Rabu, 30 Mac 2011

KEHADIRAN...



Dalam beberapa hari kebelakangan ini aku terkenang..entah ye..kenapa nak kenang kisah lama...mungkin ada yang manis dalam kepahitan..

Dunia ini benar-benar terlalu kecil rupa-rupanya...pusing ikut mana pun bertemu jua di suatu titik..apapun itulah kuasa Allah yang Maha Besar...sehingga terasakan bagai satu keajaiban..dan berkali-kali aku menampar pipi..bermimpikah aku...aduhai ...

Seringnya aku terasa diri begitu kecil...kurang segalanya..Rupa-rupanya ada insan yang menanggung beban yang jauh lebih besar..kurangnya bukan secalit dua...namun masih mampu ketawa seperti pernah aku dengari dulu..sangat serupa..tidak ada celanya di mana-mana...

Benarlah...kehadiran tanpa diundang ini...membawa seribu makna...makna kepada kehidupan yang mungkin sedikit dipersiakan..perlu disyukuri...dinikmati..selagi hayat dikandung badan...wallahualam..

Sabtu, 26 Mac 2011

DEEHA SAKIT PULAK..



Sejak malam Jumaat aku rasa tidak begitu sihat..setelah dapat panggilan Deeha..sakit pulak..Dua minggu lepas..kakinya bengkak ketotong..ini..sakit kepala pulak katanya...sampai sujud nak sembahyang pun sakit...Sampai terbawa ke mimpi ...jumpa anak aku yang seorang ni...

Nampak je kelibat dia di sekolah..aku terus merenung...meraba wajah anakku..itu..bibirnya..matanya..alhamdulillah tidak lah pucat ke..sembab ke...Aku pun turun dari kereta...lerekan matanya seperti biasa..mulut menggumam marah kerana aku agak terlewat...akibat pusing rata. Hantar Sipau ke tuisyen..beli MMT pulak..fikirku gastrik..kerana hasil pengalaman aku..gastrik juga boleh menyebabkan pening dan sakit kepala macamtu..puas pujuk bolehlah ditelan sesudu..seterusnya..tak tahulah..dia makan ubat atau tidak..

Sambil makan..aku urut sikit belakang dia. Terkekeh dia ketawa gelakkan aku..lega sikit rasanya tengok dia tertawa..Lepas tu aku raba pulak kelenjar dia..ye lah..pengalaman membesarkan 4 permata hati yang asyik minta dihantar ke klinik je sejak kecil..buatkan aku boleh jadi 'doktor' tak bertauliah. Hati tambah risau bila dia kata..menelan air pun sakit sampai ke kepala..aduhai..Seperti biasa setelah digesa barulah dia setuju untuk dibawa pulang..check mata dan ke klinik..itupun hari ni baru boleh dibawa keluar...

Kerabunannya maintain..jadi tidak perlu tukar cermin mata..so ke doktor lah pulak. Rupanya tekaknya merah dan kelenjarnya bengkak..dan suhu badannya .lebih rendah dari normal..aik..heran jugak. Dr kata dia demam..tapi tak panas..sebaliknya ...sejuk. Demam virus..ubatan dibekalkan..on the way balik ke asrama aku berulang kali ingatkan perkara yg sama...makan ubat ikut masa..jangan tension sangat belajar...apa yang tak faham tanya kawan yang pandai..lebih baik tanya cikgu..ulang dan ulang..dan dia diam jer..kekadang aku nampak dia senyum..tentu dah lali dengar..biarlah ibu ni cakap banyak mana dia nak cakap..hish..barangkali itulah yang bermain dalam fikirannya.

Setelah sampai di rumah semula..barulah aku terasa lapar..sedikit lega..pagi tadi aku cuma minum milo segelas dan telan paracetamol 2 biji..tidur semula setelah Sipau ke sekolah..latihan corel speaking. Tidak terdaya rasanya bila fikirkan anak-anak yang tidak sihat begini..Angah juga berpergian ke BTN di Kulim..Akak pun tidak berapa sihat..selsema..peperiksaan semakin hampir..dua minggu lagi.

Entahlah ye..entah bila aku boleh belajar bertenang..jangan fikirkan sangat sakit pening anak2 ni. Insyaallah ..Allah akan melindungi mereka dari bala dan bencana...berdoa saje lah..Tapi aku tetap aku...terbiasa bersusah hati...airmata jatuh tanpa dipinta setiap kali menadah tangan berdoa..Ya Allah Kau lindungi anak-anakku dari segala kesulitan ...dan kepadaMu jua kuberserah...

Rabu, 23 Mac 2011

EMO...


Semua manusia inginkan kebahagiaan. Tiada siapa yang inginkan  kemusnahan..kemelaratan..kedukaan..kecelakaan  dan macam-macam ke...an yang boleh membunuhnya secara sadis...

Aku???Herm..aku juga manusia biasa yang hatinya terus berbisik inginkan segala yang sempurna dalam hidupnya. Mahukan rumah besar..kereta besar..poket besar tetapi tidak mahu pulak suami yang besar. Rumahtangga idaman aku adalah rumahtangga yang erat tautannya..jangan tercela di mana-mana. Aku ingin dimanjai...dilayan berkata-kata..mahukan gelak tawa memanjang dari pagi hingga ke malam..ingin berkongsi rasa dan pendapat..pendeknya..segala-galanya  harus sempurna.

Jadi??? Sejauhmanakah aku peroleh itu sume..25%..50%..75%..atau 100%..entah ye?..mungkin ada kereta besar..dan suami yang tidak besar..yang lain-lain tu..mungkin terlalu sempurna untuk di anugerahkan kepada aku agaknya..hehe

Lantas??? Aku selalu memujuk diri..sudahlah..mahu apa lagi...orang lain jauh lebih malang dari kita. Sekurang-kurangnya..aku miliki anak-anak...sedangkan ramai yang tidak pernah merasai nikmat mengandung malah..sedang aku..lengkap teruna  dan dara. Anak dara berlanggaran dalam rumah..yang teruna gagah... rajin membantu..tolak ..campur..bahagi..haaahhh ok dah laa tuuu!!!

Suami??? Sangat pendiam di rumah..nak dengar sebaris ayat pun payah. kekadang buat aku cemburu melihat orang lain berbual mesra dalam kereta..di laman..di mana sahaja. Kekadang aku mengira...menyejuk hati..'herm..itu sekadar..'drama minggu ini'..slot di tv zaman aku sekolah dulu...lakonan semata-mata. Sengaja buat orang lain meleretkan mata memandang..palsu!!!

Sebenarnya??? Begitulah sepatutnya akrabnya hubungan suami isteri..suami tempat isteri mengadu..berkongsi kegembiraan dan kedukaan..tiada putus-putus..sehingga ikatan putus akibat bercerai mati.

Mungkinkah??? Aku yang tidak pernah tahu mensyukuri nikmat dan rahmat tuhan. Sekurang-kurangnya..anak-anak tidak perlu pekakkan telinga mendengar ..jika kami berbalah seperti setengah orang...tak pernah dimarahi..apatah lagi dijentik ayah...Permintaan anak-anak juga tidak pernah dihampakan..Sebaliknya aku yang asyik control anak-anak...buat road block di sana dan di sini...tazkirah dari subuh santak ke malam...buat anak-anak semakin lali...

Tuntasnya???..alhamdulillah..dalam ketidaksempurnaan... sebenarnya membuat aku belajar mencari kesempurnaan..belajar untuk mengerti yang  aku harus menerima hakikat..tidak semuanya indah dalam hidup ini. Cinderella..watak penglipurlara yang cantik sempurna pun menerima pelbagai dugaan sebelum ketemu kebahagiaan..inikan pulak aku...pacal yang hina..serba kekurangan dari segi rupa..material...emosi dan mental..maafkan aku kerana sedikit EMO...fuhhh..lega rasanya!..kerana telah sempurna sebuah luahan rasa..

Jumaat, 18 Mac 2011

ISTERI ...

Aku menulis ini hanya berdasarkan pendapat dari fikiran aku yang cukup cetek dan telus. Bukan sesekali bersandarkan fakta yang sahih...yang ada hanyalah pengalaman yang telah aku lalui sebagai seorang isteri. Isteri yang namanya 'isteri' di atas sekeping kertas..

Terlalu ingin menjadi isteri sempurna?..mudahkah..sukar sangatkah?..atau..kekadang senang kekadang susah. Sekadar apa yang terlintas dari sudut pandangan aku..sukarnya..terlalu sukar kerana isteri yang sempurna ini sangat subjektif sifatnya. Expectation ..seorang suami akan kesempurnaan seorang isteri...mak datuk!...terlalu tingginya..tak terkaitkan.

Taat kepada suami...jaga makan minumnya...jaga harta dan anak-anaknya..serta jauhi dari zina dan perbuatan lain yang terlarang dan bertakwa ke pada Allah antara prasyarat masuk ke syurga. tidak siapa dapat menafikan dan aku juga akur..itu adalah hukum Allah.

Aku sebenarnya sangat teruja mendengar dan menonton ceramah Uztaz Kazim..kerana bagi aku dialah satu-satunya ustaz yang sering menyebelahi jiwa wanita...pendeknya jiwa seorang isteri. Kelihatannya dia amat memahami perasaan halus seorang isteri. Bukan menghentam para isteri ..seolah-olah di dalam dunia ini lelakilah orang paling berkuasa..paling baik dan segala onar dalam rumah tangga diwujudkan oleh seorang wanita.

Jiwa halus seorang wanita sangat sukar difahami...hasil pengalaman dan pemerhatian aku..terlalu ramainya isteri yang baik... terjerat perasaan dan fikiran kerana perbuatan suami yang mendera mentalnya. Yang mendera fizikal tidak mahu aku sentuh...kerana ianya boleh dibuktikan ..boleh dibawa ke pengadilan. Luka di jari nampak berdarah...luka di hati siapa yang tahu.

Mengada-ngada...terma yang sangat sinonim dengan ucapan seorang suami apabila isteri ingin bermanja. Manja seorang isteri tidak sama dengan manjanya seorang kekasih. Seorang kekasih bermanja dengan permintaan material yang selalunya terpenuhkan. Manjanya seorang isteri sekadar inginkan perhatian...ingin merasai belaian dan sentuhan seorang suami...terutama tatkala terlantar sakit...tatkala tidak berdaya menahan kepedihan dan keperitan perasaan. Namun 'ada' suami yang tidak pernah mengambil kisah...bertanya tidak..lalu bersendirianlah mencari penawar..kerana memikirkan jika sakit berterusan siapa yang akan mengambil alih tugas menyelenggara rutin hidup...anak-anak..itu yang utama.

Kekadang saya tertawa sendirian melihat perangai sang suami yang bertalam dua muka...bercerita kepedihan dan kesedihan tatkala isteri sakit. Herannya dalam sedih rela pula meninggalkan isteri...atas urusan 'kerja' ..walaupun isteri baru sahaja sihat suam-suam kuku..dan isteri terpaksa redha. Tersenyum sinis mencium tangan suaminya yang pergi meninggalkan. Alhamdulillah...Allah maha besar..maha pengasih..maha penyayang..ada hikmah di sebaliknya. Akibat memaksa diri barangkali...bergerak ke sana dan ke mari..berpeluh basah dan kebahlah dari demamnya. Malah ada juga suami yang bermain kayu tiga..meraih simpati wanita lain...alasannya..isterinya sakit..kronik..cancer...jadi nak cari tempat mengadu nasib..ishhh...entahlah...

Al kisah...insan yang aku dikenali ...yang tersangat pandai menjaga kebersihan rumahtangga...anak-anak terjaga dengan baik ..cerdik-cerdik semuanya ..disalahkan kerana kononnya 'terlalu pembersih' dan dia rimas...maka..mencarilah dia..kot-kotnya isteri yang 'pengotor'..Aku tak taulah nak kata macamana..diterima akal atau tidak..terpulanglah kepada pemikiran masing-masing. Yang aku tahu...bukan senang mencari isteri yang boleh menguruskan segala-galanya..bermula dengan anak-anak..urusan bil-bil..urusan pemergian suami ke luar negara menyambung pelajaran...apalagi wang ringgit yang dikirimi...sehinggakan sang isteri terpaksa berjimat cermat walau sesen..demi seorang lelaki bergelar suami..dan tanpa mengira itu... penamatnya adalah sebuah PENGKHIANATAN YANG DIRESTUI...

Pengkhiatan dan kepuraan inilah yang selalunya merasuk perasaan dan jiwa seorang isteri. Isteri yang baik..isteri yang menyerahkan seluruh jiwa raga dan kehidupannya demi sebuah rumahtangga ..pengharapan yang seratus peratus bersandarkan erti seorang isteri solehah..sedikit berganjak dan berkocak. ..semakin malas memujuk hati dan jiwanya supaya bersabar dan terus bersabar. Semakin hari ..semakin jiwa semakin tertekan..mula sikap marah-marah membesar dan mengembang...nak mengadu..entah ke mana...bimbang kisah menukar..jadi buah mulut dan penampar pulak takut naik ke muka.

Namun..sejauhmana isteri boleh memujuk hati. Sang suami,,jika tidak suka..boleh berubah rumah dan rasa. Sang isteri..suka tak suka..duduklah di bawah 'pondok' yang sama..bermain dengan masalah yang tidak berkesudahan. Kekuatan iman sahaja yang boleh mengepung onar. namun...gerimis yang turun terus turun..sampai ke akhir hayat mungkin...tiada siapa yang mahu peduli..

Mungkin ada benarnya  bait-bait yang terkarang dalam lagu PERMATA BUAT KAU ISTERI..telah kusiapkan satu daerah paling sunyi dalam hati ini.. untuk kau isi... sebagai isteri. Konotasinya mungkin berbeza... namun yang tersurat... semakin  ramai isteri yang benar-benar terbelenggu dalam 'daerah paling sunyi itu'...entah di lorong mana dapat ditemui isteri yang sempurna yang menjadi impian sang suami....dan perlu diingatkan semula..yang aku menulis ini tanpa sandaran..cuma penilaian peribadi yang sangat dangkal sifatnya...wallahualam...



Khamis, 17 Mac 2011

DEKAT DAN SINGKAT...

Sudah lama tak publish tulisan...asyik menulis dan simpan sebagai draf...takut ade kontroversi. Aku simpan dulu...bila rasa sedikit berani..nah..nanti aku akan publishkan..hehehe..

Seperti mana selalu...kami bercuti pendek dan dekat sahaja cuti sekolah ni. Terpaksa memontengkan Akak dari kuliah dan tutorial. Nak tinggalkan dia..tak sampai di hati...kene perli HEP je aku ni..tak pe laa...member kat sini kamcing belaka...dan aku tak kisah. Janji anakku semua berada di samping. Sangat rindukan abah dan mak..tapi keadaan tidak mengizinkan. Angah..Sipau dan Along nak periksa. Angah pun nak ke KL..assignment mesti disiapkan. Akak nak periksa 2 minggu lagi. Aku bimbang dia letih dan terganggu kesihatan..jadi bercutilah di Sg Petani Sky Residence aje...sambil tu raikan birthday aku...dah belated dekat sebulan pun...ye laaa...tunggu anak-anak berkumpul...huhuhu

Apapun aku tetap bersyukur...anak-anak tetap happy. Bergomol..merajuk..dipujuk..dan yang paling penting DILETERI seperti biasa...menyakitkan hati mereka..tapi itulah yang mengingatkan mereka akan aku. Sempatlah aku curi posing motor besar orang. Aku ingat saje display kat car park tu...rupanya brooommmm...kedengaran mereka beredar petang tu...malu jugak kalau mereka sedar..hehehe...


















Yang indah tetap jadi kenangan yang manis..yang pahit haruskah dilupakan...atau dijadikan sempadan buat panduan pada masa hadapan. Semoga keluarga kami tetap bersatu..kekadang terasa sangat terharu...melihat anak-anakku sudah dewasa semuanya...alhamdulillah..semoga Allah memberkati...insyaallah...

Rabu, 9 Mac 2011

SUSU...YOGURT....


Macam biasa...jam 9.00 malam aktiviti aku  sama ada melipat kain yg selalunya selori kecik atau mengadap laptop saje. Sedang melipat..teringat aku berkisah dengan kawan-kawan crew..crew keceriaan laa...apa lagi..

Kawan-kawan aku ini cintakan kecantikan. Jangan tak tau...bukan kecantikan luaran sahaja..malah kecantikan dalaman sangat sering diperbincangkan. Bila bab kecantikan ni..aku selalunya 'silent' sikit...sebab aku ni tak pandai sangat...nak menyampuk pun tak begitu tahu..perihal alat-alat make-up...apa lagi segala jenis petua tentang kecantikan. Semenjak dua menjak.. ni isu hangatnya...bagaimana nak cepat pudarkan kesan sunburn pada muka kami yang bertangar di tengah panas..hampir 3 minggu itu...uish..kalau nak tau dekat sedozen petua..Aku enjoy listening...kisah mereka menempek pelbagai resipi yg ada di dapur untuk mengembalikan keayuan ..aku tumpang dengar ...sambil ketawa terkekeh-kekeh kekadangnya...

Mask, susu, yogurt, tomato. timun..ish..entah ape ke lagi semua ditempek ke muka...try n error. Aku tengok memang ade perubahan...dah cerah lah masing-masing. aku jugak maintain di tahap yg sama. Dahlah tak berapa nak cerah..sunburn pula..kilau gemilau la aku nih. Tapi aku ni tak teruja nak mencuba...sebab...

1. bagi aku..hias diri ni bukan priority...aku tak kisah sangat..jangan salah anggap aku anti kecantikan..bukan..Aku kagumi kawan-kawan aku yang cantik-cantik tu. Pakaian dan rupa paras...anggun gitu. Tapi aku tak mampu jadi seanggun itu...
2. sebenarnya kulit aku ni sangat sensitif...tersilap tempek dan sental macam-macam tragedi boleh berlaku. Scrub pun aku tak leh pakai. Pernah cuti aritu..habih muka aku ditumbuhi jerawat pasir...kesnya acu try pakai scrub...nak melenyapkannya... aduhai...
3.aku ni malas...ada jugak aku beli lemon..Sipau suruh beli..buang jeragat katanya...herm...buang jeragat peti sejuk je laaa...beli..dan simpan...membazir je. hangat-hangat tahi ayam kata orang..ececeh..teringat pulak bayaran tahi lembu yang belum dilunaskan kepada pembekal tu..syyy...

Hikhikhik...itulah aku..sambil melipat kain..dalam kepala aku cross macam-macam isu..teringat itu dan ini. Kalau dikenang-kenangkan rasa sayu pulak...terkenangkan kisah lama...kisah aku anak beranak tinggal di kolej kelamin UUM. Rumah sekangkang kera...anak tiga...baju kerja boleh dibilang dengan jari...aku dan suami tak mampu..kalau ada orang berjual baju...aku jarang membeli...tak makanlah kami anak beranak kalau aku beli. Nasib baiklah aku pun tak pandai nak melawa..budget save kat situ...kalau nak tahu..aku ni mula pandai berbedak compact hanya selepas beranak dua..begitu juga menggunakan pencuci muka..sebab rasa merenyam  je muka aku bila pakai...dan seterusnya aku memang jarang pekena make up di muka aku nih...

Sekarang ni..bila usia dah menjangkau hanpir 50 tahun..barulah aku belajar sikit-sikit..ada sabun pencuci muka, night cream n day cream...itu pun kekadang calit..kekadang tidak..orang dah habis berbotol-botol...aku maintain first edition lagi..hehehe.

Apapun...alhamdulillah..kerana Allah memberi satu titik kesederhanaan pada diriku dari sudut ini..kalau tidak parak jugak..dalam pada itu pun belanja paras-paras tengkuk je...Aku juga bersyukur punya rakan akrab..Yati, Nora dan Rose...yang cantik dan anggun senantiasa. Buat hati dan mata sejuk memandang. Penuh senyum dan ketawa..dan aku paling respect...mereka ni jarang berkisah tentang oranglain. Selalu fokus kepada diri sendiri dan anak-anak. kalau tersentuh hal orang lain...tentu salah seorangnya akan tegur.".ish..jangan fikirlah hal orang lain..fikir hal kita jer"...bukan kerana pentingkan diri..tetapi dengan kesedaran..'jangan mengumpat hal orang'.

Pagi tadi...aku dan yati..macam biasa heboh ukur jalan di KMK..dari simpang ke simpang..projek memindahkan pokok buluh yang menghalang pandangan di simpang-simpang yang ada..padahal..berpuluh kali mulut menyebut ..."inilah projek terakhir kite"...sebelum kehadiran TPM...namun..janji tinggal janji...hujan berhenti..cendawan tumbuh lagi..spora kecenderungan kami tak pernah mati rupanya..dan sunburn kelak menjenguk lagi...tadah je telinga...kisah petua surnburn akan terus bergema...susu..yogurt...susu...yogurt...susu..yogurt...ishhhhh....lembu jugak yang untung..sampai tahi-tahi dia pun kami beli...hahahahahahahahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...