Khamis, 23 September 2010

KREW...







Malam ni aku rasa letih sangat..petang tersadai tido atas tikar kayu nih..lepas maghrib tertido lagi dengan kaki tersangkut di sofa..letih badan dan fikiran.

Petang tadi baru aku dapat menarik nafas lega bersama Yati terutamanya yang jadi ketua kali ini..., Mek Rose, Rafizal, Hatta, Lan, Ad dan beberapa orang krew lagi. Pentas berjaya disiapkan sebelum jam 2.00 petang..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..tak de lah bulb yang terbakar..cuma sedikit panik bila label harga bulb terbakar...ingatkan dewan yang terbakar...hehehe...Pentas dewan kali ini dihiasi lebih sedikit meriahnya..sempena Penutupan Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Aidilfitri..dua dalam satu..ke arah langkah-langkah penjimatan katanya...

Apapun..hari Ahad ni krew kami terpaksa perah otak dan keringat lagi..kerana kali ini aku incharge pulak untuk persiapan dewan bagi Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 hari Khamis depan..ajojo..sedikit memeningkan. Setibanya surat panggilan mesyuarat di tangan beberapa hari lalu..berpinau mata aku..yang satu tak habis fikir...datang satu lagi...nak buat macamana ye ...dah tugas dan amanah.

Insyaallah..amanah ini akan cuba kami pikul bersama dan laksanakan sebaik mungkin ...sekadar terdaya dek tenaga dan minda kami. Setelah bertugas hampir 20 tahun ini aku semakin mengerti..yang penting dalam menjalankan tugas adalah kesedaran akan tanggungjawab ,ditokok tambah dengan keprihatinan dan kerjasama..Segalanya akan berjalan lancar dan sempurna jika ditempek pula dengan rasa kepunyaan terhadap organisasi ..

Akhir kalam...nak tulis panjang tak terdaya dah ni...Yati...jom tolong K.Ida pulak minggu depan...Mek Rose.. tolong fikir mulai malam ni ye... ..Lan..tolong angkat pasu sat..Hatta..pasang lampu cantik lagi naa...Lan jugak lagi..lori jangan lupa service tau ..nak angkat pokok lagi ni..Rafi..thanks kerana semuanya 'boleh'..pembakar semangat kami semua untuk terus bekerja dan bekerja demi meningkatkan kualiti dan imej KMK...terima kasih daun keladi bagi pihak Yati selaku ketua krew kali ini...alhamdulillah..huhuhu...sayu la pulak nyer...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...