Jumaat, 26 Februari 2010

PANAS MELAWAN HUJAN....


baik aku jangan menulis
kerana tulisan aku kali ini
akan ada maki dan hamun

baik aku jangan menulis
kerana kata-kata aku kali ini
akan ada ungkit mengungkit

baik aku jangan menulis
kerana ungkapan aku kali ini
akan ada kata ego seorang perempuan... sinis

baik aku jangan menulis

kerana bait seloka aku kali ini
akan memalu amarah insan di luar sana.... nan sedang pana

baik aku jangan menulis
kerana luahan hati ini tajamnya lebih dari pedang
akan meluka robek insan yang pernah aku kasihi

aduhai...
sekurang-kurangnya aku yang banyak berdosa ini
masih mempunyai seurat rasa
denyut nadi yang paling dalam
menulis hanya buat diri sendiri
menulis untuk mengubat hati sendiri
usah kait mengait segala insani
yang lukanya terus berdarah hingga kini

bagaikan ...
panas petang cuba melawan hujan
tiada siapa yang akan menang
hingga dunia ini ....padam dan hilang

Jumaat, 19 Februari 2010

KEBEBASAN...


Malam kelmarin saya meluangkan sedikit masa untuk menonton dvd di rumah yang bertajuk Perempuan Berkalong Sorban. Saya terjumpa dvd ini hampir sebulan yang lalu tetapi tidak berkesempatan untuk menonton. Terlalu sibuk dengan kerja rumah yang tidak pernah berkesudahan..kekadang terasa begitu bodoh membuat kerja yang sama..terus-terusan..berulang dan berulang sejak kecil..remaja..berkahwin dan kini nak masuk era warga emas..masih dengan kerja yang sama..saya benar-benar terasa jemu..entahlah..saya tak tahu macamana nak meluahkan rasa sebenarnya....

Kisah berkisarkan seorang wanita bernama Anissa yang tinggal di kawasan 'pondok' istilahnya di Malaysia. Dalam lingkungan keluarga ulamak penuh ilmu islamik. Semasa kecil dan remaja sering sahaja Anissa mempersoalkan kedudukan wanita kerana ulamak yang mengajari asyik bercerita tentang kebobrokkan seorang wanita..tentang azab di neraka kerana jahatnya seorang wanita..tidak pernah bercerita tentang kebaikan wanita..mengapa wanita sering tidak mendapat tempat di hati masyarakat ..mengapa tidak boleh jadi ketua darjah sedangkan semasa undian jumlah undian tertinggi miliknya. Malah di rumah Anissa juga sering tertekan dengan sikap ayahnya yang meletakkan kedudukan wanita jauh ke bawah.


Sebagai wanita normal ...Anissa pernah mencintai seorang lelaki temannya sejak kecil..pembakar semangatnya..namun takdir menentukan kecintaannya itu pergi jauh..ke Cairo meneruskan pelajaran dan tinggallah dia ..terus tertekan dan dikahwinkan pula dengan anak seorang Kyai terkenal kononnya berpendidikan tinggi dan berjanji akan memberi kebebasan kepadanya untuk menuntut ilmu di Jogjakarta. Rupanya dialah pendera fizikal dan mental seumpama binatang selama 4 tahun lamanya dan seterusnya..tontonilah sendiri...hehehehe...sebuah filem yang saya anggap berkualiti intipatinya cuma sedikit perlu diperbaiki plot penceritaan..agak longgar di penghujungnya.

Semasa menonton saya terus-terusan berfikir tentang erti kebebesan yang diperkatakan oleh Anissa. Kebebasan yang dicari oleh watak ini..pada awalnya mahu fizikalnya lepas dari belenggu..tetapi akhirnya menyedari ... rupanya walaupun secara fizikalnya dia telah bebas tetapi jiwanya masih tertekan..masih trauma kesan deraan fizikal dan mental yang dialaminya..huuurm..membuat saya mengeluh kecil panjang sendirian..betapa luasnya maksud kebebasan rupanya.

Semalaman saya berfikir..mungkin benar kata Anissa..kita tidak perlu keluar dari sebuah 'lubang' gelap jika inginkan kebebasan. Kita masih boleh bebas jika kita berjaya membebaskan fikiran dan jiwa kita dari belenggu tekanan. Apa gunanya kita bebas secara fizikalnya tetapi jiwa kita kekal tertekan..tidak berguna..tidak berfaedah ..tidak bererti langsung.

Ramai wanita yang mengalami masalah mencari kebebasan dan terkadang sampai kpenghujung usia..tidak bertemu..kerana mungkin terbelenggu dengan erti kebebasan yang terlalu cetek. Sering meraung dan menangis di dalam hati kerana merasakan diri tidak pernah bebas...menghadapi hari-hari dengan rutin kerja yang sama dengan layanan yang sama juga. Tidak pernah ada ucapan terima kasih ...apalagi bisikan kata-kata indah dari 'tuan ' besar di rumah.

Atas kesedaran itu..wahai kaum wanita ...apakata mulai hari ini... bersama-samalah kita melakukan sesuatu untuk hidup kita yang tidak berapa hari sahaja lagi usianya ini. Jika terasa tertekan..belajarlah menulis apa yang kita rasa..biarlah minda kita bebas berkata..belajarlah meluahkan perasaan kepada seseorang yang boleh dipercayai supaya jiwa kita bebas berbisik dan belajarlah menghargai diri sendiri agar semangat kita terus kental dengan kepercayaan penuh bahawa kita punya kelebihan yang mungkin tidak ada pada orang lain...Semoga berkat kita membebaskan minda , jiwa dan semangat ini ..kita akan berjaya mendorong diri kita keluar dari belenggu yang menghimpit selama ini..insyaallah..terima kasih buat Anissa...perempuan berkalung sorban itu...jangan lupa kekawan sekalian..cari..dan ..tonton!

Rabu, 17 Februari 2010

PAHIT vs MANIS


Percutian sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini membawa seribu makna dalam hidup saya..ada yang pahit dan ada yang manis..inilah akibatnya kalau mengikut nafsu sangat..nah ada yang cedera parah kerana keinginan saya..huhuhu..cuma nak dahan pokok halban ni gantung okid..adik ipar saya retak dan patah pergelangan tangannya..tangga patah riuk..hish menyesal seumur hidup tuh....

Tempat kejadian..tempat jatuh lagi dikenang..inikan pula tempat patah tangan..
kena abadikan dalam blog ni..

Ni...adik ipar saya Sabri...tak pasal jadi OKU..gelaran diberi dek anak-anak saya..hish..tak baik tau!

Ooooo...engkau buat pakcik aku ye!...terimalah balasannya..kerat tetap kerat..mesti bawa balik..


Sang angsa menumpang kemeriahan dan kesugulan..cewah..siap posing lagi


Kucing kesayangan adik bongsu saya..menghembuskan nafas terakhir..dipatuk ular kot..menitis airmata si bongsu tuh...kami semua bersimpati

Kenangan lalu mengusik jiwa..rumah lama kami..tempat kami bermain..ketawa ria ...hidup serba kekurangan suatu masa dahulu..terharu...isk..isk..isk

Puteraku...senantiasa bersama kekasihnya..siang malam..tak kira di mana berada..


Suamiku..pemandu berhemah yang paling setia..dalam perjalanan sepatah perkataan tak keluar dari mulutnya..emas banyak kot?


Deeha...serena sleeping beauty



Kenduri kesyukuran di rumah baru adikku Shikin..jemput saudara mara terdekat je..mencecer mulut berjam-jam tak terasa..lama tak jumpa..melepaskan kerinduan..


Pelarian ke nih?..sepupu saya Marina..main pondok-pondok di luar rumah..
rumah masih dalam progress...renovation..budget lari maaa!...


Dua anak daraku..satu perut..rupa lain-lain...hehehehe..lepas berendam dalam air masin di water theme park..Lumut

Tak sehebat si comei manja nih..pening tertelan air laut..adik..darah tinggi nanti!


Baby boy ni..mana-mana boleh terlelap..ish..ish..ish


Sunset...tak leh rotate lak..technical problem kot..sayang..cantik..dari Marina Cove Apartment..


Suasana malam dari tingkat 11 apartment..cantik..exclusive..


Water theme park..air masin


Bergaya sakan dua beranak ni..si bongsu + si bongsu..serupa tapi tak sama..hehehe..weh macam nak pergi mahkamah syariah je...


Menjamu selera di Mak Jah Mee Banjir Udang Kuala Sepetang ..semangkuk dekat 7 ekor udang besar..but masih tak setanding Mee Udang Sg. Dua...

Laaaaa...tak kenyang lagi..makan maggi pulak..perut letak mana cik adik bertiga ooiii...

Bermula dengan yang pahit dan berakhir dengan yang manis...alhamdulillah...insyaallah akan bercuti lagi cuti sekolah Mac nih..kali ni si bongsu sponsor lagi ke????. Anyway thanx a lot..regrate tul pasal tangan tu..maafkan kami ye...hanya Allah yang membalas jasa baik kalian berdua..anak-anak really appreciate it...thanx sekali lagi...semoga rezeki terus melimpah ruah..boleh kami tumpang sekaki... letih tapi puas hati...

Rabu, 10 Februari 2010

TERKILAN

Hish..depan saya ni emak dan abah mertua saya tengah tunggu anaknya keempat datang nak bawa mereka balik kampung. Sebelum jam 8.00 malam dah siap..nih dah jam 9.09 minit..tak sampai-sampai lagi....
Mak tak makan malam pun lagi..excited nak balik kampung. Dia minta saya pack sikit nasi dan air sirap buat bekal takut lapar. Petang tadi dah makan putu buluh..mouth watering tul..kerana saya pun dah lama tak ke pasar malam. Habis 10 ketul tadi..bukanlah saya sorang makan..sume..cubit sorang sikit..kecuali suami saya yang totally berbeza taste dengan kita orang.
Kesian tengok mak menunggu...terasa jauh di sudut hati saya. Sebagaimana saya menunggu anak-anak turun dari bilik di asrama. Pernah sekali menunggu Akak...sampai habis makan segala dengan Angah baru dia turun..alasannya tertidur..kami sampai..dia pergi mandi dulu..Ya allah..macam tak ada waktu lain nak mandi.
Kekadang saya agak bimbang dengan sikap anak-anak zaman ini. Pengertian dan sensitiviti mereka tentang kesusahan dan kesengsaraan orangtua semakin berkurangan. Mereka seolah tidak punyai empati langsung...lama tidak ibu menunggu... panas ke..hujan ke...ada kerja tidak..semakin hari semakin hakis mungkin perasaan itu.
Atau kerana saya yang tersalah didik. Banyak sangat tolak ansur..lambat..tunggu..tak pe lah..hati senantiasa terpaksa dilapangkan supaya hidup anak berkat..kerana kegusaran dan omelan di hati ibarat doa ..tidak elok untuk anak. Kite kena doakan yang terbaik untuk mereka. Kekadang terasa apa yang dibuat serba tak kena. Meletihkan...
Suami saya baru sahaja membuat panggilan...rupanya si bongsu ada program. Abangnya sedang menunggu di sana. Yang hairan mengapa tidak call..maklumkan..mak dan abah boleh siap lambat sedikit. Abah dah buka baju balik..kesian jugak tengok. Mak disuruh makan tak mau makan..bimbang jugak takut perut masuk angin..nak balik jauh..nak ke KL terus..tu..berjalan perlahan masuk ke bilik semula setelah beberapa jam duduk di sofa...hem...saya menarik nafas panjang..tak tau nak buat ape. Suami saya yang turut menunggu..sampai tak mandi-mandi lagi..entahlah..tak tau sampai pukul berapa mereka berdua terpaksa menunggu...mak nampak sangat terkilan...sesangat terkilan...

Sabtu, 6 Februari 2010

WARNA..

Kami bangun agak lewat pagi ni...kelmarin letih..mengupdate rumah la pulak. Bawa mak dan abah shopping petangnya. Pokok-pokok habis kecut..berkecil hati betul kerana tidak dibelai. Tetapi kelmarin cuma sempat menyiram minum buat 'mereka' . Baja dah dibeli..berbulan makan bertahun tetapi tak juga sempat membaja...apapun pepohon tu masih cekal untuk hidup..masih hijau kerana mungkin faham niat suci tuannya..cewah..
Mak mertua saya mandi pagi sebelum saya keluar dari bilik. Saya ambil masa sedikit untuk berehat..bertenang.. kerana malam tadi mimpi berumah besar..banyak sudut sampai tak jumpa-jumpa di mana ruang tamu rumah..puas mencari sehingga badan jadi letih seletih-letihnya. Terjaga..alhamdulillah..masih berada di kuarters ni rupanya..tak payah berumah besarlah..letih dibuatnya..alasan tak berasas tu sebenarnya!
Setelah mengemas dapur..mandi dan bersiap sedikit saya intai mak..pintu bilik bertutup..curiga jugak di hati..tetapi cuba tenangkan..saya bersarapan dahulu...sehingga abah buka pintu. Tengok mak duduk di birai katil..tengah buat ape?????..weh..tengah warnakan rambutnya!...hehehe. Saya tergelak besar juga..tanya mak..macamana dia warnakan sendiri. Setahu saya di kedai pun tengok susah jugak proses ni. Kelmarin dia minta belikan pewarna ..saya belikan yang halal untuk dia. Sibuk dia menghulur duit. Saya ambil juga..takut dia berkecil hati..Mak memang biasa menginai dan mewarna rambut sejak saya mengenalinya. Trim sendiri lagi tu...Nampak tangan mak dah pulih dan boleh buat macam-macam sehingga habis baju kami pun dibasuhnya..ish..semangat dia kuat betul.
Sapuan nampak tak rata..jadi saya tanya mak... nak bubuh macamana?..mak senyum..bodoh betul la menantu aku ni rupanya ....alahai...dan dia dalam dengar tak dengar beri arahan tunjuk alatan..jadi saya cuba ambilalih..alahai baca instruction macam pe lagi..dah tak pernah buat...saya sapu rata..ala-ala salon..there..rata pun dan saya tergelak dengan mak..suruh mak minum pagi dahulu sebelum dibasuh dan dibubuh conditioner. Rupanya seronok juga tengok hasilnya..saya boleh tunpukan perhatian..buang semua rintihan rasa ke tepi...dan mak dah cantik..berambut hitam..kerana sebelum ni brownish..hehehe...
Setelah siap ...mak sibuk unjukkan jari keluar..saya tak berapa faham...sedang mengemas meja ..suami saya masuk ke bilik dan mertua saya unjukkan jarinya lagi..Hahahahahahahaha..rupanya dia suruh saya warnakan rambut dan misai suami saya..uban dia memang dah penuh dan saya tergelak pecah perut pagi ni...saya kata kat mak..biarlah mak..dia lagi hensem beruban penuh..padahal dalam hati berkata ..biarlah dia sedar yang dia tu dah tua..syyyyyy.
Hujung minggu depan kami nak balik ke kampung..nak buat kenduri kesyukuran buat angah untuk PMRnya dan naik rumah baru adik saya. Mak mertua saya nampak happy..kerana saya beritahu dia kami akan balik..mungkin hatinya berbunga bila boleh balik ke Tapah Road..tentu rindunya sudah jauh meredah ruang rasa selama berada bersama kami di sini...ye lah terkurung..laman pun tak de...
Apapun ...saya bersyukur ke hadrat Allah sekali lagi...kerana Allah mempertemukan saya dengan pelbagai rentak dan riak kebelakangan ini..ada yang menggembirakan dan bermakna ...ada yang pedih dan melukakan malah semakin menyedarkan saya yang selalu terlupa ini...membisikkan kebenaran yang sering saya cuba tutup sendiri..akhirnya segala-galanya telah terungkai ...alhamdulillah...

Jumaat, 5 Februari 2010

ILLUSI OPTIK

Weh..siapa tuh?..ahahahahaha..awasi illusi optik anda..jangan terpedaya dengan foto ni...wanita dalam gambar ni dah layak jadi nenek...tengok urat tangannya..tengok sendi jarinya..kembang..melambangkan dah dekat mencapai jubli emas..melaksanakan segala urusan duniawi siang dan malam..huhuhuhu.

Sebenarnya saya baru sahaja bertemu dengan perkataan illusi optik..frasa yang indah molek... dikirimi seorang insan yang saya sayangi...selaku saudara sendiri...seiras perlakuan dan sudut pandangan. Saya tersenyum lebar sendirian..lantas terasa ingin benar menulis mengenai illusi optik ini..

Saya bukan seorang insan yang lemah lembut..saya sangat kasar..pelajar-pelajar saya faham benar..mula bertentang mata pasti tertunduk..takut dan kecut..seminggu dua baru usai bimbang diriak wajah. Pada mulanya saya merasakan itulah kekurangan diri saya tetapi sejak pandai berfikiran serba reverse ini...alhamdulillah itulah kelebihan yang ada pada saya ..saya kira. Membuatkan pelajar saya terkenang..tersengih dan ketawa terkekeh terutama apabila saya bercerita tentang pengalaman hebat saya..tapi yang ganas-ganas belakalah...

Kekadang saya tersenyum sendirian kerana adakalanya 'dunia' boleh bergoncang kalau saya naik marah..kalau hati saya disergah gundah..kalau jiwa saya diusik kenakalan dan ungkapan jahat orang lain... Saya tidak pernah mahu berselindung di sebalik nama orang lain.. Bagi saya sikap terbuka apabila berbincang mengenai sesuatu isu melambangkan siapa diri kita. Mengapa mahu menyembunyikan rasa..kerana ia cuma boleh buat kita jadi lebih ganas dan lebih ganas dari pembunuh bersiri...kerana pembunuh bersiri cuma membunuh orang lain..sedangkan kita membunuh diri sendiri..betul tak?

Adakah saya layak menasihati orang lain?..hem kena fikir dua tiga kali juga..kerana diri pun tak berapa nak betul alignmentnya. Ada terlebih..ada terkurang di sana dan di sini...Apapun saya sering membina tekad ..tidak tahu kesampaian atau tidak..mahu hidup gembira..buang segala yang negatif..serba hitam dan legam..biar putih dan jernih sesuci air yang terjun dari pergunungan...agar illusi optik mengenai diri saya berubah menjadi kenyataan.

Akak...sering berkata sambil berseloroh..ibu..akak nak buat countdown...countdown berapa orang orang kata ibu kakak akak..hahahaha...anakku sayang..ibu tetap ibu...ibu yang sering bertempik dan terkucil perasaan ...era warga emas semakin cemas menggamit ibu..doakan sahaja ibu sihat untuk terus berbakti dan kita lupakan sahajalah illusi optik orang lain tu.... diana...buang semua baju hitam tu..pakai yang merah..bukan illusi optik tuh..betul-betul comei..kihkihkih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...