Hari ini aku menghadiri Majlis Anugerah Gemilang anakku yang dikasihi Ainur Madiha @ Deeha. Deeha beruntung kerana sebaik keputusan diumumkan dah dapat plak dah..hari ini dapat lagi..alhamdulillah..itulah rezeki buat dia.
Majlis meleret sampai 11.30 tengahari kerana ramai betul penerima anugerah. Tambahan pula selingannya meleret panjang. Walaubagaimanapun aku ucapkan sekalung tahniah buat SMK Jitra kerana pencapaian sekolah yang sangat memberansangkan. Apatah lagi semangat dan kesungguhan pihak sekolah meraikan kejayaan para pelajarnya
Hari ini juga Akak mula bekerja di pasaraya C-Mart..herm..ada ketikanya aku rasa kesian nak suruh dia bekerja..ada masa aku fikir..kalau dibiarkan sahaja di rumah..mak ooiii..sampai bulan September nanti nak terperap ..nak jadi apa pulak hah?..Dalam pada tu.. nak suruh dia belajar driving sekali...Aku harap dan berdoa semoga keputusan yang aku buat ni adalah keputusan yang betul...
Kesian suamiku tiada kesempatan bergambar dengan Deeha. Kebetulan Sipau pulak balik pukul 12.00..jadi dia terpaksa berkejar balik untuk menjemput Sipau dari sekolah...herm..tak pe la..tak de rezeki..nasib baik dia bergambar dah dengan Deeha semasa keputusan diumumkan dahulu..dan aku rasa perasaan bangganya lebih berganda daripada apa yang aku rasai hari ini.
Pendek kata dalam seminggu ni banyak perkara yang aku fikirkan dan rancang sudah ada petanda akan selesai dan aku mendoakan semoga panas biarlah sampai ke petang..Hish..keje kat pejabat banyak tak siap lagi nih!..huhuhu..pening aku..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan