Doaku buat Akak telah dimakbulkan Allah. Alhamdulillah..walaupun tidaklah secemerlang mana ..dia telah lulus dan ini membolehkan dia menjejakkan kaki ke universiti..terasa ringan sedikit beban teka teki aku selama ini. Terima kasih aku rakamkan buat Yati dan Kinah yang banyak membantu aku..ketika kebuntuan datang bertandang...
Dalam 2 hari ini kami berkursus..seperti biasa..untuk Minggu Pengurusan Pelajar Baru...cuma kali ini tempatnya dan situasinya berbeza. kalau dulu..aku turut sama menjadi pemikir untuk sama-sama memastikan kelancaran aktiviti sepanjang minggu terutama semasa mempengerusikan JK LDK/CERAMAH/TAKLIMAT..kini aku cuma jadi pendengar sahaja. namun tidaklah sesetia mana..kerana banyak perkara yang berlegar dalam kepala aku ni...
Sambil mendengar...aku terus-terusan menilai...Aduhai...letih aku. biasalah...asyik menilai pelajar berucap dan aku cuba tarik sedikit demi sedikit perhatian aku darinya. terasa sangat jahatnya aku ketika itu...bila banyak sungguh penilaian negatif yang aku buat...ish...sudah-sudahlah tu.
Aku sebenarnya bertekad..nak bermula dari bawah semula. gred jawatan yang baru ini...tidak memerlukan kami memerah keringat. Jadilah seperti mereka yang lain..seperti penjawat awam yang baru mula bekerja...jadi pemerhati sahaja.
Aku teringat...semasa post mortem MPBB tahun lepas...aku maklumkan JK aku ..yang aku dah tak mahu pegang jawatan pengerusi ni lagi...tamat di sini sahaja dan aku nak berehat. teringin nak bercuti seperti orang lain. Tak perlu hadir ke ofis sedangkan orang lain bercuti sakan. kerana banyak benda perlu diuruskan sebelum hari pendaftaran.
Hah...nah ambik!..Memang Allah sudah menunaikan 'impian dan hasrat' aku...nak berehat sangat..ni berehatlah...sampai kepala aku bengang sesangat terima input MPPB yang aku dah ulang dengar kesekian kalinya... terasa sangat bosan dan memeningkan...sangat meletihkan...Rupanya apabila terbiasa bekerja dan menganjurkan...menjadi peserta sahaja...bertukar menjadi siksaan yang sangat besar...
Anak-anak dan suami kebetulan membawa datang barang-barang aku serba sedikit ke kolej..Setibanya mereka aku tinggalkan dewan...kerana aku fikir Akak nak kerja...taklimat tak habis-habis...jam hampir 12.30 tengahari. Agak kurang ajar...tapi fikirkan yang datang tu..kesian pulak menunggu. Selesai makan aku minta anak-anak dan suami bawa masuk rak buku dan tikar sarawak aku...walaupun hingga ke hari ini cubic aku ni masih tak nampak bayang pun akan siap.
Sebaik sahaja anak-anakku pulang...aku mengemas...ingatkan nak kemas sedikit sahaja..mana yang termampu...rupanya melarat juga sampai selesai dan tambah pulak..aku minta suami bawakan pokok-pokok aku yang masih ada di cubical lama.
Setelah ada sedikit rupa... tempat landing aku tu ..barulah datang sedikit perasaan..terasa ingin terus menghias..kebetulan Ros rakan lama aku dan Mazurah..yang akan berpindah juga ke kolej ini... datang...Ketua unit dan beberapa orang lagi selepas itu...yang menjadikan keadaan semakin meriah...berbincang akan aturcara Sambutan Hari Guru..barulah terasa bagai berada di tempat kerja semula..kerana beberapa hari sebelum itu...dunia rasa sepi..tiada penghuni..Aku turut menyampuk serba sedikit...sambil terus mengemas..benda-benda kecil yang ada...siap..aku menarik nafas separuh lega...susun aturnya masih perlu diperbaiki...tak mengapa lah..sambung minggu depan..
Herm..entahlah...aku harap segalanya akan beransur pulih. semangat aku untuk bekerja adalah perkara paling penting untuk aku dapatkan semula. Sangat sukarnya memujuk hati ini rupanya...semakin dikuis pergi semakin kuat lekatnya dihati..Ya Allah berilah aku kekuatan..sesungguhnya engkau menduga sekadar yang termampu oleh hambaMu ini...wallahualam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan