Dugaan datang dan pergi. Esok Angah akan melangkah masuk ke dewan peperiksaan...entah mengapa sejak pagi aku rasa sebak sahaja...sesangat sebak...terbayang wajah polos anakandaku itu...tak pernah meninggi suara bila berkata...bila dia bercakap aku kena pasang telinga betul-betul le...segala-galanya serba sederhana.
Esok paper BM...dan pagi ini dia pohon belikan buku rujukan komsas...aiihhh...aku malas mengulas...sakit kepala dan perut aku kalau nak fikirkan..nanti aku pergi cari jam 10.00 pagi nanti. Rasanya hari tu dah beli lengkap semua buku rujukan...last minute begini..sempat ke nak mengulangkaji lagi...jadi tanda tanya dan jawapannya hanya ada padanya.
Yang terdetik dalam hati aku kini hanya harapan semoga dia tidak ketiduran seperti selalu...semoga Allah senantiasa mempermudahkan urusannya dalam menjawab soalan-soalan peperiksaan.
Dan...sebagai ibu..redhalah aku akan segala perbuatannya...kata-katanya dan ku ampuni segala dosa-dosanya terhadap aku andainya ada. Bersihkanlah hatinya Ya Allah..sesungguhnya dia tidak pernah mengguris persaanku ini...sesungguhnya dia anak yang soleh dari sudut pandangan mataku...dan lindungilah dia dari segala kemudaratan dalam mengharungi dugaanMU...aminnn....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan