Isnin, 9 Mei 2011

MENGAPA HARUS BERPATAH BALIK...


Aku terus berfikir...fikir dan fikir..entah bila boleh tamat berfikir tentang persoalan yang satu ini... seolah tiada kesudahan..sangat meletihkan dan  menyakitkan.

Alhamdulillah..selepas solat maghrib sebentar tadi... aku menangis sepuas-puasnya..setelah sehari suntuk ini aku tertawa sahaja..macam tiada perasaan melihat orang lain simpati terhadap diriku. Di dalam hati..hanya Allah yang tahu.

Kedinginan meresap masuk...sangat dingin...tatkala bersujud..terasa jiwa sedikit tenteram. 

Terdorong semangat yang sangat besar...mengapa mahu berpatah balik?..lihatlah ke depan..ranjau telah jenuh dilalui..bukan mudah..kenapa telah berjaya digengam mahu dilepaskan pergi? Mengapa mahu berpatah balik?..jika sudah banyak budi ditabur..hasilnya telah dituai..orang mahu menghargai....mahu ditolak mentah-mentah?. Mengapa mahu berpatah balik?..sekadar kebimbangan menyertai koloni lain..sedangkan telah sekian kali membina tapak baru di sana dan di sini ..

Aku harus menerima cabaran ini..Allah tentu telah berkira-kira apa yang terbaik buatku dan aku harus terus meluru mengharungi..dan sekali lagi..mengapa aku harus berpatah balik?

Insyaallah aku akan melaporkan diri di Kolej Matrikulasi Perlis..esok...dan..buat sahabat-sahabat dan insan-insan istimewa yang memberi dorongan dan galakan..pembakar semangat... di mana sahaja berada..selautan ucapan terima kasih...tiada siapa setara kalian... doakan yang terbaik buatku...kalian akan senantiasa di hati...luuuvvv uuuuu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...