Ahad, 23 Disember 2012

DOAKU BUATMU SUAMIKU...

Malam ini hati meronta ingin menulis...walaupun masa tidak menguzinkan..kerana anak-nak menunggu giliran menggunakan lappy ini. Tapi aku mohon diberi laluan....ada rasa dan perasaan yang sedang berperang dalam hatiku ini.

Aduhai..hanya Allah yang mengerti dan merasai perasaan ku malam ini. Perasaan menanti esok..dengan doa tulus ikhlas seorang isteri...semoga tiada apa yang serius berlaku.

Sudah lama barangkali aku membatukan hati...sehinggalah pagi tadi..setelah jam 11.30 pagi. entah mengapa airmataku meleleh dan meleleh sendiri...tanpa aku panggil dengan rasa..sehingga aku tulis sms kepada adik bongsuku:

Ely...esok abg long kn warded
nk endogram jntg dia
dr. kt mybe sumbat
kalau serius kn operate bypass
kalau tak..mkn ubat je
tu la...
airmata aku ni meleleh
dan meleleh sendiri je
aku sedih gaknya...

tatkala aku send sms ni..baru aku perasan..betapa sedihnya aku...betapa takutnya aku akan kemungkinan yang berlaku ke atas suamiku ini...ya Allah ya Rabbi..lindungilah dia dari segala bencana..sesungguhnya dugailah aku sekadar termampu olehku...dan andai boleh ditukar takdir...pindahkanlah keperitan dan kesakitan itu padaku..kerana derita kesakitan itu teramat mangli buatku...bukan buat dia..bukan jua buat anak-anakku...doaku buatmu suamiku...amin..

Jumaat, 30 November 2012

KESEMPATAN...



Minta maaflah Syitah..
K.ida curi foto ni ..
sekeping ni je yang ada pun
kenangan indah di Langkawi

sekarang ni aku pun malas nak berposing
sejak berpindah ke KMP
banyak perkara dan citarasa aku sudah berubah
entahlah ye
sungai lagikan berubah
inikan pulak manusia

tapi foto ni amat bermakna buat aku
gaya mek ros..bagai mek ros yang dulu
gaya hajar..hajar yang dulu
dan gaya aku..bagai yang dulu...
tapi kembang semangkuk je muka aku
badan apatah lagi...hehehehe

sejak hari Isnin aku tak sihat
sampailah ke hari ini
badan sakit
perut sakit
batuk tak berhenti
dah ambil ubat di langkawi
sambung ubat lagi di sini
mc dah dua hari
macam kena sambung lagi ni
sakit segala ceruk badan...
apapun aku bersyukur
kerana dalam sakit
tugasku terlaksana dengan baik

aku masih mengambil ruang untuk menulis
kerana....
entah esok berkesempatan atau tidak...
doakan aku ye...


Selasa, 20 November 2012

Astaghfirullah...

Pagi ni aku bangun dengan rasa sebal di hati..entah apa yang tak kena lagi....

Sambil menyapu rumah FB online...sambil tengok status rakan-rakan..Macam-macam..ada yang memperjuangkan Gaza..ada yang memperjuangkan PAS..ada yang memperjuangkan hak sendiri..perasaan sendiri..dan aku LIKE sana dan sini...

Pun masih ada yang tak kena...letih nak mengawal perasaan sendiri ini...yang kadang-kadang tak tentu hujung pangkal...tak kena je di mana-mana. Terus fikir sampai siap satu rumah aku sapu..

Sampailah Deeha menelefon sekejap tadi. Suara sedikit ceria...Mummy..tadi ok..tak tau nak cakap macamana leganya perasaan aku...satu-satunya paper yang dikatakan ok...Add Math paper 1 setelah 4 paper berlalu dengan pelbagai masalah. Entahlah macamana petang ni. Diharapkan juga membawa seribu harapan dan sinaran buat Deeha..aminnn.

Aku kembali ke laptop...sambil replay zikir Hafiz Hamidon..Astaghfirullah..sayu-sesayunya hatiku ini. Terimbau komen rakan-rakan FB yang mengisahkan anak-anak yang gagal..anak-anak yang berjaya..dalam UPSR..suka dukanya menghadapi dugaan tuhan yang disalurkan melalui anak-anak ini...

Aku sendiri ada banyak pengalaman...pelbagai citarasa..manis masam pedas pahit semua ada. Anak-anak ada kekuatannya yang tersendiri. Janganlah bimbang wahai ibu dan bapa muda semua. Aku pernah menangis kesedihan bersama-sama anakku Akak kerana gelincir B dalam matapelajaran Sains.pun kini percaya atau tidak Akak sedang meneruskan pengajian dalam bidang Biologi di peringkat ijazah.. alangkah agungnya kuasa tuhan..Malah aku pernah menangis kegembiraan tidak terkata kerana Deeha dan Sipau yang sangat sederhana tahap kemampuan mereka... tidak dijangka pula mencapai straight As..begitu juga tangisanku kerana  anakku Haziq telah berjaya tahap demi tahap dalam peperiksaannya.

Dalam kejayaan dan kekecewaan pasti ada hikmah di sebaliknya. Anak-anak umpama rencah dalam kehidupan..terlebih di sini kurang di sana... sudah menjadi adat. Yang penting doakan mereka supaya berjaya. Aku pun senantiasa mendoakan mereka dengan rasa rendah diri. Pohon ampuni dosa-dosaku saban waktu..pohon ampuni dosa-dosa mereka..anak-anakku. 

Dan..paling penting..wahai sahabat-sahabatku sekalian...ampunilah dosa-dosa mereka terhadap kita..yang mana jelas kelihatan mahupun tersembunyi..kerana bagiku..itulah kunci doa yang paling mustajab buat anak-anak... yang lahir dari rahim kita ini...setelah 9 bulan terbuai lena dalam kandungan kita ini...wallahualam...astaghfirullahhalazim..


Ahad, 18 November 2012

..tidak ramai merasa..

Mereka..yang tersangat kurindui...

Baru sahaja habis membaca blog Ummi. Herm..macam-macam perasaan ada...seronok ada...sedih ada..kesal pun ada..entah ye..begitulah adanya.

Seronok  terasa kerana terlaksana juga tugas kawan-kawan akrabku yang susah senang bersama dulunya. Tiga vanue telah berubah rupa...walaupun aku tahu..mereka menggunakan sumber yang ada sahaja..kecuali backdropnya...satu kejayaan. Alhamdulillah..berguna juga nursery jenuh diperjuangkan dahulu..kalau tidak penat juga cari sumber. Dan aku paling suka tengok astaka..warna terang dan menarik...sangat-sangat mengalukan peserta dan hadirin yang hadir...tahniah buat semua..Thanx to Ummi..selalu update hal kolej..dan aku dapat banyak info tentangnya...

Sedih pula kerana teringat kisah dulu...Kawan-kawan yang telah ditinggalkan pergi...sangat sakit rasanya meninggalkan. Apapun itulah dugaan tuhan..rezeki aku bukan di situ..di tempat lain...dan rupanya di tempat lain pun tugas aku memang seiras saja..malah lagi penat kerana tidak lagi berteman macam dulu...banyak keputusan terpaksa dibuat sendiri..tidak ada kawan nak dibawa berbincang..aku harung je...jangan tak buat..dan terpaksa berpuas hati dengan apa yang terdaya.

Kesal pun ada kerana aku tidak cuba meluangkan masa bersama-sama menyaksikan kerja-kerja persiapan...aku minta maaf sangat-sangat kawan-kawan. Bukan tak mahu pergi...bukan nak menyombong...tapi...setelah ditapis dan difikir-fikirkan eloklah aku tak pergi. Suamiku dah ada di sana. kami sama-sama orang luar. Mungkin tak manis dipandang sesetengah orang. Hati orang kita pun tak tahu...dan sebenarnya hadirnya suamiku di sana juga sedikit membimbangkan aku.   Aku .rasa mengelakkan diri adalah lebih selamat. Takut aku terover acting lagiii...kadang-kadang kita lupa...kita ni siapa sebenarnya...aku harap kawan-kawan faham kedudukan aku...

Ditambah pula...anak-anak aku semuanya berada di rumah. Aku fikir baiklah aku meluangkan masa yang sedikit ini bersama-sama mereka. Kalau masa berseorangan aku merindui...mengapa mereka ada.. aku pulak pergi meninggalkan. Inilah masa untuk aku memasak..mengemas..bermesra...dan paling penting berleter..dah lama tak meluahkan perasaan..dan..Akak dan angah pun dah balik ke UMT n INTEC kelmarin. Hermmm...penat aku..urus sendiri sampai ke malam. Suami pun dah tak peduli..aku ni selamat tidaknya memandu malam..asalkan dia dapat ikut serta malam mesra tu..entahlah..kadang-kadang rasa kecik hati pun ada..tapi bak kata orang.. buat letih merajuk hati...siapa nak peduli...

Inilah suratan dunia buat aku. Bukan nak mengeluh..cuma nak luahkan apa yang dirasa. Sekurang-kurangnya berkurangan beban di hati. Apapun segala halangan dan cabaran harus diharungi juga...sekadar rasa yang tidak ramai merasa...wallahualam..

Ahad, 4 November 2012

DOAKU UNTUK DEEHA...



betapa lemahnya hati seorang ibu sepertiku
sayu sesayu-sayunya...

Deeha akan menduduki  SPM mulai esok
entah mengapa..hatiku kerap kecut dan takut
setiap kali Deeha nak menghadapi peperiksaan
sedangkan ianya sama sahaja dengan adik beradik yang lain

sejarahnya ada
mungkin tiada ada yang tahu
setiap kali peperiksaan besar
penyakit asmanya datang menyerang
dua hari yang lalu pun
sudah  meminta dibelikan pil asma
katanya..tak tau la ibu...adik rasa adik macam penat jer...
berdetak jantung hati mendengar
dan telah aku bekali ubatnya petang kelmarin..

mungkin tak siapa tahu
setiap kali aku memeluknya
terasa bagai memeluk dia sewaktu kecil
yang terus-terusan sakit dan sakit
dengan tubuh yang kurus dan kecil

yang ada padaku hanyalah harapan
semoga kesihatannya dipelihara allah
semoga lorong fikirannya terbuka luas
semoga hatinya cekal
jangan takut-takut menghadapi cabaran ini
cabaran masa depan yang mahu tidak mahu harus ditempuhi

anakku Deeha..
semoga dikau kuat dengan iringan doaku
semoga dikau kuat dengan sentuhan dan pelukanku sejak dilahirkan
semoga dikau kuat dengan dugaan-dugaan besar yang pernah kau lalui
semoga doaku ini dimakbulkan Allah...yang telah menciptakanmu untukku...
amin... amin.. yarabbalalamin..





Isnin, 29 Oktober 2012

USAHA..

Sipau..memang gemar berposing macam ni..dan bercita-cita nak jadi fotografer..herm..tercapaikah?

Letih kelmarin masih terasa...namun hati puas...jumpa anak-anak semuanya..mak dan abah kedua-dua belah pihak dan sebahagian ahli keluarga.

Aidil Adha kali ini agak dingin. Keluarga belah abah tidak menjenguk...belah mak tiri aku pun begitu..sebelah mak pun tak ada...belah mak mertua pun sedingin itu nampaknya. Namun aku masih bersyukur..adik beradik sebelah aku dan suami masih bersama...seorang dua tidak ada tu adatlah...kerana beraya di rumah mak mertua masing-masing..tambahan pula cuti pun singkat..Aku tidak ada masalah sangat kerana kampung kami cuma 2 jam perjalanan...jadi...macamana pun pasti sampai...Cuma..kami pun nampaknya...sama - sama..ikut arus perdana...tak jenguk sesiapa ..beraya di rumah sahaja...

Entahlah ye..dalam tidak menziarah tu..aku tengok..kereta penuh di jalan..jam sana dan jam sini. Anakku yang nak balik ke Terengganu...terpaksa menunggu bas hampir jam 10 malam..sedangkan sepatutnya bas bertolak jam 8.00 malam. Jam di highway Tapah..dan dia tiba di Kuala Terengganu jam 7.15 pagi..dan terpaksa ponteng kelas jam 8 kerana tidak sempat sampai ke kampus. Haih...fikir-fikir kesian ..tapi nak buat macamana ye..Apapun alhamdulillah kerana Akak selamat sampai dan paling penting usahanya untuk balik beraya bersama keluarga walaupun perjalanan sangat jauh..dari Kuala Terengganu ke Tanjung Malim dan sebaliknya..sampai pun pagi raya jam 4.45 pagi..

Badan aku hari ni sakit-sakit,..penat usung beg ke sana dan ke mari...Walaupun anak dah besar-besar..masih kena pantau jugak..nanti bertinggalan macam2 benda. Angah yang balik ke Shah Alam..di pesani macam-macam..kerana dia ni sangat cuai..ada saja yang bertinggalan..Pun alhamdulillah kerana adik bongsuku uruskan kepulangannya ke hostel...

Tambah menyakitkan badan kerana raya ni aku main hentam makan apa yang ada. Dah tak berpantang-pantang lagi..dan badan aku pun memang dah naik macam MAKAN BAKING POWDER lagi...disahkan pula bila adik aku yang ketiga menegur mengatakan aku dah gemuk sikit..aku menambah pulak...bukan gemuk sikit tapi dah gemuk berganda-ganda..Entahlah... selera sekarang semakin mengancam...sedap je tengok semua benda..apa lagi makan beramai-ramai tu..kena pulak dengan ikan lampam bakar..kerang rebus..sambal belacan...tempoyak..petai...aih..mouth watering semua tu....

Dalam kegembiraan terselit juga kesedihan...mungkin silap aku juga..meleteri Sipau kerana tidak berusaha dan belajar bersungguh-sungguh. .pelajarannya sangat merosot..meyebabkan aku seringkali naik angin bila berkisah tentang peperiksaan. Ye lah bila tengok dia tidak ada kesungguhan..tidak ada rasa malu kerana keputusan peperiksaan semakin teruk..membengangkan kepala aku. Apa yang sering kedengaran dari mulutnya adalah belikan dia kamera DSLR..Aku tidak larat nak dengar...pertama-tamanya kerana aku tak mampu dan keduanya kerana hanya itu yg bermain difikirannya..Tangisan kedengaran dalam kereta dan aku bertahan tidak mahu memujuk dan sesampainya di Bukit Gantang bagai selalu dia akan meminta maaf..aku maafkan dan aku kini mengabaikan janji-janjinya..kerana tidak pernah tertunai..masih di takuk lama..

Entahlah ye..dalam apa jua cara dan keadaan...yang penting bagi aku adalah kejayaan mereka dalam pelajaran dan jangan meninggalkan suruhan allah. Terkucil di mana-mana..jadi semacam je kepala aku ni..runsing memikirkan. Herm..petang ni Angah dah mula paper Math..Sipau pun ada exam...Alang pulak semakin hari semakin hampir ke garis penamat perjuangannya untuk SPM...sejauhmanalah dapat ibu membantumu anak-anakku...yang ada di tangan seorang ibu hanyalah DOA semata-mata...hanya doa...usaha itu di tangan kamu masing-masing...jadi berusahalah...amin...

Ahad, 14 Oktober 2012

SECEBIS CORETAN...

Deeha and Sipau

Beberapa minggu ini memang menekan perasaan. Banyak kerja yang harus diselesaikan. Datang dan datang..buat aku tak lena tidur.

Akibatnya...aku rasa sangat keletihan..di luar dari kebiasaan. Kadang-kadang rasa macam nak berhenti kerja..rasa nak pencen cepat..nak tinggalkan dunia yang menyuruh aku buat itu dan ini tanpa batasan.

Kelmarin..melakar kisah pendek yang sangat mengusik jiwa..mendalam gurisnya..terkenang-kenang...

Pagi2 lagi aku dah bergerak keluar dari rumah...jemput rakanku Hajar ke kolej.  Mengejar minit larian KAKOM kononnya..jadi..sampailah kami dalam jam 7.30 gitu..makan nasi lemak sebungkus dengan air teh o secawan kecil. Tanpa menunggu acara..aku bergegas meninggalkan astaka...menyediakan 15 rangkap pantun yang ditugaskan. alhamdulillah dengan bantuan rakan...Ros dan Hajar....siap hampir jam sepulu pagi. Rentetannya aku hadiri majlis penyampaian hadiah dan penutup larian...

Pulang..hantar Hajar dan ambil baju yang telah siap dijahit. Perut rasa tak begitu lapar...maka pulanglah aku..ketiduran sebentar...mandi dan bergegas bersiap nak melawat anak2..tanpa suami di sisi kerana dia sibuk ke kem KAKOM..beri  motivasi kat anak2 orang di sana. Sudah beberapa minggu tak lekat di rumah hujung minggu. Week days dah tiada...week end pun begitu...

Aku singgah membeli nasi paprit, tomyam dan air cincau bandung...sebagaimana pesanan dalam sms si bongsu..aku beli dua set..untuk Deeha sekali. Dalam pada itu baru rasa lapar kerana bau tomyam tu..tapi aku malas nak layan kerana aku dah lewat..hampir jam 4 petang kerana dah janji dengan Sipau.

Maka bertemulah aku dengan Sipau..nampak Sipau gembira ..kerana kirimannya tertunai..namun ada satu lagi yang aku lupa..topup untuk kawannya. Lalu aku pun keluar ke u station di depan sekolah..beli dan setelah berbual sebentar meminta diri..memeluk sipau...cium dan beredar pergi..takut Deeha menunggu pulak.

Dalam perjalanan...banyak benda yg aku fikirkan..hal Angah yang nak belajar driving..Akak yang akan pulang berhari raya..pendeknya...hal anak2 je yang  bermain dlm fikiran aku..

Setibanya aku di sekolah...Deeha tiada di situ...macam biasa aku minta tolong pelajar di situ memanggil. Selang 5 minit ..kelibat Deeha kelihatan. Baru bangun tidur agaknya...itulah yang terdetik di hati.
Bila dia membuka pintu aku tersenyum lebar...herm...baru bangun tido ker..tegurku..dia mengangguk..matanya melilau mencari sesuatu...ibu..tak bawa kamera ker...adik dah msg tadi...hah?..mana de..kataku..sampai tangan buka msg di fon. Akhirnya aku bertemu msg tu..dan maklumkan bhw aku tak sedar...msa tu mmg masa penyampaian hadiah bising,,,tak payah la adik...nak buat apa...takkan adik nak suruh ibu balik ambik pulak?..hem..esok ibu tak kerja.. hantarlah...

Entah mengapa aku mula naik angin mendengar kata-kata tu...herm..macamana ibu nak hantar..esok bukan boleh masuk pun. Nanti pak guard marah ibu..dah lah..belajar jer,,,adik jangan laa suruh ibu macam2..ibu letih laaa adik..ni..adik tau tak..ibu ni makan tengahari pun tak lagi...tu adik asyik bergambar..tu belajar tu yang penting..dok bergambar jer tak sudah-sudah..

Aku pun tanpa sedar meninggikan suara. Aku ambil semua barang kirimannya termasuk nasi dan lain2..kuhulurkan kepadanya..dah..ni ambik..belajar tu..ibu nak balik..ayah dah la tak ada...ibu letih tau adik...semua ibu nak buat..ibu tak larat..nanti kalau ibu tumbang.. masuk hospital baru adik tau..ibu ni sorang2 je di rumah tu...

Deeha..menolehkan mukanya memandang ke luar tingkap. Dia tak anjakkan dirinya..tangisan mula kedengaran..herm..nape adik nangis pulak...tanyaku..dan suara sebak Deeha keluar..hermmm..nape ibu kata adik tak belajar...adik belajar la ibu...dan esakkan terus menelurusi bibirnya. Airmata deras turun..dan .buat aku tak tertahan mendengarnya dan aku peluk Deeha seeratnya...

Bukan ibu kata adik tak belajar...ibu kata jangan sibuk lah pasal kamera dan nak bergambar tu..periksa dah dekat..adik kene belajar..nanti adik nyesal..dan getaran suara mengatasi segala-galanya..Deeha tambah kuat esakkannya dan aku pun menyertainya..mencurahkan perasaan dan isi hatiku..yg sangat sepi dan sunyi akhir-akhir ini. Banyaknya kerja..buat aku penat dan merasakan bahawa tiada kehidupan lagi selain berulang pergi dan balik ke kolej..ada  kala sampai ke malam..

Aku peluk Deeha sampai tangisannya reda dan aku pun memujuknya supaya terus berusaha demi masa depan. Aku minta maaf dan dia mengangguk..aku tak sengaja mahu memarahi...tapi entahlah ye..sebenarnya banyak sangat benda yang bersarang di dalam hati.

Ibu tak marah adik kan?..ibu janganlah marah adik...tanya dan pinta Deeha..aku mengangguk..dan mengusap airmatanya..memeluknya sekali lagi dan dia tersenyum sedikit..cukuplah pengubat rasa...dia turun dari kereta setelah banyak pesanan aku tinggalkan kepadanya..dan anggukkannya cukup meyakinkan aku hatinya dah terubat...

Perjalanan pulangku  berbekalkan rasa sebak. Namun dalam sebak..rasa sedikit lapang kerana banyak yang terluahkan..entahlah ye...entah sampai bila aku boleh bertahan..hanya Allah yang menentukan segalanya. Doakan semoga Deeha dan anak-anakku yang lain akan terus dilimpahi rahmat dari Nya...amin...Ini adalah secebis coretan dalam hidupku..yang impaknya akan abadi selama-lamanya dalam hati...

Rabu, 3 Oktober 2012

nikmat dan rahmatNya..

herm,..sekarang ni sangat kurang prolifik menulis
banyak kekangan
kekangan masa
kekangan perasaan
hahaha...

aku ketawa bukan kerana seronok
kerana terpaksa mencintai keadaan dan halangan hidup
yang semakin hari semakin membenam perasaan
letih berusaha memperbaiki corak dan lakaran kehidupan
tapi keadaan tetap sama..akhirnya tiba semula ke titik yang asal

tidak bersyukurkah aku
sesungguhnya Allah telah mengurniakan kepada aku
nikmat dan rahmatNya yang melimpah ruah
anak-anak dan kejayaan yang berganda-ganda
kelapangan rezeki..walaupun tidak kaya mana
alhamdulillah..
cukup lah untuk melangsaikan keperluan kehidupan

entah la ye
nama pun manusia
sengaja mencari alasan
mendahulukan kegelisahan hati
sedangkan
jika direnung  yang positif itu akan lebih mendamaikan
tapi fitrahnya suka merenung kedaifan kehidupan
membuahkan hasil yang tidak boleh dipanggil hasil lagi

jadi..
di mana harus aku meletakkan diri aku ini sebenarnya...
supaya menjadi insan yang senantiasa bersyukur....
di atas nikmat dan rahmatNya...


wallahualam....







Selasa, 18 September 2012

SAPU SAWANG JE...


update...sapu sawang...
foto ni diambil di banjaran titiwangsa
waktu hantar akak balik ke UMT

indahnya pemandangan
sejuknya perasaan
pelapang fikiran

lah lah hati-hatiku yang luka
lah lah derita-derita yg tercipta
redhalah aku hendaknya...

bagai di kata..tiada duanya
aminnn

Selasa, 28 Ogos 2012

1001 RASA DI AILDILFITRI 2012...






















Aidilfitri datang dan pergi
meninggalkan pelbagai makna dan rasa
apapun yg pasti
setiap kali aidilfitri tiba
penyatuan keluarga menjelma
yang jauh didekatkan
yang dekat dieratkan

alhamdulillah..aidilftri diraikan bahagia kali ini
keluarga kedua2 belah  90% ada  bersama
anak-anak akulah cucu yang dewasa
bolehlah membantu serba sedikit
dan semakin ringan beban menyediakan juadah berbuka puasa dan hari raya
menantu mak pun bertambah seorang lagi
boleh membantu di dapur
aku???..yg paling tua...kena bantu lah jugak
banyak benda yang tak daya dari yang terdaya

yang nampak seronok..
anak-anak..bertemu sepupu sepapat
tidur bergelimpangan di ruang tamu
satu tradisi bila balik berkampung..
namun kali ini paling menarik hati
melihat angah dan sepupu 2 lelakinya tertiarap mengadap laptop
cuit mencuit..ketawa tanpa suara
angah kan penyenyap..ketawa pun tak dengar bunyi...
peliknya yang lain pun ikut stail dia...hehehe...

aku dan anak2 perempuan jugak dapat peluang eksplorasi
dunia bahasa german
hahaha..entah apa-apa tercetak dalam buku bahasa german angah
dan kami baca gaya german bodoh kami
dan angah mengukir senyum dan tawa paling manis
paling eksklusif di wajahnya...

pagi raya...
penuh sendu dan tangis
abah emak aku suami ipar duai dan anak-anakku
betapa hebatnya hikmah Ramadhan dan Syawal
menyimpul semula tali persaudaraan yang terlerai
meleraikan semula perasaan yang tersimpul

dan..paling sayu...
apabila aku dan anak2 berpeluang menziarahi mak di pusara
hati berbisik...
mak..ini cucu2 mak..
dah besar2 semua
dah pandai menghadiahkan fatihah dan yasin utk mak
walaupun wajah mak tidak pernah ada dalam cakera kehidupan mereka
mak tunggu ida nanti ye..rindu sangat pada mak rasanya...
ampunkan dosa2 ida pada mak ye...
al fatihah...

alhamdulillah...
dengan rahmatMu Ya Allah
semoga kami semua bertemu lagi
pada Syawal seterusnya....aminnn

Sabtu, 11 Ogos 2012

UBAT HATI...

selang beberapa hari ini aku asyik mengulang dengar lagu You Came To Me ini..Haih..setiap kali dengar rasa sayu menjemputku..entahlah ye..mungkin di kala ini kesepian sering sangat menjemputku...sekurang-kurangnya ada jugalah santapan buat hati aku ini...

sebenarnya sangat banyak kisah di sebalik kehidupanku kini. yang tak mungkin terlerai dan kalau terlerai pun entah bila...Hati sering saje jadi sayu dan beku...jiwa jadi keras dan keresahan kekadang tidak dapt dirungkaikan...

kesihatan pun semakin lama semakin merosot...tetapi bagai selalu...mahu ditayangkan kepada siapa? mahu dinyatakan kepada siapa? mahu merayu kepada siapa?..tiada sesiapa melainkan Allah sahaja. Di luar namapak bahagia...di dalam jiwa tiada siapa yang ambil periksa...

ada masa..sesiapa yang hadir di blogku yang serba kekurangan ini...click dan dengarkan ye...semakin didengar semakin menyentuh hati...airmata semakin lebat...diiring pohon semoga hati semakin terubat..

indahnya sentuhan hati manusia dalam lagu ini....hanya yang mengerti merasai hebatnya intipati yang terkandung di dalamnya...wallahualam...



Sabtu, 4 Ogos 2012

ramadhan dan aku...

saat-saat yang sangat kurindui...

Ramadhan tahun ini adalah ramadhan yg paling sepi buatku
Hampir 90% hari-hari yg kulalui dan jalani sendirian
menjamah apa yg ada sendirian
solat dan doa sendirian
ada masa ketiduran selesai maghrib
tidak ada siapa mengejutkan
ada masa hampir jam 3.00 pagi baru terlelap
pun tidak ada siapa mengajak tidur

pendek kata kehidupan yg kulalui terasa semakin tidak normal
walaupun sebenarnya  tidak ada apa yang aneh dan pelik dalam dunia ini

kelmarin si bongsu pulang bermalam pada hujung minggu
dapatlah dia bermalam dua hari dan bertemanlah aku dua malam itu
terasa nikmatnya berbuka
terasa selesanya berpelukan tidur dengan anakku itu
sebelum tidur aku bercerita berceriti
berkisah silam sewaktu dia masih kecil
yang tidak mahu lekang dari celah ketiak
mengerekut tidur sepanjang malam.

tatkala dia terlelap
aku renung dalam-dalam wajahnya
terpalit jua kesayuan di hati
semakin dewasa... namun masih penuh kemanjaan
si bongsu barangkali.... semua kehendak mahu dituruti
dan sebelum tidur sudah berjanji
esok ingin ke Changlun...rindu katanya
akan pasar Changlun yang senarionya kekal seperti dulu
beli ayam buat nasi ayam
mengidami masakan ibu....
kalau difikirkan secara rasional
memang tidak ada logiknya merintih perjalanan
sejauh itu...

sambil merenung..tersentuh jauh di sudut hati
rindunya aku akan masa silam
saat-saat tidur di ruang tamu diapit anak-anak
semua berdamparan tidur sambil mencuri-curi mendekati ibu
merebut peluang dan ruang bermanja
yang siang malam sibuk mengurus kerja dan rumah tangga
santak jam 12 tengah malam
masih mengemop lantai
menyidai kain..
nostalgia kehidupan yang tidak mungkin dapat aku lupakan

kini..segala-galanya sudah tiada
malah jika perlu aku kuis jauh dari pandangan
kala rajin diurus
kala malas..aku letak tepi
tidak ada siapa akan ambil peduli

mahu diapakan hakikat ini
janji Allah begitulah
yang ramadhan ini menghadiahkan kesepian buatku...
menghadiahkan ruang selapang-lapangnya itu diisi ibadah tanpa batasan..dan...
moga inilah laluan hidup yang terbaik buat diriku yang kerdil ini....

wallahualam....

with regards
cacti5000



Selasa, 17 Julai 2012

el-tigRE...aaauuummm!!!

kenangan bersama kumpulan Versus...
 bersama maskot..El.tigRE
 group Fesyen plus Nawfal..tersayang tuh...
 banner instant..hahaha
 juara Versus...
 adib..the model of the year ngan kekawan...
 designers....
 Shila..my luv...
 uiks..cinematografi,,,
 Hakimi..model yg jahit bajunya sendiri..pilot futuristik..
 our guitarist...proud of them...
 JUARA!!!!...ngauuummm...
 mcm mak n anak tak?
 sama cantik...pramugari future...

 our models...hahhhh...manis n handsem sume...
 group nasyid acapella...yg terbaik buat aku...luv them..
 kelabu pun kelabu laaaa....
maskot sape ni?...ngacau jer...meraikan kejayaan...

sekarang ni aku semakin malas menulis...foto-foto ini adalah kenangan Karnival Karisma Kemahiran Dinamika semester 1 ini. Aksi dipentas tak jelas...dan aku pun tak de kamera nak rakamkan. Nantilah...kalau ada copy...aku masukkan kemudian. acara pelbagai...Versus..nasyid acapella, masquerette,showdown..boria..choral speaking dan rekaan & peragaan fesyen futuristik...wowww..menarik sangat!!!











yang pastinya..15 Julai 2012 merakamkan kenangan terindah. Jerit pekik anak-anak ini...bersulam persembahan menarik hasil pengorbanan dan jerih perih sangat berbaloi...sehingga terbawa-bawa ke kelas masing-masing. Aku berbangga dengan mereka...alhamdulillah...segalanya berakhir dengan kejayaan...yeah!!!..who  we are????...el tigRE...aaauummm!!!!...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...