Sabtu, 28 Ogos 2010

GETARAN RASA....

Masa semakin pantas berlalu..Ramadhan telah sampai ke pertengahannya..dan aku...hem..terasa sangat sedih..kerana Ramadhan kali ini dilalui tanpa amal dan ibadat memuncak seperti yang aku cita-citakan...sakit dan terus sakit sehingga ke hari ini.

Apapun aku seperti selalu..tidak pernah mahu menyerah kalah...masih hadir ke pejabat dan kelas seperti selalu..orang senyum..aku senyum..hai sana ..hai sini..kerana aku sangat percaya..penyakit jika hinggap jangan diperdulikan sangat..kerana ia akan mendera fizikal dan mental kite..Berat badan aku dah hilang hampir 4 kg..baru beberapa hari berpuasa...pabila aku kerling di cermin... wajah polos tanpa tudung..nampak kering dan semakin dimamah usia..Namun aku bersyukur kerana masih terdaya bergerak seperti biasa..macam selalu aku kata..selagi aku boleh berjalan..drive kereta ambil anak-anak aku..syukran sesangat aku kepada Illahi...ameeennn...

.....airmata bergenangan kelmarin ..apabila aku menyedari betapa daifnya aku..melihat sepasang suami isteri bersalaman dan mengucup dahi anak-anak yatim di luar sebuah kedai kasut..menderma sepasang seorang kasut untuk dibuat kelengkapan menyambut aidilfitri..Ya Allah... tidak ketahuan rasa, diriku ini...betapa teringinnya aku mengucup sama dahi anak-anak itu..menghulurkan sedikit bantuan...namun yang ada digengaman tidak memadai...cuma aku mampu berdoa semoga Allah murahkan rezekiku..agar niat tertunaikan suatu hari nanti...

...airmata berlinangan kelmarin selang beberapa saat menunggu di traffic light Hosba..apabila tolehanku mengenai aksi tiga beradik sedang mengikis batang tebu..untuk diubah sifatnya manjadi air tebu buat jualan dan juadah berbuka puasa orang lain. Sedarlah aku..betapa rendahnya tahap tawakalku membiarkan anak-anak melalui kehidupan mereka sendiri..tanpa kawalan..kerana aku lihat anak sekadar berumur hampir 6 tahun itu ...telah diberi mandat memegang pisau yang agak besar..mengikis kulit tebu ditemani kakak-kakaknya yang masih belum bersekolah menengah aku kira...saling selamba melayangkan pisau..tersenyum gembira dapat membantu orang tua menambah rezeki...hidup ceria berbekalkan kebebasan.

...airmataku gugur bagai tiada hentinya malam kelmarin..apabila tanganku disentuh sang anak saudara..yang telah lama tidak kutemui...gelora. nestapa dan perjuangan hidupnya membesar sehingga kini..bagai bermain dan berlari di mata dan hatiku di sepanjang perjalanan ...tidak tertahannya rasa..ku tarik dia rapat ke sisi..mari sini mak long nak peluk..ku peluk erat tubuh kecil itu rapat ke dadaku..kuusap belakangnya..memberi segala kekuatan jiwa yang ada padaku sambil berkata...belajar sungguh-sungguh tau..apa-apa bagi tau pak long..hanya itu yang termampu aku lafazkan ..dalam getaran suara..dalam getaran rasa...

....hikmah Ramadhan... rupanya KAU ada di mana-mana...

Isnin, 23 Ogos 2010

TERIMA KASIH...


Hanya ini sahaja ungkapan yang mampu ibu lahirkan buat mu...
TERIMA KASIH AKAK...
KERANA MENGHADIAHKAN SEBUAH HARAPAN BARU BUAT IBU...

Sabtu, 21 Ogos 2010

TANPA MEREKA



Herm..dah sebelas hari termasuk hari ini kite melalui bulan Ramadhan...dan aku cuma mampu berdoa dan berdoa serta terus berdoa semoga kesihatanku kembali pulih seperti biasa..insyaallah.

Kelmarin Angah tidak dibenarkan pulang bermalam kerana hari ini adalah sekolah gantian Hari Raya..aku akur ...kerana dia dah maklumkan sejak minggu lepas lagi. Yang ada di rumah.. Deeha dan Sipau..balik sejak petang Khamis dan pagi ini sepatutnya pulang juga ke asrama. Namun Deeha demam malam kelmarin..tetiba panas je badannya dan macam biasa aku mula runsing..ye lah..aku pun tak berapa sihat..tambah pula Deeha demam..kesian dia..meleleh hingus dan sakit belakang katanya.

Semasa berbuka..banyak betul Deeha makan ..adalah 3 kali tambah..hem..naluri keibuanku menyapa pantas..hem..nak demam ke Deeha ni..makan banyak sangat..lauk tak sesedap manapun. Udang lemak cili padi..talapia goreng, sambal tempe, sayur campur dan kicap pencecah ikan. Tiga beradik tu pulun makan...dan aku..ok sikit selera..mungkin kerana ramai yang ada di rumah ..tapi tak tambah pun..kenyang tengok anak-anakku itu makan..terkenangkan pula kat Angah yang katanya.. ibu ...boleh tak tak Angah simpan nasi n lauk ni..Angah nak makan selepas prep..buat aku rasa sayu sangat sambil menganggukkan kepala..tersangat sayu..

Aku bangun ke singki lebih awal..kerana tengok anak dara aku yang bertiga tu macam tak mahu bangun dari kerusi asyik meratah lauk..sampai ke singki aku letak pinggan dan airmata mulai turun menelusuri pipi...mengenangkan anak-anak yang terpaksa menghadapi kenyataan punya ibu sepertiku. Kalau ikutkan hati..aku tak memang mampu nak masak segala...kerana selepas tu aku ni macam kain buruk terperuk..sakit di mana-mana. Namun demi anak-anak ..terutama yang tak dapat balik tu ..datang semangat entah dari mana..sejak jam 1.00 dah prepare nak masak..tetiba teringat bekas dah habis..aku bergegas pula keluar bawa Sipau dan Deeha minta tolong turun dan belikan.. kerana aku ni nak berjalan pun tak begitu terdaya..kerana biasalah anak-anak ni..bekas pakai buang je...tupperware kalau bawa tak pernah balik ke rumah semula..

Dek semangat yang ada tu..bolehlah aku masak kelmarin...bersiap pula pergi lawati Angah. Nampak je kelibat Angah..jiwa lara terbang pergi...keresahan hilang entah ke mana. Duduk bercerita serba sedikit tentang pelajaran dan tripnya nak ke Langkawi...Kelmarin juga aku sangat perasan yang Angah semakin dewasa..setiap kali aku memandangnya...mataku tepat menuju ke matanya dan besar juring...dan mata putihnya masih kebiruan seperti anak-anak kecil itu buat aku tersentuh selalu..anakku yang tak tersangkakan membesar menjadi jejaka yang tinggi lampai..al maklum..sejak kecil kekurangan kalsium..akibat berhenti menyusu seawal setahun setengah kerana tidak mahu minum susu formula..menunggu ibunya pulang kerja saban hari..sanggup berlapar tanpa rengekan dan tangisan...hermmm...

Nampaknya Deeha terpaksa aku tahan dari pulang pagi ni kerana pagi ini dia ada kelas tambahan. Terpaksa tengokkan perkembangan kesihatannya dulu...kalau ok sampai ke petang baru aku hantar dia balik. Malam tadi aku peluk dia..ciumi dia..panas badannya..tu la..jahatnya suara hati aku..anak tengah sedap makan ditegur dengan hati..kan dah demam dia...Kebetulan Sipau dah tidur..kalau tidak boleh kiamat dunia...jeritan berisi cemburu pasti akan kedengaran...dan Deeha juga kurasakan semakin dewasa. Rambut lebat hitam..berkulit cerah..tutur katanya lembut...tinggi lampai dan matanya serta senyumannya seakan Angah buat hatiku hiba. Semakin dewasa anak-anakku ini ...tanpa aku sedari..begitulah hebatnya peredaran masa meninggalkan aku rupanya.

Petang ni..kalau Deeha sihat..akan dihantar pulang...dan kalau aku sedikit sihat..nak jumpa Angah sekali lagi... sambil ambil laptop yang dipinjamnya kelmarin..bermakna kami akan travel dari Kedah ke Perlis. Tinggal Sipau je di rumah malam ni..harapan aku Akak pulang berbuka di rumah lagi malam ni seperti malam-malam terdahulu...Anak-anakku yang jauh di mata..bukan mudah untuk ibu melalui Ramadhan ini tanpa kamu berdua..ibu akan terus merindui ..tersangat merindui...

Rabu, 18 Ogos 2010

NIKMAT ALLAH

Sekarang dah jam 6.03 pagi. Aku ni seperti biasa..lepas bersahur aku amati entry blog kekawan dan facebook aku. Ye lah..bulan ramadhan ni fb tak aktif...semua insan beramal ibadat merebut peluang mendapatkan pahala..dan aku pun tak punya banyak idea nak diperturunkan di sini.

Tadi aku mengambil peluang membaca blog ...yang telah Mek Rose link dari blognya bertajuk..onebreastbouncing..ditulis oleh seorang pesakit cancer payudara yang telah meninggal dunia mungkin dan last updatenya pada bulan June baru-baru ni, Betul kata Mek Rose..k.ida bacalah..mesti k,ida menangis punya..hem memang betul pun Mek Rose..airmata aku memang tak mahu berhenti menitis ni..

Aku terkenangkan diri sendiri..terkenang betapa peritnya menjalani hidup yang sakit dan terus sakit sepanjang perjalanan ini ..selepas satu..satu bab lain...sehinggakan aku terasa sangat mangli dengan kesakitan. Tak tahulah kenape ye..adakah aku insan terpilih dan paling sempurna menjalani ujian Allah ini?..mungkin betul..atau mungkin sebab jahatnya aku maka Allah sedang memberi aku peringatan sejak awal lagi supaya cepat bertaubat seiringan dengan ujiannya?..entahlah..sejauhmanakah manusia yang lemah dan serba kekurangan seperti aku mengerti dan berbicara tentang ketentuan Allah .Aku sedikit tidak berani...

Ramadhan ini menjengah sambil membawa kesayuan dalam hidupku. Sejak 1 Ramadhan sakit terasa di mana-mana..kenapa dia datang..aku pun tak tahu. Sehingga hari ini aku sembahyang pun duduk di atas kerusi...kaki tak boleh dilipat..kerana sejarahnya..aku pernah tak boleh berjalan selama dua minggu selepas melahirkan puteri sulungku... kini sakitnya datang menjengah semula..kekadang membuat aku rasa sebak kerana ketidakupayaan aku nak ke masjid bertarawikh...dan seleraku semakin lesu nampaknya...

Bagi aku kini..tangisan tidak membawa sebarang erti bila ditimpa kesakitan ..kerana banyak lagi kesakitan lain yang memaksa aku menelan berjenis-jenis pil setiap malam sejak 4 tahun yang lalu..namun ..aku sangat terbiasa merasai kesakitan yang datang dan pergi malah pernah melihat kesakitan orang lain yang lebih teruk lagi..lalu bersyukurlah aku dengan apa yang diperturunkan buat aku. Selagi aku mampu bergerak..berkerja seperti biasa..teramat besarlah nikmat Allah buatku..

Kepada siapa yang tidak mengenal aku..tentunya tidak pernah menduga keperitan yang aku lalui..aku masih boleh tersenyum..bergelak ketawa..posing sana sini..tetapi nun jauh di urat nadiku ini segala jenis ubat sedang bekerja menahan kesakitan yang ada..dan kini aku sedang bergelut dengan satu lagi kesakitan..dari Allah jua kiranya...

Alhamdulillah..apapun..aku syukuri nikmat Allah ini..menyebabkan aku senantiasa menyediakan diri dan minda aku...bahawa Allah sedang menguji aku dan mungkin aku adalah insan-insan yang terpilih itu ..yang mampu bertahan..menahan kesakitan sambil tersenyum dan berjenaka..sambil memasak dan mengemas...sambil menanam pokok bunga dan merekacipta laman...sambil menunaikan solat dan berdoa..segala-galanya mungkin bagi aku ..kerana aku bimbang jika tidak berkesempatan menunggu masa sihatku..untuk merasai kenikmatan hidup seperti oranglain...wallahualam

Ahad, 15 Ogos 2010

UPDATE JE..

Aku menulis malam ni..bukan keinginan memuncak untuk menulis sebenarnya..kerana ancaman kata-kata berbisa Mek Rose..yang nampak je kecik comei..lembik lotek tu..tapi amat berbisa..Pepagi buta dah kata..ni awat ni asyik KELMARIN je..tak tukar-tukar...amboi-amboi...hahaha...

Tak de lah Mek Rose..k.ida nak buat lawak bodoh je..ini cuma pseudo update je..tak leh biar sawang naik sampai kelabu mata..sawang ni pun perkataan favourite Mek Rose..hish..ngape aku terikat ngan Mek Rose je?..mesti ade ape-ape nih..

Aku tak sihat sepanjang 5 hari ini. Ramadhan dilalui kali ini dengan rasa sedih..bukan kerana aku tidak suka kehadirannya..kerana aku tak berdaya..sebelah malam lagi la macam-macam.Aku demam..tak boleh tido..sampai kul 3.00 pagi satu malam tu..dan mulalah fikiran aku ingat memacam..semua datang menghimpit..dari sebesar-besar masalah sehinggalah sekecil-kecilnya. Baru hari ini boleh aku bergerak normal sedikit..kalau tidak terhencut-hencut..bangun berpautan di mana boleh..Memasak...cuba berdiri bertongkatkan sebelah kaki..dan akhirnya kedua-dua belahnya sakit. Tak sampai hati aku nak beli lauk kerana ..alhamdulillah dua hari lepas.. baru dapat kami berkumpul sesisi sekeluarga berbuka puasa bersama..hari ini dah tinggal buah hatiku Sipau seorang...terasa sunyi dan sepi semula dunia ini..

Apapun..ini adalah dugaan Ramadhan buatku..mungkin ada hikmah besar di sebaliknya..kelalaian dan kecabulan kata-kata aku mungkin punca segala. Aku dah mohon ampun dan maaf ..dan diharapkan dia yang aku maksudkan memaafkan aku. Aku bukan berniat ape-ape..sekarang meluahkan rasa agar tidak terus menjadi bara yang senantiasa memanasi hatiku...kerana prinsip hidup aku..tak suka berselindung di sebalik lalang ...

Apapun aku redha akan dugaan ini..cuma terkilan tak upaya nak bertarawikh berjemaah...sekadar buat apa yang termampu olehku...doakan aku sihat semula ye kekawan...tibalah sudah musim luruh buatku..bye...

Selasa, 10 Ogos 2010

KELMARIN..


Hari ini aku tak ke ofis...mc..demam. Hem..sejak hari Sabtu dah rasa kurang sihat...sampai kelmarin dah sampai ke kemuncaknya...menggigil..sampai biru jari-jari. Ni pun menaip sambil meniarap atas tilam yang aku hampar di ruang tamu..dalam bilik rasa sunyi..aku tinggal seorang saje di rumah...Sipau ke sekolah..semasa nak ke sekolah pesan memacam..termasuk..suruh aku minta tolong ayah je jemput dia di sekolah...sayu juga rasa di hati ...

Kelmarin mungkin aku dah over push diri. Kebetulan kelmarin ada meeting MTD. Sejuknya dalam bilik mesyuarat tu hanya tuhan yang tahu..keluar..datang pulak anak murid..kaki dia terseliuh ..dah bengkak ketotong..aku tolong urut sikit and tolong fikirkan macamana dia nak balik ke Teluk Intan..alhamdulillah dia sms kata masalah sudah settle.

Kelmarin juga tetiba Yong kata ayahnya (kawan baik hubby) nak guna kereta dan dia nak ambil keretanya yang park di parkir P4 lebih kurang jam 5.00 macam tu..aku call hubby tanya di mana dia letakkan kunci kereta budak tu..dia kata dalam kereta dia...dan kalau nak tau dia di mana???..dia di padang golf Jitra. Aku serba salah bila Yong tanya padang golf tu kat mana..kesian dia..nak balik ke Parit Buntar..perempuan pulak..malam-malam bahaya..Aku cuba bayangkan kalau Yong tu anak aku..apa rasanya bila nak balik malam-malam...

Sebelum ini aku dah pesan kat hubby supaya bagi sahaja kunci tu Yong simpan..jadi mudahlah bila dia nak ambil kereta..tapi biasalah ..dia berkeras juga nak simpan..simpan pula dalam kereta dia..ishhh..panas betul hati aku. Fikir punya fikir ...aku call Yong dan katakan aku akan pergi ambilkan. Aku call hubby..dia berkeras juga nak suruh tunggu sampai dia balik..wei..sampai malam...bila lah budak tu boleh balik..semata-mata kerana kecuaian kita. Jadi..macam biasa..aku beri arahan..suruh tinggalkan di mana-mana..aku ambil dan dia tinggalkan di golf shoppie di situ. Aku rush macam ape lagi..bukan nak cepat tapi aku rasa badan aku makin sakit dan sejuk sesejuk sejuknya. Tapi aku tak beritahu Sipau ..nanti dia susah hati. Sampai di post guard KMK aku tinggalkan kunci dan sms Yong..alhamdulillah Yong sampai ke Parit Buntar hampir jam 10.00 malam..aduhai kesian budak tu...

Aku patah balik ke CMart..tunggu Sipau beli cardboard..ya Allah dekat 30 minit..aku off aircond..tapi masih sejuk lagi..dia kata que panjang..kaunter buka 3 je..dan bergerak pulak ke Marrybrown tunggu dia beli nasi..nak jadi cerita aku suruh beli 3 dia beli 2 je..dia kata dia lupa...jadi ayahnya kene pergi beli makanan sendiri..hermmmm..pening aku

Sampai di rumah aku terus berselimut tanpa tukar pakaian kerja...ibu jangan mandi..haaa..kalau adik demam ibu selalu kata macamtu..dengan jelingnya sekali ..aku cuma mengangguk kepala..sambil tengok kuku aku membiru tapi bila rasa dah panas sikit makin ok.

Aku bangun tukar pakaian... basuh muka dan mana yang patut. Sipau ambilkan tilam dan aku berselimut lepas makan nasi dan makan ubat. Aku suruh Sipau tolong iron baju..dia bawa ironing board ke ruang tamu dan aku bagi arahan..sambil terlelap...dan bila dia tak tahu nak iron macamana dia bertanya dan setiap kali aku pula aku terjaga dan terkejut..Sipau akan kata..maaf ye ibu..adik kejutkan ibu..sedihnya aku..dan semasa dia iron baju ayahnya menitis airmata aku tengok...ini baru aku demam..kalau aku tak de nanti..macamanalah agaknya..dan hubby aku tak balik-balik juga lagi.

Aku terlena semasa Sipau iron seluar ayahnya dan tau dah siap je. Terjaga jam 10.00 malam dan Sipau baru nak kejutkan aku kerana janji dengan zu nak online..tapi line meragam malam tadi..jadi sambil baring aku chat dengan Mek Na...terasa lega sikit..baca cerita dia..

