah kepada keupayaan anak-anak untuk mengurus dirinya. Dia semakin dewasa dan sekiranya kita tidak manjakan dia terlalu...insyaallah dia mampu menjalani cabaran sendirian dan lebih kuat semangat dari diri kita sendiri
4. Sesungguhnya yang paling penting...percayalah bahawa Allah akan melindungi anak-anak kita...kita telah berusaha dan serahkanlah selebihnya kepadaNya. Sekiranya kita selalu memberi ruang untuk kemudahan urusan oranglain...Allah Maha Esa dan Maha Kaya akan memberi berganda-ganda kemudahan untuk urusan kita dan keluarga kita..

...dan...aku ingin nyatakan di sini...terasa sangat leganya perasaan aku hari ini...alhamdulillah...syukran...

Khamis, 4 Ogos 2011

AL KISAH...


SIPAU...yang sering jadi penglipur laraku...

Kelmarin selepas berbuka aku solat maghrib dan berbaring atas carpet di ruang tamu. Sakitnya badan aku ni hanya Allah yang tahu. Entah nak dikisahkan bagaimana aku pun tak tahu. Apa yang pasti dah beberapa hari badan rasa tak berapa sedap. Entah sebab minum teh bila berbuka..entah ke sebab apa...mungkin tension pun sama. Banyak perkara perlu diuruskan..terutama berkaitan Akak yang akan mendaftar 6 September ni

Jadinya aku tak solat tarawikh kelmarin. Sipau pun ...kalau aku tak pergi..herm..tak mahu pergi...katanya malu...tak pe la Sipau. Ibu pun tak daya...Aku rasa sayu je...bila Sipau dok memicit belakang dan kaki aku..sambil tu macam biasa dia buat lawak...dalam aku rasa sakit boleh juga tertawa berderai...hilang sikit rasa sakit. Ibu ni..dah gemuk..belakang ibu ni penuh isi...hehehe...ish...kaki ibu ni boleh jual laaa...nanti orang beli entah berapa juta...Weh!..ada nilai komersial rupanya kaki aku di matanya. Dan aku terus tertawa sahaja...dibantu pulak Akak yang menokok tambah di mana-mana.

Sambil baring aku terus menyambung bicara dengan dua beradik tu. Entah kenapa aku merapu-rapu je. Aku dok pesan dengan Akak dan Sipau....Nanti kan ibu nak anak-anak ibu tinggal dengan ibu..tapi bukanlah serumah. Ada rumah ibu dan ibu nak bina sambungan ...rumah Akak kat sebelah porch...Angah belah kanan rumah...Sipau ngan Alang kat belakang. Bukan satu dapur...dekat tapi sekat rumah...asing-asing dapur...nanti ibu pi laaa makan...rumah adik...rumah Akak...hehehe...Ish ibu...rasanya kami yang pi makan rumah ibu...sampuk Akak...lalu berderaianlah ketawa kami...sambil aku terus berbaring. Terasa sangat leganya bila boleh berbual dan ketawa begitu. Hilang kemarau setahun..kerana setitis hilai yang ikhlas dari hati...

Aku ketiduran...tak sedar pun entah bila bermulanya...sedar-sedar dah pukul 10.48. Tengok Sipau dan Akak tengah makan roti jala ...nampak berebut je dua orang tu...Rasa perut mendidih ..sakit pulak..aku pun mencari ubat dalam peti sejuk dan minta Sipau bancuhkan segelas milo...herm...kalau berterusan tidak sihat begini...sangat ruginya...tak dapat nak bertarawikh lagi lah aku. Aku sambung tidur semula sampai ke sahur...tengah malam cari selimut...rasa sejuk sampai menggigil la pulak.

Cabaran Ramadhan barangkali. Entah ye..kekadang mungkin banyak sangat benda yang bermain dalam fikiran aku...nak sediakan banyak benda untuk Akak...dan paling menyesakkan adalah rasa sayu sangat di hati...aku akan menghantar Akak nun jauh di sana...payahnya untuk bertemu nanti...Aku cuma mampu berdoa..semoga Akak akan terus tabah menghadapi cabaran demi cabaran. Aku sedar...anakku itu telah menghadapi pelbagai rintangan sejak kecilnya...Insyaallah segalanya akan dapat ditangani dengan baik nanti...aminnnn...huh..namun perasaan sayu itu terus kekal bermain di hati...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...