Ahad, 1 Ogos 2010

MEMORI...

Inilah istana dan syurga kami suatu masa dahulu..huhuhu

Betapakah mungkin aku dapat kembali
mendakap memori bermain guli dan konda kondi
di bawah rembang mentari dari pagi ..larut ke tengahari
kulit terbakar hangit dijilat mentari
tidak terlarang lagi....

Betapakah mungkin aku dapat melakar
senario kaki kecilku ligat berlari menyusupi belukar
hidungku megah menghirup wangi dedaunan dan bunga hutan mekar
kepulangan disambut terjahan kata sinis ibu marah membakar

Betapakah mungkin ingatan dapatku tepis
bergayutan di pohon jambu dan limau nipis
beradoi jatuh buntang mautnya nyaris
adik-adikku tumpang tersenyum sumbing...semakin hari semakin sinis

Betapakah mungkin dapatku rungkai
manisnya detik mengharungi arus deras sungai
menggagau tebing mengutip ikan dituba mati dan sesiput untuk digulai
dongakku.. pohoni ibuku ...hadiahi senyum manis buat hatiku terbuai

Betapakah mungkin dapatku lihat jejak
tapak kaki ibuku yang lebar besar menjalar ...langkahnya ligat mencacak
menghabiskan usia bekerja di kebun ...kandang lembu dan lombong pajak
mengisi masa luang mendandan pepehonan di laman ..bergaya segak
singgah menyinggah jiran nan bicara mereka lagak bijak
sedang ibuku diam dan hanya senyum bila diajak ...
namun kerap tiada ketahuan hujung pangkal inti cerita yang memekak

Betapakah mungkin ayahku melaung lagi
siang malam tidak pernah tamat meleteri
kisah anak..taulan dan isteri
niatnya luhur dan terbit dari hati

Betapakah rindunya aku kini
rumah kecil tempat membesarnya kami
bergelumang kenangan silam yang penuh berseni ini
walaupun ibuku sudah 20 tahun pergi
terasa ia masih bertaup rapat disisi
sering sendirian melemparkan pandangan jauh..tiada kupernah cuba mengerti isi hati

mak..kerinduanku ini tiada terseka lagi
maklumilah yang abah semakin kurang sihat kini..
buat aku termanggu termenung sendiri memikiri

mak...rindunya aku...ampunilah aku..
yang tidak terkira nakalnya ini...
bikinmu mengurut dada sepanjang hari..
terbawa-bawa rupanya hingga ke abad ini...

mak..kini aku semakin mengerti isi hatimu...al fatihah...


cacti5000
11:32pm

2 ulasan:

  1. nurhafizaenaniyamin3 Ogos 2010 pada 5:40 PTG

    sy menangis lg tatkala membaca entry pn ni
    rindu pd ibu sy mkin kuat.
    w,pun dia masih disini
    tp kami tepisah oleh jarak..
    argggh mggu ni adalah mggu yg sukar bg sy
    mggu yg memerlukan ibu disisi
    membakar semangat, memberi nasihat,
    Allah menguji sy dengan dugaan yg xseberat mana pun klu kira
    tp ia cukup terasa..
    aihhh
    xsabar nk blik kmpg..
    nk peluk cium ibu sy.
    thanks pn...
    :)

    BalasPadam
  2. kalau nani nangis semasa membaca
    saya menangis semasa menulis
    menangis dan ulang menangis lagi
    baca dan baca berulangkali
    saya rindui ibu saya
    saya menyesali kenakalan saya yang tak terhingga
    buat ibu pening kepala
    tapi saya sangat kenal ibu saya
    saya sering lihat dia bermenung
    baru kini saya sedar mengapa seorang ibu perlu bermenung..rupa2nya memikirkan masa depan anak-anak
    aduhai nani...peluk dan ciumilah ibu anda
    selagi pipinya masih panas dan berdaya membalas pelukan itu..bila dah sejuk kaku..tiada gunanya lagi..yg hadir hanya penyesalan bertalu-talu..namun saya tahu nani anak yang baik..
    selamat bertemu yang tersayang...:)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...