Selasa, 26 Oktober 2010

KU SYUKURI...

AKU...yang harus terus belajar mensyukuri apa yang aku ada dan apa jua rintangan yang mendatang...insyaallah..

Malam ini suamiku tiada di rumah. Selepas maghrib dia dah bertolak ke Kuala Lumpur. Dah jadi tanggungjawab yang tidak dapat dielakkan...marking paper perakaunan PSPM 1. Jadi..tinggallah kami tiga beranak di rumah...aku..Sipau dan Akak..yang akan mula bercuti esok.

Sebenarnya aku sedikit bimbang suamiku drive malam-malam begini...dipermudahkan kata..aku tak suka..kerana ia akan mendera perasaan dan fikiran aku. Maklumlah perjalanan malam yang sangat jauh..kecuali dengan keluarga...entahkan mengantuk..entahkan apa..hish..menyusahkan hati. Namun suamiku itu sibuk tak terkatakan...pagi..tengahari dan petang..ke sana ke sini..pokok pangkal kerja aku pun tidak ketahuan..banyak sangat...bersilang dan bersimpang siur. Aku juga sibuk menguruskan hal kewangan kami...maklumkan awal bulan...bayar bil sana dan sini...ambil dan hantar anak..dan boleh dikatakan apa sahaja hal yang bersangkutan dengan anak-anak..kerana suami aku memang tak menang tangan..

Selalunya..beginilah aku..kekadang ketiduran sebentar dan santak ke pagi nanti ni tak boleh nak lelapkan mata..ade sahaja yang bersarang di jiwa. Semua masalah mendatang tanpa diundang..hem..kekadang rasa sesak di dada dan fikiran..

Kebimbangan bertambah lagi sejak kebelakangan ini..kerana suamiku itu kurang sihat..blood screening mengesahkan ada masalah tekanan darah agak tinggi, kolestrol dan sel darah putih berlebihan menyebabkan dia kelihatan lesu dan tidak sihat. Tambahan pula sejak kebelakangan ini selalu sangat long distance driving..ye lah..umurpun dah border warga emas..namun jiwanya masih lagi muda seperti dulu. Ubat dah dibekalkan..nampaknya beberapa hari ini sedikit pulih..dan aku terus mendoakan semoga dia pulih dan aktif semula seperti dahulu...

Nak dijadikan cerita ...kelmarin...suamiku berada di pos pengawal... lengkap dengan golf suit dan topinya..nampak sahaja kelibat kereta aku.. dia dah bagi isyarat dengan aksi pukul bola golf...aku membalas dengan mengangguk-nganggukkan kepala dan aku meneruskan perjalanan ke C Mart membeli bahan basah untuk dimasak kerana Akak berada di rumah..demam..dan nak makan malam di rumah. Dia pun demam tension..last paper hari ini..Biologi kertas 1...

Setibanya di C-Mart...sedar tak sedar aku tersenyum sinis sendirian terkenangkan..terkenangkan apa ye?..drive melepasi simpang matrik.. aku tersenyum sorang-sorang sebenarnya...mengenangkan suamiku. Selalunya kalau aku tahu dia nak main golf..aku tarik muka jugak..entah apa lah salah golf tu..aku pun sebenarnya tidak tahu punca dan butir masalahnya..namun itulah persepsi aku...Namun pada petang kelmarin aku merasa sangat lega..perasaan sebaliknya datang..kenapa?? kerana bermakna suamiku itu sudah pulih..kembali aktif dan bersyukurnya aku ke hadrat illahi...dan aku membeli belah diiringi perasaan yang sangat-sangat lega..bukan seperti sebelumnya..sebu dan sebam...

Di sini ingin aku panjatkan kesyukuran..kerana Allah memberi ruang untuk aku belajar menghargai kehidupan..bukan semua yang kita anggap indah itu ..indah juga untuk orang lain dan begitu juga bukan semua yang kita anggap balak dan bala itu... bala untuk orang lain juga...kerana ada masanya yang dianggap bala itulah punca kebahagiaan orang lain. Jauh di sudut hatiku..aku mendoakan semoga suamiku itu sihat..jangan sakit-sakit dan terbaring lagi..kalau dulu..aku bengkak je hatiku tengok dia jalan macam lipas kudung..tak terkejar dek aku kalau jalan berdua..kini aku berasa tersangat syukur dan tersenyum di hati..melihat 'lipas kudung' itu meredah merentas rumah dan pejabat sepanjang hari santak ke tengah malam...Alhamdulillah..begitulah kehendak Allah barangkali..memberi aku isyarat dan petanda ..agar aku mensyukuri nikmat Allah...alhamdulillah...
Hermmm...entah di mana dan pukul berapalah dia nak sampai tu?..susah hati aku ni..dan entah pukul berapa pulak aku boleh lelap... seharusnya juga aku bersyukur kerana siaplah satu entry lagi berkat aku yang tak boleh lelap ni...hehehe

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...