Jumaat, 18 Mac 2011

ISTERI ...

Aku menulis ini hanya berdasarkan pendapat dari fikiran aku yang cukup cetek dan telus. Bukan sesekali bersandarkan fakta yang sahih...yang ada hanyalah pengalaman yang telah aku lalui sebagai seorang isteri. Isteri yang namanya 'isteri' di atas sekeping kertas..

Terlalu ingin menjadi isteri sempurna?..mudahkah..sukar sangatkah?..atau..kekadang senang kekadang susah. Sekadar apa yang terlintas dari sudut pandangan aku..sukarnya..terlalu sukar kerana isteri yang sempurna ini sangat subjektif sifatnya. Expectation ..seorang suami akan kesempurnaan seorang isteri...mak datuk!...terlalu tingginya..tak terkaitkan.

Taat kepada suami...jaga makan minumnya...jaga harta dan anak-anaknya..serta jauhi dari zina dan perbuatan lain yang terlarang dan bertakwa ke pada Allah antara prasyarat masuk ke syurga. tidak siapa dapat menafikan dan aku juga akur..itu adalah hukum Allah.

Aku sebenarnya sangat teruja mendengar dan menonton ceramah Uztaz Kazim..kerana bagi aku dialah satu-satunya ustaz yang sering menyebelahi jiwa wanita...pendeknya jiwa seorang isteri. Kelihatannya dia amat memahami perasaan halus seorang isteri. Bukan menghentam para isteri ..seolah-olah di dalam dunia ini lelakilah orang paling berkuasa..paling baik dan segala onar dalam rumah tangga diwujudkan oleh seorang wanita.

Jiwa halus seorang wanita sangat sukar difahami...hasil pengalaman dan pemerhatian aku..terlalu ramainya isteri yang baik... terjerat perasaan dan fikiran kerana perbuatan suami yang mendera mentalnya. Yang mendera fizikal tidak mahu aku sentuh...kerana ianya boleh dibuktikan ..boleh dibawa ke pengadilan. Luka di jari nampak berdarah...luka di hati siapa yang tahu.

Mengada-ngada...terma yang sangat sinonim dengan ucapan seorang suami apabila isteri ingin bermanja. Manja seorang isteri tidak sama dengan manjanya seorang kekasih. Seorang kekasih bermanja dengan permintaan material yang selalunya terpenuhkan. Manjanya seorang isteri sekadar inginkan perhatian...ingin merasai belaian dan sentuhan seorang suami...terutama tatkala terlantar sakit...tatkala tidak berdaya menahan kepedihan dan keperitan perasaan. Namun 'ada' suami yang tidak pernah mengambil kisah...bertanya tidak..lalu bersendirianlah mencari penawar..kerana memikirkan jika sakit berterusan siapa yang akan mengambil alih tugas menyelenggara rutin hidup...anak-anak..itu yang utama.

Kekadang saya tertawa sendirian melihat perangai sang suami yang bertalam dua muka...bercerita kepedihan dan kesedihan tatkala isteri sakit. Herannya dalam sedih rela pula meninggalkan isteri...atas urusan 'kerja' ..walaupun isteri baru sahaja sihat suam-suam kuku..dan isteri terpaksa redha. Tersenyum sinis mencium tangan suaminya yang pergi meninggalkan. Alhamdulillah...Allah maha besar..maha pengasih..maha penyayang..ada hikmah di sebaliknya. Akibat memaksa diri barangkali...bergerak ke sana dan ke mari..berpeluh basah dan kebahlah dari demamnya. Malah ada juga suami yang bermain kayu tiga..meraih simpati wanita lain...alasannya..isterinya sakit..kronik..cancer...jadi nak cari tempat mengadu nasib..ishhh...entahlah...

Al kisah...insan yang aku dikenali ...yang tersangat pandai menjaga kebersihan rumahtangga...anak-anak terjaga dengan baik ..cerdik-cerdik semuanya ..disalahkan kerana kononnya 'terlalu pembersih' dan dia rimas...maka..mencarilah dia..kot-kotnya isteri yang 'pengotor'..Aku tak taulah nak kata macamana..diterima akal atau tidak..terpulanglah kepada pemikiran masing-masing. Yang aku tahu...bukan senang mencari isteri yang boleh menguruskan segala-galanya..bermula dengan anak-anak..urusan bil-bil..urusan pemergian suami ke luar negara menyambung pelajaran...apalagi wang ringgit yang dikirimi...sehinggakan sang isteri terpaksa berjimat cermat walau sesen..demi seorang lelaki bergelar suami..dan tanpa mengira itu... penamatnya adalah sebuah PENGKHIANATAN YANG DIRESTUI...

Pengkhiatan dan kepuraan inilah yang selalunya merasuk perasaan dan jiwa seorang isteri. Isteri yang baik..isteri yang menyerahkan seluruh jiwa raga dan kehidupannya demi sebuah rumahtangga ..pengharapan yang seratus peratus bersandarkan erti seorang isteri solehah..sedikit berganjak dan berkocak. ..semakin malas memujuk hati dan jiwanya supaya bersabar dan terus bersabar. Semakin hari ..semakin jiwa semakin tertekan..mula sikap marah-marah membesar dan mengembang...nak mengadu..entah ke mana...bimbang kisah menukar..jadi buah mulut dan penampar pulak takut naik ke muka.

Namun..sejauhmana isteri boleh memujuk hati. Sang suami,,jika tidak suka..boleh berubah rumah dan rasa. Sang isteri..suka tak suka..duduklah di bawah 'pondok' yang sama..bermain dengan masalah yang tidak berkesudahan. Kekuatan iman sahaja yang boleh mengepung onar. namun...gerimis yang turun terus turun..sampai ke akhir hayat mungkin...tiada siapa yang mahu peduli..

Mungkin ada benarnya  bait-bait yang terkarang dalam lagu PERMATA BUAT KAU ISTERI..telah kusiapkan satu daerah paling sunyi dalam hati ini.. untuk kau isi... sebagai isteri. Konotasinya mungkin berbeza... namun yang tersurat... semakin  ramai isteri yang benar-benar terbelenggu dalam 'daerah paling sunyi itu'...entah di lorong mana dapat ditemui isteri yang sempurna yang menjadi impian sang suami....dan perlu diingatkan semula..yang aku menulis ini tanpa sandaran..cuma penilaian peribadi yang sangat dangkal sifatnya...wallahualam...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...