Sabtu, 21 Ogos 2010

TANPA MEREKA



Herm..dah sebelas hari termasuk hari ini kite melalui bulan Ramadhan...dan aku cuma mampu berdoa dan berdoa serta terus berdoa semoga kesihatanku kembali pulih seperti biasa..insyaallah.

Kelmarin Angah tidak dibenarkan pulang bermalam kerana hari ini adalah sekolah gantian Hari Raya..aku akur ...kerana dia dah maklumkan sejak minggu lepas lagi. Yang ada di rumah.. Deeha dan Sipau..balik sejak petang Khamis dan pagi ini sepatutnya pulang juga ke asrama. Namun Deeha demam malam kelmarin..tetiba panas je badannya dan macam biasa aku mula runsing..ye lah..aku pun tak berapa sihat..tambah pula Deeha demam..kesian dia..meleleh hingus dan sakit belakang katanya.

Semasa berbuka..banyak betul Deeha makan ..adalah 3 kali tambah..hem..naluri keibuanku menyapa pantas..hem..nak demam ke Deeha ni..makan banyak sangat..lauk tak sesedap manapun. Udang lemak cili padi..talapia goreng, sambal tempe, sayur campur dan kicap pencecah ikan. Tiga beradik tu pulun makan...dan aku..ok sikit selera..mungkin kerana ramai yang ada di rumah ..tapi tak tambah pun..kenyang tengok anak-anakku itu makan..terkenangkan pula kat Angah yang katanya.. ibu ...boleh tak tak Angah simpan nasi n lauk ni..Angah nak makan selepas prep..buat aku rasa sayu sangat sambil menganggukkan kepala..tersangat sayu..

Aku bangun ke singki lebih awal..kerana tengok anak dara aku yang bertiga tu macam tak mahu bangun dari kerusi asyik meratah lauk..sampai ke singki aku letak pinggan dan airmata mulai turun menelusuri pipi...mengenangkan anak-anak yang terpaksa menghadapi kenyataan punya ibu sepertiku. Kalau ikutkan hati..aku tak memang mampu nak masak segala...kerana selepas tu aku ni macam kain buruk terperuk..sakit di mana-mana. Namun demi anak-anak ..terutama yang tak dapat balik tu ..datang semangat entah dari mana..sejak jam 1.00 dah prepare nak masak..tetiba teringat bekas dah habis..aku bergegas pula keluar bawa Sipau dan Deeha minta tolong turun dan belikan.. kerana aku ni nak berjalan pun tak begitu terdaya..kerana biasalah anak-anak ni..bekas pakai buang je...tupperware kalau bawa tak pernah balik ke rumah semula..

Dek semangat yang ada tu..bolehlah aku masak kelmarin...bersiap pula pergi lawati Angah. Nampak je kelibat Angah..jiwa lara terbang pergi...keresahan hilang entah ke mana. Duduk bercerita serba sedikit tentang pelajaran dan tripnya nak ke Langkawi...Kelmarin juga aku sangat perasan yang Angah semakin dewasa..setiap kali aku memandangnya...mataku tepat menuju ke matanya dan besar juring...dan mata putihnya masih kebiruan seperti anak-anak kecil itu buat aku tersentuh selalu..anakku yang tak tersangkakan membesar menjadi jejaka yang tinggi lampai..al maklum..sejak kecil kekurangan kalsium..akibat berhenti menyusu seawal setahun setengah kerana tidak mahu minum susu formula..menunggu ibunya pulang kerja saban hari..sanggup berlapar tanpa rengekan dan tangisan...hermmm...

Nampaknya Deeha terpaksa aku tahan dari pulang pagi ni kerana pagi ini dia ada kelas tambahan. Terpaksa tengokkan perkembangan kesihatannya dulu...kalau ok sampai ke petang baru aku hantar dia balik. Malam tadi aku peluk dia..ciumi dia..panas badannya..tu la..jahatnya suara hati aku..anak tengah sedap makan ditegur dengan hati..kan dah demam dia...Kebetulan Sipau dah tidur..kalau tidak boleh kiamat dunia...jeritan berisi cemburu pasti akan kedengaran...dan Deeha juga kurasakan semakin dewasa. Rambut lebat hitam..berkulit cerah..tutur katanya lembut...tinggi lampai dan matanya serta senyumannya seakan Angah buat hatiku hiba. Semakin dewasa anak-anakku ini ...tanpa aku sedari..begitulah hebatnya peredaran masa meninggalkan aku rupanya.

Petang ni..kalau Deeha sihat..akan dihantar pulang...dan kalau aku sedikit sihat..nak jumpa Angah sekali lagi... sambil ambil laptop yang dipinjamnya kelmarin..bermakna kami akan travel dari Kedah ke Perlis. Tinggal Sipau je di rumah malam ni..harapan aku Akak pulang berbuka di rumah lagi malam ni seperti malam-malam terdahulu...Anak-anakku yang jauh di mata..bukan mudah untuk ibu melalui Ramadhan ini tanpa kamu berdua..ibu akan terus merindui ..tersangat merindui...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...