Ahad, 31 Oktober 2010

USAINYA SEBUAH KERINDUAN...




















Aku kira tiada perlu kata-kata untuk mengungkapkan perasaan..kerana adakalanya kata-kata mungkin terkurang dan terlebih membicarakan peristiwa. Segalanya jelas tergambar melalui senyuman dan gelak tawa..semoga tiada yang terguris rasa...tercalar hati kerana kata-kata yang tertera di ruang blogku yang seadanya ini...cukuplah sekadar ucapan terima kasihku kepada mereka yang mendoakan pertemuanku dengan teman-teman seperjuangan di SMIP Kota Bharu Kelantan 82/83 ini bakal membawa kebahagiaan buatku..terutama buat teman Unit Keceriaan KMK dan jauh lebih utama daripada segalanya... buat suamiku yang dikasihi ...kerana dengan izinmu..usai sudah sebuah kerinduan..tertunai sudah sebuah harapan...terima kasih daun keladi..esok-esok mungkin boleh minta keizinan lagi...heermmm...leganya hati tidak terkira rasanya...alhamdulillah...

*sekalung penghargaan tidak terhingga... buat adik bongsuku Suhaili dan iparku Mohd Sabri kerana membantu menunaikan impianku untuk ke sana dan menjaga anak-anakku..terima kasih sekali lagi...jasamu akan dikenang sampai bila-bila...

Khamis, 28 Oktober 2010

KASIH SAYANG

Syam...antara adik-adikku yang mesra..lain ibu dan lain bapa..hehehe

Sebenarnya lewat ke hari ini hati masih terguris..ada masa terasa sangat sedih dan pedih..Namun suara hati siapa yang mengerti.

Peringatan buat diri...jangan sesekali campurtangan urusan hidup orang.lain. Kemudikan hidup diri yang masih terolang oleng entah ke mana arah tujuan. Banyakkan bersyukur dan berzikir ..bersihkan hati sendiri..kerana hati yang kotor dan calar di sana sini ...itulah tempat persinggahan syaitan yang paling nyaman.

Entah...subuh ini aku teringat sangat kat Shidah..yang sedang menunaikan haji ke Mekah..Dia selalu nasihatkan aku secara tak langsung. Sebenarnya banyak yang dah lekat di hati. Sebelum dia pergi..dia berpesan..kalau ada apa-apa..k.ida fokus dan fikirkan tentang Shidah... hati Shidah akan terdetik di sana dengan izin Allah. Insyaallah Shidah akan doakan yang terbaik untuk k.ida ...pelukan erat Shidah buat airmata tergenang...

Bila aku teringat begini ..terasa sangat sayu..Shidah hanya sebagai kawan sejawat dan jauh lebih muda daripada aku..sangat menghargai erti persahabatan dan hubungan sesama manusia. Aku doakan dia selamat mengerjakan haji dan semoga dipermudahkan Allah segala urusan.

Benar juga kata Yati..k.ida..apabila ada orang membenci kita..janganlah kita susah hati..kerana sebenarnya banyak orang lain yang sukakan kita...kenapa nak fikir tentang orang yang tidak sukakan kita tu...baik kita fikir tentang ramainya orang yang sukakan kita ...dah lah..bergenangan juga airmata bila ungkapan itu terngiang di telinga aku

Hermmm...keresahan telah aku buang jauh..kerana .. semakin hari... bagi aku ianya perkara paling bodoh untuk difikirkan ...Sebaliknya kita harus menerima hakikat dengan analoginya yang amat padat bahawa... kita tidak akan menghargai kejayaan tanpa kegagalan ..begitulah juga kiranya pada pandangan kudusku yang tirus ini ..kita tidak akan menghargai limpahan kasih sayang orang lain tanpa adanya titisan kebencian ...fikir-fikirkanlah...dan aku amat percaya itu...wallahualam...

Selasa, 26 Oktober 2010

KU SYUKURI...

AKU...yang harus terus belajar mensyukuri apa yang aku ada dan apa jua rintangan yang mendatang...insyaallah..

Malam ini suamiku tiada di rumah. Selepas maghrib dia dah bertolak ke Kuala Lumpur. Dah jadi tanggungjawab yang tidak dapat dielakkan...marking paper perakaunan PSPM 1. Jadi..tinggallah kami tiga beranak di rumah...aku..Sipau dan Akak..yang akan mula bercuti esok.

Sebenarnya aku sedikit bimbang suamiku drive malam-malam begini...dipermudahkan kata..aku tak suka..kerana ia akan mendera perasaan dan fikiran aku. Maklumlah perjalanan malam yang sangat jauh..kecuali dengan keluarga...entahkan mengantuk..entahkan apa..hish..menyusahkan hati. Namun suamiku itu sibuk tak terkatakan...pagi..tengahari dan petang..ke sana ke sini..pokok pangkal kerja aku pun tidak ketahuan..banyak sangat...bersilang dan bersimpang siur. Aku juga sibuk menguruskan hal kewangan kami...maklumkan awal bulan...bayar bil sana dan sini...ambil dan hantar anak..dan boleh dikatakan apa sahaja hal yang bersangkutan dengan anak-anak..kerana suami aku memang tak menang tangan..

Selalunya..beginilah aku..kekadang ketiduran sebentar dan santak ke pagi nanti ni tak boleh nak lelapkan mata..ade sahaja yang bersarang di jiwa. Semua masalah mendatang tanpa diundang..hem..kekadang rasa sesak di dada dan fikiran..

Kebimbangan bertambah lagi sejak kebelakangan ini..kerana suamiku itu kurang sihat..blood screening mengesahkan ada masalah tekanan darah agak tinggi, kolestrol dan sel darah putih berlebihan menyebabkan dia kelihatan lesu dan tidak sihat. Tambahan pula sejak kebelakangan ini selalu sangat long distance driving..ye lah..umurpun dah border warga emas..namun jiwanya masih lagi muda seperti dulu. Ubat dah dibekalkan..nampaknya beberapa hari ini sedikit pulih..dan aku terus mendoakan semoga dia pulih dan aktif semula seperti dahulu...

Nak dijadikan cerita ...kelmarin...suamiku berada di pos pengawal... lengkap dengan golf suit dan topinya..nampak sahaja kelibat kereta aku.. dia dah bagi isyarat dengan aksi pukul bola golf...aku membalas dengan mengangguk-nganggukkan kepala dan aku meneruskan perjalanan ke C Mart membeli bahan basah untuk dimasak kerana Akak berada di rumah..demam..dan nak makan malam di rumah. Dia pun demam tension..last paper hari ini..Biologi kertas 1...

Setibanya di C-Mart...sedar tak sedar aku tersenyum sinis sendirian terkenangkan..terkenangkan apa ye?..drive melepasi simpang matrik.. aku tersenyum sorang-sorang sebenarnya...mengenangkan suamiku. Selalunya kalau aku tahu dia nak main golf..aku tarik muka jugak..entah apa lah salah golf tu..aku pun sebenarnya tidak tahu punca dan butir masalahnya..namun itulah persepsi aku...Namun pada petang kelmarin aku merasa sangat lega..perasaan sebaliknya datang..kenapa?? kerana bermakna suamiku itu sudah pulih..kembali aktif dan bersyukurnya aku ke hadrat illahi...dan aku membeli belah diiringi perasaan yang sangat-sangat lega..bukan seperti sebelumnya..sebu dan sebam...

Di sini ingin aku panjatkan kesyukuran..kerana Allah memberi ruang untuk aku belajar menghargai kehidupan..bukan semua yang kita anggap indah itu ..indah juga untuk orang lain dan begitu juga bukan semua yang kita anggap balak dan bala itu... bala untuk orang lain juga...kerana ada masanya yang dianggap bala itulah punca kebahagiaan orang lain. Jauh di sudut hatiku..aku mendoakan semoga suamiku itu sihat..jangan sakit-sakit dan terbaring lagi..kalau dulu..aku bengkak je hatiku tengok dia jalan macam lipas kudung..tak terkejar dek aku kalau jalan berdua..kini aku berasa tersangat syukur dan tersenyum di hati..melihat 'lipas kudung' itu meredah merentas rumah dan pejabat sepanjang hari santak ke tengah malam...Alhamdulillah..begitulah kehendak Allah barangkali..memberi aku isyarat dan petanda ..agar aku mensyukuri nikmat Allah...alhamdulillah...
Hermmm...entah di mana dan pukul berapalah dia nak sampai tu?..susah hati aku ni..dan entah pukul berapa pulak aku boleh lelap... seharusnya juga aku bersyukur kerana siaplah satu entry lagi berkat aku yang tak boleh lelap ni...hehehe

Rabu, 20 Oktober 2010

TERAPI MINDA...

Aku, Mek Rose dan Yati..Nora masa ni jadi PTK candidates...sorry ye Nora..hehehe..nanti kite snap gambar lain...

Haih..letih beberapa hari ini. Banyak benda yang perlu aku urus dan fikirkan...ke bank..anak-anak sedang exam..turun ke laman pentadbiran..tengokkan pekerja ubahsuai lanskap yang ada..Yati..aku..Mek Rose n Nora. Kami beri arahan je..pekerja yang buat. Tapi kalau ikutkan hati..nak juga capai gunting, gergaji dan gunting pokok tu..tapi..aku nasihat diri aku...sabar...akhirnya akan siapkan juga..perlu beri sedikit masa...insyaallah segalanya akan selesai...

Di sini aku nak rakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat rakan-rakan baikku itu...yang memberi keriuhan dan kegembiraan dalam hidup aku ini. Bila nampak aku sedikit muram..pagi-pagi dah mek2 tu tolong ceriakan suasana dengan ungkapan yang agak power belaka...hehehe

Tatkala aku dilanda gundah...Yati selalunya menenangkan...sabarlah k.ida..biar je..jangan layan sangat masalah tu..jom kite turun jom..naik lori..cari pasu kosong..tengok orang susun pokok kat nursery...terkekeh-kekeh ketawa dalam lori...alhamdulillah...terapi minda yang sangat berkesan buat aku..

Sebenarnya aku sedang belajar bersabar dan semoga Allah meningkatkan kesabaran aku dari semasa dan semasa. Berkat adanya teman-teman yang menitiskan embun kesabaran..berkat unjuran nasihat rakan-rakan ...berzikirlah jika kemarahan melanda..ya Allah ya Rabbi lega segalanya..

Hidup ini sememangnya tidak selalu indah...masalah datang ..masalah pergi ... bagai terbitnya matahari pagi dan terbenamnya matahari pada senja hari..Harapan aku ...pelangi bakal menjelma menggantikan tempat kilat dan petir yang menyambar serta mengaum di sepanjang perjalanan ini..selagi diizinkan Allah ..ingin aku nikmati keindahan hidup ini sepertimana orang lain menikmatinya...wallahualam..pengakhir kalam...

Sabtu, 16 Oktober 2010

TUNGGU AKU...


Alhamdulillah..berkat doa..berkat kesabaran..berkat kiloan ubat yang aku telan..aku dah beransur pulih walaupun tulang pipi aku dah terjojol keluar..macam rupa jerangkung lagi nih ...Dah boleh hantar anak tuisyen..walaupun sengal di belakang ni masih terasa lagi. Terpandang je Serena aku tu..trauma menggamit...sakitnya badan aku ketika itu...


Minggu depan Akak dan Sipau akan menghadapi peperiksaan pula..haih..berdebar je aku ni bila fikirkan . Angah akan completekan dua paper lagi..Chemy dan Bio..semoga mereka semua dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang dan dipermudahkan illahi..aku hanya mampu berdoa dan berdoa..


28 Okt nanti..sekiranya diizinkan Allah..kami akan bercuti ke Kelantan. Aku nak jumpa kekawan aku yang bersekolah di SMIP tahun 1982/1983..rindunya aku akan mereka. Kenangan di sekolah tu terlalu banyak...lambakan kemanisan hidup aku rasakan...tak ternilaikan dengan wang ringgit.


Suami aku izinkan aku pergi dengan anak-anak dan diiringi adikku Ely dan suaminya Sabri. Suamiku tak bersama kerana akan ke KL marking paper PSPM. Harapan aku semoga mereka sihat kerana yang nak drivenya mereka lah..aku ni ..bukan boleh harap sangat..on and off je..kalau sihat tak pe...tak sihat...hermmmmm...Apapun terima kasih aku ucapkan buat suamiku kerana keizinannya..terima kasih kerana memahami..terima kasih yang teramat kasih dari aku..huhuhu


Nak melangkau waktu adalah sesuatu yang amat mustahilkan!..Hermmm..maka jadilah aku penanti setia..saat itu akan tiba jua..dan akan aku gunakan sebaik mungkin. Entah bila pulak dapat bertemu...masing-masing dah dimamah usia. Kekawan semua...tunggu aku di sana ye!... ngan nasi kerabu dan nasi dagang...hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan aku kini...haihhhh!!!!

Rabu, 13 Oktober 2010

PENAMAT MUSIM?


Alangkah panjangnya musim ini rupanya...hingga malam ini masih melara rasa. ..bisa di mana-mana..dingin kaki membiru..aku selimuti dengan stokin kelabu anakku yang telah lebu.

Saban malam kini..aku asyik menilik tangan dan kaki..setiap kali terasa sejuk beku..buat aku terpaku..bisu..lesu dan sebu meluru di setiap ruang hati. Ada masa hati jadi sedih..ada masa rasa gusar..ada masa terasa ingin kubiar..mahu melihat sejauhmanakah ia mahu terus menjalar...kerana aku senantiasa berjiwa sadis...

Andainya inilah penghapus dosa masa-masa silamku Ya Allah..redhalah aku akan kehadirannya. Namun musimnya terlalu panjang...seolah-olah memberi amaran..bersedialah aku kiranya untuk penamat musim..entah bagaimanakah gelombangnya..entah...

Maafkan aku wahai ayah dan ibu
wahai suamiku
wahai anak-anakku
wahai adik-adikku
wahai saudara-saudaraku
wahai sahabat-sahabatku
wahai insan-insan yang kucintai dan kasihi

kerana ketelanjuran
kata nista buat banyak hati terluka
usaha sia-sia sekadar penghias rasa
cinta gila sebagai pelega
dan buat segala-gala
yang tak pernah terduga olehku akan hadirnya
pengakhir gurindam lara ini...sepotong ayat menyusuli sekali lagi...

AMPUNILAH AKU YA ALLAH....

Selasa, 5 Oktober 2010

DUGAAN..


PMR kan menjengah sebaik terbitnya mentari..
anakku tanpa kuduga kini di sisi...
pulang tengahari tadi...
ke hospital dan klinik menyedut gas kesekian kali ..
terbaring...menarik nafas panjang mengandung erti..
bimbang gugat kekuatan diri..

entah ke mana nak kuletakkan resah hati...
hanya Allah maha mengerti...
betapa gundahnya sanubari ini..
doa ibu...
semoga terbitnya mentari bakal bawa pelangi ...
buat anakandaku...Deeha yang sangat kukasihi..
semoga segala dugaan dapat direntasi...
tangisan ibu ini entah bila mahu berhenti..
pabila nafasmu pulih nanti barangkali...

Sabtu, 2 Oktober 2010

SAJIAN SEORANG IBU..

Pagi tadi ..setelah hantar Sipau ke tuisyen aku terus ke pasar. Teringat Sipau dok merungut yang aku ni dah lama tak masak nasi ayam favourite dia. Nasi ayam aku simple je..tapi dia teringin sangat kot..dah banyak kali sebut.

Aku pun belilah apa yang patut di pasar..terlupa daun salad..wajibul nih..sayur kegemaran dia. Kelmarin sebenarnya aku ngan Deeha dah makan nasi ayam. Jemu aku..tapi tak sampai hati. Fikir Deeha ada...Akak boleh call suruh balik sekejap dan nak pergi tengok Angah di asrama..aku tekad untuk masak..bukan ape..aku dah lupa nak masak camna. Dekat bertahun tak masak nasi ayam ni..ade sebabnya...nanti cerita...

Petang tadi pulak..pulang dari melawat Angah...aku singgah kat gerai buah nak beli buah jambu batu...teringin pulak aih..dah aku tak berapa selera nak makan kebelakangan ni..tak tau kenape..berat fikiran aku agaknya..banyak bende kene fikir..anak-anak nak exam sume...sampai selera pun semakin putus. Kotlah cicah buah boleh bangkitkan selera sikit..kekadang lapar sangat..sesuap masuk rasa tak lalu dah..sumbat jugak ke mulut ni..janji makan..

Sipau dok pandang pisang emas tergantung..dan dia dapat idea lain pulak. Ish..ibu..adik teringin pisang yang ibu goreng..bukan beli..wei laaa...letih aku dengar. Ye laaa...baru terfikir nak tidor sekejap balik nanti. Aku bagi alasan pisang untuk digoreng tak de..tapi aku turun tanyalah jugak..tak sampai di hati. Nak dijadikan cerita adalah pisang nangka setandan..dua tiga sisir dah masak. Aku pun beli sesisir. Hulur di tingkap kerete..dia sengeh meleret.

Balik..aku pun menggoreng..tengah menggoreng tu Sipau datang tengok..dah tak sabar agaknya..tetiba aku rasa sayu je tengok pisang tu. Aku kata..adik ..ni ibu malas nak masak pisang ni..teringat kat Angah..Akak pulak sambut..tu la Sipau..tengok ibu sedih dah..hang ni suh ibu goreng pisang wat pe..beli je la tadi...ibu bukan boleh tengok pisang tu..nanti ingat kat Angah.. Sipau nampak sedih..herm2 tak pe la..ibu bukan sayang kat che'..sayang kat Angah je..masak untuk Angah je.. Jenuh jugak aku nak pujuk dia..Akak ni..nasi tambah pulaknye. Apapun habis sepinggan besar pisang goreng nangka tu... anak aku bertiga tu makan sambil cicah dengan sambal kicap...Sipau suh buat pencecah pulak ..nak tau dak..ish..aku makan 2 ketul..rasa macam nak hantar je kat Angah di sana...

Entahlah...aku ingat bila dah lama berjauhan..perasaan aku boleh pulih..rupanya kekal macam dulu..sewaktu mula-mula anak-anak seorang demi seorang meninggalkan rumah ini. Sudah empat tahun Angah di sana..tapi perasaan aku masih nyilu bila aku masak makanan kegemarannya. Nak tau..aku ni tak jamah pun nasi ayam tu..teringat sangat kat dia masa masak...lebih-lebih lagi bila dia call jam 2.00 td mengatakan yang dia puasa hari ini. Aku bungkus nasi ayam tu dengan besar hatinya untuk dia berbuka nanti. Sampai di sana..aku unjukkan nasi tu..terdengar dia menelan airliur..bila Sipau minta seketul ayam tu dia berdehem memberi isyarat 'tidak boleh' ...buat hati tersentuh sambil ketawakan Sipau yang suka buat hal tu. Dalam lambaian pulang... airmata dah bergenangan..tapi aku cepat-cepat mengalih pandangan. Maghrib tadi ade sedikit lebihan nasi..aku panaskan dan sambil tu terbayang di mataku..anakku Muhammad Haziq Iqmal sedang menyuap pantas..Angah..ibu rindu Angah...makanlah anakku..itu sahaja yang mampu ibu sajikan buatmu..hermm..dah kul 2.00 pagi ni..bila nak ngantuk ni hah????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...