Alangkah panjangnya musim ini rupanya...hingga malam ini masih melara rasa. ..bisa di mana-mana..dingin kaki membiru..aku selimuti dengan stokin kelabu anakku yang telah lebu.
Saban malam kini..aku asyik menilik tangan dan kaki..setiap kali terasa sejuk beku..buat aku terpaku..bisu..lesu dan sebu meluru di setiap ruang hati. Ada masa hati jadi sedih..ada masa rasa gusar..ada masa terasa ingin kubiar..mahu melihat sejauhmanakah ia mahu terus menjalar...kerana aku senantiasa berjiwa sadis...
Andainya inilah penghapus dosa masa-masa silamku Ya Allah..redhalah aku akan kehadirannya. Namun musimnya terlalu panjang...seolah-olah memberi amaran..bersedialah aku kiranya untuk penamat musim..entah bagaimanakah gelombangnya..entah...
Maafkan aku wahai ayah dan ibu
wahai suamiku
wahai anak-anakku
wahai adik-adikku
wahai saudara-saudaraku
wahai sahabat-sahabatku
wahai insan-insan yang kucintai dan kasihi
kerana ketelanjuran
kata nista buat banyak hati terluka
usaha sia-sia sekadar penghias rasa
cinta gila sebagai pelega
dan buat segala-gala
yang tak pernah terduga olehku akan hadirnya
pengakhir gurindam lara ini...sepotong ayat menyusuli sekali lagi...
AMPUNILAH AKU YA ALLAH....
AMPUNILAH AKU YA ALLAH....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan