Rabu, 2 Disember 2009

KAMU BERDUA...


Ape ke kisahnya kali ni??? Hari ini buka blog Chik dan Diana ..rasa sebu di dada..bagai ombak menghempas pantai...deburannya olang oleng di gigi air..entahlah pelbagai perkara berlaku kebelakangan ini..saya pun tak terleraikan lagi..
Saya ambil peluang nak ucapkan terima kasih kepada Chik dan Diana. Malu rasanya kerana kedua-duanya sama-sama mengucapkan ribuan terima kasih kepada saya melalui blog masing-masing..saya tak buat apapun yang sangat berharga . Cuma memberi sedikit nasihat..penyuntik semangat yang nampaknya seolah kian padam untuk kedua-duanya.

Kedua-keduanya amat saya kasihi dan sayangi.
Chik..adik ipar bagaikan adik sendiri..
saya senantiasa kagumi sifat peramahnya..
semangat juangnya...
titisan kasih yang tak pernah kering untuk anak-anak saudaranya termasuk kakak-kakak iparnya...
Apatah lagi kasihnya yang sangat tulus buat kedua ibu bapanya...


Saya sayangi Diana..
walaupun baru dikenali..
kerana saya jatuh hati kepada keramahannya...
wajah polosnya yang jernih...
senyum manisnya yang sukar dicari ganti..
gurau sendanya dan kata-katanya yang mencuit perasaan paling dalam.

Alahai tiada kata-kata lagi yang sesuai ditujukan untuk mereka berdua...

Apapun saya mendoakan yamg terbaik buat mereka. Harapan saya semoga mereka dapat meneruskan perjuangan hidup ini tanpa mengerti kekalahan...
Yang hampir padam mungkin api cinta yang pernah membara..
yang hampir padam mungkin sedikit kepercayaan..
yang hampir padam mungkin impian yang pernah tercipta..
namun yang tak mungkin padam adalah kenangan silam..
tidak mengapa..
kerana kenangan itulah yang akan menjadikan kita lebih dewasa dan lebih mengenal erti realiti kehidupan ...

Buat kedua-dua insan yang saya kasihi ini..k.long tetap akan kasihi kamu berdua..tiada apa yang dapat menghalang kasih itu. Semoga kedua-duanya akan bertemu kebahahagiaan suatu hari nanti..kerana kedua-dua kamu punya hati insan sejati..insan sejati yang punya kelebihan dan kekurangan yang tidak dapat ditepis ke tepi. K.long akan terus mendoakan..insyaallah di suatu sudut kosong di hati kamu berdua akan tercipta cinta abadi untuk seseorang yang mungkin lebih istimewa dan berkekalan sehingga ke penghujung waktu...insyaallah

7 ulasan:

  1. terima kasih kak long. sy terharu bace entry kak long ni. insyaAllah, He knows the best for all of us. dan sy redha dgn ketentuanNya. semoga Allah balas segala kebaikan kak long. sy doakan kak long akan bertemu erti kebahagiaan yang kak long cari selama ni. Ameen.. Thanks so much kak long..

    BalasPadam
  2. diana..apa yang k.long cari dah tak penting sebenarnya..mencari sesuatu yang tidak mungkin kerana perjalanan hidup ini pun semakin pendek..kamu berdua yang perlu menemukan titik kebahagiaan kerana masih muda dan perjalanan hidup masih panjang..semoga titik itu bakal ditemui..insyaallah

    BalasPadam
  3. InsyaAllah kak long. Thank you so much. I really appreciate it kak long. Sangat2 appreciate.

    BalasPadam
  4. tq long.. i guess i already found the answer on the other side, not mine..=) insyaAllah long..

    BalasPadam
  5. diana n chik..k.long harap tidak saling melukai lagi..hati yang lukanya terus terusan berdarah akan kering..hati yang kering susah nak pulih..di hati biar saling memaafilah dan allah akan akan beri ganjarannya nanti ..insyaallah

    BalasPadam
  6. kak long ni, mcm xkenal chik lak.. chik "tak suke memarahi, & dimarahi".. i'm alwez like that..=)

    BalasPadam
  7. adik sorang ni dah merajuk la tu..ye lah..tau..janji jangan biar keadaan ni berpanjangan..stress nanti..banyak kerja perlu diselesaikan..ok?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...