Result Akak sederhana sahaja... namun jauh di sudut di hati saya tahu yang Akak boleh mencapai keputusan yang jauh lebih baik daripada itu. Entah di mana salah dan silapnya...saya sendiri masih berteka-teki. Mungkin juga kesilapan datang dari saya sendiri..dan hanya saya yang mungkin tahu mengapa.
Akak akan berada di sini. Di samping saya . Insyaallah..saya berdoa dan berharap kesilapan masa lalu tidak akan berulang lagi. Saya juga berharap dan berdoa Akak tidak akan lalai sekali ini. Laluan di matrik banyak duri dan ranjaunya dan calang-calang orang boleh gugur di pertengahan jalan. Semoga Allah memberi laluan yang mudah dan luas buatnya.
Malam tadi saya bersama Akak hampir jam 1.30 pagi ...saya berbaring dan dia sambil dia membacakan untuk saya komen kawan-kawannya . Komen mereka yang sangat nakal..mahu tumpang makan di rumah...nak save budget..ada yang sakit hati..jengui kepala dah sampai matrik dan lain-lain...memacam bebudak ni. Saya tumpang gembira..dan saya lihat anak sulung saya itu sangat gembira bukan kepalang dan tidak pernah mempertikaikan kenapa dia di tempatkan di KMK ..tempat dia bermastautin sejak tahun 2003 itu...sedangkan kekawan ramai yang mohon untuk berada jauh daripada keluarga...dan ada yang mengeluh kerana di tempatkan hampir dengan keluarga.
Petanda baiknya ... Akak sangat menghargai peluang untuk bersama keluarga..mungkin Akak pun dah 5 tahun berjauhan daripada saya kerana tinggal di asrama. Tak tau lah pulak kalau ada rezeki UPU awal Mei nanti. Apapun saya pulangkan pilihan ini kepadanya..kerana yang nak belajar dia..bukan saya...dan kebebasan emosi dan mental sangat penting untuknya...akhir kalam...
"Akak..hanya yang terbaik ibu doakan buatmu"
good...let them make the choice...with our advice of course
BalasPadamhem...kita doakan sahajalah semoga mereka buat pilihan yang betul...ameenn
BalasPadamgudluck akak..achik doakn yg terbaik..=)
BalasPadamgudluck to u too...sesama jadi student ngan uncle...hehehe
BalasPadam