Selasa, 28 September 2010

PELAKON PENTAS...


Hari ini aku tak tahu ke mana nak mengadu..cuma mungkin ini jalan terang yang ada...bisikan hati yang semakin luka dan lukanya semakin membenam di dada...

Semangat yang pulih adanya..kian layu dan sayu. Kesedaran yang hadirnya baru bertatih membiru... semakin ungu dan beku. Puing-puing gelisah... resah dan desah semakin mengukir hati ini yang darahnya baru belajar membeku ...darahnya kian merah. Alirnya semakin semakin deras...sesaknya menghela nafas...

Hari ini ...esok dan lusa bakal merupakan hari yang akan terus menyibukkan...itu sahaja mungkin pengubat rasa.. Petang tadi sudah celaru fikiran aku ni..kusut masai..bertimpa-timpa perkara yang perlu diselesaikan..entah mana satu yang harus diuraikan dulu..buntu dan benar-benar buntu.

Masalah terus bertindan lapis...yang ada belum usai..menerjah datang bibit baru yang tidak pernah diundang kehadirannya...sangat melukakan ...buat fikiran dan badan sangat lesu akibat letih berfikir dan berfikir..penyelesaiannya semakin jauh dari pandangan

Hidup ini terpaksa diharungi jua..tiada jalan pintas lagi...terlalu banyak rupanya menuntut pengorbanan, perasaan dan harapan. Tuntutan hati yang bertimbun ..rupanya hanya layak bergelar angan-angan kosong yang tidak bermakna dan terpaksa aku peruk sahaja dalam hati aku yang semakin hari semakin kecut dan hampir lucut...terpaksa...dan aku terus belajar menyiksa diriku dalam keterpaksaan...

Pastinya ...tiada siapa akan mengerti...tiada siapa akan menyebelahi...aku harus tekad meletakkan diri dan niat murni ini jauh ketepi..ukir senyum muslihat dan curang setiap hari..tiada siapa cuba dan bakal memahami. Tangisan tiada maknanya lagi..biarlah ia jatuh menitis ke dalam hati...Selamat datang kembali dunia yang penuh kepuraan ....jadilah aku pelakon di pentas dunia yang tiada bertepi .. redhalah aku adanya..

Khamis, 23 September 2010

KREW...







Malam ni aku rasa letih sangat..petang tersadai tido atas tikar kayu nih..lepas maghrib tertido lagi dengan kaki tersangkut di sofa..letih badan dan fikiran.

Petang tadi baru aku dapat menarik nafas lega bersama Yati terutamanya yang jadi ketua kali ini..., Mek Rose, Rafizal, Hatta, Lan, Ad dan beberapa orang krew lagi. Pentas berjaya disiapkan sebelum jam 2.00 petang..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..tak de lah bulb yang terbakar..cuma sedikit panik bila label harga bulb terbakar...ingatkan dewan yang terbakar...hehehe...Pentas dewan kali ini dihiasi lebih sedikit meriahnya..sempena Penutupan Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Aidilfitri..dua dalam satu..ke arah langkah-langkah penjimatan katanya...

Apapun..hari Ahad ni krew kami terpaksa perah otak dan keringat lagi..kerana kali ini aku incharge pulak untuk persiapan dewan bagi Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 hari Khamis depan..ajojo..sedikit memeningkan. Setibanya surat panggilan mesyuarat di tangan beberapa hari lalu..berpinau mata aku..yang satu tak habis fikir...datang satu lagi...nak buat macamana ye ...dah tugas dan amanah.

Insyaallah..amanah ini akan cuba kami pikul bersama dan laksanakan sebaik mungkin ...sekadar terdaya dek tenaga dan minda kami. Setelah bertugas hampir 20 tahun ini aku semakin mengerti..yang penting dalam menjalankan tugas adalah kesedaran akan tanggungjawab ,ditokok tambah dengan keprihatinan dan kerjasama..Segalanya akan berjalan lancar dan sempurna jika ditempek pula dengan rasa kepunyaan terhadap organisasi ..

Akhir kalam...nak tulis panjang tak terdaya dah ni...Yati...jom tolong K.Ida pulak minggu depan...Mek Rose.. tolong fikir mulai malam ni ye... ..Lan..tolong angkat pasu sat..Hatta..pasang lampu cantik lagi naa...Lan jugak lagi..lori jangan lupa service tau ..nak angkat pokok lagi ni..Rafi..thanks kerana semuanya 'boleh'..pembakar semangat kami semua untuk terus bekerja dan bekerja demi meningkatkan kualiti dan imej KMK...terima kasih daun keladi bagi pihak Yati selaku ketua krew kali ini...alhamdulillah..huhuhu...sayu la pulak nyer...

Rabu, 15 September 2010

RIAK RASA AIDILFITRI 2010

Family dengan abah dan mak..sejurus sebelum pulang..huhuhu

Wajah sepupu dan adik aku
Aku di barisan hadapan..hehehe


Ateh..posing sakan

Aidifitri kali ini bagai hadirnya panas mendung dan hujan. Panasnya hati..mendungnya perasaan dan jatuhnya airmata berjuraian..hadir dalam satu suasana yang tidak pernah terduga dan disangka.

Yang buat hati aku suam-suam kuku...
Suami aku...jam 1 tengahari ..hari Rabu...baru nak tukar tayar kereta yang dah botak licin tu...
Seluar jeans Deeha sahaja yang aku peruk dalam beg...yang berdua lagi tu..entah di mana...kumbah dan aku terus kumbah ingatan aku..dan dapatlah kesimpulan yang menyimpul jerat hati aku..tertinggal di rumah rupanya..aku tanya berdua tu..jawapan 'standard'..tak tau..ibu buh mana?.. Singgah di Parkson dan kami beli lah 2 helai sorang yang salesnya 70% tu..Mungkin anak-anak aku ni happy go lucky tiada terperi..kekadang aku rasa rasa nak seligi je..adik..hehehe...elok jugak tinggai no...boleh tambah koleksi jeans..aduhai...bengkak hati aku

Yang menyentuh hati...
Anak-anak aku nampak cuak je..cari tempat parking tiba di rumah mertua aku. Masa tu dah jam 2 pagi...sepupu sepapat mereka tidur bergelimpangan di ruang tamu...nak letak beg pun tak tau kat mana..sebab rumah ni memang tiada penghuni kerana mak dan abah mertua aku tinggal di KL dengan adik ipar aku. ..penuh habuk dan Akak bersin tak berhenti pagi tu. Aku pun kuis apa yang patut..bentang toto yang dibawa dan kusyen kecil buat alas kepala. Lepas bersahur ..anak-anak dan aku sekali tidur semula sampai jam 10.30 pagi..apa punya menantu daaa....

Hingus aku meleleh bersihkan rumah...penat tetapi berbaloi...aku arahkan semua anak-anak sepupu sepapat tu gotong royong...jadi mak tiri aku hari tu...pasang langsir segala..rumah clear..barulah terasa kehangatan nak beraya..kesian mak mertua aku..anyway itu je termampu aku bantu..

Yang menyayukan...
Emak mertua dan abah sangat sedih dan sayu..lebih dari selalu..mungkin kerana tidak semua cucu dan anak-anak balik tahun ni..menusuk sayunya di hati aku.

Aku dan suami pun duduk menanti ahli keluarga datang bersalaman ...terasa tua sangat dah aku nih... anak-anak aku terutama akak dan angah memeluk erat dan seerat itu juga aku balas. Tangisan kami bagai tak terhentikan ..adik-adik ipar aku juga sayu dan menitiskan airmata...aku ciumi mereka yang rapat dengan aku termasuk Chik..entahlah ye..selalunya tak lah macamni..mungkin terkandung seribu rahmat di aidilfitri kali ini..banyak yang terpendam tak terluahkan selama ini ..

Sampai di rumah abah di Kalumpang saudara mara sebelah aku datang menyerbu..serentak pulak tu..huh..letih bagai nak rak..tapi yang berbekas di hati...di sinilah letaknya martabat abah..saudara mara tak pernah lupa menziarahinya setiap lebaran..aku?..camna agaknya dah tua nanti..huhuhu... mak saudara sebelah mak datang beraya..seronok berkisah..berseloroh...sebelum pulang bersalaman..entah bila bertemu lagi..Ateh..Pak Andak..menitiskan airmata...penuh sedu dan sedan..

Yang bertandang bukan sihat semuanya ...ada yang datang terhinggut-hinggut..ada yang datang berpalang besi segala di kaki ...cerita tempurung lutut kaki hancur jadi kapas..kaki berpalang besi dah hampir setahun...mengerikan sungguh dan menyedarkan aku betapa aku ni jauh lebih bernasib baik berbanding mereka..alhamdulillah
Deeha juga menyuarakan isi hatinya...menangis pilu setelah aku marah-marah kerana kacamatanya patah tertindih..dia sangat sedih kerana katanya dia selalu menyusahkan aku..asyik sakit..tak pandai dan tak baik macam Angah..Pernahkah seorang ibu berperasaan begitu?...tanyaku....kami bertangisan bersama..aku minta maaf dan ada pulak ending yang lawak..ibu..ibu sayang adik kan?..haaa laa..ibu sayang sume anak ibu...dan buat sementara ni dia pakai contact lens..melawalah pulaknye... hehehe

Yang mengejutkan...
Nenek saudaraku sebelah aruah mak yang berusia 78 tahun meninggalkan kami buat selama-lamanya pada hari raya ketiga..sekarang ni tinggal datuk saudara aku yang bongsu sahaja daripada 4 beradik...anak-anak dan cucunya ramai ...kami menziarah...wajah aruah Wan Cik berseri jernih..membuat hati tersangat pilu bila memandang...Terkenang aku sewaktu kecil berlarian di halaman rumah..mandi di sungai kecil tepi rumah yang kekal ada hingga kini. Di luar rumah aruah ...mak saudara aku berkisah kebaikan Wan Chik..terasa diri begitu kecil...aruah.. isteri yang sangat baik...suami santap berdulang asing..marah-marah jauh sekali...senantiasa tersenyum..bezanya ibarat langit dan bumi jika dibandingkan dengan diri aku ni...pada akhir usia sedikit nyanyuk..tetapi nyanyuknya asyik nak bersolat..suami bersolat..mereka berjemaah..tak pernah lupa itu...hermmm...aku menarik nafas dalam...sedalam-dalamnya...Sewaktu jenazah diturunkan nampak atuk duduk di tangga mengenggam tangan...renungan dilontarkan ke keranda dan dia melangkah longlai mengiringi jenazah..ya Allah pilunya..hanya tuhan yang tahu..dan kami meninggalkan keluarga itu dengan peluk dan tangis..jangan tak datang walaupun Wan Chik dah tak de..itu pesan mereka. Al Fatihah buat Wan Chik..

Aidilfitri ini meninggalkan seribu kenangan buatku..gembira bersulam duka...entah bila bertemu lagi..entah bagaimana pula riaknya tahun hadapan..hanya Allah yang menentukan. Segalanya akan kekal terpahat dalam kenangan...
Salam, anggerik suci mengiringi permohonan maafku zahir dan batin, wahai yang tak pernah lekang kasihku padanya...mana mampu ku melupakan...aduhai...

Isnin, 6 September 2010

SEMAKIN TEDUH


Dah lama aku tak dengar berita Saira..terkenang jugak kat dia..kelmarin lepas berbuka ...hati aku teringat sangat . Agaknya memang aku dan dia dianugerahkan tuhan telepati...kul 10 malam dia call aku..lama jugak sembang...hilang rasa rindu aku yang bagai lautan luas ..terlalu dalam dan tiada bertepi tu..

Ida..aku nak ucap Selamat Hari Haya ni...Maaf Zahir Batin..kalau ada dosa aku kat engkau..ye la..aku kan selalu kacau hidup engkau..banyak sangat kisahnya ...

Ish..jgn cakap macam tu lah..aku pun nak ucapkan selamat hari raya..maafkan aku jugak ye...aku pun kekadang terbabas maki hamun engkau...menyesal gak aku..hehehe

Jangan cakap macam tu Ida. Aku ucapkan terima kasih bebanyak kerana menyedarkan aku..aku ni selalu keliru tak menentu ...

Niat jahat aku mula dah terbit...

Hei...macamana Husaini...ada contact lagi ke?

Tak...

Hermmm...suara Saira mula berubah..aku ni saje jahat..tak boleh buang perangai buruk aku tu..nak buat macamana..tabiat...

Hilang macamtu saje ke die nye?..halimunan kot?

Hari tu ade jugak dia sms..bila keadaan kembali tenang sikit. Aku balaslah jugak..tapi entah ngape perasaan aku ni tak macam dulu dah. Half hearted je....at last..dia pun tak tahan kotnye..dia minta nak call aku...rindu nak dengar suara aku katanya...hari tu pulak kebetulan aku sibuk..aku kata tak payah laa...sibuk..Die kata sibuk pun takkan tak boleh nak cakap sekejap ...dia rindu. Aku balas..tak payah laaa...jgn merajuk pulak..nanti cepat tua..kan u kata nak tunggu i sampai bila-bila..kene maintain la cam sekarang...

Ish..ish..ish..pedas tu..

Herm..tu la..aku tak berniat ape...tapi sejak tu dia tak call ..sms pun tidak...aku ucap selamat berpuasa pun dia tak balas...marah agaknya..tapi biarlah..aku faham..aku ni insan pinggiran je..tak penting pun dalam hidup dia kan..menyusahkan hati..mengganggu hidup dia..jauh lebih baik fikir benda lain yang lebih bermanafaat...

kesian pulak aku dengar...engkau sayang lagi ke kat Husaini tu..syyy...hehehehe..engkau jangan marah pulak..aku ni saje nak tau..aku ni kan prihatin lebih..

Ida...aku tak pernah terfikir yang gejolak kasih di penghujung usia ni rupanya sangat menyentuh hati..tak boleh digambarkan dengan kata-kata...tak boleh diukir ..dipahat...tak mungkin ada penggantinya. Namun dah takdir tuhan ..penghujungnya begini..kalau boleh aku tak mau ada konflik..biarlah kami berkawan sampai mati..dengan niat murni...tak salah kan..walaupun takdirnya tak mungkin ada ikatan. Anna mungkin jauh lebih baik dan cantik dari aku..biarlah..aku faham..tapi aku sangat terluka apabila dia bermuka-muka..terus terang dari dulu kan baik..dah jadi camni...timbul prasangka..betul ke tidak sangkaan aku ..aku pun tak tahu sebenarnya..cuma nama Anna tu terus tergiang di telinga aku...buat aku trauma...itu sebabnya aku tak mahu dia call aku dah..aku sedih dan takut...

hei...engkau ni macam sayang lagi la kat dia je...hahaha

agaknya..

ade pulak agaknya...terus terang je la...malu-malu kucing pulak dia

(aku ni memang pakar provokatif..jangan lupa tu...)

Herm...Ida..bukan mudah nak buang orang yang melekat rapat dan memeluk erat hati kite rupanya. Namun demi Allah...aku terus berusaha dan berusaha ..berdoa..siang dan malam memohon Allah membuang dia terus dari kotak ingatan dan ceruk hati kecilku ini...demi kasih sayangku kepadaNya dan kepada Husaini juga..setiap hari..setiap detik..tak terucapkan lagi perasaan aku ni..Namun dalam diam rupanya kasih misteri ini memakan diri aku sedikit demi sedikit..dan aku semakin tidak tahan menahan...sangat sakit Ida...

(Esakan Saira sedikit kedengaran..aku biarkan sahaja..dengan harapan Saira dapat meluahkan perasaan..semoga apa sahaja yang tersimpan memejal dalam hatinya cair bersama airmatanya.. terasa jugak mataku turut digenangan air jernih panas...sepanas kasih Saira...kerana aku sangat kenal Saira...kasih Saira bagai lautan tidak bertepi..kalau bisa ditebarkan kepada insan yang setia..alangkah indahnya..sedangkan anak yatim yang berjualan dipinggir jalan sanggup diciumi dan dibelainya dengan kasih sayang..apatah insan yang sangat dihargainya...)

Ida..mengapa diam je..buat pe tu?

Tak de pe..aku tengah tengok tv ni...Saira..aku rindui engkau...teringin nak renung kolam mata juring engkau tu..jadi..janganlah susah hati macamni..bila agaknya kita boleh jumpa..manalah tau..hilang sendu di hati tu..

Nantilah aku cari masa..aku pun sibuk kebelakangan ni..kena isi masa dan sibukkan diri..letih..boleh tidur..herannya aku semakin kerap bertemu dia dalam mimpi...kalau terjaga sampai ke pagi lah aku tak boleh lena...benar bagai dikata..cinta adakalanya boleh menjadi musuh yang memperdaya manusia..melalai dan melenakan..jauhilah ia...

Saira...jangan cakap macamtu..cinta adalah anugerah tuhan yang paling murni..namun manusia sahaja yang sering mencalarkan kemurniannya. Aku yakin..suatu hari nanti engkau akan ketemu insan yang jauh lebih baik...

Entahlah..ok la Ida..aku pun ade kerja sikit ni..sekali lagi terima kasih kerana sudi mendengar luahan hati aku..Gelombang masa depan tiada manusia yang tahu..Doakan aku tabah dan kuat menghadapi dugaan ini..tidak akan mengalah kepada bisikan hati aku yang lemah ini..Selamat Hari Raya sekali lagi..kirim salam kepada semua ye..

Ok la..semoga Allah ketemukan kite semula..Selamat Hari Raya..maaf zahir batin..

Lama juga aku duduk termanggu...kerana bagi aku... mendung sepatutnya sudah lama berarak pergi...namun buat Saira ...semakin lama semakin teduh rupanya...dan bila-bila masa sahaja hujan bakal turun membasahi segenap ruang hati murninya...dan aku sangat percaya..cintanya kan kekal abadi hingga ke akhir waktu...salam kasih dariku untukmu...Sairaku...

Rabu, 1 September 2010

TERJERAT ERAT...





menanti detik 12.00 malam 31 Ogos 2010
bagai panasnya percikan bunga api menjolok punggung
'insan insan' yang tempang jati dirinya


dalam menanti..
suara-suara sumbang bergema megah
sahut menyahut ungkapan pedas
buat telingaku bingit dan marahku bangkit


entah bila mahu mengerti
entah bila mahu sedar
usia sudah meniti mati
jangan diperlaga usaha taulan
usah diperkosa kemampuan teman
kerana kita sendiri tiada lebihnya di mana-mana
malah bagai kekura..menyorokkan muka
cuma pintar berlagu sumbang serata-rata

aduhai..
hati kecil jahatku ini
lemas bersuara keras...
cerminlah keupayaan diri
singkaplah jasa yang ditaburi
jika sekelumit cuma
tutup mulut besar itu dan nyahlah pergi...

'insan-insan' ini
belum kenal erti 'kemerdekaan' rupanya
minda mereka masih kemas
...terjerat erat...

cacti5000
6.17 am
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...