Jumaat, 19 Februari 2010

KEBEBASAN...


Malam kelmarin saya meluangkan sedikit masa untuk menonton dvd di rumah yang bertajuk Perempuan Berkalong Sorban. Saya terjumpa dvd ini hampir sebulan yang lalu tetapi tidak berkesempatan untuk menonton. Terlalu sibuk dengan kerja rumah yang tidak pernah berkesudahan..kekadang terasa begitu bodoh membuat kerja yang sama..terus-terusan..berulang dan berulang sejak kecil..remaja..berkahwin dan kini nak masuk era warga emas..masih dengan kerja yang sama..saya benar-benar terasa jemu..entahlah..saya tak tahu macamana nak meluahkan rasa sebenarnya....

Kisah berkisarkan seorang wanita bernama Anissa yang tinggal di kawasan 'pondok' istilahnya di Malaysia. Dalam lingkungan keluarga ulamak penuh ilmu islamik. Semasa kecil dan remaja sering sahaja Anissa mempersoalkan kedudukan wanita kerana ulamak yang mengajari asyik bercerita tentang kebobrokkan seorang wanita..tentang azab di neraka kerana jahatnya seorang wanita..tidak pernah bercerita tentang kebaikan wanita..mengapa wanita sering tidak mendapat tempat di hati masyarakat ..mengapa tidak boleh jadi ketua darjah sedangkan semasa undian jumlah undian tertinggi miliknya. Malah di rumah Anissa juga sering tertekan dengan sikap ayahnya yang meletakkan kedudukan wanita jauh ke bawah.


Sebagai wanita normal ...Anissa pernah mencintai seorang lelaki temannya sejak kecil..pembakar semangatnya..namun takdir menentukan kecintaannya itu pergi jauh..ke Cairo meneruskan pelajaran dan tinggallah dia ..terus tertekan dan dikahwinkan pula dengan anak seorang Kyai terkenal kononnya berpendidikan tinggi dan berjanji akan memberi kebebasan kepadanya untuk menuntut ilmu di Jogjakarta. Rupanya dialah pendera fizikal dan mental seumpama binatang selama 4 tahun lamanya dan seterusnya..tontonilah sendiri...hehehehe...sebuah filem yang saya anggap berkualiti intipatinya cuma sedikit perlu diperbaiki plot penceritaan..agak longgar di penghujungnya.

Semasa menonton saya terus-terusan berfikir tentang erti kebebesan yang diperkatakan oleh Anissa. Kebebasan yang dicari oleh watak ini..pada awalnya mahu fizikalnya lepas dari belenggu..tetapi akhirnya menyedari ... rupanya walaupun secara fizikalnya dia telah bebas tetapi jiwanya masih tertekan..masih trauma kesan deraan fizikal dan mental yang dialaminya..huuurm..membuat saya mengeluh kecil panjang sendirian..betapa luasnya maksud kebebasan rupanya.

Semalaman saya berfikir..mungkin benar kata Anissa..kita tidak perlu keluar dari sebuah 'lubang' gelap jika inginkan kebebasan. Kita masih boleh bebas jika kita berjaya membebaskan fikiran dan jiwa kita dari belenggu tekanan. Apa gunanya kita bebas secara fizikalnya tetapi jiwa kita kekal tertekan..tidak berguna..tidak berfaedah ..tidak bererti langsung.

Ramai wanita yang mengalami masalah mencari kebebasan dan terkadang sampai kpenghujung usia..tidak bertemu..kerana mungkin terbelenggu dengan erti kebebasan yang terlalu cetek. Sering meraung dan menangis di dalam hati kerana merasakan diri tidak pernah bebas...menghadapi hari-hari dengan rutin kerja yang sama dengan layanan yang sama juga. Tidak pernah ada ucapan terima kasih ...apalagi bisikan kata-kata indah dari 'tuan ' besar di rumah.

Atas kesedaran itu..wahai kaum wanita ...apakata mulai hari ini... bersama-samalah kita melakukan sesuatu untuk hidup kita yang tidak berapa hari sahaja lagi usianya ini. Jika terasa tertekan..belajarlah menulis apa yang kita rasa..biarlah minda kita bebas berkata..belajarlah meluahkan perasaan kepada seseorang yang boleh dipercayai supaya jiwa kita bebas berbisik dan belajarlah menghargai diri sendiri agar semangat kita terus kental dengan kepercayaan penuh bahawa kita punya kelebihan yang mungkin tidak ada pada orang lain...Semoga berkat kita membebaskan minda , jiwa dan semangat ini ..kita akan berjaya mendorong diri kita keluar dari belenggu yang menghimpit selama ini..insyaallah..terima kasih buat Anissa...perempuan berkalung sorban itu...jangan lupa kekawan sekalian..cari..dan ..tonton!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...