Mengapa Allah menjadikan manusia berbekalkan hati..hanya satu..bukan dua seperti telinga, mata, tangan dan kaki? Dan mengapa pula kita mempunyai satu otak sama seperti hati..yang sama strukturnya..otak punya dua hemisphere..otak kanan dan otak kiri. Hati (organ) pula punya dua lobus..lobus kiri dan lobus kanan..herm..betapa besarnya kuasa Allah S.W.T..'hati' dan otak saling melengkapi dan menjadi penggerak anggota fizikal yang lain...
Mata telah Allah jadikan dua..rangkaian hebat..fungsinya melihat alam yang maha luas ini..posisinya sangat strategik..diletakkan di hadapan..Maka jadilah pepatah petitih yang jadi pegangan kita selama ini..ingin memandang dunia..pandanganlah apa yang ada di hadapan..kerana Allah menciptanya di depan. Jika asyik memandang ke belakang...maka menongkah aruslah hidup ini..Terasa amat payah dan sukarlah hidup..serba serbi yang tidak kecapaian dan jadi idaman ..akan meresahkan hati dan amarannya sampai ke otak..dan otak pula akan menghantar isyarat kepada anggota lain untuk bertindak..kalau positif tidak mengapa..kalau sebaliknya?..jawapannya jelas..STRESS!..
Sepasang telinga anugerah Allah itu adalah untuk mendengar. Kalau dah diberi dua..fungsinya tentu berganda..mengingatkan kita untuk menjadi pendengar yang baik...lapangkan hati..dan otak..jangan buat road block di mana-mana..segala pujian dan kritikan..dengar..dengar ..dan dengar dengan baik. Selami perasaan insan yang meluahkan rasa..terima dengan hati terbuka..berempati... dan otak kita akan menerima isyarat positif..tenang dan senang.
Agak hairan..Allah memberi kita satu mulut..kenapa tidak dua..satu untuk makan..satu untuk bercerita..Ish..itulah manusiakan?..diberi satu nak dua..bayangkan kalau mulut kita dua..satu suap nasi..dan satu lagi tak renti-renti buat gossip..alahai buruknya!..Satu pun kekadang kita tak dapat nak jaga dengan baik..gossip sana sini..merahai ketawa bagai dirasuk hantu..kekadang berdesis menggoda..kekadang menghunus tajam ke dalam hati..Akibatnya amat buruk..hati orang..dan mungkin hati kita jadi mangsa. Itu sebabnya kita ni dilarang banyak sangat bercakap dan berleter..lebih baik berdiam dan mendengar...manafaatnya berganda-ganda dan terjauhlah kita dari dosa dan noda.
Otak adalah anugerah Allah paling agung..keupayaan otak kita membezakan kita dari haiwan..malahan sesama manusia juga berbeza. Cara kita berfikir dan bertindak bergantung kepada dominannya otak kita ni..jika hemisphere otak kanan besar..lahirlah insan berseni..pintar berbahasa..berdialog.. berdebat. Otak kiri yang besar pula..melahirkan insan logikal..sains dan matematik capaian ekspres mereka. Dan kita mengharapkan sama besar keduanya..supaya sempurna hidup kita..tetapi anugerah ini hanya untuk yang terpilih..dipilih..satu dalam seribu oleh Allah yang maha Esa. Akal dan minda adalah hasil terbitan otak kita..dan ketajamannya bergantung kepda sejauhmana ianya diasah..
Ada pun 'hati' secara konotasinya...adalah anugerah yang paling sukar dikawal manusia. Kekadang terasa lelah mengawal 'perasaan seni' ini. Suka hati.sakit hati..patah hati..iri hati..makan hati..berat hati..geli hati..gelap hati..suara hati..tutup hati..ishhhh...banyak sangat daaaa...yang berkaitan dengan hati. Menunjukkan betapa besarnya peranan hati dalam hidup kita ini. Kekadang akibat menurutkan kata hati..terlanjur kata..buruk padahnya. Namun..untungnya ..masih ada pengubat hati..sebagaimana terpaparkan dalam imej di atas. Dan ketahui bahawa hati (organ) yang ada pada tubuh manusia pula punya fungsi tertentu..dan aku tidak begitu pasti. Ketahuilah ramai manusia di dunia ini yang hidup tanpa hati ..dibuang kerana sudah tidak mampu berfungsi lagi..namun tidak bererti dia sudah tidak berperasaan ..Nah..tambah mengelirukan mungkin...
Cinta adalah anugerah Allah yang amat ampuh kepada setiap manusia. Manusia tanpa cinta..ibarat patung tak bernyawa. Cinta terbitnya dari 'hati' yang murni..Jika dibelai..diberi penghargaan..tidak dimomok-momokkan..alangkah indahnya ia. Namun manusia sering mempermainkan cinta dan hati..sehingga ramai yang terluka..bertindak ngeri sehingga ada yang rela membunuh diri..di mana otak sudah memberi isyarat negatif..fizikal sudah tidak dapat dikawal..membentak dan memberontak.
Saya tidak mahu mengakhiri isi ceritera ini dengan sesuatu yang negatif lagi...Kemurnian hati yang penuh dengan rasa cinta adalah sesuatu yang amat suci ..putih dan bersih. Cinta dan hati yang diberi tanpa mengharapkan balasan amat sukar dicari...dan sekiranya anda terpilih untuk mendapatkannya..semadikanlah ianya jauh di sudut hati..kerana barang diingat bahawa ...pujangga pernah mengingatkan kita yang mencintai bukanlah bererti memiliki ..renung-renungkan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan