Rabu, 18 Ogos 2010

NIKMAT ALLAH

Sekarang dah jam 6.03 pagi. Aku ni seperti biasa..lepas bersahur aku amati entry blog kekawan dan facebook aku. Ye lah..bulan ramadhan ni fb tak aktif...semua insan beramal ibadat merebut peluang mendapatkan pahala..dan aku pun tak punya banyak idea nak diperturunkan di sini.

Tadi aku mengambil peluang membaca blog ...yang telah Mek Rose link dari blognya bertajuk..onebreastbouncing..ditulis oleh seorang pesakit cancer payudara yang telah meninggal dunia mungkin dan last updatenya pada bulan June baru-baru ni, Betul kata Mek Rose..k.ida bacalah..mesti k,ida menangis punya..hem memang betul pun Mek Rose..airmata aku memang tak mahu berhenti menitis ni..

Aku terkenangkan diri sendiri..terkenang betapa peritnya menjalani hidup yang sakit dan terus sakit sepanjang perjalanan ini ..selepas satu..satu bab lain...sehinggakan aku terasa sangat mangli dengan kesakitan. Tak tahulah kenape ye..adakah aku insan terpilih dan paling sempurna menjalani ujian Allah ini?..mungkin betul..atau mungkin sebab jahatnya aku maka Allah sedang memberi aku peringatan sejak awal lagi supaya cepat bertaubat seiringan dengan ujiannya?..entahlah..sejauhmanakah manusia yang lemah dan serba kekurangan seperti aku mengerti dan berbicara tentang ketentuan Allah .Aku sedikit tidak berani...

Ramadhan ini menjengah sambil membawa kesayuan dalam hidupku. Sejak 1 Ramadhan sakit terasa di mana-mana..kenapa dia datang..aku pun tak tahu. Sehingga hari ini aku sembahyang pun duduk di atas kerusi...kaki tak boleh dilipat..kerana sejarahnya..aku pernah tak boleh berjalan selama dua minggu selepas melahirkan puteri sulungku... kini sakitnya datang menjengah semula..kekadang membuat aku rasa sebak kerana ketidakupayaan aku nak ke masjid bertarawikh...dan seleraku semakin lesu nampaknya...

Bagi aku kini..tangisan tidak membawa sebarang erti bila ditimpa kesakitan ..kerana banyak lagi kesakitan lain yang memaksa aku menelan berjenis-jenis pil setiap malam sejak 4 tahun yang lalu..namun ..aku sangat terbiasa merasai kesakitan yang datang dan pergi malah pernah melihat kesakitan orang lain yang lebih teruk lagi..lalu bersyukurlah aku dengan apa yang diperturunkan buat aku. Selagi aku mampu bergerak..berkerja seperti biasa..teramat besarlah nikmat Allah buatku..

Kepada siapa yang tidak mengenal aku..tentunya tidak pernah menduga keperitan yang aku lalui..aku masih boleh tersenyum..bergelak ketawa..posing sana sini..tetapi nun jauh di urat nadiku ini segala jenis ubat sedang bekerja menahan kesakitan yang ada..dan kini aku sedang bergelut dengan satu lagi kesakitan..dari Allah jua kiranya...

Alhamdulillah..apapun..aku syukuri nikmat Allah ini..menyebabkan aku senantiasa menyediakan diri dan minda aku...bahawa Allah sedang menguji aku dan mungkin aku adalah insan-insan yang terpilih itu ..yang mampu bertahan..menahan kesakitan sambil tersenyum dan berjenaka..sambil memasak dan mengemas...sambil menanam pokok bunga dan merekacipta laman...sambil menunaikan solat dan berdoa..segala-galanya mungkin bagi aku ..kerana aku bimbang jika tidak berkesempatan menunggu masa sihatku..untuk merasai kenikmatan hidup seperti oranglain...wallahualam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...