menanti detik 12.00 malam 31 Ogos 2010
bagai panasnya percikan bunga api menjolok punggung
'insan insan' yang tempang jati dirinya
dalam menanti..
suara-suara sumbang bergema megah
sahut menyahut ungkapan pedas
buat telingaku bingit dan marahku bangkit
entah bila mahu mengerti
entah bila mahu sedar
usia sudah meniti mati
jangan diperlaga usaha taulan
usah diperkosa kemampuan teman
kerana kita sendiri tiada lebihnya di mana-mana
malah bagai kekura..menyorokkan muka
cuma pintar berlagu sumbang serata-rata
aduhai..
hati kecil jahatku ini
lemas bersuara keras...
cerminlah keupayaan diri
singkaplah jasa yang ditaburi
jika sekelumit cuma
tutup mulut besar itu dan nyahlah pergi...
'insan-insan' ini
belum kenal erti 'kemerdekaan' rupanya
minda mereka masih kemas
...terjerat erat...
cacti5000
6.17 am
Tiada ulasan:
Catat Ulasan