Alhamdulillah...satu penantian telah berakhir...
Plot pagi tadi sangat dramatis...di atas pentas Sipau dah menangis sebak..turun tangga..cikgu-cikgu kerumuni dia..minta tengok slip..aku bingkas bangun ..kononnya nak selamatkan keadaan...kerana aku tak menduga yang anak aku itu akan berjaya sedemikian rupa..sepertimana telah aku nyatakan sebelum ni. Sambil berjalan aku juga turut menangis...kenapa agaknya...dan terdengar cikgu Yadzni mengucapkan tahniah!...tahniah kak!..hampir 3 ke 4 kali...
Cikgu matematiknya..menghulurkan slip peperiksaan...tu..tunjuk kat mama tu..tahniah..5A..katanya..rasa nak luruh jantungku..Sipau berjalan laju...terus sebak dan aku biarkan dia menangis dalam pelukan..aku kesat dan terus kesat airmatanya sehingga sendunya tamat...aku sudah tidak peduli apa orang sekeliling kata..aku sudah lupa...
Dalam hati hanya mampu berkata..wahai anak...inilah hadiah sebuah perjuangan..jangan leka lagi di lain ..jangan buat ibu gusar...sakit kepala sepanjang malam..tak lena tidur memikirkan mu..Sesungguhnya inilah mungkin yang dikatakan rezeki manusia..sekiranya Allah mengizinkan segalanya mungkin...dan aku terasa bagai bermimpi di siang hari...dan Sipau tersenyum dan terus tersenyum simpul bagai tiada penamat hingga ke hujung musim..dan paling menyentuh aku ialah bila dia berkata...ibu..nanti ayah balik..adik nak peluk jugak ayah...bagai sembilu menyayat kalbu ungkapan itu....dan jam 2.30ptg lebih kurang..aku buat panggilan dan ayahnya masih di Sg Buloh..betapakah...
*betul Sipau kata...aku terasa lapar sangat selepas menangis..tapi selera ku untuk makan telah hilang..terasa semua yang disuap ke mulut tawar dan payau...entah mengapa...
*betul Sipau kata...aku terasa lapar sangat selepas menangis..tapi selera ku untuk makan telah hilang..terasa semua yang disuap ke mulut tawar dan payau...entah mengapa...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan