Rabu, 10 Jun 2009

HADIAH DARI HATI...

Terima kasih buat rakan blog saya Ummi...menghadiahi saya sepasu kaktus yang cantik ini. Kaktus yang berkeluk-keluk cantik hijaunya. Pernah ada dulu...tapi dah mati kerana terlebih siram air. Diharapkan yang ini panjang hayatnya kerana hadiah ikhlas dari hati kan...!
Saya letakkan di sebelah kaktus saya yang sedang merimbun naiknya ini supaya dapat aura yang sama. Kaktus yang baru turun dari Cameron Highland tidak boleh terus didedahkan kepada cahaya matahari atau disiram banyak. Kena teduhkan dulu...2 tiga hari baru boleh dedahkan sedikit demi sedikit kepada cahaya. Dah seminggu dua baru dia sebati dengan cuaca di sini..ye lah cuaca melampau di sini sekarang...tersangat panas dan kadang-kadang tiba-tiba sahaja hujan lebat... membuat ramai yang selsema dan demam. Pokok juga begitu adanya...
Thanx again ummi...semoga murah rezeki dan dapat selalu pergi holiday . Diharapkan kiriman salam saya kepada isi alam di Kelantan dan Terengganu tu sampai...hahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...