Ahad, 7 Jun 2009

AUNTY POZI...



Entry saya kali ini agak lewat tercoret. Kerja bertapuk-tapuk. Hujung minggu yang sangat memenatkan. Berulang alik menghantar akak tuisyen setiap petang hingga jam 10.30 malam dan balik terus terbungkang...tido.

Kelmarin selepas hantar akak ke tuisyen kami ke Alor Setar...beli sesuatu buat kenangan saya...duit tunggakkan dah habis.. tapi ape pun tak lekat untuk saya. Belanja anak-anak beli itu dan ini dan pergi holiday. Sampai jam 6. 45 booking tiket masuk tonton wayang Jangan Pandang Belakang Congkak. Seronok jugak. Si bongsu ketawa sampai nak pecah perut dan saya ketawa sama... bukan sebab lawak cerita tu sangat tapi gelihati dengar dia ketawa terbahak-bahak. Tapi dalam 15 minit filem nak tamat... saya ketiduran...anak-anak ketawakan saya..bila sibuk bertanya kesudahan cerita.

Apa kaitan gambar di atas???? Kaktus ni dari hati ikhlas aunty Pozi Februari lalu ...makcik biras saya di Jitra. Saya sayangi dia seperti mengasihi saudara sendiri. Aunty dah berusia 68 tahun. Sangat cergas bekerja. Tanpa mengira penat dan lelah. Anak-anak biras saya dijagai sejak lahir dan yang sulung dah pun berumur 13 tahun dan yang bongsu dalam 3 tahun macamtu. Aunty juga menjagai ibu mereka adik beradik sejak kecil...begitu besar jasanya. Hanya Allah sahaja dapat membalas. Kesimpulannya dah dua generasi keturunan di bawah jagaannya.

Tangan aunty memang sejuk. Segala jenis pokok ditanami. Termasuklah pokok kaktus dan saya juga semasa sihat dahulu selalu bertukar-tukar species kaktus. Tetapi dari segi kuantiti.. di rumah mereka lebih banyak. Februari lalu saya ke rumah mereka dan dia dengan ikhlasnya dia menghulurkan sepasu kaktus ini kerana mendengar saya merungut yang kaktus saya dari species yang sama berubah bentuk...tidak seperti asal.

Pagi Rabu lepas... tidak salah saya jam 5.37 pagi... saya menerima sms. Terkejut jugak..debaran melanda..isinya...aunty dimasukkan ke hospital kerana merapu cakap yang bukan-bukan dan berkelakuan agak agresif. Sepagian saya asyik memikrkan..mengapa jadi sampai begitu. Selepas double class 9.00 - 11.00 pagi saya ke hospital melawat. Dia peluk saya dan menangis...katanya di rumah berlaku pembunuhan dan empat orang terkorban. Dia tak mau lagi balik ke rumah tu...katanya ada hantu. Saya tak berupaya buat apa selain daripada berusaha menenangkannya dengan bantuan Yati.

Petang esoknya saya melawat lagi. Dia ratib..assalamualakaikum-waalaikumsalam dan suruh saya mencari biras saya ...dan saya suruh anak lelaki saya pura-pura memanggil biras saya masuk. Biras saya datang sejam kemudian dan kami bawa dia mandi. Hari Jumaat dia dibenarkan dibawa balik dan doktor mengesahkan dia dah nyanyuk.

Saya ke rumah biras saya hampir jam 4.00 petang. Aunty kelihatan mundar mandir tak mahu masuk ke rumah. Ratibnya sama. Ulang mengulang dan menyebut ramai saudara maranya... yang telah meninggal nak datang ke rumah. Saya peluk dia suruh duduk. Bawa ke belakang rumah dan tanya macam-macam supaya dia leka sedikit. Ada masa ok. Dia ketawa. Penglihatan dia pun bukan jelas sangat kerana katarak. Telinga pun kurang sensitif dah. Masih tak berjaya memujuk tapi dah kurang gelisah dan saya tinggalkan dia kerana nak hantar akak tuisyen. Drive balik masak nasi untuk sume and drive semula ke Jitra untuk bawa akak makan sebelum sambung tuisyen

Malamnya lepas makan saya sms biras saya...dia masih tak mau masuk ke rumah. Tak sampai hati nak mengabaikan dan saya drive ke sana. Nampak dia mundar mandir di luar pagar. Masih dalam keadaan gelisah. Saya peluk dia dan minta mereka bukakan pintu dan pujuk dia mandi. Rupanya petang itu dia dah ketuk cermin tingkap dengan batu batu dan retak. Biras saya sangat susah hati kerana esoknya mereka nak balik ke kampung.

Termakan pujuk jugak. Saya gunakan strategi si bongsu. Katanya...adik selalu pujuk kawan adik kata Allah akan tolong kita...jangan susah hati..allah akan balas kalau ada orang buat jahat kat kita. Saya gunakan kata-kata yang hampir sama. Just a bit reverse. ..aunty kan orang baik. Allah sayangkan aunty . Tak akan ada hantu berani usik aunty. Hantu semua takut. Jom kita masuk..mandi. Makan dan tido..esok kan nak balik kampung dah. Dia peluk saya dan saya rasa sangat terharu.

Kami masuk...dia mandi..biras saya sediakan makanan dan ubat. Sambil sembang dengan biras saya...saya urut tapak kaki dia dan dia usap tangan saya seikhlasnya dan dia asyik mengesat airmata yang menitis satu-satu. Jari jemari dan telapak tangan dah kering...urat timbul sana sini. Ishhh...saya pun dah tahan ni...airmata saya menitis satu-satu mengenangkannya.

Mengantuk ... kerana terlalu letih agaknya dan saya peluk dia naik ke atas dan dia pun tidur di lorong ke bilik. Tak mau masuk bilik kerana katanya ada hantu...jam dah 10.10 malam dan saya beransur pulang. Dalam hati...alhamdulillah..sekurang-kurangnya dia dah tido. Dapatlah biras saya tido kerana dia nak drive seorang diri kerana hubbynya ke Terengganu ...sukan IPTA.

Apakah kesudahan hidup aunty nanti...hanya alllah yang mengetahui. Serasa mau sahaja mengambilnya tinggal dengan saya ..tetapi saya juga tidak mampu kerana saya tiada pembantu..apa lagi saya pun bukan sihat sangat. Apa yang saya harapkan keluarga biras saya dapat membuat tindakan sebaiknya terhadap aunty..jasanya terlalu banyak..tak terbalaskan. Jika saya yang boleh dikatakan tiada kaitan langsung...ada rasa kasih terhadapnya...apalagi mereka.

Sepanjang beberapa hari ini...saya membayangkan saat tua saya nanti...sekarang pun saya dah lupa macam-macam...seusia itu... tak tau macammana agaknya...saya cuma mengharapkan saya tidak akan menyusahkan sesiapa....sesungguhnya itulah doa saya...semoga dimakbulkan allah...

2 ulasan:

  1. long, cik baru bace entry ni. aunty pozi ok x??cik terkejut ni.huhu. skrg aunty kat mane long?

    BalasPadam
  2. kat kampung kot...dah tua macam tu la...sedih tengok dia...k long ni siang malam teringat kat dia...tapi apakan daya...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...