Ahad, 8 Mei 2011

IBU 1..2..3..


IBU 1..
terima kasih..
kerana payahnya melahirkan
kerana azabnya mendidik
kerana letihnya  meleteri
kerana sabarnya menahan kerenah
kerana korban masa utk makan ...pakai
kerana menjadi pendengar setia leteran abah..
kerana niat murni bersama menyara keluarga
dan kini..
sudah 21 tahun pergi meninggalkan kami
hilang penat
hilang lelah
dan doaku terus mengiringimu..
Al Fatihah buatmu...

IBU 2..
terima kasih...
kerana setianya menemani abah
kerana rela menjadi naungan tempat kami menumpang kasih
kerana sudi berkongsi tangis walau kami bukan anak sendiri
kerana pelukan erat setara ibu yang mengandungkan
hilang rindu
hilang resah
dan doaku turut mengiringimu...

IBU 3..
terima kasih...
kerana akurnya menjadi penunggu rumah
kerana usaha kerasnya mendidik anak-anak
kerana setianya menjadi seorang perindu
kerana selautan airmata dan doa mengiringi perjalanan suami dan mutiara hati
dan..itulah ..
AKU...SEORANG IBU...
hilang jerih
hilang sedih
dan doaku terus menambat diri...

Selamat Hari Ibu..buat semua yang bergelar ibu..doa dan harapan adalah penawar segala kerinduan 
 doa ibu adalah doa terhebat
...syurga terletak di bawah telapak kaki ibu...

INBOX: 11.23 pm
*Ibu ..terima kasih sebab tolong jaga Angah sampai sekarang. Angah tak dak hadiah untuk ibu tahun ini, sebab tak sempat nak beli. Angah try buat yang terbaik untuk exam kali ni.Selamat Hari Ibu..

REPLY:
*Salam. Angah ..terima kasih atas ucapan itu. Ibu tak harapkan hadiah kerana hadiah yang paling berharga buat ibu adalah dapat melahirkan dan berjaya membesarkan Angah adik beradik. Jaga kesihatan..belajar bersungguh-sungguh..semoga menjadi orang berguna. Terima kasih sekali lagi buat Angah...Ibu amat terharu.

AIRMATAKU JATUH BERDERAIAN..TERHARU...TERIMA KASIH ANAKKU..TIADA YANG LEBIH BERHARGA DARI SEBUAH INGATAN YANG TULUS IKHLAS INI...SEMOGA SYURGALAH BUATMU NANTI..INSYAALLAH...

* TANDA HATI
Pemberiaan daripada anak bongsuku Sipau..alhamdulillah..kecil tetapi amat bermakna dan berharga buatku..terima kasih sayang....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...