Amboi..anakku ini..pandai melawa dah...
Esok adalah hari ulangtahun Akak ...anak sulung ku yang ke 19. Aku sebenarnya terlupa ..nasib baik Akak mengingatkan..ya Allah..sibuk apa hah..sampaikan terlupa..ke sebab faktor usia?..herm entahlah..
Ke empat-empat mereka sangat aku kasihi. Masing-masing ada keistimewaannya. Akak seperti pernah aku tulis dahulu..petah berbicara...jagalah..kalau start dia berbicara..susah nak berhenti..Dalam pada itu secaranya telusnya ingin aku katakan di sini...sangat banyak airmata aku yang gugur semasa membesarkannya...banyak cabaran yang tak terkuis dari ingatan
Mungkin kerana itulah jualah ...doaku yang sangat likat dan pekat senantiasa mengiringinya..tidak pernah lekang berdoa..dan airmata pun tidak pernah kering mengiringi doa-doa itu.
Aku doakan.. semoga anakku ini akan lebih tabah menghadapi hari-hari mendatang..semoga Allah mempermudahkan segala urusannya dan semoga pintu taqwa senantiasa memanggilnya untuk singgah di sepanjang perjalanan hidup yang masih sangat jauh ini.
Anakku..Selamat Hari Lahir dari ibu buatmu yang sangat dikasihi...dan percayalah yang doa serta airmata ibu akan senantiasa mengiringimu..selagi hayat dikandung badan..take care sayang...
Krangkan airmata,lebihkan senyuman utk dia,baru bersemangat
BalasPadamish...u tak nampak ke i senyum sampai leh wat iklan ubat gigi..hehehe..hati ibu ni kan..u pun tau..sedih pun nangis..gembira pun ada airmata..hakikat yang tak dapat disangkal..newey thanx..good suggestion..
BalasPadam