Ahad, 14 Ogos 2011

SELAMAT BERAYA & MENDAFTAR...


Kami berdua banyak menghabiskan masa bersama kebelakangan ini..nanti tentu rindu...huhuhu..

Ramadhan hampir sudah kepertengahannya. Dua perkara besar sedang bermain di fikiran. Nak beraya...nak hantar Akak mendaftar ke universiti...haih..fikir pun dah letih...mengharunginya....belum tentu lagi

Beberapa minggu kebelakangan ni memang aku sibuk menguruskan sedikit demi sedikit hal berkaitan hari raya dan pendaftaran Akak. Pengisian borang-borang pinjaman pelajaran online..medical check up..serba sedikit barang-barang yang perlu dibawa...pembelian laptop..printer dah selesai. Dua hari lepas beli handset Akak...memandangkan handset Akak dah lama rosak..cuma boleh sms..walaupun dah dibaiki..ok sekejap...jadi balik..aku je terjerit-jerit..dia tak dengar langsung apa aku cakap..jadi mahu tak mahu kena belilah juga...larat ke nak pakai handset gitu. Aku suruh Akak gunakan duit gaji yang ada disimpannya tu...nampak juga barang hasil titik peluh sendiri kan..kerana kekadang aku kesian tengok dia..pergi pagi...balik malam...dan dia banyak belanja duit sendiri untuk makan selepas gaji pertama..yang ada pada aku adalah lebih kurang RM400.00. Alhamdulillah...walaupun sedikit...nampak juga hasilnya. semoga tujuan aku menyuruhnya bekerja itu memberi banyak manafaat dan bukan berteraskan wang ringgit semata-mata.

Kelmarin mengemas rumah sedikit...masak lebih awal...kerana nak pergi beli baju Melayu hubby dan Angah. Aku malas nak mengupah sekarang kerana siapnya lewat dan kos pun hampir berganda. Walaupun cantik terletak di badan tapi selalu ganggu fikiran aku...siap ke tidak ni...siap ke tidak?...haih..susahkan hati je

Angah nak baju Melayu light purple katanya...namun hajatnya tak sampai...yang ada purple manggis...sebab aku tak berkenan material yang light purple tu...keras jegang jer....Urusan potong kaki seluar..aku akan aku serahkan kepada adikku yang tercinta...si bongsu..tu sebelah ni..hok comei tei nih...hehehe...kerana Angah sedang menduduki trial exam SPM ...tak boleh balik bermalam...Cuma doa demi doa bersarang di hatiku ini..buat permata hati .yang banyak membantu..yang selalu menyiram sejuk hatiku itu. Hanya Allah yang berhak menghadiahkan sesuatu buatnya...bukan aku lagi...

Hari ni aku dan Akak keluar lagi...beli tudungnya...sepasang baju kurung cotton dan broadband..buat sementara je kot...nanti..kalau ada wifi di sana..bayaran tentu lebih murah..aku terminate je lah...cuma aku rasa aku patut sediakan dia selengkapnya..supaya tak pening kepala aku nanti. Dah jauh...aku tak boleh nak urus...biar dia selesa...biar dia fokus. Dalam pada tu...aku tumpang beli tudung sama...yang pada halnya nak cari tudung Akak je tadi...hehehe. Tu sebabnya..aku ni tak kaya-kaya...sebab nafsu membeli ni bersemarak senantiasa.

Rasanya..dah selesai kot membeli untuk Akak ni. Cuma urusan cuti Angah n Deeha je masih tergantung. Hotel aku dah booking..either itu atau ini...Deeha mungkin ada sedikit masalah. Angah macam ok jer...herm..itu je yang susah aku nak uruskan. Hal ni terpaksa aku serahkan pada hubby aku yang manja tu..kihkihkih

Doa aku semoga semuanya akan selamat. Selamat berhari raya dan selamat mendaftar. Dua perkara besar serentak memang memeningkan. Aku harap kali ini tak ada isu kontroversi timbul lagi..kerana kami akan touch n go je raya ni. Al maklum...bukan semua orang faham masalah kita. .sehinggalah mungkin suatu hari mereka sendiri merasainya..dan insyaallah....kan..kan..kan!..wallahualam...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...