Rabu, 27 April 2011

ANUGERAH...


Hari ini aku menghadiri Majlis Anugerah Gemilang anakku yang dikasihi Ainur Madiha @ Deeha. Deeha beruntung kerana sebaik keputusan diumumkan dah dapat plak dah..hari ini dapat lagi..alhamdulillah..itulah rezeki buat dia.

Majlis meleret sampai 11.30 tengahari kerana ramai betul penerima anugerah. Tambahan pula selingannya meleret panjang. Walaubagaimanapun aku ucapkan sekalung tahniah buat SMK Jitra kerana pencapaian sekolah yang sangat memberansangkan. Apatah lagi semangat dan kesungguhan pihak sekolah meraikan kejayaan para pelajarnya

Hari ini juga Akak mula bekerja di pasaraya C-Mart..herm..ada ketikanya aku rasa kesian nak suruh dia bekerja..ada masa aku fikir..kalau dibiarkan sahaja di rumah..mak ooiii..sampai bulan September nanti nak terperap ..nak jadi apa pulak hah?..Dalam pada tu.. nak suruh dia belajar driving sekali...Aku harap dan berdoa semoga keputusan yang aku buat ni adalah keputusan yang betul...

Kesian suamiku tiada kesempatan bergambar dengan Deeha. Kebetulan Sipau pulak balik pukul 12.00..jadi dia terpaksa berkejar balik untuk menjemput Sipau dari sekolah...herm..tak pe la..tak de rezeki..nasib baik dia bergambar dah dengan Deeha semasa keputusan diumumkan dahulu..dan aku rasa perasaan bangganya lebih berganda daripada apa yang aku rasai hari ini.

Pendek kata dalam seminggu ni banyak perkara yang aku fikirkan dan rancang sudah ada petanda akan selesai dan aku  mendoakan semoga panas biarlah sampai ke petang..Hish..keje kat pejabat banyak tak siap lagi nih!..huhuhu..pening aku..

Isnin, 25 April 2011

'HATI'...



Mengapa Allah menjadikan manusia berbekalkan hati..hanya satu..bukan dua seperti telinga, mata, tangan dan kaki? Dan mengapa pula kita mempunyai satu otak sama seperti hati..yang sama strukturnya..otak punya dua hemisphere..otak kanan dan otak kiri. Hati (organ) pula punya dua lobus..lobus kiri dan lobus kanan..herm..betapa besarnya kuasa Allah S.W.T..'hati' dan otak saling melengkapi dan menjadi penggerak anggota fizikal yang lain...

Mata telah Allah jadikan dua..rangkaian hebat..fungsinya melihat alam yang maha luas ini..posisinya sangat strategik..diletakkan di hadapan..Maka jadilah pepatah petitih yang jadi pegangan kita selama ini..ingin memandang dunia..pandanganlah apa yang ada di hadapan..kerana Allah menciptanya di depan. Jika asyik memandang ke belakang...maka menongkah aruslah hidup ini..Terasa amat payah dan sukarlah hidup..serba serbi yang tidak kecapaian dan jadi idaman ..akan meresahkan hati dan amarannya sampai ke otak..dan otak pula  akan menghantar isyarat kepada anggota lain untuk bertindak..kalau positif tidak mengapa..kalau sebaliknya?..jawapannya jelas..STRESS!..

Sepasang telinga anugerah Allah itu adalah untuk mendengar. Kalau dah diberi dua..fungsinya tentu berganda..mengingatkan kita untuk menjadi pendengar yang baik...lapangkan hati..dan otak..jangan buat road block di mana-mana..segala pujian dan kritikan..dengar..dengar ..dan dengar dengan baik. Selami  perasaan insan yang meluahkan rasa..terima dengan hati terbuka..berempati... dan otak kita akan menerima isyarat positif..tenang dan senang.

Agak hairan..Allah memberi kita satu mulut..kenapa tidak dua..satu untuk makan..satu untuk bercerita..Ish..itulah manusiakan?..diberi  satu nak dua..bayangkan kalau mulut kita dua..satu suap nasi..dan satu lagi tak renti-renti buat gossip..alahai buruknya!..Satu pun kekadang kita tak dapat nak jaga dengan baik..gossip sana sini..merahai ketawa bagai dirasuk hantu..kekadang berdesis menggoda..kekadang menghunus tajam ke dalam hati..Akibatnya amat buruk..hati orang..dan mungkin hati kita jadi mangsa. Itu sebabnya kita ni dilarang banyak sangat bercakap dan berleter..lebih baik berdiam dan mendengar...manafaatnya berganda-ganda dan terjauhlah kita dari dosa dan noda.

Otak adalah anugerah Allah paling agung..keupayaan otak kita membezakan kita dari haiwan..malahan sesama manusia juga berbeza. Cara kita berfikir dan bertindak bergantung kepada dominannya otak kita ni..jika hemisphere otak kanan besar..lahirlah insan berseni..pintar berbahasa..berdialog.. berdebat. Otak kiri yang besar pula..melahirkan insan logikal..sains dan matematik capaian ekspres mereka. Dan kita mengharapkan sama besar keduanya..supaya sempurna hidup kita..tetapi anugerah ini hanya untuk yang terpilih..dipilih..satu dalam seribu oleh Allah yang maha Esa. Akal dan minda adalah hasil terbitan otak kita..dan ketajamannya bergantung kepda sejauhmana ianya diasah..

Ada pun 'hati' secara konotasinya...adalah anugerah yang paling sukar dikawal manusia. Kekadang terasa lelah mengawal 'perasaan seni' ini. Suka hati.sakit hati..patah hati..iri hati..makan hati..berat hati..geli hati..gelap hati..suara hati..tutup hati..ishhhh...banyak sangat daaaa...yang berkaitan dengan hati. Menunjukkan betapa besarnya peranan hati dalam hidup kita ini. Kekadang akibat menurutkan kata hati..terlanjur kata..buruk padahnya. Namun..untungnya ..masih ada pengubat hati..sebagaimana terpaparkan dalam imej di atas.   Dan ketahui bahawa hati (organ) yang ada pada tubuh manusia pula punya fungsi tertentu..dan aku tidak begitu pasti. Ketahuilah  ramai manusia di dunia ini yang hidup tanpa hati ..dibuang kerana sudah tidak mampu berfungsi lagi..namun tidak bererti dia sudah tidak berperasaan ..Nah..tambah mengelirukan mungkin...

Cinta adalah anugerah Allah yang amat ampuh kepada setiap manusia. Manusia tanpa cinta..ibarat patung tak bernyawa. Cinta terbitnya dari 'hati' yang murni..Jika dibelai..diberi penghargaan..tidak dimomok-momokkan..alangkah indahnya ia. Namun manusia sering mempermainkan cinta dan hati..sehingga ramai yang terluka..bertindak ngeri sehingga ada yang rela membunuh diri..di mana otak sudah memberi isyarat negatif..fizikal sudah tidak dapat dikawal..membentak dan memberontak.

Saya tidak mahu mengakhiri isi ceritera ini dengan sesuatu yang negatif lagi...Kemurnian hati yang penuh dengan rasa cinta adalah sesuatu yang amat suci ..putih dan bersih. Cinta dan hati yang diberi tanpa mengharapkan balasan amat sukar dicari...dan sekiranya anda terpilih untuk mendapatkannya..semadikanlah ianya jauh di sudut  hati..kerana barang diingat bahawa ...pujangga pernah mengingatkan kita yang mencintai bukanlah bererti memiliki ..renung-renungkan..

Khamis, 21 April 2011

YANG KE-19...



 Amboi..anakku ini..pandai melawa dah...

Esok adalah hari ulangtahun Akak ...anak sulung ku yang ke 19. Aku sebenarnya terlupa ..nasib baik Akak mengingatkan..ya Allah..sibuk apa hah..sampaikan terlupa..ke sebab faktor usia?..herm entahlah..

Ke empat-empat mereka sangat aku kasihi. Masing-masing ada keistimewaannya. Akak seperti pernah aku tulis dahulu..petah berbicara...jagalah..kalau start dia berbicara..susah nak berhenti..Dalam pada itu secaranya telusnya ingin aku katakan di sini...sangat banyak airmata aku yang  gugur semasa membesarkannya...banyak cabaran yang tak terkuis dari ingatan

Mungkin kerana  itulah jualah ...doaku yang sangat likat dan pekat senantiasa mengiringinya..tidak pernah lekang berdoa..dan airmata pun tidak pernah kering mengiringi doa-doa itu.

Aku doakan.. semoga anakku ini akan lebih tabah menghadapi hari-hari mendatang..semoga Allah mempermudahkan segala urusannya dan semoga pintu taqwa senantiasa memanggilnya untuk singgah di sepanjang perjalanan hidup yang masih sangat jauh ini.

Anakku..Selamat Hari Lahir dari ibu buatmu yang sangat dikasihi...dan percayalah yang doa serta airmata ibu akan senantiasa mengiringimu..selagi hayat dikandung badan..take care sayang...

Rabu, 20 April 2011

BENCI TAPI RINDU..



Hush...kelmarin aku telah bertindak kejam..sekejam-kejamnya..kerana telah mengorbankan sebatang gigi gerahamku..ish..teringat-ingat waktu Dr. Salmee sedang mencabutnya...sehinggkan nurse terpaksa pegang kepala aku...terolang oleng..kuat lagi gigi aku tu...cuma tampalannya dah terlekang..nyilu bila kunyah di situ dan minum air sejuk. Jadi kira halal je laa ye...huhuhu..sebenarnya aku sayangkan gigi tu..tapi benci bila sakitnya menyerang..

Aku tiba ke klinik tadi..seawal jam 9.30 pagi. Dr. belum sampai dan hampir 20 minit aku terpaksa menunggu. Ye laa..Dr. pun ade komitment di rumah..klinik sendiri..sukahati la bila nak start kerja. Tapi ada baiknya...patient yang dap.. dup.. dap macam aku..sempatlah bertenang. Nampaknya akulah patient pertama sampai..haaaa...legaaa...

Sementara menunggu tu..aku pun ambil peluang membaca majalah Solusi..Mei 2010. Seimbas ternampak tajuk Benci Tapi Rindu..waaahhh..menarik tu..aku pun baca. Memang bagus buat panduan hidup..ye laaa...untuk hidup aku yang allignmentnya yang  tak berapa betul ni ..baca punya baca..sahlah bahawa banyak kesilapan selama ini berpihak pada diri aku  ...

Aku sangat tertarik dengan petikan ini;

Tuhan boleh mengampunkan segala dosa kita..tetapi sistem saraf kita tidak..kerana sistem saraf tidak bertolak ansur dengan ketegangan dan kerisauan. Dan jauh lebih lama sebelum Rasulullah S.A.W telah mengingatkan ...matilah kamu dengan marah kamu...

Haaaaiiihhh!..berdetap juga batu jemala aku baca. Sambil baca..sambil aku bermenung..terimbas 'slot' pagi tadi..aku marah-marah..pukul-pukul suamiku yang nak keluar main golf..suami aku kata.....ish dia ni,.selalu pukul orang..berdosa tau...Dalam pada tu dia tersengih..ish..dia ni..marah ke tidak?.siap keluar perkataan dosa tapi sengih pulak..confius aku..tu yang buat aku pening..fikir..suami aku ni jenis pe hah? Tetapi nak tau yang darah aku akan naik terus ke kepala apabila dengar dia nak pergi main golf..entahlah..aku pun heran kenapa...ada masa aku fikir sendiri..aku selalu pujuk hati..apa salahnya...tapi suasana tetap tegang..geram!

Berbalik pada petikan tadi...aku terus-terusan membaca..aiiihh..aku kembali pulak ke laman terdahulu..biasalah..aku kalau membaca..speed reading..baca keyword jer..one more thing akan baca dari belakang ke depan..terutamanya bila baca suratkhabar..hah...rasional tak rasional aku pun tak tau...

Teruja pula  aku dengan kata-kata ni:

Saiyidina Umar memaafkan isteri yang meleterinya..
Saiyidina Ali pula pernah memaafkan Siti Fatimah yang mengguris perasaannya..

Huh..lagilah mengguris perasaan kata-kata ini. Dalam perjalanan pulang aku berfikir kembali kata-kata itu..kenapa tadi tak fikirkan?..haahh sebab aku dah dipanggil masuk untuk menjalani peristiwa ngeri tadi. Herm...mungkin suami aku ni ada juga sifat kekhalifahannya..hehehe..kerana dia tidak pernah marahkan aku..cuma kebelakangan ni sahaja..dia macam cemburukan aku asyik mengadap blog dan fb..ye lah..aku kan suka meluahkan perasaan di sini...tak tahu yang nak luahkan di mana lagi..aku rasa aku tak salahkan?...

Aku buat rumusan..tanpa sebarang hipotesis...sepatutnya aku bersyukur atas nikmat illahi..dapat suami yang tak sudi  nak berbalah dengan aku..senantiasa memaafkan..senantiasa jadi pendengar yang baik tanpa menyanggah apa sahaja hujah yang aku utarakan...apabila dekat aku senantiasa geram dengan sikapnya yang jadi pembisu seribu bahasa..aku sangat benci situasi ini..tapi adakalanya terasa rindu nak 'berbalah' walaupun perbalahan itu akan menang di pihak aku. 'menang' berhujah  je laaa..padahal insan yang berdiam di kala marah itulah yang sebenarnya  menang ..pandai menjaga hati dan perasaannya dari dirasuk syaitan..

Apapun aku bersyukur sekali lagi  kerana Allah menggerakkan hati aku membaca ruangan dalam majalah Solusi itu..sekurang-kurangnya..membuka ruang untuk aku menghayati dan berfikir apa yang lebih baik aku lakukan dalam hidup ini. . Juga aku berharap aku boleh belajar dari kesilapan yang lalu..semoga akan redalah ketegangan dan kerisauan yang sering melanda fikiranku ini..kerana aku bimbang akan mati dalam keadaan tidak puashati dan ketegangan yang tiada berpenghujung..Buat suamiku..terima kasih kerana senantiasa bersabar dan menerima diriku seadanya...wallahualam...ish..macam menarik je adegan pukul-pukul tu kan!...hahaha

Sabtu, 16 April 2011

SANTAPAN BERHARGA..



Early morning hantar Angah ke sekolah...kelmarin baru sahaja balik..hari ni dah lebuh ke sekolah pulak..pertandingan kuiz agama katanya..hish..letih jugak rasanya. Pagi-pagi sediakan nasi goreng..lepas tu hantar dia ke sekolah..ngantuk aku tak habis lagi ni...tak masak kesian lah pulak..

Kelmarin..telan ubat overdose sikit..tak berapa sihat sebenarnya. Perut tak sedap je rasanya..macam biasalah..Kebetulan petang kelmarin bawa Deeha outing..dia pun tak berapa sihat. Nasib baik suami ada kelmarin..dia drive..ke hulu ke hilir bawa kami berdua. Nampaknya asma Deeha datang menyerang kembali..aku ajak balik..tak mahu pulak. Latihan corel speaking la pulak..puas lah aku berpesan..supaya dia makan ubat ikut masa..macamana lah nak belajar kalau asyik sakit jer...tak reti nak dok diam pula tu...hish..ade-ade saja anak-anak ni. 

Aku belikan Deeha 'ladybugs' kelmarin...bantal untuk peluk-peluk katanya. Sekarang ni aku nampak Deeha semakin manjakan diri. Entah ye..mungkin benar yang masa banyak mengubah manusia. Kalau dahulu..asyik kepit botol dan bantal busuknya..ye laaa...anak ketiga..memang selalu terabai..dia pun sangat pendiam..sekarang tidak lagi. Nak balas dendam kot..hehehe. Banyak benda yang diceritakan dan dikongsi bersama..dan aku sangat bersyukur kerana itu...

Kelmarin juga Akak balik ke rumah sebentar..pun..aku tengok manja semacam jugak..macam berpakat je masing-masing ni...Angah pun bila bertanya siapa nak hantar ke sekolah..muka macam mendoakan..biarlah ibu yang hantar..dan aku pun mengalah..biarlah aku yang hantar..ada peluang aku bagi tazkirah sikit...

Dalam perjalanan ke sekolah tadi..aku terus nasihati Angah..agar semangatnya untuk berusaha terus membara. Banyak contoh mereka yang berjaya aku utarakan..anak-anak murid aku kan ramai..bijak-bijak belaka..dan aku selalu  mengorek rahsia kejayaan mereka. Apapun yang penting kena fokus dan jangan malu bertanya..bertanya pula kena lah berisi..buat latihan dahulu ..kemudian.. tunjukkan kepada guru..jangan nganga mulut tunggu disuap saja..

Herm..tetapi macam biasa...anakku itu..perjalanan baru 10 minit..tazkirah aku tak habis lagi..dia dah lelapkan mata. Terasa letihnya aku bercakap...bobe..bobe..bobe..On time...sampai sahaja di simpang menuju sekolah...tanpa dikejutkan dia dah terjaga...siap dapat penggilan telefon lagi..aaiihhh...pandai  dia 'mengurus masa'..timing sharp betul!

Pendek kata hujung minggu ni...tidak ada apa yang special...perjalanan hidup seperti biasa. Cuma doa sahaja perlu dipertingkatkan dari sehari ke sehari..kerana itulah santapan dan belaian paling berharga buat anak-anakku buat masa ini. Yang aku nampak di wajah anak-anak aku adalah lakaran jadual peperiksaan...ibu sangat risau wahai anak-anakku..Sudah lumrah hidup barangkali...itu baru 4...kalau 10..tak tau macamana agaknya ye....Sekarang ni dah kul 11.07 minit..santapan tengahari pulak perlu disediakan...ibu nak masak pe hari ni ye?..haihhh!!!!!

Rabu, 13 April 2011

DOA SEORANG IBU...


Tengahari kelmarin aku melawat Sakinah...adinda kaunselor di kolej. Dia tidak sihat..terpaksa berkurung di rumah buat sementara waktu ... menunggu sihat..kandungan sudah berusia hampir lima bulan. Kesekian kali hamil..kandungan tiada kekal..sesungguhnya Allah terlalu sayangkannya..terlalu awal sudah mahu dibawa pulang..itulah saham terbesar ibunya di akhirat kelak. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga untuk kandungan kali ini..terpaksalah si ibu berehat sahaja di rumah...alhamdulillah ..nampak sihat.

Seperti biasa kami pergi menziarah.. berempat,..aku..mek rose..yati dan nora. Dan seperti biasa juga..suasana akan hiruk pikuk dengan kehadiran kami..sesekali memberi nasihat...sesekali bergurau senda..yang sakit tertawa..dan aku  pasti..sejurus sahaja kami pulang mungkin  dia terpaksa berbaring melelapkan mata...letih dengan keletah 'si tua berempat' tuh...didoakan semoga tidak bertambah sakit..insyaallah.

Dalam kereta kami berlumba-lumba menyatakan rasa simpati..alangkah hebatnya dugaan tuhan ini buatnya..nak dapatkan seorang anak pun...galangan terlalu besar..kalau aku jadi dia entahlah...tertanggungkah aku?..dan kembalilah kita kepada satu kenyataan..bahawa Allah takkan menduga hambanya..selain dari mengikut apa yang termampu buatnya..dan aku?...pasti tidak mampu menghadapi dugaan ini..sesekali tidak..

Sepetang kelmarin..seperti biasa aku asyik memikirkan nasib adinda itu...kesiannya. Dan seperti biasa juga...terlintas difikiranku kisah anak ini yang situasinya pula terbalik ..dia yang telah kehilangan ibunya.  Ibu Haziq telah pergi buat selama-lamanya pada tanggal 8/9/2010..sangat mengharukan perasaan..baru berusia 4 tahun...hilang sudah tempat bermanja..mengadu kasih...memaut harapan. 

Apabila merenung gambarnya... aku  terbayangkan  perasaannya pada detik terhentinya nafas seorang ibu.... 'sepeninggalan' ibunya tentu dia tercari-cari ibunya di dapur..terintai-intai di bilik..terdengar-dengar panggilan, terbayang-bayang senyuman  dan terasa-rasa sentuhan ibunya..Entah ye..mungkin hanya dia sahaja yang mengerti..beratnya penanggungan rindu seorang anak sekecilnya..terhadap ibunya yang tidak akan kelihatan lagi kelibatnya di dunia ini..haihhhh....

Aku juga pernah merasai detik itu..tetapi mungkin tidak seberat yang dirasainya..kerana pada kala itu ...aku sudah dewasa..boleh mengurus diri..mengerti ajal maut di tangan tuhan..dan sekali lagi terlintas difikiranku..hanya dia yang mampu menanggung kerinduan terhadap ibunya dalam usia semuda itu..jika berlaku pada aku...tentu aku  tidak sanggup..derita hidup tanpa ibu di sisi.

Kepada adinda Sakinah aku doakan semoga cepat sembuh...terus tabah menghadapi dugaan perit... berjuang untuk merasai manisnya hidup sebagai seorang ibu. Pun aku berdoa buat si kecil Haziq..moga dia juga tabah menghadapi dugaan menongkah hidup dan hari-hari mendatang tanpa seorang ibu...kerana hidupnya kini telah kekurangan suatu rahmat dan nikmat iaitu doa seorang ibu..doa yang paling mujarab dan mustajab di dunia ini buat seorang anak. Penamat bicara..pengubat rasa..di sini ..aku cuma mampu mendoakan  semoga kalian berdua  diberkati dan dirahmati Allah..ikhlas seikhlas-ikhlasnya ...dariku ..yang juga bergelar seorang ibu...aminnn....

Isnin, 11 April 2011

TUKAR BAJU..




Menukar 'baju blog' aku ni bukanlah semudah yang disangkakan. Herm...Ummi, Rose dan rakan-rakan lain dah sekian kalinya menukar baju blog mereka...herm..aku...semenjak blog aku wujud di dunia ni...inilah baru sekali. Sampaikan aku mengisytiharkan blog aku akan berstatus 'under construction' dalam sebulan ni...

Yati kata aku ni seorang yang setia...tu sebab aku tak gaduh nak tukar baju blog aku ni...Betul ke?...hehehe..entahlah..setiakah aku?..atau aku selalu 'main-main ' dengan kesetiaan..Biarlah hati aku menjawab persoalan itu sendiri...genta hati yang berbisik sendirian...akrabnya dengan perasaan yang berbalam senantiasa...

Header dan footer kat atas ni aku cipta sendiri..pun memakan beberapa hari...sayang aku nak buang kerana ni lah header baju blog aku yang dulu. Jadi aku abadikan dalam blog ni. Ye lah ..aku ni kan  lambat belajar...nak bina banner tu dengan photoshop bukan senang bagi aku. Begitulah jugak...orang lain tukar baju blog senang je..delete ..lepas tu paste..aku?..ya rabbi..jenuh...dok error..jenuh aku edit htmlnya..baru lah masuk frame..tu pun entahlah kalau dalam skrin orang lain...dalam skrin laptop aku ...just nice..

Suasana blog aku agak kelam...minta maaf bebanyak ..aku lebih selesa begini..kerana yang penting..aku buat apa yang aku suka..agak sukar mungkin dipengaruhi oleh orang lain...

Penutup kalam...aku sangat letih dan penat mengedit...walaupun sebenarnya..tak sepenting mana dan sesusah mana kerja ni..but..macam biasa..aku mahu yang terbaik buat aku...ok lah..daaaaa  semua...aduiiii...letih weh!!!

Khamis, 7 April 2011

AIRMATA



wahai airmata
mengapa datang lagi menyapa
usik hati nan duka nestapa
derita dan ceriteranya sudah lama
gelora rasa
telus mendera

wahai airmata
kisah dulu datang menduga
kekadang disulam tawa
kekadang dicubit senda
kekadang dihayun curiga

wahai airmata
luka lama parutnya masih ada
nyilunya terasa-rasa
tiada terungkap dek kata-kata

wahai airmata
hanya engkau yang ada
buat pengesat sedih silam
yang  baranya
tiada  pernah mungkin padam

wahai airmata
sedarlah aku kiranya
yang
aku cuma hanya ada engkau 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...