Alhamdulillah..berkat doa..berkat kesabaran..berkat kiloan ubat yang aku telan..aku dah beransur pulih walaupun tulang pipi aku dah terjojol keluar..macam rupa jerangkung lagi nih ...Dah boleh hantar anak tuisyen..walaupun sengal di belakang ni masih terasa lagi. Terpandang je Serena aku tu..trauma menggamit...sakitnya badan aku ketika itu...
Minggu depan Akak dan Sipau akan menghadapi peperiksaan pula..haih..berdebar je aku ni bila fikirkan . Angah akan completekan dua paper lagi..Chemy dan Bio..semoga mereka semua dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang dan dipermudahkan illahi..aku hanya mampu berdoa dan berdoa..
28 Okt nanti..sekiranya diizinkan Allah..kami akan bercuti ke Kelantan. Aku nak jumpa kekawan aku yang bersekolah di SMIP tahun 1982/1983..rindunya aku akan mereka. Kenangan di sekolah tu terlalu banyak...lambakan kemanisan hidup aku rasakan...tak ternilaikan dengan wang ringgit.
Suami aku izinkan aku pergi dengan anak-anak dan diiringi adikku Ely dan suaminya Sabri. Suamiku tak bersama kerana akan ke KL marking paper PSPM. Harapan aku semoga mereka sihat kerana yang nak drivenya mereka lah..aku ni ..bukan boleh harap sangat..on and off je..kalau sihat tak pe...tak sihat...hermmmmm...Apapun terima kasih aku ucapkan buat suamiku kerana keizinannya..terima kasih kerana memahami..terima kasih yang teramat kasih dari aku..huhuhu
Nak melangkau waktu adalah sesuatu yang amat mustahilkan!..Hermmm..maka jadilah aku penanti setia..saat itu akan tiba jua..dan akan aku gunakan sebaik mungkin. Entah bila pulak dapat bertemu...masing-masing dah dimamah usia. Kekawan semua...tunggu aku di sana ye!... ngan nasi kerabu dan nasi dagang...hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan aku kini...haihhhh!!!!
Salam puan... first time bukak blog ni, saya rasa macam kenal je tuan empunya blog.
BalasPadamnak confirm semula... puan ni lecturer matrikulasi kedah, changlun kan? ajar dinamika kemahiran. saya student first batch...kalau masih igt pada F3T2.
Rosmazi...ye saya...saya tak berapa ingat nama..sama dengan mohd syahir ke?..mungkin kelas lain..terima kasih kerana kunjungi blog ni..ada facebook ke?..nanti add..mungkin tengok gambar dekat saya kenal..
BalasPadamsaya stud sains fizikal. shahir jpp tu stud hayat kot...ape FB puan?
BalasPadamnoorlida mohamad arif...alhamdulillah kite bertemu di sini. keje kat mana sekarang..nanti boleh invite u for alumni session MPPB..bg motivasi kat adik2..ye..shahir jadi dr. dah sekarang..dia dtg baru ni untuk sesi alumni tu..harap we'll keep in touch..tq dear
BalasPadam