Assalamualaikum
Buat Akak...
Ibu ucapkan selamat menyambut ulang tahun yang ke tujuh belas pada 22 April 2009 nanti. Sedar tak sedar ibu dah punya anak gadis manis yang tak lama lagi akan melayari hidup sebagai mahasiswi... mungkin... jika ada rezeki. Apapun doa seorang ibu memohon segala yang terbaik buatmu anakku.
Akak yang dikasihi...
Maafkan ibu...kerana adakalanya menunjukkan rasa tidak puas hati kerana ibu selalu merasakan semuanya serba lambat dari akak. Menjawab panggilan lambat, bersiap lambat... apa lagi menyiang sayur, membasuh dan sebagainya. Ibu tak pernah membezakan kasih sayang...diharapkan akak fahami itu. Harapan ibu akak mengerti...hampir seluruh hidup ibu.. sejak akak dilahirkan tertumpu sepenuhnya untuk membesarkan akak dan adik-adik. Fahamilah yang gelodak jiwa ibu adakalanya terapung-apung menyelinap entah ke mana. Api kemarahan sering sahaja bernyala. Hanya airmata sahaja berupaya menyimbah padam nyalaan besar itu. Akak sendiri tentu fahami mengapa desakan-desakan yang mendatang itu kerana akak semakin dewasa kini...
Sejak kecil akak dah melakarkan banyak kenangan dalam hidup ibu yang tidak mungkin dapat ibu lupakan sepanjang usia. Pernah dua kali dimasukkan ke hospital kerana demam tarik semasa baru berusia setahun setengah. Akak...ibu tenggelam dalam trauma. Setiap kali akak demam...ibu terasa darah naik sampai ke ubun-ubun. Sekiranya tertidur...kesalnya tidak terhingga...takut terjadi apa-apa. Kerana itu juga, apabila adik-adik demam...perasaan yang sama terus mendatang
Akak..
Palitan sejarah hitam UPSR masih bermain-main dibenak ibu. Sehingga ke hari ini..melihat kelibat sekolah...seakan terlihat kelibat akak dengan tangis meruntun tubuh ibu..seolah meminta ...ibu...berilah akak 1A lagi . Masih terbayang jelas beberapa orang cikgu akak yang sama-sama mengesat airmata..memeluk ibu untuk menenangkan. Ibu sedaya mungkin menahan perasaan supaya akak tidak tertekan terus. Ibu kesat airmata akak pada malamnya...akak tidur dengan linangan airmata. Tetapi ibu rahsiakan daripada akak...hari ini mungkin baru akak tahu kan...anakku.. dalam usia terlalu muda akak telah melalui cabaran yang paling hebat .
Apapun ibu amat berbangga kerana ketewasan itu telah berjaya ditebus dengan 8A PMR. Masih terngiang-ngiang suara akak menjerit dalam telefon memaklumkannya. Akak...ibu dah diberitahu lebih awal oleh ayah ... Ayah juga terharu dan suara ayah bergetar keharuan sayang...ibu tak terbalas kata-kata ayah kecuali ucapan alhamdulillah...menutup talian dan terduduk lega di dapur ...bangga.. bercampur sayu dan terharu.
Anakku...
Pilihan untuk meneruskan pelajaran ke SBP sebenarnya bukanlah pilihan terbaik akak pada pendapat ibu awalnya . Bagi ibu di mana-mana sahaja bersekolah asalkan ada usaha, kejayaan akan pasti menjemput. Tetapi ibu redha sayang, ibu dah beri akak pilihan dan natijahnya. Dengan tekad akak nak berpindah...berpindahlah...kerana ibu tahu betapa lukanya jiwa dan perasaan apabila cita-cita dan cinta terhalang.
Dalam masa dua bulan lebih.. jangka masa transisi yang sangat panjang buat ibu... anakku. Apa yang terbayang di mata ibu adalah linangan airmata akak. Ibu sedaya upaya pohon diluahkan rasa terpendam akak...adakala okey...adakalanya akak membisu...membuat ibu serba salah. Setiap pagi ibu bangun dari tidur dengan debaran di dada. Penat memikirkan masalah akak, mungkin sukar menyesuaikan diri...takut masalah lain pula datang menghambat. Angah ada ...tapi bila ditanya dia pun tak boleh beri jawapan. Akak sahaja yang ada jawapannya. Dalam kesedihan itu ada juga yang mencuit hati ibu. Dalam menangis..dalam airmata tumpah ke dalam pinggan nasi...habis juga nasi dan lauk dimakan...itulah keistimewaan akak... masalah tetap masalah...makan tetap makan...dua perkara berbeza...hehe
Anakku sayang...
Maafkan ibu kerana mungkin terlalu mendesak untuk buat keputusan berpindah semula ke SMJ. Ibu cuma mahu melihat akak riang seperti selalu. Melemparkan senyuman manis seperti selalu...dan tak mahu melihat lagi paparan kekeruhan di wajahmu yang suci murni itu. Alhamdulillah fasa itu dah berlalu pergi...tahniah daripada ibu...berkat kecekalan hati semua dugaan telah dapat ditempuhi. Bab ini ibu tabik akak ... Semangat itu mungkin diwarisi daripada ayah...cekal hati...sabar...pemaaf...dan benarlah kiranya perkiraan ayah. Ayah tak setuju akak ditukarkan..katanya...dia ada minta tukar ke?..tidak jawab ibu dalam hati..jadi biarlah dia belajar survive...nanti sampai bila-bila tak tahan cabaran. Sekali fikir...zalimnya suamiku...dua kali fikir...betul juga...sampai bila ibu nak lindungi akak...
Akak... terokailah medan ilmu ini bersungguh-sungguh. Hanya ilmu dapat menjamin kehidupan kita pada masa akan datang. Tiada harta yang dapat ibu tinggalkan buat kalian adik beradik. Teruskan berusaha...walaupun sekarang pencapaian masih tidak begitu stabil..ibu yakin rintangan ini hanya sebesar zarah buat akak kerana banyak sudah dugaan lain yang berjaya diinjak mati. Medan debat, medan deklamasi tu..tinggalkan sementara waktu...kebolehan yang sepatutnya kita syukuri..tetapi terpaksa diketepikan kerana peperiksaan sudah semakin hampir
Sayangku Nurul 'Ain Nabilah...
Akak mungkin tidak pernah tahu yang akak dikagumi kerana kepetahan bercakap sejak berumur 9 bulan...agak luar biasa. Tapi jangan pula bermegah kerana malangnya..baru mula bertatih hanya setelah berumur 1 tahun 4 bulan (kaki pun dah sampai ke lutut ibu apabila didukung) dan boleh mengayuh basikal kecil tu hanya setelah berumur 4 tahun. Sehingga kini... sudah menjangkau usia 17 tahun masih berperang mulut dan berkejaran lagi dengan adik yang bongsu dan masih menggonggong lolipop di mulut. Alahai anakku...terharunya...
Akak...
Insyallah ibu tidak akan menghalang apa jua cita-cita akak. Dengar kata nak buat TESL. Kalau sudah rezeki ke situ...ibu izinkan...Terdahulu ibu mungkin sering memasak telinga memberi amaran..belajarlah di Malaysia sahaja...no overseas... Tapi bila difikir-fikirkan...ibu akan tetap begini...walau di mana akak berada. Ada masa sihat...ada masa sakit. Cuma harapan ibu..jagai diri dan budi pekerti. Sejak kecil sudah banyak galangan dalam hidup..dan ibu percaya... itu sudah cukup untuk mendewasakanmu.
Warkah ini khas buatmu...daripada kekasih yang namanya disebut hingga ke liang lahat nanti. Berlarilah anakku...jangan berlambat lagi. Hujan telah berhenti...mendung telah berarak pergi ...mentari mula menampakkan sinarnya dan pelangi akan muncul sebentar sahaja lagi. Gapailah segala impian ...bertiangkan cabaran semalam ...terima kasih kerana mengizinkan ibu sering berbangga keranamu...wassalam
terima kasih utk present yg pertama n plg istimewa..insyaAllah,in some time,da seseorang akn dtg mjenguk blog ibu,someone special 4 me-muhd nur aliff..maybe this is one of my secrets that i could tell u.bkn mksud along sengaja merahsiakan tp demi ibu yg tlalu dsayangi n dsanjungi,along terpaksa.terima kasih ats stiap doa n airmata utk along n adk2.tak da yg lain yg plg utama along mhon selain dri kshtan along spya bkesempatan mbuatkan ibu n ayah bahagia..perancangan study along,biarlah hnya along yg tahu..jatuh n bgn i2,perkara yg along rasa saling berkaitan n sama sj kpentingannya.yg along janjikan ialah selagi nyawa msih berada di bdan,along ttp akn igt pesanan ibu n ayah.psl aliff,dye lain,i2 sj yg mampu along katakn.bdk form4,setahun muda tp lbh matang.dye nak kami tumpukan kat study n i2 yg kami cuba lakukan sebaiknya.InsyaAllah,segala2nya akn dfikirkan lbh serius selepas cita2 dikecapi.hnya yg along mhon,percayakn along.tapi along x pernah bencikan sikap ibu yg kdg2 drasakn mengongkong along sbb along tahu,kejayaan yg along kecapi hari ni adalah krana kongkongan i2.cuma mgkin semakin meningkat dewasa,along nak dlepaskan sdikit dlm beberapa perkara.along n adik2 rasa bertuah memiliki ibu yg cekal n penyayang.xda apapun yg boleh menafikan semua tu.along bersyukur dlahirkan sbg anak ibu n ayah,mpunyai adk2 yg sll memahami n mhiburkan,mempunyai guru2 yg slalu m'ambil brt n kwn2 yg sentiasa mnyokong along.sbg manusia biasa,i2 sudah lbh dr ckup.along sntiasa mhon doa n restu ibu serta ayah..akhir kata,terima kasih skali lg n salam syg utk ibu yg dsanjungi.
BalasPadamAkak..terima kasih kerana berterus terang. Berkawanlah secara sihat dan apapun utamakan pelajaran. Take care
BalasPadamwah, ank sedara pertama achik dh nk smbut besday??dh 17tahun??OMG!!=) when I come to visit akak & semua kat sane, I'll bring ur present.like what i did to syifa'. juz keep reminding me k.=) i'll bring your future "makcik" also.hehe
BalasPadamakak, you've such a great talent. byk benda yg akak ade coz akak diasuh & dibela setahun lebih oleh opah. kan long? acik igt lg, your first birthday, mase tu acik drjah 2. acik belikan akak loceng mainan dgn duit sekolah acik.hehe.excited gile. you know how much i love & i care of you right..=)
living at SBP is the great challenge for you. akak akn jd lebih tabah & kuat bile kuar SBP coz akak compete dgn group2 kwn2 yg hebat. believe me. jgn mengalah awal, teruskan usaha. joinlah ape2 pidato ke ape2 yg akak minat, BUT REMEMBER, THE FIRST PRIORITY IS YOUR STUDY.=)
mama & ayah, igt pesanan diorg slalu. opah pn slalu pesan kan, dgr ckp mama & ayah. utk pengetahuan akak, mama & ayah is the two persons yg guide acik smpi acik berjaya skrg. their advice is really great.believe me. kdg2 akak degil, mcm acik gak, tp jgn degil2 sgt tau.hehe.=) juz do what you love to do & think wisely for your future.
ok, acik wish epi besday awal2 dulu ye to my lovely nabilah..=) happy besday..=)
Hai hampa dua branak ni same je.... Suka cari hat muda.... Bahaya oooooo.. Tgk macam aku cari hat tua kit, Rambut pun cikit tapi sayang kat aku separuh mati..... Pi mane2 nak berdua. Nak gardening pun nak kena dok kat luaq gak... Aku rasa la hang ni bukannya rindu sgt kat cikgu SMIP.... tp dok ingat kat mamat pintu belakang tu jeeee.... Maklumlah sanggup tunggu naik motor buruk. Aku pun rindu gak kat dia...hehehe. Pak we kakak aku yang belanja makan float..dan suke wat lawak kat aku. Dalam pantang pun blh cari lagi hang nooooo... cinta tragis. Ha la mana nak cari awek rambut panjang dan tahi lalat kat kening. Hat kat kening tu yang tak leh lupa tu....Bila baca pasal SMIP aku pun teringat gak kat pintu belakang tu... Bukan la pak we tunggu... tp kumpulan "auw" sekolah tu yang suka tegur aku sebab depa minat kat suara aku...Siap cakap lagi..."Sedaknya suaromu...kene weh....". Kawan aku siap nak muntah lagi...hehehe. teringat pulak kat best fren aku yang x sempat dah luahkan perasaan. Hari akhir periksa SPM nyorok belakang pintu...x nak jumpa aku. Pegi makan kat KFC pun x nak. Sedih gak sebab dialah yang selalu ambil berat dan aku la awek tipu2 dia dari tingkatan 4 sampai 5. Nak selamatkan dari secret admire dia yang tua setahun dari dia... Kat KFC ada pulak mamat lain yang suka kat aku...fening2. Gemuk2 pun ada gak nak kat aku..hehehe. Orang gemuk best ooooo bila di cium...tenggelam je... tak caya cuba cium pipaq....mesti x pueh cium...
BalasPadamtangkap syahdu tul...i agree with both of u.ibu...let our children decide their future. we are their supporters even though sometimes their choices are not ours..deep inside we know that whatever they do, they will put us first.just leave it to ALLAH
BalasPadamchik..,memang opah dah berjaya didik akak. Lompat atas ribaan tak renti..becuk giler lak. Sampai la, lagu tu. Mai la..bawa mek..ajar k.long wat kek batik..k long leh hadiah kain batik...hehehe. teringin nak jumpa. Tak takut ke.. anak sedara dah ada awek?.keturunan...hahahahaha
BalasPadamElly...hang jangan dok singkap kisah lama. Sedih aku...kasih sejati tu! Kak mano lo ni wei?..hang jgn cite lebih..hubby aku kan muda..sat ni dia cincang mati lak aku ni..SMIP ...gedung ilmu + cinta..haha
Ummi...thanx..bagi semangat..i sebenarnya teringat lagi u sindir2 i tak bg anak p overseas. u contoh yang baik. Betui jugak..sampai bila nak simpan bawah ketiak anak kt tu kan! I akan selalu ingat nasihat u..insyaallah.Tq kerana banyak menyedarkan.
insyaAllah long..nnt kami dtg..=) skrg mek tgh wat rotation surgery kat hospital penang, & dh nk dekat exam. maybe end of june baru free..pape, nnt acik gtau kak long..=)
BalasPadam