Sabtu, 9 Januari 2010

KHIDMATNYA...





Kami baru sahaja pulang dari Perlis. Jam 12.30tgh pergi melawat Angah, makan tengahari di sana..ala-ala picnic gitu..tetapi Angah bad mood hari ni kerana dia tidak berpeluang outing kerana dah berjanji saya akan datang jam 12.00. Bila kami lambat dia sedikit kecewa. Apapun biarlah...nanti dia akan faham..bila dia fikir sendiri...abah pun ada kata..mana ibu nak cepat. Memasak sampai 4 jenis masakan..lemak ikan siakap dengan daun kesum, goreng tiram ayam, tumis kobis panjang, ulam raja dan petai dengan sambal kelapa..mana nak cepat. Abah makan banyak jugak..katanya berselera makan sambil dihembus angin begitu..mak pun makan habis nasinya hari ni...
Kami singgah sembahyang zohor on the way to Padang Besar. Sudah lama juga tak ke sana. Suami saya sengaja ambil kesempatan bawa mak berjalan sekali. Tentu jemu duduk di rumah sahaja. Memang ramai ke Padang Besar hari ni. Sesak..nak cari lot parkir pun susah. Namun..saya dah niat dalam hati..ya allah..permudahkanlah urusanku..termasuklah dalam urusan parking ni...sesak macamana pun insyaallah..tak lah susah sangat..rezeki tetap ada..Ada saje ruang kosong untuk kami. Suami saya terkial-kial jugalah mulanya tolak kerusi roda mak..lama-lama semakin expert..hihihi..seronok tengok dia layani mak...
Mak teringin makan buah delima dan limau siam...suami belikan delima dan mak beli sendiri limau. Walaupun tak boleh nak bercakap dan berjalan sangat..semangat dan hobinya shopping barang makan tetap sama. Beli limau 3kg..saya heran jugak..tapi tak mau melarang..biarlah dia shopping sikit..hehehe..kami carikan long pants dan t.shirt untuk dia..boleh pakai jalan-jalan nanti. Saya ni biasalah..urusan shopping ni dua kali lima jugak dengan mak. Nak belikan skirt labuh ..suami saya tak setuju..katanya nanti susah mak nak jalan. Betul jugak. Dalam nak balik tu sempat singgah di kedai jual bakul..saya mulalah confuse yang mana cantik..mak tolong pilihkan..alhamdulillah..saya rasa itulah pilihan terbaik..tu..bakul sebelah Sipau..cantik!
Dalam perjalanan pulang mak makan limau..tu dalam gambar kat atas..dia keluarkan limau yang telah dikupasnya dari beg tangan..Fuyooo..mak mertua saya ni maintain melawa..vogue tau..yang menyentuh hati saya dia hulurkan yang dah berkupas kat saya sambil mengangguk-ngangguk suruh saya ambil..saya ambil dua ulas dan dia hulurkan pula pada Sipau dan dia ambil seulas. Dalam plastik kan banyak..saya boleh ambil sendiri..tapi dia nak bagi juga yang telah dikupasnya...dan dia kupas pula untuk suami saya dan hulurkan tangannya ke depan...saya sangat terharu..cepat-cepat menoleh ke luar tingkap..mata saya mula berkaca tak dapat menahan sebak...itu lah kiranya seorang ibu..berkorban apa sahaja..dalam ketidakmampuan ..masih mahu menghulurkan khidmatnya yang tidak pernah putus semasa sihatnya ...saya sangat-sangat tersentuh....saya kesat airmata itu.. toleh semula ke arah mak sambil tersenyum....

8 ulasan:

  1. kasih dan cinta ibu, xde tolok bandingan.. sy hrp mak abh k.long akn sntiasa sehat.

    sy hrp satu hari sy mampu balas smer jasa, kasih, cinta kdua org tua sy k.long...

    (":)

    BalasPadam
  2. insyaalah..tu le belajar sungguh-sungguh..kejayaan itu sudah cukup membalas jasa dan cinta orang tua...k.long yakin u can do it..gogogogogo dianarahmanO!

    BalasPadam
  3. baik cikgu!!! sy akan berusaha sungguh2. ya! berusaha! *smngt baru dr cikgu yg adorable*

    heheheheh~

    BalasPadam
  4. cikgu ni garang tau...mana rotan ni...nak belah tiga!!! sebab kat sana ada 3 anak dara...

    BalasPadam
  5. uiks! sakit ckgu!

    *mata-berkaca-kaca-nk-mula-nangis*

    *larik*

    hahahah.

    lv u k.long.. :D

    BalasPadam
  6. weh..nangis kena rotan ke nangis ape ni hah..usaikan segalanya...luv u 2

    BalasPadam
  7. msti la nangis kne rotan!!! haha. nangis2 lain x valid dh. dh kering air mata. hehehehe....

    muah!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...