Pagi ni..aku rasa tak berdaya lagi... minum satu mug horlick ..makan ubat demam Sipau..mandi dan ketiduran hingga jam 10.30..Bangun dan dalam daya tak daya drive ke klinik.. balik dan berselimut semula..boring..kerana aku tak biasa berbaringan macamni. Jadi aku menulis lah..huhuhu

Teringat aku ...dalam kereta kelmarin aku membebel..Adik..nanti bila adik dah besar..ape-ape adik nak buat kene fikir kat orang lain sama...jangan fikir senang kite..kehendak kite..sehingga menyusahkan semua orang..tengok..kan susah..ibu susah..Kak Yong susah..sebab ape..sebab tak pernah mahu fikir jalan yang mudah untuk menyelesaikan masalah orang lain..Sipau diam seribu bahasa...barangkali sedang berusaha untuk mengerti...hemmmm..tak pasal-pasal dia jadi sasaran...kesian...

Ahad, 8 Ogos 2010

PINTAKU...

Ya Allah Ya tuhanku...
Yang Maha Esa Lagi Maha Penyayang
Aku bermohon kepadaMu
Sesungguhnya tiada lebih..barang sedikit pun..
Ampuni lah dosa-dosaku Ya allah
Lindungilah anak-anakku dari mala bahaya
Suluhlah cahaya keimanan dan ilmu buat mereka
Titiskanlah wangian hidup sehingga ke akhir hayat anak-anakku itu
kerana aku di kala ini tidak berdaya lagi
selain memohon perlindungan dariMu buat mereka yang terlalu kukasihi
sakit ini rasanya teramat
pohonku..perkenanlah doakan ini
bersama redhanya aku akan ujianMu...

Aku demam ke ape ke tak tahu punca cerita...lemah anggota segala...sambil berbaring dan berselimut aku menaip..semoga Allah lindungi anak-anakku...hanya itu pintaku...wassalam...

Sabtu, 7 Ogos 2010

TERAPI MINDA...

Kerja bermula..aku yang sesangat teruja..


Akak..hem..rela dalam paksa tu..hehehe..tapi dia bagi banyak idea..

Di sudut kaktus aku...siap separuh jalan dulu..tak cukup batu lagi...


Perspektif menyenget lak..macam tuannya..sedikit senget..

Akhirnya siap juga petang tadi...haaahhh..terasa tersangat lega...
Adik..ibu rasa macam ibu demam laaa...nanti adik tolong ibu sapu rumah ye..ibu nak makan panadol dan tido lepas mandi nanti
Tu laa..ibu tu janganlah asyik nak bergarden sangat..lepas tu sakit laa...demam laaa...
Hem..adik marah ibu la tuuu
Alaaa...kalau adik kata adik demam pun ..ibu mesti cakap jugak..macam adik hehehe
Adik tolong tau
Haaaa...ok laaaa....

