Foto ini aku rakam semasa dalam perjalananan ke PERLIS
Jenguk ke sini entah ke berapa kalinya..rasa nak menulis..tapi tak tau apa yang ingin ditulis..jiwa meronta-ronta..namun sudah hilangkah kata-kata?
Haaahhh!..letih sangat berfikir..berfikir apa yang dah jadi... kan senang..ini fikir apa yang akan jadi... amat mengusutkan. Patutlah dalam buku Jangan Bersedih sering mengingatkan kite agar jangan fikir perkara yang telah berlalu kerana ia tidak akan kembali...dan janganlah fikirkan perkara yang belum berlaku kerana ketentuan Allah tiada siapa yang tahu. Bila diamat-amati balik..sangat tepat apa yang dikata...aku tidak boleh terus berfikir begini.
Alhamdulillah..kerja mengemas dan mengosongkan kubikal aku di KMK dah terlaksana. Kelmarin..rasa separuh nyawa berkemas..nasib baik hubby dan Sipau membantu..sakit urat dibuatnya..Al maklum..yang dikemas buku dan fail-fail..alahai berat tu..Apapun aku tekad..mesti siapkan. Dah ada yang booking kubikal aku tu..ish..warga KMK ni jangan tak tau..ramai yang suka buat lawak..dan itulah yang menyebabkan rasa berat sangat kaki aku ni nak melangkah pergi..
Aku dah call Che Mah..minta dia mop dan bersihkan apa yang patut. Rupanya Che Mah tidak tahu menahu perihal yang aku akan berpindah tempat kerja. Jeritan dan getaran suaranya kedengaran dan aku cuba kuatkan hati..hei..jangan nangis...simpan je dalam hati.
Esok..insyaallah aku akan ke pejabat..bertemu staf yang mana rapat..aih..rasanya rapat belaka...hehehe..untuk mengucapkan rasa terima kasih tidak terhingga kerana banyak membantu dan memberi sokongan semasa aku menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan. Pun aku nak mohon maaf..andai terkasar bahasa dan bicara yang mungkin pernah menggores perasaan orang lain semasa aku bertugas. Maklumlah..sebagai manusia...segalanya mungkin...
Yang pasti..esok akan menjadi kenangan..sama ada pahit atau manis harus ditelan jua. Doakan moga aku tidak menangis..bimbang enggan berhenti..doa dan terus doakan aku ye..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan