Haih!!!...letihnya bulan Ramadhan kali ini. Entah le..panas sangat barangkali...ataupun kerana aku tidak biasa berulang alik dah hampir 8 tahun. Dulu dok dalam pagar je...sekarang dah jauh dari pagar tuh...hehehe
Hari ni ada berita baik dan menggembirakan. Akak dah lulus ujian memandu kereta. Alhamdulillah...kalau dikenang-kenangkan..memang aku rasa percaya dengan tidak je yang anak aku ni akan lulus. kalau nak tau...berikut rentetan peristiwanya...
Selepas SPM dulu...aku dah pujuk dan pujuk dia. Herm...tak menjadi langsung...alasannya...dia takut...alasannya ...nanti pakai driver je...huh..macamlah nak jadi mem besar...pakai driver segala...buat aku sedikit berang...dan buat putus asa...tutup kes tu...biar pun abah sering call dan suruh pujuk Akak untuk belajar memandu. Nanti bolehlah bawa kereta kalau ada kecemasan kata abah...Puas aku pujuk...Akak tetap menolak...nampak tak berminat langsung..dan akhirnya kes memandu ni silent begitu sahaja...
Tup..tup..selepas sahaja peperiksaan akhir semester 2 matrikulasi...Akak kata dia nak belajar memandu. Ish...senangnya dia cakap. Jadi aku terpaksa fikir siapa yang nak hantar dia belajar memandu..aku pulak..dahlah terpaksa bertukar ke KMP...pinau kepala aku memikirkannya. Akhirnya aku angkat tangan surrender..serahkan segala urusan kepada suamiku. Aku cuba sedikit-sedikit melupakan urusan mengurusi Sipau ke sekolah dan Akak berkerja berdikit-dikit. Alhamdulillah...sekarang ni..aku dah kuis jauh kebimbangan itu..serah kepada suamiku dan paling penting segalanya di tangan ALLAH...kerana aku dah tak berdaya nak fikir. Lelah rasanya...tak terjangkau dek tangan...
Makanya ...Akak pun belajarlah...kursus dihadiri...ujian bertulis..sekali rap je..lulus...pertama kali bawa kereta langgar tembok..alasannya pengajar tu tak beritahu nak membeluk awal..dah suruh beluk ...dia lipat je..langgar habis tembok. Hish..aku ni ...nak marah ada...nak tergelak pun ada. Dulu dalam takut tu...sekarang di bedai...langgar kiri kanan jalan. Adik-adik dengar cerita dia...mata terbuntang masing-masing...huh...ketakutan dan tak mungkin nak tumpang Akak..walaupun dia dah lulus nanti.
Pertama kali ujian memandu..jalanraya...parking dan bukit clear!!!. Sangkut tang tiga penjuru..ish..awat laaa...itu yang paling senang che' oiii...Akak frust betul semasa buat panggilan. Dan aku...cuba melegakan perasaannya..isyaallah nanti ok. Tapi dia sangat bimbang kerana terpaksa mengulang 3 ujian tu.
Alhamdulillah..pagi tadi..sebelum aku melangkah masuk ke dewan kuliah...panggilan darinya masuk. Dengan ketawa memanjang bagai selalu...meriah sunguh perasaannnya...dia menyampaikan berita gembira...Ibu...Akak dah pass dahhhh...yeah!!!!! Balik tadi..pakcik Mat Kiaq suruh Akak bawa kereta Kia Spectra ayah!.Yeah...Akak dah boleh bawa kete ayah dah....la ilahaillallah...boleh percaya ke ni..berani nya dia..dan aku semakin gerun memikirkannya...kalau lah jadi apa-apa..dah lah lesen tak de lagi...Namun..dah selamat pun sampai ke rumah ..dan..aku pun tersenyum lebar selebar-lebarnya dari telinga ke telinga...syukur ya Allah. Anakku dah berjaya merentasi satu lagi galangan. Walaupun lambat berbanding orang lain...dapat juga lesen memandu. Tak perlulah aku susah hati lagi.
Moralnya...sangat banyak dalam coretan aku kali ini. Walaupun kisah ini simple dan aku yang sangat bijak memanjangkannya...hehehe
1. Sesungguhnya segala yang kita rancang tak akan tercapai sehingga Allah membuka lorong untuknya
2. Sesungguhnya percayalah kepada orang lain untuk melaksanakan urusan kita...terutama kepada pasangan kita yang mungkin sebelum ini tidak pernah menampakkan riak yang dia mampu melaksanakan segalanya semasa kita berada di sisinya.
3.Sesungguhnya percayalah kepada keupayaan anak-anak untuk mengurus dirinya. Dia semakin dewasa dan sekiranya kita tidak manjakan dia terlalu...insyaallah dia mampu menjalani cabaran sendirian dan lebih kuat semangat dari diri kita sendiri
4. Sesungguhnya yang paling penting...percayalah bahawa Allah akan melindungi anak-anak kita...kita telah berusaha dan serahkanlah selebihnya kepadaNya. Sekiranya kita selalu memberi ruang untuk kemudahan urusan oranglain...Allah Maha Esa dan Maha Kaya akan memberi berganda-ganda kemudahan untuk urusan kita dan keluarga kita..
...dan...aku ingin nyatakan di sini...terasa sangat leganya perasaan aku hari ini...alhamdulillah...syukran...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan