Khamis, 4 Ogos 2011

AL KISAH...


SIPAU...yang sering jadi penglipur laraku...

Kelmarin selepas berbuka aku solat maghrib dan berbaring atas carpet di ruang tamu. Sakitnya badan aku ni hanya Allah yang tahu. Entah nak dikisahkan bagaimana aku pun tak tahu. Apa yang pasti dah beberapa hari badan rasa tak berapa sedap. Entah sebab minum teh bila berbuka..entah ke sebab apa...mungkin tension pun sama. Banyak perkara perlu diuruskan..terutama berkaitan Akak yang akan mendaftar 6 September ni

Jadinya aku tak solat tarawikh kelmarin. Sipau pun ...kalau aku tak pergi..herm..tak mahu pergi...katanya malu...tak pe la Sipau. Ibu pun tak daya...Aku rasa sayu je...bila Sipau dok memicit belakang dan kaki aku..sambil tu macam biasa dia buat lawak...dalam aku rasa sakit boleh juga tertawa berderai...hilang sikit rasa sakit. Ibu ni..dah gemuk..belakang ibu ni penuh isi...hehehe...ish...kaki ibu ni boleh jual laaa...nanti orang beli entah berapa juta...Weh!..ada nilai komersial rupanya kaki aku di matanya. Dan aku terus tertawa sahaja...dibantu pulak Akak yang menokok tambah di mana-mana.

Sambil baring aku terus menyambung bicara dengan dua beradik tu. Entah kenapa aku merapu-rapu je. Aku dok pesan dengan Akak dan Sipau....Nanti kan ibu nak anak-anak ibu tinggal dengan ibu..tapi bukanlah serumah. Ada rumah ibu dan ibu nak bina sambungan ...rumah Akak kat sebelah porch...Angah belah kanan rumah...Sipau ngan Alang kat belakang. Bukan satu dapur...dekat tapi sekat rumah...asing-asing dapur...nanti ibu pi laaa makan...rumah adik...rumah Akak...hehehe...Ish ibu...rasanya kami yang pi makan rumah ibu...sampuk Akak...lalu berderaianlah ketawa kami...sambil aku terus berbaring. Terasa sangat leganya bila boleh berbual dan ketawa begitu. Hilang kemarau setahun..kerana setitis hilai yang ikhlas dari hati...

Aku ketiduran...tak sedar pun entah bila bermulanya...sedar-sedar dah pukul 10.48. Tengok Sipau dan Akak tengah makan roti jala ...nampak berebut je dua orang tu...Rasa perut mendidih ..sakit pulak..aku pun mencari ubat dalam peti sejuk dan minta Sipau bancuhkan segelas milo...herm...kalau berterusan tidak sihat begini...sangat ruginya...tak dapat nak bertarawikh lagi lah aku. Aku sambung tidur semula sampai ke sahur...tengah malam cari selimut...rasa sejuk sampai menggigil la pulak.

Cabaran Ramadhan barangkali. Entah ye..kekadang mungkin banyak sangat benda yang bermain dalam fikiran aku...nak sediakan banyak benda untuk Akak...dan paling menyesakkan adalah rasa sayu sangat di hati...aku akan menghantar Akak nun jauh di sana...payahnya untuk bertemu nanti...Aku cuma mampu berdoa..semoga Akak akan terus tabah menghadapi cabaran demi cabaran. Aku sedar...anakku itu telah menghadapi pelbagai rintangan sejak kecilnya...Insyaallah segalanya akan dapat ditangani dengan baik nanti...aminnnn...huh..namun perasaan sayu itu terus kekal bermain di hati...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...