Ahad, 29 Mei 2011

TAK KENA...




Entah di mana yang tak kena...

Letih arini...baru sahaja balik dari Alor Setar...bawa anak jalan-jalan. Kesian tak ke mana cuti ni...al maklum Sipau tuisyen sepanjang minggu ni. Cuti aku dengan hubby pun dah selisih sehari. Hanya hari Sabtu dapat cuti bersama...dah Akak pulak kerja..Hari ni pun Akak tak dapat bersama...terasa kehilangan...

Jam 12.00 tengahari baru dapat bergerak ke Alor Setar...Sipau baru habis tuisyen...main tukar baju dalam kereta je..hish...Angah kene pejam mata bila adiknya yang comel lote tu tukar baju di belakang. Seawal jam 8.45 ...aku dah bergerak ke KMP dengan Deeha. Janjinya dengan Angah sekali...tapi entah berapa kali dibangunkan Angah tido. Biasalah ,,,dah sembahyang subuh...dia akan sambung tido sampai jam 11 pagi...Nak bangunkan...Allah yang tahu betapa siksanya...

Sampai di KMP..terhinggut-hinggut aku dengan anakku yang ter'slim' tu angkut buku-buku dan sedikit fail ke cubical 'merah' aku...satu-satunya cubical pensyarah yang berwarna merah di KMP...hehehe..faham-faham je la,,,recycle je apa yang ada...Nasib baiklah ada cubic terpakai...maka di dalam cubic itulah aku menetap sekarang. Agak sakit mata pertama kali melihat warna merah tu...tapi macam biasa..kene terimalah seadanya...

Mood aku terpaksa didorong satu-satu...sehari.. dua tiga benda aku bawa masuk ke cubic tu. Letak dan dok termenung memandang. Terasa ade je yang tak kena...tapi tak tahu lah kat mana...Aku asyik renung ke siling...asyik menyalahkan lampu...malap ke?..atau hati aku yang malap agaknya...kebelakangan ini dua tiga benda yang menyerbu datang pada waktu sama...letih fikir dan fikir...sampai kekadang rasa aku tak mahu fikir apa lagi...

Aku ajak Deeha tolong hias...Dia dok tersenyum sumbing tengok cubic merah aku...hehehe...bunyi suaranya dalam tawa...macam sindir je..Aku buat lawak sikit..Deeha tengok..ibu wat studio kat cubic..selamba aku menyindir diri sendiri..Ok lah tu...Deeha memberi semangat...ibu ni... itu pun dia nak susah hati...katanya bila aku rasa tak puas hati dengan susun atur kad-kad di dinding...terasa kaku semacam..entahlah..kreativiti aku ni dah hilang sedikit demi sedikit agaknya...keseronokan menghias semakin malap...bagai cahaya lampu itu...

Aku susun sahaja buku-buku tu di rak. Tiada apa yang aku pindahkan. Sejak sampainya rak tu minggu lepas..tak teralih ke mana jua pun..aku terus isi ruang kosong tu..asal terisi sudah...nanti..kot-kot ade mood..aku perbaiki semula...

Masa terus berlari meninggalkan...esok mula dah sesi P&P...entah bagaimana nak bermula..kerana serba tiada. Apapun aku akan usahakan apa yang patut...mempersiapkan diri menghadapi rintangan yang ada...kerana aku telah memilih jalan ini...tak boleh berpatah balik. 

Dalam perjalanan pulang tadi...bertembung anak-anak baru KMK...berbasikal...kulihat pepohon buluh melambai-lambai...sejuknya mata dan hati memandang..Terdetik gambaran kisah lama...adakala aku akan singgah di hadapan pejabat...ronda tengok pepohon yang ada...mana yang layu...mana yang subur...mana yang berbunga...mana yang mati...batu mana tegap berdiri..batu mana bertaburan jatuh...nursery ok ke tak..baja dah sampai ke belum...dan anak-anakku terhinggut-hinggutn dalam kereta dengan jeritan mengajak aku balik...Haihhh!!!...segalanya tinggal nostalgia kini...aku cuma mampu melihat dan tidak perlu singgah lagi...betapa sayunya hati...Buat yang membaca ..coretan ini bukan peraih simpati..cuma luahan hati yang terbit iklas dari dalam diri...wallahualam..

Ahad, 22 Mei 2011

TANDA HATI II...



Petang tadi Unit Keceriaan KMK buat jamuan perpisahan buat aku...ish..tak habis lagi kisah berpisah ni rupanya...hehehe..entahlah kekadang jadi lucu pun ada. Aku nak bersalaman dengan mereka pada 16 Mei hari tu mereka tak mahu kerana mereka nak lambat sikit...tak mahu berpisah cepat..nanti sedih...

Jadinya..hari ni tamatlah aku harap al kisah perpisahan ini. Bagai dikatakan ibarat orang bercerai...apapun kena tinggalkan secepat mungkin...kerana semakin lambat ditinggalkan..takut semakin sayang nak meninggalkan dan hati jadi semakin sayu...Alhamdulillah..aku dah boleh terima kenyataan ini...mungkin betul..ketentuanNya...aku mesti keluar dari sini..semasa nama masih baik dan segar dalam ingatan orang lain...Ye ke?..aku pun tak tahu betul ke tak nama aku masih baik ke tidak...kihkihkih

Hadiah masih mengiringi...

Jabatan Sastera Ikhtisas...hadiahkan tupperware satu set...yang sentimentalnya warna kuning kehijauan..tak terjangkau akalku nak dapat warna ni...Ni idea adikku Syitah..tq Syitah...kalau hilang sebijik pun nanti tentu riuh sekampung K.Ida dibuatnya..

Syitah....hadiahkan aku broach Avon...cantik..bentuk daun..sinonim la dengan aku..suka daun..akan tersemat di hati sampai bila-bila...

Unit keceriaan...hadiahkan aku buku..Peranan Wanita Pada Zaman Rasulullah...terima kasih bebanyak. Insyaallah ada kelapangan K.ida akan baca...esok nak terus bawa ke tempat kerja..masa lapang sunyi..baik membaca. 

K.Shimah... By the Way...Pn.Timbalan Pengarah..hadiahkan aku Shawl ni (aku lupa ejaan)..aku masukkan sekali dalam himpunan ni. K.Shimah berbisik sambil memelukku...tak tau nak kata apa ni..sebak rasanya...aku suka warnanya..natural colours ..hijau lembut..

dan...pekerja-pekerja Kafetaria pentadbiran sesama bersalaman..berpelukkan..rasa sebunya hati..kasih sayangku untuk semua...dan itu juga sebuah hadiah berharga dalam hidupku ini...

Itu sebabnya aku selalu kata..kekawan aku ni..terlalu dekat dengan aku...apa yang aku suka...tak suka..yang perlu..tak perlu...semua tahu. Kalau ada masalah...pagi-pagi lagi dah tanya..k.ida nampak ada problem je hari ni. Kalau tak hadir bekerja...ada sahaja bertanya..kelmarin K.ida cuti ke?..tak dengar suara pun...Itu yang membuat aku rasa sangat dihargai. 

Sudahlah...aku harus beranjak rasa ke tempat lain. Harus membina nilai di tempat yang lain...dan aku harus bertekad untuk itu..Apapun doa kekawan amat kuharapkan..dan pelukan semua ahli Unit Keceriaan..Yati..Nora dan Ros adalah pelukan kasih sayang dan pemberi semangat untukku. Terima kasih daun keladi semua ye...bye....muuuaaahhh!!!

Sabtu, 21 Mei 2011

TODAY...




tersenyum sendiri...sepanjang hari...

Jumaat, 20 Mei 2011

MEMUJUK HATI...



Doaku buat Akak telah dimakbulkan Allah. Alhamdulillah..walaupun tidaklah secemerlang mana ..dia telah lulus dan ini membolehkan dia menjejakkan kaki ke universiti..terasa ringan sedikit beban teka teki aku selama ini. Terima kasih aku rakamkan buat Yati dan Kinah yang banyak membantu aku..ketika kebuntuan datang  bertandang...

Dalam 2 hari ini kami berkursus..seperti biasa..untuk Minggu Pengurusan Pelajar Baru...cuma kali ini tempatnya dan situasinya berbeza. kalau dulu..aku turut sama menjadi pemikir untuk sama-sama memastikan kelancaran aktiviti sepanjang minggu terutama semasa mempengerusikan JK LDK/CERAMAH/TAKLIMAT..kini aku cuma jadi pendengar sahaja. namun tidaklah sesetia mana..kerana banyak perkara yang berlegar dalam kepala aku ni...

Sambil mendengar...aku terus-terusan menilai...Aduhai...letih aku. biasalah...asyik menilai pelajar berucap dan aku cuba tarik sedikit demi sedikit perhatian aku darinya. terasa sangat jahatnya aku ketika itu...bila banyak sungguh penilaian negatif yang aku buat...ish...sudah-sudahlah tu. 

Aku sebenarnya bertekad..nak bermula dari bawah semula. gred jawatan yang baru ini...tidak memerlukan kami memerah keringat. Jadilah seperti mereka yang lain..seperti penjawat awam yang baru mula bekerja...jadi pemerhati sahaja.

Aku teringat...semasa post mortem MPBB tahun lepas...aku maklumkan JK aku ..yang aku dah tak mahu pegang jawatan pengerusi ni lagi...tamat di sini sahaja dan aku nak berehat. teringin nak bercuti seperti orang lain. Tak perlu hadir ke ofis sedangkan orang lain bercuti sakan. kerana banyak benda perlu diuruskan sebelum hari pendaftaran. 

Hah...nah ambik!..Memang Allah sudah menunaikan 'impian dan hasrat' aku...nak berehat sangat..ni berehatlah...sampai kepala aku bengang sesangat terima input MPPB yang aku dah ulang dengar kesekian   kalinya... terasa sangat bosan dan memeningkan...sangat meletihkan...Rupanya apabila terbiasa bekerja dan menganjurkan...menjadi peserta sahaja...bertukar menjadi siksaan yang sangat besar...

Anak-anak dan suami kebetulan membawa datang barang-barang aku serba sedikit ke kolej..Setibanya mereka aku tinggalkan dewan...kerana aku fikir Akak nak kerja...taklimat tak habis-habis...jam hampir 12.30 tengahari. Agak kurang ajar...tapi fikirkan yang datang tu..kesian pulak menunggu. Selesai makan aku minta anak-anak dan suami bawa masuk rak buku dan tikar sarawak aku...walaupun hingga ke hari ini cubic aku ni masih tak nampak bayang pun akan siap.

Sebaik sahaja anak-anakku pulang...aku mengemas...ingatkan nak kemas sedikit sahaja..mana yang termampu...rupanya melarat juga sampai selesai dan tambah pulak..aku minta suami bawakan pokok-pokok aku yang masih ada di cubical lama.

Setelah ada sedikit rupa... tempat landing aku tu ..barulah datang sedikit perasaan..terasa ingin terus menghias..kebetulan Ros rakan lama aku dan Mazurah..yang akan berpindah juga ke kolej ini... datang...Ketua unit dan beberapa orang lagi selepas itu...yang menjadikan keadaan semakin meriah...berbincang akan aturcara Sambutan Hari Guru..barulah terasa bagai berada di tempat kerja semula..kerana beberapa hari sebelum itu...dunia rasa sepi..tiada penghuni..Aku turut menyampuk serba sedikit...sambil terus mengemas..benda-benda kecil yang ada...siap..aku menarik nafas separuh lega...susun aturnya masih perlu diperbaiki...tak mengapa lah..sambung minggu depan..

Herm..entahlah...aku harap segalanya akan beransur pulih. semangat aku untuk bekerja adalah perkara paling penting untuk aku dapatkan semula. Sangat sukarnya memujuk hati ini rupanya...semakin dikuis pergi semakin kuat lekatnya dihati..Ya Allah berilah aku kekuatan..sesungguhnya engkau menduga sekadar yang termampu oleh hambaMu ini...wallahualam... 

Khamis, 19 Mei 2011

???...


Sekiranya aku bercerita..adakah mereka akan memahami???...

Rabu, 18 Mei 2011

GURU..

GURU...buat anak-anak ..pelajar-pelajar dan rakan-rakan...jangan silap tuntut sudah weh!..hehehe..

Selamat hari guru kepada guruku disayangi. jasamu ttp ku knang, dirimu tetap dalam ingatanku hingga akhir hayat....Faiz Glamour

Selamat hari guru! semoga terus cemerlang mndidik dan melahirkan nak bangsa berwibawa...Syazwan

Salam..to my beloved lecturers. thx a lot for all the thngs u gave and taught. Its very valuable and it was a great experience to b choosen in KMC..u are alwaz be remembered! Tc tcher! Keep in touch...Sharul Azwan batch 09/10

Selamat hari guru. terima kasih atas segalanya dan maafkan segala kesilapan sekiranya ada selama kita sama-sama bekerja bertahun dulu..jasamu dikenang. you're someone great..n i believe you'll continue to be that wherever you are...Maziah Mat Zin

Umpama lilin menerangi daku hingga daku mampu mencari jalan demi membela hidupku. terima kasih guruku yang banyak berkorban mendidik dan membentuk daku hingga mampu mengenal dunia dengan  lebih sempurna. Anak muridmu.....Mohamad asyraf B.Mat Nawi..hanya ini yang  mampu dihulurkan kini. Kemaafan dipinta atas segala kesilapan  yang berlaku tanpa disedari. selamat Hari guru..

Agak terlambat memaparkan   cebisan sms daripada anak murid dan rakan seperjuangan... dan sebanyak inilah  sahaja yang  terdaya aku rakamkan semula di sini...kerana ketika ini aku sangat sibuk melayani perasaan aku sahaja. Haaiihhh... 

Apapun aku ucapkan terima kasih kepada semua,..termasuk yang lebih banyak mengirimi ucapan melalui facebook...maklumlah..lebih senang memberi feedback..dan nampak wajah pengirimnya.  Sesungguhnya ucapan-ucapan ini amat bermakna ..menjadi penggerak dan penjana semangatku untuk terus berbakti sebagai pendidik...

Pun di sini aku ingin merakamkan ucapan penghargaan buat guru-guru dan pensyarah-pensyarah  yang telah bertungkus lumus mendidikku hingga berjaya sampai ke tahap ini...tanpa mereka siapalah aku..semoga mereka senantiasa di rahmati dan berkati Allah..aminnn...

Ahad, 15 Mei 2011

TANDA HATI...

 
Sebenarnya aku tidak pernah mengharapkan dan menduga akan dihadiahi pemberian sebegini cantik dan bermakna. Tidak perlu dinafikan lagi keakraban kami sehingga mereka kenal sekenal-kenalnya siapa aku..apa yang aku suka dan warna apa yang aku gemari..buat hati rasa semakin sayu..diiringi pula nota dari Yan berbunyi:

Dear Norlida 
(kecuali ejaan nama aku..selalu salah eja..hehehe)

Distance makes the heart grow fonder
 Purse - K.Ita
Tudung - Yan
Miss you but not that crazy..we have blog!

..dan kain pasang tu tanda hati dari Unit Kemahiran Dinamika ..siap jamuan tengahari tadi..cermin pula dari Ros..tanda hati dari Hong Kong tu..

..aduhai..terima kasih kawan-kawan semua...tanda ingatan yang sangat manis dan senyumanku meleret panjang ..namun masih tidak dapat menahan  titisan airmata lagi..terima kasih semua...

***
Yan..i akan simpan nota u ni..tulisan cantik..secantik budi tuannya juga..i akan cari kain pasang yang sesuai ngan tudung tu..paling cantik yang pernah i ada..i akan terus menulis kerana itulah penghubung antara kita semua...
Ita..u macam tau je..purse i dah buruk..i love it so much..kene cari handbag baru untuk dipadankan
Ros..K.ida faham maksudnya..cermin diri..jaga diri dan penampilan sekali...tersirat tu
Ahli unit..kain yang sangat cantik..sesuai dengan taste K.ida..nanti siap..k.ida pakai ye..


Sabtu, 14 Mei 2011

DOAKAN AKU...


Foto ini aku rakam semasa dalam perjalananan ke PERLIS

Jenguk ke sini entah ke berapa kalinya..rasa nak menulis..tapi tak tau apa yang ingin ditulis..jiwa meronta-ronta..namun sudah hilangkah kata-kata?

Haaahhh!..letih sangat berfikir..berfikir apa yang dah jadi... kan senang..ini fikir apa yang akan jadi... amat mengusutkan. Patutlah dalam buku Jangan Bersedih sering mengingatkan kite agar jangan fikir perkara yang telah  berlalu kerana ia tidak akan kembali...dan janganlah fikirkan perkara yang belum berlaku  kerana ketentuan Allah tiada siapa yang tahu. Bila diamat-amati balik..sangat tepat apa yang dikata...aku tidak boleh terus berfikir begini.

Alhamdulillah..kerja mengemas dan mengosongkan kubikal aku di KMK dah terlaksana. Kelmarin..rasa separuh nyawa berkemas..nasib baik hubby dan Sipau membantu..sakit urat dibuatnya..Al maklum..yang dikemas buku dan fail-fail..alahai berat tu..Apapun aku tekad..mesti siapkan. Dah ada yang booking kubikal aku tu..ish..warga KMK ni jangan tak tau..ramai yang suka buat lawak..dan itulah yang menyebabkan rasa berat sangat kaki aku ni nak melangkah pergi..

Aku dah call Che Mah..minta dia mop dan bersihkan apa yang patut. Rupanya Che Mah tidak tahu menahu perihal  yang aku akan berpindah tempat kerja. Jeritan dan getaran suaranya kedengaran dan aku cuba kuatkan hati..hei..jangan nangis...simpan je dalam hati.

Esok..insyaallah aku akan ke pejabat..bertemu staf yang mana rapat..aih..rasanya rapat belaka...hehehe..untuk mengucapkan rasa terima kasih tidak terhingga kerana banyak membantu dan memberi sokongan semasa aku menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan. Pun aku nak mohon maaf..andai terkasar bahasa dan bicara yang  mungkin pernah  menggores perasaan orang lain semasa aku bertugas. Maklumlah..sebagai manusia...segalanya mungkin...

Yang pasti..esok akan menjadi kenangan..sama ada  pahit atau manis harus ditelan jua. Doakan moga aku tidak menangis..bimbang enggan berhenti..doa dan terus doakan aku ye..

Khamis, 12 Mei 2011

YANG AKU SAYANG...






KUBIKAL DAN RAKAN-RAKAN SEUNIT YANG KUSAYANGI..UNIT KEMAHIRAN DINAMIKA DAN UNIT KECERIAAN...MEREKA AKAN KUTINGGALKAN ..DUGAAN YANG SANGAT BERAT SEBENARNYA...DOAKAN AKU YE...

Isnin, 9 Mei 2011

MENGAPA HARUS BERPATAH BALIK...


Aku terus berfikir...fikir dan fikir..entah bila boleh tamat berfikir tentang persoalan yang satu ini... seolah tiada kesudahan..sangat meletihkan dan  menyakitkan.

Alhamdulillah..selepas solat maghrib sebentar tadi... aku menangis sepuas-puasnya..setelah sehari suntuk ini aku tertawa sahaja..macam tiada perasaan melihat orang lain simpati terhadap diriku. Di dalam hati..hanya Allah yang tahu.

Kedinginan meresap masuk...sangat dingin...tatkala bersujud..terasa jiwa sedikit tenteram. 

Terdorong semangat yang sangat besar...mengapa mahu berpatah balik?..lihatlah ke depan..ranjau telah jenuh dilalui..bukan mudah..kenapa telah berjaya digengam mahu dilepaskan pergi? Mengapa mahu berpatah balik?..jika sudah banyak budi ditabur..hasilnya telah dituai..orang mahu menghargai....mahu ditolak mentah-mentah?. Mengapa mahu berpatah balik?..sekadar kebimbangan menyertai koloni lain..sedangkan telah sekian kali membina tapak baru di sana dan di sini ..

Aku harus menerima cabaran ini..Allah tentu telah berkira-kira apa yang terbaik buatku dan aku harus terus meluru mengharungi..dan sekali lagi..mengapa aku harus berpatah balik?

Insyaallah aku akan melaporkan diri di Kolej Matrikulasi Perlis..esok...dan..buat sahabat-sahabat dan insan-insan istimewa yang memberi dorongan dan galakan..pembakar semangat... di mana sahaja berada..selautan ucapan terima kasih...tiada siapa setara kalian... doakan yang terbaik buatku...kalian akan senantiasa di hati...luuuvvv uuuuu....

Ahad, 8 Mei 2011

IBU 1..2..3..


IBU 1..
terima kasih..
kerana payahnya melahirkan
kerana azabnya mendidik
kerana letihnya  meleteri
kerana sabarnya menahan kerenah
kerana korban masa utk makan ...pakai
kerana menjadi pendengar setia leteran abah..
kerana niat murni bersama menyara keluarga
dan kini..
sudah 21 tahun pergi meninggalkan kami
hilang penat
hilang lelah
dan doaku terus mengiringimu..
Al Fatihah buatmu...

IBU 2..
terima kasih...
kerana setianya menemani abah
kerana rela menjadi naungan tempat kami menumpang kasih
kerana sudi berkongsi tangis walau kami bukan anak sendiri
kerana pelukan erat setara ibu yang mengandungkan
hilang rindu
hilang resah
dan doaku turut mengiringimu...

IBU 3..
terima kasih...
kerana akurnya menjadi penunggu rumah
kerana usaha kerasnya mendidik anak-anak
kerana setianya menjadi seorang perindu
kerana selautan airmata dan doa mengiringi perjalanan suami dan mutiara hati
dan..itulah ..
AKU...SEORANG IBU...
hilang jerih
hilang sedih
dan doaku terus menambat diri...

Selamat Hari Ibu..buat semua yang bergelar ibu..doa dan harapan adalah penawar segala kerinduan 
 doa ibu adalah doa terhebat
...syurga terletak di bawah telapak kaki ibu...

INBOX: 11.23 pm
*Ibu ..terima kasih sebab tolong jaga Angah sampai sekarang. Angah tak dak hadiah untuk ibu tahun ini, sebab tak sempat nak beli. Angah try buat yang terbaik untuk exam kali ni.Selamat Hari Ibu..

REPLY:
*Salam. Angah ..terima kasih atas ucapan itu. Ibu tak harapkan hadiah kerana hadiah yang paling berharga buat ibu adalah dapat melahirkan dan berjaya membesarkan Angah adik beradik. Jaga kesihatan..belajar bersungguh-sungguh..semoga menjadi orang berguna. Terima kasih sekali lagi buat Angah...Ibu amat terharu.

AIRMATAKU JATUH BERDERAIAN..TERHARU...TERIMA KASIH ANAKKU..TIADA YANG LEBIH BERHARGA DARI SEBUAH INGATAN YANG TULUS IKHLAS INI...SEMOGA SYURGALAH BUATMU NANTI..INSYAALLAH...

* TANDA HATI
Pemberiaan daripada anak bongsuku Sipau..alhamdulillah..kecil tetapi amat bermakna dan berharga buatku..terima kasih sayang....

Jumaat, 6 Mei 2011

PADAM...



MIMPI DAN HARAPANKU TELAH PADAM

6 MAY 2011
12.04 PAGI





Ahad, 1 Mei 2011

KENA BUANG...



Atas: langsir baru dapur aku..tengok railing dia..aku hantam buh pe yang ade jer..hehehe
Bawah: Angah sedang bantu ajar Deeha add math..alhamdulillah..

Kelmarin..selepas melawat Angah..kami terus ke Alor Setar.. Kesian Sipau dan Alang tak ke mana. dah Akak pun kerja. Aku macam tak sampai hati je nak keluar ke mana-mana tanpa Akak.

Hubby ikut jalan lama..aku nak cerita pun tak tau. Tau-tau tembus kat simpang kedua sebelum sampai TESCO. Kelmarin hujan lebat. Nasib baik kami makan di anjung asrama. Sempatlah Angah makan. Aku goreng ayam, sambal udang dan sayur sawi campur tauhu.. Dia makan bertambah..Alang dan Sipau tumpang sekaki. Aku memang cadang nak makan dengan Angah. Di rumah tak lapar..sampai sana pun makan sikit. Kepala aku memang dah lelong sikit dari pagi. Lepas makan lain macam je aku rasa..tapi macam biasa la..aku abaikan je...lagi layan..lagi teruk.

Dalam perjalanan ..kebetulan selepas hujan..bertemankan aluran sungai..kekadang sebelah  kiri dan kekadang sebelah kanan jalan..indahnya alam. Hijau..air mengalir tenang..rumah kampung nampak sejuk...yang naik gah berdiri pun ada. Alahai..cantiknya..buat hati rasa sebu tetiba..cemburukah aku? Haih..jangan!...Jangan tengok apa yang kita tak ada..tengok apa yang kita ada dan orang lain tak ada..mungkin itu akan menggembirakan dan melunakkan kembali hati yang gundah.

Turun kereta..rasa lemah je kaki aku. Tapi aku tak nak spoil kan suasana. Tak mau layan rasa sakit...aku pegang tangan Sipau..cuba sulam dengan ketawa..Singgah solat di surau..dan minta Sipau belikan air mineral..dah minum sebotol rasa stabil sikit..OK..jom jalan!. Aku beli container besar..nak berkemas mana terdaya..dalam tak berapa nak ok...niat di hati segunung intan. Aku beli langsir dapur..carilah yang termurah..dapur je..rumah kerajaan lagiii...pe laaa nak hias sangat..sekadar teringin nak merasa menghias macam orang lain..macam kekawan yang ada..siap tema lagi..daaaahhhh tuuu...meleleh pulak airmata nanti.

Pagi ni dengan pening lalat..aku ambik tangga dari stor. Minta tolong Sipau pegangkan langsir.. ibu ni laa macam lelaki..herm la dik..kalau harapkan de lelaki...tak leh pasang langsirlah rumah ni..ibulah lelaki..ibu la pompuan..hehehe..Sipau ketawa...ibu..awat cantik sangat ni..membazir je pasang kat dapur...Herm,..lepas tu kita nak pasang kat mana.. lagipun buka je pintu rumah kita terus nampak dapur.. jadilah cantik kat langsir jer...dan Sipau terus-terusan menyesali keputusan aku pasang langsir tu di pintu dapur. Aku rendam langsir yang ada dengan harapan..boleh pasang  kat pintu bilik pulak. Recycle je apa yang ada. Dah siap pasang aku ke sliding door..dah carik langsir nih...nak minta abah kirimkan yang mana dia tak nak pakai lagi lah..herm..itulah kerja aku dari dulu sampai sekarang..

Kekadang aku rasa sedikit terkilan..entah ye..kalau ada la orang tengok slip gaji aku..tentu berkata dalam hati..sebulan takkan tak cukup..banding dengan kerani pejabat..yang kekadang nampak gaya hidup mereka setara dengan aku..malah ada rumah cantik..kereta ok..baju..huh..jauh berlebih-lebih hebatnya daripada apa yang aku ada. Agihan semakin hari semakin banyak. Anak-anak semakin membesar.. perlu lebih kurang RM 250 tiap hujung minggu untuk mereka sahaja...sebulan dah seribu...kereta..potongan-potongan lain..sedikit simpanan..sedikit benar pun!..wang perubatan aku setiap bulan..ansuran kereta dan rumah aku yang jadi tukun kat kampung tuuu..belanja tuang minyak ke tangki kereta..belanja harian..belum buku..bil itu ini... sum up..makan simpanan lagi..

Betul lah kata orang..besar periuk besar keraknya. Tapi aku rasa periuk aku ni..semuanya jadi kerak je..hehehe...Bak dikata..rezeki tuhan bagi perlu disyukuri..dan itulah pun gunanya. Dah laa..lagi fikir ...lagi letih..aku ingat nak buang banyak benda dari dapur aku ari ni..entah menjadi entah tidak..haih..doakan je ok...

*Nak tau..aku sambung kisah aku hari ini pulak..*. Kerja aku buang tupperware lama..menjadi..tapi macam selalu..masuk plastik..lepas tu..keluar balik..akhirnya aku tekad..KENA BUANG!!!..sebelum rumah aku jadi TAPAK BUANGAN!!!...Tapi kabinet atas masih belum dikemaskan lagi..dalam tu lagi banyak bekas plastik..yang dah tak boleh digunakan kerana berbau..Aku ni macam selalu..tambah misi lagi..bergerak buang beg plastik ..kalau kumpul leh juai balik..tu pun ada yg curi lipat simpan balik..entahlah..orang tua la katakan..semua sayang...macam biasa..awat ibu..mesti ibu sayang nak buang..cantik-cantik beg plastik tu..ish..nasi tambah kepada perasaan aku nih..Sipau..Sipau...

Esok aku fikir nak ganti pelapik kabinet dapur tu..ok lagi..tapi jemu mata memandang. Nak beri suntikan semangat semoga aku semakin rajin ke dapur..ehem..ke dapur bukan bererti memasak tau!..hehehe..Aku memang sukakan yang seni dan cantik..dah cantik kene biarlah..jangan usik tuh...Haih..nampak langsir dapur..rasa macam kena beli langsir sliding la pulak aih..nantilah aku kira budget..cukup ke tak cukup???..Rasanya macam kene call abah jer  untuk talian hayat..biasa lah tuuuu...kihkihkih...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...