Ahad, 18 April 2010

AKAK...


Kegembiraan Akak terpancar di mana-mana. Saya tumpang bahagia... kebahagiaan seorang ibu adalah segala kebahagiaan yang dirasai oleh anaknya...kesakitan dan kedukaan seorang anak adalah racun yang boleh membunuh seorang ibu...sebaliknya..hanya Allah yang tahu...dan saya mendoakan apa sahaja yang terbaik.

Saya membelek foto yang saya rakamkan...hem..memang kebanyakannya gambar anak-anak...kerana setiap sudut di ruang hati saya di takhtai oleh mereka. Kekadang saya tersenyum dan kekadang terasa sedih...apa lagi saya baru sahaja pulang dari menghantar putera saya tadi dan kelmarin puteri kedua telah pulang ke asrama...kembali lah kami berempat dan tak lama lagi tinggal bertiga semula...hem...terasa sangat kehilangan...

Di atas gambar Akak...walaupun dia puteri sulung tetapi bagaikan si bongsu...suka merajuk...geraklaku bagai si kecil...kekadang menyakitkan hati..kekadang mengukir senyum lebar di sanubari...hemmmm...Akak...Akak...

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...