Jumaat, 26 Februari 2010

PANAS MELAWAN HUJAN....


baik aku jangan menulis
kerana tulisan aku kali ini
akan ada maki dan hamun

baik aku jangan menulis
kerana kata-kata aku kali ini
akan ada ungkit mengungkit

baik aku jangan menulis
kerana ungkapan aku kali ini
akan ada kata ego seorang perempuan... sinis

baik aku jangan menulis

kerana bait seloka aku kali ini
akan memalu amarah insan di luar sana.... nan sedang pana

baik aku jangan menulis
kerana luahan hati ini tajamnya lebih dari pedang
akan meluka robek insan yang pernah aku kasihi

aduhai...
sekurang-kurangnya aku yang banyak berdosa ini
masih mempunyai seurat rasa
denyut nadi yang paling dalam
menulis hanya buat diri sendiri
menulis untuk mengubat hati sendiri
usah kait mengait segala insani
yang lukanya terus berdarah hingga kini

bagaikan ...
panas petang cuba melawan hujan
tiada siapa yang akan menang
hingga dunia ini ....padam dan hilang

4 ulasan:

  1. what happen.aku naik tkut ni.patutla aku mengail hari ni sekor pun x dapat...ada orang marah.

    BalasPadam
  2. haa la..aura aku p kat hang arini..tak dak ape...aku doakan kot hang mengail arini dapat 10 ekor lampam besar tapak tangan ..leh goreng bawa ofis...hehehehehe..rasa aku pun patut ngail..sure dapat toman..

    BalasPadam
  3. jum pegi mancing.. hehe. mane tau dpt dugong! leh jual. hehehe..

    BalasPadam
  4. dugong wat pe...k.long doakan dapat mermaid jantan tu..la sape ke namenya..leh partner ngan mek...bila hati panas leh nyelam ngan dia..sejuk hati...hehehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...