Pagi ni aku dok mencangkung menonggek ...korek sana korek sini ...pokok orkid n cactus aku yang dah hidup bersendirian yang bertuan tapi ala-ala tak bertuan tu..alhamdulillah..berkat semangat waja yang dah aku bekalkan untuk mereka..masih kekal bertahan untuk meneruskan hidup..kerana hati aku masih terlalu sayang..walaupun dah tak bajai hampir setahun...hehehe...rasa macam tak logik je kan!..tetapi demi Allah ...betul! Aku asyik mamun je...badan tah ke mana..hati tah ke mana kebelakangan ni...sibuk pulak dengan rutin harian...
Aku trim semua yang ada sampai bergondolanlah semua pokok orkid dalam pasu lengkap berbaja sekali..yang terletak di bawah digantung ...yang digantung campak ke bawah..dah mati kering tak bersiram..tinggi sangat lak tempatnya che' oiii...peh tu dok siram air...mana nak kena...dalam cerdik...banyak jugak bodohnya aku ni...hahaha...Jauh di sudut hati aku mengharapkan semoga beberapa minggu lagi akan naik tunas yang baru...dengan harapan yang baru...dengan bunga cinta yang baru..mekar berkembangan. Yang dah layu..kering..kusam..aku tak mahu fikirkan lagi...biarlah aku simpan sahaja dalam lipatan sejarah dan kisah aku menyemai dan membelai orkid dan cactus aku tu dengan penuh kasih sayang ...Wei..cactus hang belai...tak percaya???tanya anak-anak aku...aku dah berbelas tahun bela dia..dia tak akan menyucuk..kalau cucuk pun aku dah tak terasa sakit lagi...mangli dah...
Dalam trim dan membuang tu..ada jugalah yang dalam baru tiga tahun aku bela dah jadi aruah. Aku sangat sayang dia...tadi aku belek-belek..tengok ok je..bila tekan sikit..rupanya dah reput makan di dalam..dah lama rupanya melara..aku tak ambil peduli...huhuhu...sayang sebab dah besar dan aku beli dulu besar sikit dari ibu jari kaki je....
Selesai kerja tadi aku mencangkung tengok taman sekangkang kera aku di beranda ni...mulalah episod aku bandingkan dengan kehidupan aku sebagai manusia. Kebanyakan daripada kita hanya melihat seseorang berdasarkan fizikalnya..nampak sihat...gagah..baik...riang...kaya raya...kirabdah bertuah lah orang tu..berbanding diri kita...kerana kita tidak pernah mendekatinya. Cuba dekati...sebenarnya tidak ada manusia yang hidup sesempurna itu di dunia ini. Di dalam hati..siapa yang tahu...kerana manusia ni dilahirkan lengkap dengan pakej 'pura-pura'..mahu tak mahu guna sahaja..yang sakit boleh jadi sihat...yang lemah boleh jadi gagah..yang jahat boleh jadi baik..duka boleh jadi riang..dan yang miskin boleh berlagak kaya..pendeknya memacam boleh jadi...asalkan namanya manusia.
Cuma pokok sahaja kot yang agaknya tidak pandai berpura-pura..kalau dah melara..reput di dalam..tumbang dan mati...Kalau ditanam dan diberikan kasih sayang...nah..kekal hidup..dan berbunga riang..walaupun tak cukup baja...kesimpulannya..sangat berbaloi membelai pokok kerana selain membekalkan oksigen dari sudut teori sainsnya..membekalkan semangat dan kecintaan yang berkekalan..tanpa pura-pura..hei kekawan yang suka sangat berkebun tu...teruskan berkebun yeeeee!
amboi berfalsampah lak....apapun teruskan perjuangan pokok kita sebab itulah sebahgian dari hidup kita
BalasPadambetul..betul..betul..tak boleh dipisahkan... sampai dalam bilik air pun ada pokok...ish..malu lak aku ...hehehe...
BalasPadam