Rabu, 30 Disember 2009

DUA INSAN..

Sudah lama tak update entry..sekarang ni agak sibuk..anak-anak sudah hampir ke penghujung percutian..hati terasa sedikit hiba..suasana akan suram semula. Mujurlah ada Akak..menunggu keputusan peperiksaan SPM.
Suasana baru menyelubungi kami sekeluarga. Mak dan ayah mertua tinggal bersama kami. Mak dan abah sudah begitu uzur. Mak telah diserang stroke sebanyak 3 kali..tetapi saya kagumi semangat juangnya..dia pulih kembali dan boleh mengurus diri...Alhamdulillah ..sejak mereka berdua datang ke sini saya sedikit sibuk...tetapi saya amat bersyukur kerana akhirnya allah telah menunaikan niat saya..saya kira..ye lah saya selalu berangan nak jadi sukarelawan..bila Sipau sedikit dewasa untuk isi masa dan kesepian saya. Rupanya allah senantiasa mendengar bisikan hati saya..mak dan abah datang. Masa saya terisi..debaran semakin berkurangan kerana fikiran saya mulai fokus kepada sesuatu dan tidak menerawang jauh.
Saya mungkin tidak mampu membantu sesempurna mana. Minum pagi dan tengahari terpaksa dibeli kerana saya tidak berdaya nak sediakan awal pagi..bimbang terlalu letih untuk ke pejabat.
Sebelah malam insyaallah..saya boleh lah memasak..akak pun ada membantu. Setelah makan malam..boleh bantu urut sedikit tapak kaki mak..nampak ada improvement..mak sedikit cergas berbanding semasa mula-mula sampai dan kami pun sempat shopping dengan mak dan abah malam kelmarin..maksudnya kehidupan kami masih seperti dulu..tiada penghalang..alhamdulillah.
Saya tidak berniat menulis panjang. Matapun dah layu..kerja kat ofis pun banyak..doa saya semoga saya diberi kekuatan jiwa dan kesihatan untuk membantu dua insan yang amat memerlukan..insyaallah

Khamis, 24 Disember 2009

TAMAT SUDAH...





TAMATLAH SEBUAH EPISOD PENANTIAN..SANGAT MENGGEMBIRAKAN ..ANGAH SCORE STRAIGHT A's DALAM PMR. RESAH GELISAH DARI KELMARIN TAMAT HAMPIR JAM 11.30 PAGI. AMAT TEHARU MELIHAT SUAMI MEMELUK PUTERANYA DAN SAYA JUGA TIDAK DAPAT MANAHAN AIRMATA SEMASA MEMELUK SATU-SATUNYA PUTERA KAMI ITU. UCAPAN TAHNIAH BERTALU-TALU DATANGNYA...ALHAMDULILLAH...SEMOGA PUTERAKU ITU AKAN BERJAYA MENCAPAI CITA-CITANYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT KELAK..INSYAALLAH.

BERSERAH...

DISUBUH HENING INI SAYA MENATAP SKRIN NOTEBOOK INI DENGAN DEBARAN YANG SANGAT KUAT DI DADA...KEPUTUSAN PMR AKAN DIUMUMKAN JAM 10 PAGI..YA ALLAH BERILAH DAKU KEKUATAN UNTUK MENGHADAPI APA JUA KETENTUANMU..ANAKKU SUDAH BERUSAHA SEMAMPUNYA DAN DAKU TELAH BERDOA SEUPAYAKU..YA ALLAH HANYA PADAMU KAMI BERSERAH.........

Isnin, 21 Disember 2009

'CINTA' INI...




Foto-foto ini membawa ingatan saya kepada seseorang..yang membawa 'mata' saya ke mana sahaja dia pergi..rasa sedikit terharu.. Sudah agak lama tidak mendengar berita..mungkin sibuk dengan kerja..begitu juga saya di sini sejak kebelakangan ini terlalu sibuk...kerja sampingan ..namun untuk dikongsi bersama warga kolej sekaliannya.
Saya sangat cintakan alam semulajadi..segala-galanya amat cantik bagi saya..dan apabila gambar-gambar ini dikirimi rasa gembira dihati tiada terucapkan...hanya setakad itu sahaja..nak mengunjungi tempat-tempat begini mungkin tidak termampu
'Cinta' saya ini kadang-kadang menimbulkan kelucuan dan keharuan..timbullah dialog-dialog berikut..
Hei...cantik kayu depa potong tu..boleh buat tempat duduk...ibu berenti tepi jalan..hampa ambik boleh??
Hish ibu ni..tak malu!
Tadi on the way balik kelas k.ida nampak ada jaring tutup aircond kat belakang dewan..daripada dibuang baik k.ida ambil buat tempat gantung okid
hei k.ida..itu harta kolej la...mana boleh amik..nanti haaa..
Yati..k.ida geramlah tengok top soil kat tepi jalan tu rasa nak berenti bawa baldi ambik
Hish..k.ida ni..hahahaha!
Geramnya tengok tunggul kayu kat tepi sungai tadi..rasa-rasa nak minta kat depa..nak gantung okid..elok tu..tapi segan la pulak...
Ai k.ida..saya tengok tak teringin pun..hish..tak tau la k.ida ni.. semua benda nampak cantik dan dia nak ambik..hehehehe
Rasanya kekawan dan anak-anak mungkin berasa malu kalau saya merealisasikan apa yang saya cakap..entahlah..sejak azalinya begitu. Apa sahaja yang ternampak dibuang..dalam kepala saya berkata...benda ni boleh digunakan untuk sesuatu. Adakalanya saya terfikir jugak mengapa saya suka mengutip benda-benda begitu..mungkin kerana bagi saya segala-gala di dunia ini cantik dan ada gunanya...yang pastinya saya 'cintai' segala-galanya....

Ahad, 20 Disember 2009

SIPAU..


Hati terlalu ingin merakamkan rasa bertuahnya memiliki anak bongsuku yang montel n mongel dan berkulit selembut sutera ini ..SIPAU gelaran diberi oleh kakak dan abang. Dialah penghibur kami sekeluarga. Terlalu banyak bercakap..suka menyorot peristiwa esok dan kelmarin sehingga tak tercapai dek fikiran..sering juga menggeletek hati

dulu adik lahir macamana rambut adik?
dulu adik kecik macamana ibu peluk adik?
dulu adik kecik macamana ibu cium adik?
dulu adik kecik muncung adik macamni jugak ke?
kalau along nak kawin dia cari sendiri atau ibu jodohkan?
kalau adik langkah bendul tak pe ke?
adik teringin nak anak sedara...eee
kalau adik duduk asrama ibu sedih tak..?
kesian ibu tinggal sorang -sorang kat rumah...

dan soalan terakhir itulah yang selalu menyentuh hati saya..dan saya akan jawab

sedih..kalau boleh ibu nak buat khemah kat asrama adik..
tapi tak pe lah..kita kan dah rakam macam-macam dalam webcam ni..adik pergi asrama nanti hari-hari ibu tengok je la..

aaaaa...ibu......jangan cakap macam tu....dan anak kesayanganku itu akan mengesat airmata dari bawah bingkai kaca matanya..mataku berkaca dan airmataku jatuh satu-satu ke dalam hati.....

Sabtu, 19 Disember 2009

KETUPAT CINTA + ODISI




Sejak jam 6.00 pagi notebook ini saya buka..baca mana sahaja entry yang ingin saya singkap kembali isi ceritanya..dalam saya rasa tidak sihat hari ini...agaknya terlalu banyak benda dalam fikiran dan di bawah sedar saya.

Kelmarin saya bawa anak-anak ke TESCO..saje tukar angin sedikit..anak-anak pun tak larat memerap di rumah. sampai dah jam 4.25 petang dan kami terus sembahyang asar di sana. terpaksa letak kereta di parkir luar kerana terlalu sesak dengan kereta dan manusia. Anak-anak tidak puas hati..sayang sungguh dengan kereta tu...tidak pernah cuba mengerti betapa sukarnya memandu dan berlegar mencari petak letak kereta itu ..tambah lagi kereta tu panjang..terpaksa adjust sana sini..
Seperti biasa anak-anak akan attack kedai buku dulu lu..pun tidak pernah mengerti juga..ibu ada duit atau tidak..seperti biasa hati tidak kesampaian mengatakan tidak..terutama untuk buku dan makanan. Nasib baiklah gaji baru masuk kelmarinnya. Akhirnya saya turut membeli novel ODISI..bukan mudah menambat hati saya untuk membeli novel ni kerana saya sering mencari yang unik dan bukan cerita biasa..sampai kekadang rasa nak pecah kepala memahaminya..Akak membeli KETUPAT CINTA(1) yang sebenarnya dah saya idamkan dari dulu..baru sampai ke Alor Setar..agak lembab pengedarannya..kerana dah ada edisi 2.
Akak juga seperti saya..tidak mahu membaca novel ringan kini..lebih suka yang berat..isu tersorok sana sini kerana kami mencari kelainan penyampaian..macamana ibu begitulah anaknya..kot????? hehehe...Deeha nampak kecewa juga kerana TWILIGHT idamannya tidak ada..semasa ada dulu..saya pula tak ada duit..ye lah..mencecah harga RM100.00..hei..fikir 3 kali juga untuk membeli..Apapun saya puas hati..nanti dapat tumpang baca novel akak tu..
Berita gembira tiba kelmarin..Diana dah lulus exam..kegembiraan jelas dalam smsnya dan saya tumpang gembira...saya kini merasa hidup lebih terisi..dengan membantu memberi galakan kepada insan yang memerlukan..pelajar-pelajar saya dan insan-insan lain..perasaan saya juga semakin membara untuk menjadi sukarelawan suatu hari nanti..insyaallah..apabila Pipa sedikit dewasa..
Hei..hari semakin siang...perut dan berkeriut..nak masak sedikit nasi lemak..anak-anak tentu rindukannya...adios dulu..nanti saya cerita panjang lagi buat hiburkan hati yang luka ni..semoga hari ini lebih membahagiakan dari semalam..

Jumaat, 18 Disember 2009

MAAL HIJRAH 1431


Selamat menyambut Maal Hijrah 1431..

Tidak berniat menulis panjang..
hanya mampu mendoakan semoga allah menunjukkan jalan yang lurus buat saya...
semoga anak-anak dilimpahi nur iman, sihat dan berjaya mengejar cita-cita masing-masing..
semoga rakan taulan... saudara mara beroleh rezeki yang melimpah ruah..
semoga suami yang komited dengan kerjaya dan profesionalismanya itu terus diberkati allah...
dan semoga insan-insan yang senantiasa memberi sokongan dan semangat buat saya terus dilimpahi rahmat...insyaallah..

Rabu, 16 Disember 2009

SEMPIT TERHIMPIT...


Hari yang sangat-sangat memberatkan kepala saya. Badan letih mengheret kepala juga menjadi letih. Serasa urat sendi nak terburai..apalagi melihat insan-insan di sekitar saya..aduhai..

Di rumah...
Anak-anak di minta bersiap petang tadi.. saya nak bawa Angah beli baju Melayu sekolah. Kelmarin tidak sempat..sampai ke Star Parade jam 9.15 malam..yang dibeli baju sekolah n tudung Pipa dan Madiha..beg sekolah Angah dan Madiha..bekas minuman...bekas pensil , sedikit makanan dari Mc Donald..Bayangkan..dalam masa 45 minit..sure kagum..Petang ni ambil anak-nak jam 5.15 petang ..pada hal saya suruh bersiap sebelum jam 4.00 petang lagi...dan dalam masa 20 minit saya drive sampai ke Busana Noriah yang hampir tutup dan belikan 2 helai baju Melayu dan 1 sut terus siap alter sekali...dalam masa 30 minit...siap singgah di Secret Recipe, Pizza Hut dan KFC dalam masa 45 minit..anak-anak teringin nak makan macam-macam...drive dan sampai sebelum jam 8..Fewwww..urusan membeli belah yang main hambat dan tarik mana sahaja...kerana ape???? NANTI..

Di pejabat...
Urusan keceriaan kolej...turun jam 2.15 ptg..jumpa tukang kebun..Yati bagi arahan. Saya drive ke pintu gerbang..dalam panas terik..ikut tukang kebun "berkebun" . Cekak pinggang tengah panas...Yati berpayungan..suruh tetak itu dan trim dari sebesar-besar pokok sampai sekecil-kecilnya..ikut meraikan sang kerengga dan sang penyengat..hehehe..saya peduli apa..hari ini kita kena siapkan..Pengarah nak tengok esok..baru ligat acara..haa..jam 3.45..saya drive keluar minum milo ais..panggilan nak selesai masalah skirting bilik mesyuarat..sampai pintu gerbang lega...tengok clear sedikit pemandangan yang menyakitkan mata...tempah skirting yang warnanya tidak begitu berkenan di hati... mengapa saya cerita ni?...hem..NANTI...

Kelmarin..
Saya ke Alor Setar jam 2.35 petang dengan Amelia, Yati, Nora dan Ros dan dua pekerja pejabat..nak urus tempahan perabot kolej..berlegar lama juga.. dalam pada itu teringat anak-anak dah janji nak beli kelengkapan sekolah..call hubby jam 4.30 petang ...suruh datang dan saya tunggu di AS..dia suruh saya balik dulu...jam 5.00 petang di Lorenzo AS ..call lagi ..dia kata nak tunggu saya balik dulu...jam 6.00 petang kami nak bertolak balik dia baru kalut..anak-anak telefon dan saya tanya sama ada ayah ada tidak..jawapan..tak balik pun..kepala dan hati saya rasa nak terbakar..alih-alih hampir jam 6.20 petang..Pipa sms kata mereka tunggu kat pondok pak guard...ya Allah fikirkan logik ke tidak..badan saya sudah terbakar..sampai di pondok guard saya buat tak nampak..naik sembahyang..turun dan ajak pulang..sembahyang maghrib dan baru bertolak..makan di medan selera..baru ke Star Parade...

Saya bukan mahu bercerita kosong..ada tiga situasi memperlihatkan sikap manusia-manusia di sekeliling saya yang perlu di jauhi...tidak guna akal..nanti diarah dan ditunggu baru nak buat kerja....suka membuang masa merewang tak tau ke mana..saat akhir baru korek lubang nak buat kerja..akhirnya yang letih siapa...insan yang inginkan kesempurnaan ini. Yang selalu membara dan terbakar kerana sikap yang tidak mahu dianjak walau seinci pun walaupun dah tau bahawa saya tidak suka kerja semberono..main belasah je...

Namun..saya akur ini dugaan Allah buat saya..saya harus rela menerima seadanya sikap insan di sekeliling saya..walaupun saya sangat kecewa dan luka kerana hidup tak serupa dengan orang lain..mengejar masa dan ruang yang sebenarnya terbuka lapang..tapi tertutup dengan sengaja kerana sikap mereka.....dunia saya ini terasa amat sempit dan terhimpit sebagaimana fikiran mereka ini....fikir-fikirkanlah...

Ahad, 13 Disember 2009

SYURGA DUNIA

SOGO syurga membeli belah
Lebih kurang jam 3.15 petang tadi saya terkekeh ketawa apabila tibanya sms sahabat saya yang sedang bercuti di Kuala Lumpur. Memang pun dah diketahui dia ke sana bersama keluarga untuk membeli belah. Saya..macam biasa lah suka usul perjalanan hidup orang lain. Tumpang seronok.
Tak habis shopping lagi ke?..lebih kurang begitulah pertanyaan saya..Tak ABIH lagi. Duit I yang habis..hahahaha..saya ketawa sorang hampir nak pecah perut..bukan perkara asing sebenarnya..but the way dia jawab sms tu. Yelah dari kelmarin hingga ke hari ini mereka shopping...tapi rasionalnya sekali sekala apa salahnya..hahaha
Semasa saya mencatat ni saya masih tersenyum sendirian..teringat tawa yang macam tak berkesudahan..KL adalah syurga membeli belah..saya akui itu. Saya pun sering melalui detik manis membeli belah tu dulu. Pegang itu suka..pegang ni menarik..pegang hak nun cantik..pegang hak ni murah sangat..bukan mudah melawan nafsu shopholic ni ..betul..saya surrender bab tahan nafsu ni...Dari jam 10 pagi sampai 10 malam pun tak terasa masa berlalu.
Yang merasa sang suami yang menunggu kite diceruk-ceruk pusat beli belah tu..kesian la pulak
Alhamdulillah kebelakangan ini saya semakin kurang bernafsu untuk membeli belah. Mungkin kerana dah tua ..mungkin kerana kedudukan kewangan yang semakin kurang mengizinkan..mungkin juga saya dah bosan melalui zaman itu. Bukan bermakna saya tidak keluar membeli belah..pergi juga..tetapi selalunya untuk anak-anak saya..beribu pun boleh habis sekali shopping. Untuk saya..dah lama juga berhenti..ada pun sehelai dua blouse dan kasut kalau dah benar-benar perlu..
Sms tadi mengingatkan saya tentang Sogo, Subang Parade, Mid Valley, Gulatis, Samua House dan lain-lain tempat di mana kerap saya bertandang semasa masih menuntut di UKM dan semasa anak-anak masih kecil. Setiap kali balik kampung kami ambil peluang shopping ke KL . Just lebih kurang 40 minit je dari rumah abah. Dalam perjalanan pulang singgah makan satay kajang kat Awan Besar atau hentian Sungai Buluh..hem..mouth watering tu...
Kini kalau balik kampung..saya lebih suka ke ladang orkid di Rawang..beli anak orkid je..yang besar tak pernah saya beli. Nak bawa balik kan susah...atau ke Tg.Malim sahaja beli baju kurung yang dah siap..lebih berbaloi daripada membeli kain ela dan tempah buat baju. Berganda harganya. Apapun sebenarnya kebanyakan baju saya yang 'berjenis' sikit dibeli oleh suami saya. Ke mana ceruk rantau dia pergi dia belikan yang terbaik buat saya..sutera yang lembut dan manis..tetapi silapnya bila kena di badan saya tahan lah sekejap..Lepas tu tertarik benang sana sini kerana saya ni kasar orangnya...tak reti duduk diam..kahkahkah
Dikesempatan ini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat membeli belah buat sahabat saya tu..hihihi..terima kasih buat suamiku kerana rajin membeli bagi pihak diriku..terima kasih buat anak-anak yang sering desak saya membeli..kerana dua jam mencari masih tak jumpa lagi yang berkenan..terima kasih terlebih lagi buat maha pencipta yang menarik sebahagian nafsuku yang agak nakal itu..terima kasih semuanya..hei my friend di sana!..tido tau!...jangan mimpi shopping lak lagi...hehehehe

Sabtu, 12 Disember 2009

PERCUTIAN SANTAI...

Pemandangn Georgetown dari bilik hotel
Percutian kami amat simple dan santai kali ini. Tidak banyak dapat diceritakan..sekadar saya ingin merakamkannya di dalam blog..buat kenangan saya dan anak-anak. Kami ke Pulau Pinang sahaja. Hubby pun injured kaki kirinya..main bola la tu..jadi pergerakan pun terhad.


Swimming pool idaman Sipau dan Deeha...kalau tak turun main air tak sah..ini pun dah kira agak tengahari..naik ke bilik..Sipau dan bertukar kelabu asap..dimakan mentari..hehehe

Angah, saya dan hubby sekadar melihat dari tebing kolam. Mulanya angah ingin juga turun mandi tetapi bertukar fikiran melihat ceteknya air dan ramai pulak turun swimming. Panasnya...

Hampir jam 4.00 petang baru dapat keluar shopping..di Plaza Gurney. Suami dan anak-anak sahaja shopping. Suami jarang membeli..kali ini saya bagi peluang dia shopping sampai tumbang..anak-anak tumpang sekaki...


Anak-anak bergambar sebelum balik. Saya rasa sangat lega dapat bersama anak-anak. Fikiran rasa lapang..tapi tak lama lagi sesi persekolahan akan bermula ...kalau lah dapat ditangguhkan masa..

Kucupan azimat kedua kekanda yang mengasihi...


Seberang Perai dari jambatan P.Pinang..sayup mata memandang



Bot ke P.Jerjak ini saya ambil di tepian jalanan menghala ke Queensbay Mall..hampir 3 jam di sana..kononnya saya nak shopping..yg dibeli hanya coklat chips macademia 400gram..tak tau lah..fikir nak guna banyak nanti kot..tertutup sedikit hati nak membeli..apa dilihat semua kurang berkenan..anak-anak marah jugak..buang masa..dan sakit kaki semuanya..hehehe

Dalam perjalanan pulang sebelum susuran masuk ke Alor Setar Utara..ada kemalangan..lori dan kereta kecil...jam hampir sejam..anak-anak mengeluh..tu lah ibu..buang masa kat Queensbay



Hubby turun join the group mencari sebab jam teruk ..kami menyembang dalam kereta dan akak dah berkira-kira nak makan di mana-mana..kelaparan!
Walaupun tak banyak yang menarik..sekurang-kurangnya saya dapat meluangkan masa bersama anak-anak. Bangun lewat sedikit..berpelukan..dapat tido dengan Angah..satu-satunya puteraku..dapat bertemu Diana..dapat shopping di night market Feringgi...walaupun sebentar masih berbaloi. Semuanya saya wrap up sekali. Hish..debaran menanti keputusan peperiksaan dah mula terasa..hai teruk rupanya jadi seorang ibu ni...Diharapkan bila Akak dah dapat result nanti percutian lebih seronok..ooppsss Deeha pulak PMR..tahu depannya Sipau dan Angah pula exam and seterusnya Deeha pulak..woik..bila nak abis ni haaaa!....tu belum anak sepuluh lagi....hihihi

Sabtu, 5 Disember 2009

DUA HARI INI..

Ish..sambil berkebun sambil bergambar..orang ngan pokok sama je..hijau
Yummy..dendeng ni tak berapa jadi..daging korban hari tu..Sipau minta buat lagi..kena cari hari yang sesuai..rumit membuatnya..rasa..boleh tahan
Hidangan tengahari ni...lemak cili padi ayam..kegemaran anak-anak..pastikan daun kunyit dan serainya banyak..sure menjilat jari

Pagi tadi saya mencatat puisi pendek..malam rasa nak mencatat lagi..ya ampun..apa sudah jadi???...anak-anak tunggu ibu di sofa..dalam hati sure kata..hish ibu ni bila la dia nak habis tulih blog dia?..tension tui..hehehe..saya memang suka menyakat.
Pagi tadi giler trim pokok. Tengah-tengah trim teringat bergambar kat pokok..mana tau satu hari nanti pokok yang tak berbela tu meninggalkan dunia yang menyiksakan ini kerana tuannya tak de masa nak belai lagi..dia dok adap blog dia je ... kahkahkah..ikan-ikan guppy sure terkejut beruk gak..tuannya dah buang tebiat ke..tetiba bergambar depan mereka..nak tau air dalam akuarium tu sampai kering..dok bagi makan je..tak jenguk pun.. tapi alhamdulillah lah..dari beli 12 ekor kini jadi berpuluh-puluh ekor..macam tuannya juga ..produktif..
Tengahari.. sepatutnya dah makan tengahari ...saya baru mula memasak..lemak cili api ayam..dah lama tak masak..baunya amat menggoda...rasa biasa je. Kelmarin buat daging dendeng..balik kerja sinsing lengan baju memasak..nasib baik along ada..boleh bantu sedikit..tapi jenuh gak memujuk...boleh juga dia bawa balik sedikit ke hostel. Kesian tengok dia..Selasa ni baru tamat perjuangannya. Memang niat nak bagi dia merasa sedikit daging tu..tu saya bertekad memasak walaupun sebenarnya sangat meletihkan..rebus..tumbuk..goreng..reneh pulak lagi..daging tu macam tinggal hampeh je..tapi berbezalah sedikit rasanya daripada masakan biasa..
Letih juga dua hari ini..tapi tak mengapalah..ada aktiviti jugak..nak pergi shopping.. duit dah habis..sekarang berkira-kira nak membeli peralatan sekolah yang bertiga tu..hemmm..tarik nafas panjang memikirkan duit ni..sikit habis..banyak pun habis...jadi dua hari ini saya lepak habis je lah...

USAI..


fasa ini
hampir
berakhir

hati ...
sepi ...

usai...

cacti5000
11.11am
5 dis.2009

Rabu, 2 Disember 2009

KAMU BERDUA...


Ape ke kisahnya kali ni??? Hari ini buka blog Chik dan Diana ..rasa sebu di dada..bagai ombak menghempas pantai...deburannya olang oleng di gigi air..entahlah pelbagai perkara berlaku kebelakangan ini..saya pun tak terleraikan lagi..
Saya ambil peluang nak ucapkan terima kasih kepada Chik dan Diana. Malu rasanya kerana kedua-duanya sama-sama mengucapkan ribuan terima kasih kepada saya melalui blog masing-masing..saya tak buat apapun yang sangat berharga . Cuma memberi sedikit nasihat..penyuntik semangat yang nampaknya seolah kian padam untuk kedua-duanya.

Kedua-keduanya amat saya kasihi dan sayangi.
Chik..adik ipar bagaikan adik sendiri..
saya senantiasa kagumi sifat peramahnya..
semangat juangnya...
titisan kasih yang tak pernah kering untuk anak-anak saudaranya termasuk kakak-kakak iparnya...
Apatah lagi kasihnya yang sangat tulus buat kedua ibu bapanya...


Saya sayangi Diana..
walaupun baru dikenali..
kerana saya jatuh hati kepada keramahannya...
wajah polosnya yang jernih...
senyum manisnya yang sukar dicari ganti..
gurau sendanya dan kata-katanya yang mencuit perasaan paling dalam.

Alahai tiada kata-kata lagi yang sesuai ditujukan untuk mereka berdua...

Apapun saya mendoakan yamg terbaik buat mereka. Harapan saya semoga mereka dapat meneruskan perjuangan hidup ini tanpa mengerti kekalahan...
Yang hampir padam mungkin api cinta yang pernah membara..
yang hampir padam mungkin sedikit kepercayaan..
yang hampir padam mungkin impian yang pernah tercipta..
namun yang tak mungkin padam adalah kenangan silam..
tidak mengapa..
kerana kenangan itulah yang akan menjadikan kita lebih dewasa dan lebih mengenal erti realiti kehidupan ...

Buat kedua-dua insan yang saya kasihi ini..k.long tetap akan kasihi kamu berdua..tiada apa yang dapat menghalang kasih itu. Semoga kedua-duanya akan bertemu kebahahagiaan suatu hari nanti..kerana kedua-dua kamu punya hati insan sejati..insan sejati yang punya kelebihan dan kekurangan yang tidak dapat ditepis ke tepi. K.long akan terus mendoakan..insyaallah di suatu sudut kosong di hati kamu berdua akan tercipta cinta abadi untuk seseorang yang mungkin lebih istimewa dan berkekalan sehingga ke penghujung waktu...insyaallah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...