Jumaat, 29 Januari 2010

SANG PENYU..


Percaya atau tidak dah 3 hari saya kehilangan penyu busuk saya ini..hahaha..dah tua dok peluk sang penyu lagi..suka hatilah kalau nak ketawa pecah perut pun..yang pastinya saya tak lena tidur tanpa sang penyu ni. Sepanjang tempoh hilang.. Akak dan Sipau tak jemu-jemu mencari..macam mencari emas yang hilang...adik cepat cari turtle ibu...nanti ibu tak boleh tidur..mereka hairan ke mana hilangnya..akhirnya di temui Deeha di bawah katil..padahal bawah katil pun kami dah jelajah..tak jumpe pun...hairan bin ajaib sungguh..saya sangat terharu sebenarnya kerana dalam diam rupanya anak-anak sangat mengerti keperluan ibu mereka yang satu ini...

Penyu yang dah lasu ni sudah banyak jasanya kepada saya. Apabila saya sakit.. kepala dan badan rasa melayang je..saya terpaksa isi botol dengan air panas dan lekapkan di perut..jadi tengkuk penyu ni lah yang jadi penyendalnya.badannya melekap di perut saya dan terasa sangat lega...dan saya berselimut..insyaallah baru boleh tidur..

Suami saya ..dalam tak berapa nak sensitif tu juga rupanya menyedari kehadiran penyu lasu itu . Tatkala pulang ke Tapah..bawa mak dan abah balik..saya gatal tangan bertanya dalam sms..malam ni tentu sunyi..saya nak peluk sapa?..boleh dia jawab..peluk turtle je la..aaaahhh...terasa sangat sedih sekali fikir..dua kali fikir..rupanya selama ni dia memerhati juga rupanya..hehehe...tambah lagi..mungkin sakit telinga dia.. asyik tanya..ke mana hilangnya turtle ibu ..baby..carilah...kerana ada masanya jatuh ke bawah katil...tentu tension giler tuh!

Kalau penyu ini hilang tidak lagi dijumpai..bagaimana agaknya..? Saya tidak akan membeli yang baru...kerana saya sangat taksub kepada kasih sayang walaupun sekadar kasih kepada sang penyu ... buat saya kasih sayang bukan permainan acrobatik boleh lompat ke sana dan ke sini..tidak semudah itu. Saya tentu akan rindukan sang penyu yang saya kasihi ini...yang melegakan sedikit kesakitan yang saya rasai..dan mengisi kesunyian pekat malam yang dilalui...hilangnya tak mungkin dicari ganti..huhuhu...my inner child berlagu pilu...

Sabtu, 23 Januari 2010

PURA-PURA

Aku yang semakin tua dalam pencarian

Saya merenung keluar tingkap tatkala dalam perjalanan pergi melawat Deeha petang tadi. Suami saya ambil shortcut dan tembus ke Hosba..tapi shortcut agak bahaya. Terhoyong hayang kami dalam kereta...Sipau gelak besar ..seronok...dalam pada itu saya dengar pelbagai lagu..semua sedih belaka..al maklum kerana kemangkatan Al Sultan Johor..sempena menghormatinya...al fatihah..

Dalam pada itu melintas dan asyik melintas difikiran...apabila mendengar dan mengamati lagu-lagu sedih itu ..manusia rupanya sering merajuk..menyesali..benci...berpura-pura..dan adakalanya seolah-olah mahu mati terikat dengan kesetiaannya kepada cinta. Cinta itu sangat murni sebenarnya..tetapi manusia sering mengambil kesempatan untuk memanupulasikan cinta.

Al kisah.. kemurnian cinta seorang lelaki dan wanita pada pandangan saya banyak perbezaannya. Apabila seorang lelaki hadir dalam hidup anda dan menyatakan dia cintai anda..sedarlah belum tentu itu cinta sejati...banyak kemungkinan dia jatuh cinta..mungkin cintanya hanya kerana harta anda..rupa paras anda..kerjaya anda..atau sexual attraction anda..kereta anda..(weh..ade ke?) ..wow..dianarahmanO selalu kata..kak. long ni lutcahaya..tak pe lah..sebab saya sangat tidak suka main sorok-sorok ..kerana letih menyorok ni tau..untuk tamatkan permainan kita harus keluar dari tempat persembunyian itu..kalau tidak ...sampai ke mati permainan ini tidak akan tamat atau tamatnya akibat kita mati dalam tempat persembunyian itu...ye lah menjeruk perasaan sorang-sorang...hehehehe
Cinta seorang wanita pula... sangat berbeza..apabila dia mula menyatakan dia sayang anda..habislah beraga-raga jiwanya diserahkan kepada anda yang bertuah itu. Tiada orang lain yang ada di depan mata dan mimpinya..kalau jarang sekali bertemu..ingat-ingat lupa wajahnya..maka saban malam lah bermimpi mendengar suaranya sahaja tanpa dapat melihat kelibat wajahnya pun.. itu pun seribu rahmat...dan esoknya senyum akan meleret panjang dari subuh sampai ke malam dan dari telinga ke telinga...sampai nak koyak mulut dan telinga...

Namun berapa kerat lelaki boleh kita anggap sejati...perasaan dan hatinya.. yang memang tinggal berapa kerat sahaja..kerana lelaki sering menjangkakan bagaimana tanggapan mereka begitu jugalah sepatutnya tanggapan species tidak sejenis dengannya itu. Banyak perkara remeh dalam dunia ni...kuis dan abaikan sahaja..buat menyesakkan fikiran... Ish..nak setia macamana lagi?..masih sayang ni kan?..kan dah terbukti dengan masih menghubungi?..dalam sedar ada bayang orang lain mengejarnya dari belakang dan dia merelakannya..hem...sungguh tak patut ..tapi tak patut juga dihairankan.

Saya kira itulah sebab musababnya lelaki boleh berkahwin lebih daripada satu ...kerana mereka hanya fokus kepada suatu benda pada suatu masa..bagi mereka..buat apa fikir perkara remeh..hati sakit ke?..terluka ke?..ini soal cinta la sayang..aku cinta kedua-duanya..bagi makan kedua-duanya..bagi rumah kedua-duanya..nak apa lagi???? Duduk lah diam-diam..nak sedih ape..nak nangis ape?..cukupkan segala-galanya?..jangan suka layan sangat fikiran itu..suka sangat bermain dengan perasaan...tu lah perempuan ni..suka fikir yang remeh..yang susah ...tak tahu hujung pangkal jangan nak tuduh-tuduh...padahal kebenaran terpacak di depan mata!

Mungkin ada yang mengatakan saya menulis ikut perasaan..bukan..melalui pengalaman..setelah diamat-amati.. saya sangat menyedari bahawa lelaki paling mengelak berbicara tentang kesakitan yang kita rasai...mengelak tentang kisah anak-anak yang teringin sangat kita kongsikan bersama. Apa yang mahu dan ingin dengar hanyalah gurau senda dan hilai ketawa seorang wanita. Atau apa-apa sahaja yang menggembirakan perasaan...ibaratnya kita ni mengalamai musim bunga sepanjang tahun..musim luruh, dingin dan panas tu..padamkan dari diari dunia ini.
Oleh itu jika anda ingin terus dicintai dan dikasihi ... berpura-puralah anda sepanjang musim itu..walau sakit..menderita...takut..don't even mention it...ish..perkara remeh tu! Ini adalah kenyataan yang tidak mahu tidak.. perlu dihadapi seorang wanita..Adakah kita sedang diperbodohkan oleh seorang lelaki?..fikir fikirkanlah...fuyooo..wei..nak kena tembak ke ni???hahahahaha. Maafkan saya jika terlajak kata...

Jumaat, 22 Januari 2010

DEDIKASI...


Bersalahkah secebis hati?
merajuk lalu ingin lari
Membawa diri
tidak mahu terus mencari
cinta yang telah pergi

Bersalahkah sekeping naluri?
menangis panjang di malam hari
apabila kasihnya diragut pergi
sang kekasih yang semakin tidak pasti
kasihnya di sana atau di sini

Bersalahkah sejurai perasaan?
yang setianya telah dilukakan
mahu terbang pergi penuh keredhaan

Bersalahkah dia?
insan yang setia
elak pura
lara


DEDIKASI BUAT KAMU DAN KAMU

Khamis, 21 Januari 2010

SEMINGGU INI..

SESI TERAPI ES2Q

Weh...ari ni kena 'paksa' update..hehehe..tak adelah..memang nak update pun..tapi tak ada isu yang nak difokuskan actually..just coretan harian je..
Firstly..hati sedikit gembira..mak mertua dah boleh berjalan tanpa bantuan tongkat. Walaupun perlahan tapi saya cukup bersyukur..tapi tu lah..dah biasa buat kerjakan..mak datang lah berjalan ke dapur jenguk saya masak. Memang dia pun tau menantu dia ni bukan pandai masak pun..main campak je..ada api..garam..minyak..air..dah la..Dia dok jenguk kuali saya yang di dalamnya ada sambal tumis udang dengan petai tengah menggelegak..dalam dengar tak dengar dia bercakap dan saya dekatkan telinga..ish..malu lak.. saya belum mandi lagi masa tu..sure lebih busuk dari petai...hehehe. Dia kata..bubuh gula sikit..dan saya anggukkan kepala dan lemparkan senyuman kepadanya dan dia balas..kembang hati saya kerana kesudiaannya jadi mentor saya memasak walaupun sekejap sahaja dan dia beredar..Sure sedar nanti menantu yang dah jadi menantu 19 tahun ini panik..tak jadi masak pulak nanti..kihkihkih..

Bab masak ni memang saya segan sangat dengan mak kerana mak juara memasak..semua yang dia masak sedap..dalam pantang pun dia yang jaga saya untuk keempat-empat anak. Masakan untuk orang dalam pantang pun sedap..ececeh..dalam pantang orang jaga makan ..saya membaham tak cukup mulut..ikan bilis goreng garing tumbuk ngan lada hitam campur halia, bawang putih dan bawang merah..waaalaaa..sedap mak oiii..hish..tapi jangan salah faham lak...saya bukan nak kembali ke zaman tu..just mengimbau..Tetapi sekarang mak tak terdaya nak masak lagi..

Sekarang ni dia bukan main eksen lagi..ewah...pergi ke dapur basuh pinggan sendiri lak..saya selalu larang..tetapi fikirkan dia pun boring duduk je di rumah..saya pun biarkan. Abah pun nampak boring..tetapi tak pe lah..abah berjalan keluar juga tengok suami saya handle game golf kat kolej. Bila saya tanya abah pegi mana?..dia kata dia pergi tengok ramai perempuan berlatih golf dan saya membalas sambil ketawa besar..abah tak tau ke?..depa tu bertanding pukul bola golf bukan berlatih..ye ke?..balas abah..tapi macam tak reti main je..ada orang tolong ajar..hehehe...abah yang tak reti main golf pun tau beza yang pandai dengan tidak..jadi golf ni tak hebat mana..hahaha...sensitif ni...tau suamiku..kes berat nih!

Minggu ni saya belum mula mengajar lagi...attend 4 hari kursus non-stop..tak larat dengar dah..sampai tepu..mula dengan kursus kepimpinan, sambung ES2Q dan kajian tindakan...letih otak ..ye lah ..lembam tul otak sekarang ni..dah tak asah selalu. ES2Q seronok juga...terapi spiritual kite. Hj Nazmi tu ajar kami bagaimana nak bentuk energy dalam diri..bercakap sendiri dengan diri supaya energy jadi positif dan kuat dan ini boleh buang segala penyakit yang sebenarnya berpunca daripada ketegangan emosi. Boleh kot saya buat untuk diri sendiri..kalau dah ok diri..baru boleh bantu orang lain..macam mak..saya rasa mak sakit kerana emosi dia selalu terganggu..yelah ada 8 anak..macam-macam hal..Saya yang baru 4 ni pun gangguan emosinya dah bertapuk...

Apapun saya harapkan apa yang sahaja perkara positif yang berlaku dalam seminggu ini sekurang-kurangnya berkekalan dan lebih baik lagi kalau bertambah cambah..bagai impian murni saya yang semakin bercambah sejak kebelakangan ini..alhamdulillah..

Jumaat, 15 Januari 2010

AL FATIHAH..


Saya terpanggil menulis tentang kucing memalam bute ni setelah membaca blog Si Mek manis tadi..nampaknya Mek sayang sangat pada kucing..apasal tak jadi doktor haiwan je?..ni nak jadi doktor manusia..tentu tenteram jiwa tengok binatang...tengok manusia hemm..banyak songeh..hehehe..nama pun dah tenteramkan jiwaku yang lara..bubulaci!!! heh!

Di atas ni foto kucing pakcik saya..lihat matanya yang sangat istimewa tu..sebelah biru..sebelah coklat dan dia senantiasa duduk dalam kabinet bawah dapur..namanya..tak ingat..bubukabinet kot..kahkahkah...

Sebenarnya saya agak sensitif dengan kucing..bukan alergik..tapi banyak kenangan dengan ibu saya. Ibu saya sangat sayangkan kucing. Sepanjang saya mulai kenali dia sebagai ibu..tak tau la masa umur saya berapa tahun ye?..rumah kami senantiasa dijalari sang kucing..saya tidak begitu suka..bukan kerana saya benci binatang tetapi kerana saya selalu jadi mangsa suruhan buang taik kucing dan basuh muntah kucing dan kencing kucing..anak sulung kan selalu jadi sasaran..anak yang lain..dok belai je...namun hati saya tetap sayang akan kucing..kerana saya percaya bahawa manusia yang sayangkan binatang adalah manusia yang lembut hatinya...

Setelah beranak empat pulak.. anak-anak saya mahukan hamster dan saya beli RM12 seekor ..mata pun tak celik lagi...empat ekor.. dan saya bela sampai besar..pun dah ditakdirkan saya jugalah yang membersihkan sangkar..bau.. ya tuhan..tapi seronok bila tengok anak-anak bermain dengannya..takdir tuhan tiada siapa yang tahu. Berkat mengomel senantiasa...tentang kerja membersih sangkar ini..hilang keempat-empat ekor..yang misterinya..pintu sangkar tak terbuka..bangkaipun tak jumpa..ghaib gitu je..hairan bin ajaib betul..bila anak-anak minta beli yang lain..saya protes habis-habisan..takut kena 'cuci jamban' hamster lagi..takkan kot saya dilahirkan untuk cuci jamban binatang...hish..tak baik kata camtukan!

Kembali ke pokok cerita...Ibu saya sering belai dan cium kucing..Pantang lalu..cepat disambar dan dicium beberapa kali..kekadang saya pun lemas melihatnya. Ibu saya ni pendiam sedikit tetapi dia sangat rajin bercakap dengan kucing..membidankan kucing dan jadi doktor kucing..Pernah membidankan kucing yang cacat 'anunya'..anak tersekat tidak dapat dilahirkan secara normal dan kami berdua perosah bagi keluar juga untuk menyelamatkan ibunya..time perosah saya jadi murderer sebab ada seekor tu tercabut kepala semasa saya tarik keluar..ibu saya jegilkan matanya..saya 'make do no' je..nampak tak tu ..betapa zalimnya saya..awas!!!. Anyway kesemua anaknya mati kat labour box..ye lah doktor tak berapa pakar..tercabut habih..kepala kaki segala..lepas tu adik-adik saya kebumikan anak-anak kucing tu siap batu nesan dan taburan bunga kertas sekali..sedih..dan saya selalu curi tengok dari tingkap bilik ...kalau diingat-ingatkan nak tergelak pun ada..siap bacaan al fatihah sekali..hish tragis...

Ada masa kucing demam..kami bagi Cortal untuk kanak-kanak..mak Mek bagi Panadol..over dos kot..kucing kami tak pernah lah sampai pengsan..mati ade!..ada juga yang jadi sihat ..bandage kaki ngan macam-macam termasuk keladi birah kalau accident atau cedera berkelahi dan pelbagailah lagi aktiviti ala doktor haiwan...ala-ala bantuan 'kebinatangan'..ade ke terma tu?..saya pun confuse..

Namun kenangan manis itu akan padam bila saya kenangkan saat terakhir sebelum ibu saya pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Lebih kurang seminggu sebelum dia meninggal dia gaduh kehilangan kucing kesayangannya yang sangat gebu dan cantik. Puas dicari dan akhirnya Abah jumpa mati dilanggar di tepi jalan besar. Abah bawa pulang dan kebumikannya. Ibu saya bermuram beberapa hari..saya turut simpati dan cuba tenangkannya..janji nak carikan kucing yang lain yang jauh lebih cantik..tetapi tidak kesampaian kerana ibu saya dijemput Allah sebelum saya sempat menggantikannya..

Saya terpaksa tamatkan kisah ini di sini kerana saya tidak terdaya menulis lagi ..hati sebak dan airmata semakin deras alirnya..semoga allah mencucuri rahmat ke atas roh ibu saya..al fatihah....

Khamis, 14 Januari 2010

BEBAYANG..

Mak dan Abah mertua ku baru baru sahaja bertolak balik ke Tapah beberapa jam yang lalu. Sambil mengemas bilik mereka..saya rasa terharu kerana rumah kembali sunyi..tidak pun boleh juga tengok keletah mak ngan abah...yang sekarang became more and more romantic ever.
Alhamdullilah..mak pun dah semakin kuat dan pagi tadi bergerak lebih pantas tanpa tongkat..mungkin suntikan rasa riang nak tengok rumah di kampung . Balik sekejap jengok rumah je..saya pesan dua tiga kali..mak..jangan tak balik sini pulak nanti!..sambil ketawa kecil..mak senyum meleret..segar hati saya melihat senyuman mak..Suami saya kesiankan mak kot..dia bawa balik sekejap..walaupun jauh..biarlah..mereka makan angin..saya tak boleh balik bersama kerana anak- anak perlu dijenguk hujung minggu ini..harap mereka berdua gembira...
Setelah mereka beredar dari parking lot..saya berjalan naik dan dalam pada itu kelihatan bayang saya di sinar mentari dari belakang..aku kah itu??? Mengapa terdetik bertanya dalam hati..memang diri saya dalam bayang tu...saya snap gambar..naik ke rumah sambil berteka teki dalam hati kecil ..yang sangat kecil rupanya....
Saya duduk sendirian..merenung diri..hidup yang diselindungi bayang-bayang..masa silam..masa sekarang..dan masa akan datang..Selalu terkenang masa silam yang sangat indah..ceria..lepas dan bebas...mengharungi usia remaja dengan gelak ketawa dan penuh dengan aktiviti pengembaraan mendaki gunung dan mengharungi lautan..menari ..menyanyi..berdrama Melayu dan Inggeris ...mendeklamasi puisi..melontar lembing..melempar cakera..melompat palang..menerjah pasir di padang..merentasi desa orang asli.segala-galanya saya simpan jauh di sudut kenangan. Tersangat indah...
Kini..setiap hari berjuang mencurah bakti buat anak-anak didik..mengajar mereka bersopan beradab..melihat diri secara positif..membina imej diri sendiri...berasertif...hemmmm...mungkin hanya secebis kecil makna hidup yang dapat saya sumbangkan.
Esok..entah bagaimana agaknya???..adakah saya masih berdaya berdiri mencipta bayang seperti ini lagi..kerana ibaratnya melihat mak yang tidak berdaya itu...melihat perjalanan hidup saya yang tidak begitu stabil..simpang perenang...haru biru ..kerana jiwa saya yang tidak setabah mana..tak terjangkau akal memikirkannya.
Jauh di sudut hati saya yang kecil itu bertanya adakah perjalanan hidup saya 10 tahun lagi akan bertambah baik atau sebaliknya???..atau tewaskah saya dengan suara hati yang kerapkalinya nakal mencari akal???... Harapan saya..sekurang-kurangnya bebayang saya masih berdiri utuh seperti ini..walaupun tidak sekuat mana...walaupun sekadar 'bebayang' yang sedang mencari jalan pulang...doakan saya....

Rabu, 13 Januari 2010

LASU...


Taraaaaa...foto ni sengaja saya 'aging'kan..nak tengok...ke depan nu..mungkin 10 tahun akan datang..macamana rupanya ye..hehehe..

Saya snap foto ini semasa sedang resah gelisah menungu Sipau pulang dari sekolah..jalan jam..dan saya puas menjenguk..sampai sakit urat tengkok..Sipau tak muncul-muncul..alih-alih nampak si gebu tu berjalan ke arah kereta sambil menggonggong aiskrim..nak marah ada..nak gelak pun ada..tak perlu saya membuka mulut bertanya..dia akan terjah saya dengan seribu jawapan..tak nampak ibu lah..cikgu suruh siapkan kerja lah...dok sembang dengan si anu dan si anu sampai tak perasan ibu datang lah..saya dengar sepintas lalu..kalau tak dengar dia marah..berilah jawapan sepotong dua..asalkan puas hati..

Saya cuma ada lebih kurang dua tahun sahaja lagi untuk menunggu seperti ini..setelah hampir separuh hidup saya habiskan dengan menunggu dan menanti ..terutamanya menanti anak-anak..pulang sekolah..tuisyen..kokurikulum..dan sebagainya. Kekadang saya terasa sayu..Sipau akan tinggalkan saya pulak..hem..nak buat apa nanti...saya perlu isi masa..sekarang tengah fikirkan nak buat apa.. mengait... menjahit.. menyangkul atau melalak sahaja???..kihkihkih

Apabila terlalu kerap menanti..jadi mangli dan tanpanya hidup jadi sepi tiada bererti. Namun berhati-hatilah kerana penantian yang tiada kesudahan juga mampu menjadikan jiwa sangat terhempit..sempit...pedih..dan sedih. Saya pun tidak pernah menduga dalam menanti ini terselit jua sebuah penantian yang 'sangat bodoh' ...yang tiada kesudahannya hingga ke akhir hayat..terus lasu sebagaimana foto saya yang satu itu....

Selasa, 12 Januari 2010

USAIKAN SAJA...

Ada dua insan muda yang segak, bergaya, manis dan menawan dalam hidup saya sedang resah gelisah..gundah gulana mengharungi hidup mereka kini..sebenarnya tuhan sedang menduga mereka..
Kedua mereka tidak pernah menduga..apalagi meminta..suratan takdir menjelma..menghujani hidup dengan duka secara tiba-tiba sehingga habis basah sebuah kisah cinta dek airmata. Saya turut bersimpati..simpati cuma tinggal simpati... tiada apa ertinya mungkin.
Saya nak bercerita..tiada tahu sedalam-dalamnya hujung pangkal angkara. Melihat dengan mata hati melalui blog masing-masing..sangat menyedihkan..sangat sayu..hidup keduanya kian layu..bagai tiada lagi hembusan bayu..jiwa ria semakin malu..terus kuyu
Adik-adikku..kedua-duanya..kakak sulung ini hanya mampu memberi ungkapan jalan penyelesaian..jangan dipendam perasaan..sehingga selisih rasa..selisih percaya..selisih kasih sehingga menjadi pedih ..larih...Berkatalah..berterus terang..kerana masing-masing tiada faham isi rongga hati pihak yang lain..buang kisah orang ketiga itu..anggap tidak wujud..kerana itulah pengganggu penyelesaian duduk perkara. Padamkan 'dia' dari ingatan kalian..bersidang berdua sendirian..berkata benar..berkata tanpa selindung..tentu tiada siapa dirundung gelisah..apa kehendak sebenar jauh disudut hati..jangan dibiar kudis ini melarat menjadi tokak..kelak sakitnya tiada terubatkan.
Andai tiada lagi percaya..andai sudah terluka jiwa..ubatnya juga sudah tiada..usaikan sahaja cerita ini...jangan diperpanjangkan lagi..usah saling melukai lagi..kelak terus memakan diri...Jika kasih itu sejati tetapi hati tidak sekebal beluti lagi..lepaskan dia pergi..kerana pengorbanan itu mungkin lebih bererti daripada terus menyakiti...hanya doa yang dapat kekanda titipkan..semoga terlerai.. USAI...

Isnin, 11 Januari 2010

NGIDAM...

Saya terpanggil menulis kisah yang saya kira bersifat satira. Nak gelak pun ada ..ada masa sedih pun ada..kisah silam yang sering melintas ruang kenangan saya.
Ini kisah mengidam..empat anak..lain-lain benda saya idamkan. Ada orang kata mengidam ini memanglah dah adat orang mengandung. Yang hairannya orang Melayu je yang mengidam..orang lain tidak..mengapa ye?. Menurut ahli sains sebab perubahan hormon..tu teringin serba manike tu..ahh..pedulikan lah..janji apa yang diidam dapat.
Mengandungkan Akak memang taste saya sangat luar biasa. Awal mengandung saya asyik nak makan KFC..masa tu..sedihnya cuma ada motor Yamaha CDi ..tu pun second hand. Kami selalu ke Bidor..tragisnya pada suatu malam..dalam perjalanan pulang...lampu motor rosak..lori hampir rempuh kami memalam buta tu dan suami saya suruh pegang dia kuat-kuat dan hujan gerimis . Dalam kepekatan malam..saya ketakutan..dan airmata menitis..mengenangkan kami berdepan dengan maut..bawa motor malam-malam tak berlampu..kami terpaksa singgah rumah kawannya di Sungkai dan pinjam kereta..esoknya suami saya pulangkan dan ambil motor buruk kami.
Mulai hari tu saya tak boleh tengok ayam..suami makan pun saya mengamuk sakan dalam hati sepanjang tempoh mengandung tu ..nak termuntah. Tiba pulak idea baru ..idaman baru...nak beli kerete Nissan Sunny Extra..ececeh...oii Mal..pertama kali aku dengar bini orang mengidam nak beli kete nissan ni..hehehe..habis satu sekolah heboh dan masing-masing tolong cari contact..mana nak cari..rezeki saya..dapatlah kerete Nissan Sunny extra 2 secondhand di Ipoh. Saya tersenyum lebar dari telinga ke telinga..dengan perut besar tu..suami belakang..tak nampak punya..saya besar gedabak
Kisah mengidam ni tak tamat di situ...setiap kali balik ke Tg. Malim bila berhenti di gate keretapi..akan nampak Express Langkawi lalu..setiap kali lalu entah mengapa rasa sayu...airmata menitis tengok...akhirnya bersuara..abang..teringin nak naik keretapi tu...tapi suami saya buat dek je..ishh dia ni ade-ade je..saya agaklah..itu yang difikirkan..genap 7 bulan mengandung..tibalah hari jadi saya..dan suami saya hulurkan sekotak hadiah..suspen oooo..saya buka dan nak tau apa isinya...dua tiket keretapi..saya tersengih dan peluk suami saya..sure dia lemas...ye lah..saya kan sebesar-besarnya..dengan perut lagi...lalu sampailah kami ke Pulau Pinang menaiki keretapi..mertua saya siap suruh bawa sepasang dua baju baby dan kain napkin..takut terbersalin kat sana..kalau fikir-fikir..mengapa lah saya siksa suami saya tu..hemm..padan muka dia..kahkahkah. Eh..lupa..ngidam telur penyu lak..abah kirim kat kawan beli di Terengganu..macam-macam. Habis saya makan dekat 5 biji kot...
Ngandung anak kedua ngidam nak makan burung puyuh..puaslah suami saya carikan ..akhirnya dengar orang kata ada di Pumpong..cari punya cari..jumpa dan saya makan dengan lahapnya. Suatu malam pergi pasar malam Changlun..rupanya berbakul-bakul orang jual burung puyuh goreng...punyelah... Ngandung yang ketiga pulak ngidam nak makan ubi muda rebus..mak mertua saya jenuh cari dan dapatlah beberapa kerat dan rebus..saya makan sampai habis cicah sambal belacan ..yummy..tu Deeha sedikit cerah kot..berkat warna ubi tu. Satu petang dalam perjalanan pulang ke UUM..nah berguni-guni orang jual di tepi jalan..hahahaha
Ngandung Sipau..teringin pulak makan ikan puyu. Abah kerah orang memancing kat lombong di kampung ..Alhamdulillah dapatlah beberapa ekor..digoreng dan saya makan dengan penuh perasaan..teringin sesangat..dan hingga kini Sipau mengungkit..mengapa saya makan ikan puyu..dah lah dia pun hitam macam ikan puyu tu jugak..kuang..kuang..kuang.
Itu lah saya..setiap kali mengandung..menyusahkan ramai orang kerana mengidamkan macam-macam..insyaallah dalam usia 46 tahun ni takkan nak mengidam lagi kot..kihkihkih...moralnya apa ye?...mungkin Allah menguji kesabaran suami saya yang sesangatlah sabarnya itu. Dia tidak pernah mengeluh..nak marah ke..ape ke.. bila saya minta macam-macam..habis semua orang tau saya nak makan itu ..ini..akibat dia puas mencari..Kini..bila saya nak marahkan dia..bila terkenangkan kisah ngidam ni ...segala-galanya bagai hilang terpadam..huhuhu

Sabtu, 9 Januari 2010

KHIDMATNYA...





Kami baru sahaja pulang dari Perlis. Jam 12.30tgh pergi melawat Angah, makan tengahari di sana..ala-ala picnic gitu..tetapi Angah bad mood hari ni kerana dia tidak berpeluang outing kerana dah berjanji saya akan datang jam 12.00. Bila kami lambat dia sedikit kecewa. Apapun biarlah...nanti dia akan faham..bila dia fikir sendiri...abah pun ada kata..mana ibu nak cepat. Memasak sampai 4 jenis masakan..lemak ikan siakap dengan daun kesum, goreng tiram ayam, tumis kobis panjang, ulam raja dan petai dengan sambal kelapa..mana nak cepat. Abah makan banyak jugak..katanya berselera makan sambil dihembus angin begitu..mak pun makan habis nasinya hari ni...
Kami singgah sembahyang zohor on the way to Padang Besar. Sudah lama juga tak ke sana. Suami saya sengaja ambil kesempatan bawa mak berjalan sekali. Tentu jemu duduk di rumah sahaja. Memang ramai ke Padang Besar hari ni. Sesak..nak cari lot parkir pun susah. Namun..saya dah niat dalam hati..ya allah..permudahkanlah urusanku..termasuklah dalam urusan parking ni...sesak macamana pun insyaallah..tak lah susah sangat..rezeki tetap ada..Ada saje ruang kosong untuk kami. Suami saya terkial-kial jugalah mulanya tolak kerusi roda mak..lama-lama semakin expert..hihihi..seronok tengok dia layani mak...
Mak teringin makan buah delima dan limau siam...suami belikan delima dan mak beli sendiri limau. Walaupun tak boleh nak bercakap dan berjalan sangat..semangat dan hobinya shopping barang makan tetap sama. Beli limau 3kg..saya heran jugak..tapi tak mau melarang..biarlah dia shopping sikit..hehehe..kami carikan long pants dan t.shirt untuk dia..boleh pakai jalan-jalan nanti. Saya ni biasalah..urusan shopping ni dua kali lima jugak dengan mak. Nak belikan skirt labuh ..suami saya tak setuju..katanya nanti susah mak nak jalan. Betul jugak. Dalam nak balik tu sempat singgah di kedai jual bakul..saya mulalah confuse yang mana cantik..mak tolong pilihkan..alhamdulillah..saya rasa itulah pilihan terbaik..tu..bakul sebelah Sipau..cantik!
Dalam perjalanan pulang mak makan limau..tu dalam gambar kat atas..dia keluarkan limau yang telah dikupasnya dari beg tangan..Fuyooo..mak mertua saya ni maintain melawa..vogue tau..yang menyentuh hati saya dia hulurkan yang dah berkupas kat saya sambil mengangguk-ngangguk suruh saya ambil..saya ambil dua ulas dan dia hulurkan pula pada Sipau dan dia ambil seulas. Dalam plastik kan banyak..saya boleh ambil sendiri..tapi dia nak bagi juga yang telah dikupasnya...dan dia kupas pula untuk suami saya dan hulurkan tangannya ke depan...saya sangat terharu..cepat-cepat menoleh ke luar tingkap..mata saya mula berkaca tak dapat menahan sebak...itu lah kiranya seorang ibu..berkorban apa sahaja..dalam ketidakmampuan ..masih mahu menghulurkan khidmatnya yang tidak pernah putus semasa sihatnya ...saya sangat-sangat tersentuh....saya kesat airmata itu.. toleh semula ke arah mak sambil tersenyum....

Jumaat, 8 Januari 2010

PINTAKU...


Diatas ni gambar mak mertua saya dan Sipau. Mak nampaknya semakin cergas berbanding hari pertama dia datang dulu. Mak semakin cepat berjalan walaupun masih membawa tongkat sokongan. Tangan kiri mak dah semakin cekap memegang dan berupaya susun baju sendiri dalam beg. Banyak benda yang dikemaskannya. Kaki kirinya juga semakin kuat dan dia hampir taichi abah dengan kaki kirinya itu bila abah nak curi air sirapnya untuk makan ubat. Kelmarin lebih hebat lagi..bila dia menjuih-juih mulut marahkan abah sambil berjalan gengam ubat paksa abah makan. Saya terkekeh-kekeh ketawa tengok keletah mereka. Benarlah kata orang..semakin tua perangai kita semakin menjadi seperti kanak-kanak..

Apapun syukur ke hadrat illahi kerana mak semakin pulih..pagi tadi dia baca newspaper di belakang Sipau. Khusyuk sungguh..mak memang suka membaca..pasal artis ke apa ke boleh update ngan mak..hehehe. Saya pulak mengemas mana yang patut..semasa saya curi snap gambar ni..saya tengah trim pokok bunga..bukakan pintu rumah luas-luas biar mak rasa sedikit selesa. Abah..suami saya bawa ke Alor Setar bayar bil. Nampak memang tension tak boleh berjalan ke mana..ye lah..kami kerja. Harapkan Akak sahaja di rumah.

Sebentar tadi adik ipar bongsu saya Nuoi datang. Suami saya jemput dari UUM untuk tunggu mak sementara kami nak melawat Deeha di Jitra. Saya baru pulang dari hantar Sipau tusyen. Dapatlah legakan hati mak. Dan sebenarnya..jika mak duduk di sini..tiga orang anak akan dapat bersama bila ada kelapangan berbanding di Tapah Road..memang tiada anak yang tinggal berhampiran..paling dekat pun KL.

Saya doakan semoga mak akan terus kuat dan pulih. Saya sehari dua ni agak sedih..dua anakanda saya dah pulang ke asrama semula. Kain baju untuk dibasuh yang sering disiapkan oleh putra saya satu-satunya itu semakin banyak di belakang...terasa sangat bantuannya walaupun sekadar membasuh baju...Mungkin itu jugalah perasaan yang dilalui mertua saya..kehilangan anak-anak di sisi seorang demi seorang..pulang berkunjung jarang-jarang sekali. Hem...insyaalah saya bantulah sekadar yang boleh...ke mana lagi mereka harus pergi..siapa nak mengurusi..mak..abah...pintaku cuma satu..doakan sahaja kesihatanku..

Sabtu, 2 Januari 2010

YANG MANIS...

Saya tidak pernah menduga akan hadir dua insan ..mak dan abah tinggal bersama kami..sesungguhnya tidak pernah..Namun saya percaya allah telah memilih saya untuk berkongsi rasa dan perasaan..berkongsi kehidupan dan harapan...dalam keuzuran ada romantisnya..hehehe..saya sangat teruja untuk bercerita..
Semasa shopping di TESCO ..waktu makan saya lihat mak dan abah berkongsi bihun sup...saya suruh suami beli yang lain tetapi mereka menolak. Abah ceduk dengan sudu masukkan ke piring mak..mak makan perlahan-lahan. Abah senyum tengok mak makan. Suami bantu suapkan sedikit bihun..saya juga sudukan kuah ke mulut mak...mak nampak hiba..tetapi dia terus makan..saya dan suami duduk rapat..masing-masing nak bantu mak..ish...kami pulak rasa macam baru kawin...dan mata abah...renung mak mengunyah pelan-pelan...hem...abah nampak sayang sangat pada mak..

Pagi kelmarin abah dengan mak duduk beradap dalam bilik..saya masuk nak sembang..nampak abah gelakkan mak..saya tanyakan mengapa..katanya tengah malam tadi dia terkejut dengar bunyi besi jatuh..ingat mak jatuh..rupanya tangga katil jatuh kerana mak swing dengan tangannya..hehehe..mak tergelak dan dia campakkan selimut ke ribaan abah..dan abah terkekeh ketawa..konon marah mak campakkan selimut tu...

Pagi tadi juga ada cerita..malam tadi abah kesejukan..perlahankan kipas..mak panas..kemarahan..dan dia cucuk abah dengan tongkat besi dia dan mak ketawa sambil menutup mulut dan abah tergelak besar..saya tumpang ketawa..hehehe

Sedarlah saya kini rupanya masih ada yang manis dalam dalam ketidakdayaan itu. Senyum dan harapan itulah yang sangat-sangat saya dambakan selama ini...harapan saya semoga pada kehidupan tua saya masih ada yang manis..walaupun secalit cuma...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...