Dialog aku dengan si manja Sipau pagi tadi..Dia jeling aku tatkala aku kata aku rasa nak demam..memang pun..dok tertonggeng-tonggeng..merangkak kat beranda aku tu sesorang..Akak ada bantu separuh jalan...dah dia tak de di rumah terpaksalah aku teruskan misi sendirian.
Memang mulanya aku berniat untuk sarapan..mandi dan makan ubat serta tidur je. Bila dah mandi rasa sedikit lega dan aku bersiap..Sipau kehairanan..wei..ibu nak p mana pulak ni..hehehe..ibu nak p beli batu tak cukup kat bawah pokok orkid tu..tak cantik la adik...ish ibu ni..kata demam. Aku buat tak peduli..bersiap..beli dan balik..Ajak Sipau angkat naik ke rumah..separuh mati kami dua beranak..kerana sebelum ni Lan Kontraktor tolong belikan dan bawa naik..nak minta tolong boleh... tapi dah tabiat aku...tak sabar sesangat..
Aku terus bertenaga.,.telan panadol 2 biji dan terus masak. Sembahyang zohor dan mulalah aku menyusun batu lagi..Sipau jeling je...apa jugalah ibu aku ni buat???..dia bagi idea suruh buat jalur zebra tapi batu kelabu dah habis..tak cukup dan aku niatkan untuk completekan setakat mana yang ada..tak de modal satu..kederat pun tinggal nyawa-nyawa ikan...Siap ...aku panggil Sipau bagi komen..dia kata..boleh laaaa...tapi kalau jalur zebra lagi ok...pandailah hang tu Sipau oooiiii..tolong tak berapa nak mau..
Alhamdulillah niat aku buat makeover beranda kuarters ni secara besar-besaran dah tertunaikan...tinggal niat aku nak makeover fikiran anak aku je masih tergantung sampai kini..Herm itu laaa...sambil susun batu tu..satu-satu..sambil tu fikir..apa yang patut aku buat..bilanglah berapa ketul batu yang ada tu..dan sebanyak itulah rencana yang bermain di fikiran aku..kelabu, merah, kuning, hijau, putih..semua ada..Doa aku semoga jalinan warna ini turut membayangkan jalinan warna warni cabaran dalam kehidupan anak-anakku ... yang kelak akan beransur-ansur tersusun menjadi ciptaan yang paling indah...dan yang paling penting ...projek aku hari ini ...adalah terapi minda yang paling berkesan buatku...wallahualam..

Ahad, 1 Ogos 2010

MEMORI...

Inilah istana dan syurga kami suatu masa dahulu..huhuhu

Betapakah mungkin aku dapat kembali
mendakap memori bermain guli dan konda kondi
di bawah rembang mentari dari pagi ..larut ke tengahari
kulit terbakar hangit dijilat mentari
tidak terlarang lagi....

Betapakah mungkin aku dapat melakar
senario kaki kecilku ligat berlari menyusupi belukar
hidungku megah menghirup wangi dedaunan dan bunga hutan mekar
kepulangan disambut terjahan kata sinis ibu marah membakar

Betapakah mungkin ingatan dapatku tepis
bergayutan di pohon jambu dan limau nipis
beradoi jatuh buntang mautnya nyaris
adik-adikku tumpang tersenyum sumbing...semakin hari semakin sinis

Betapakah mungkin dapatku rungkai
manisnya detik mengharungi arus deras sungai
menggagau tebing mengutip ikan dituba mati dan sesiput untuk digulai
dongakku.. pohoni ibuku ...hadiahi senyum manis buat hatiku terbuai

Betapakah mungkin dapatku lihat jejak
tapak kaki ibuku yang lebar besar menjalar ...langkahnya ligat mencacak
menghabiskan usia bekerja di kebun ...kandang lembu dan lombong pajak
mengisi masa luang mendandan pepehonan di laman ..bergaya segak
singgah menyinggah jiran nan bicara mereka lagak bijak
sedang ibuku diam dan hanya senyum bila diajak ...
namun kerap tiada ketahuan hujung pangkal inti cerita yang memekak

Betapakah mungkin ayahku melaung lagi
siang malam tidak pernah tamat meleteri
kisah anak..taulan dan isteri
niatnya luhur dan terbit dari hati

Betapakah rindunya aku kini
rumah kecil tempat membesarnya kami
bergelumang kenangan silam yang penuh berseni ini
walaupun ibuku sudah 20 tahun pergi
terasa ia masih bertaup rapat disisi
sering sendirian melemparkan pandangan jauh..tiada kupernah cuba mengerti isi hati

mak..kerinduanku ini tiada terseka lagi
maklumilah yang abah semakin kurang sihat kini..
buat aku termanggu termenung sendiri memikiri

mak...rindunya aku...ampunilah aku..
yang tidak terkira nakalnya ini...
bikinmu mengurut dada sepanjang hari..
terbawa-bawa rupanya hingga ke abad ini...

mak..kini aku semakin mengerti isi hatimu...al fatihah...


cacti5000
11:32pm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...