Jumaat, 8 Januari 2010

PINTAKU...


Diatas ni gambar mak mertua saya dan Sipau. Mak nampaknya semakin cergas berbanding hari pertama dia datang dulu. Mak semakin cepat berjalan walaupun masih membawa tongkat sokongan. Tangan kiri mak dah semakin cekap memegang dan berupaya susun baju sendiri dalam beg. Banyak benda yang dikemaskannya. Kaki kirinya juga semakin kuat dan dia hampir taichi abah dengan kaki kirinya itu bila abah nak curi air sirapnya untuk makan ubat. Kelmarin lebih hebat lagi..bila dia menjuih-juih mulut marahkan abah sambil berjalan gengam ubat paksa abah makan. Saya terkekeh-kekeh ketawa tengok keletah mereka. Benarlah kata orang..semakin tua perangai kita semakin menjadi seperti kanak-kanak..

Apapun syukur ke hadrat illahi kerana mak semakin pulih..pagi tadi dia baca newspaper di belakang Sipau. Khusyuk sungguh..mak memang suka membaca..pasal artis ke apa ke boleh update ngan mak..hehehe. Saya pulak mengemas mana yang patut..semasa saya curi snap gambar ni..saya tengah trim pokok bunga..bukakan pintu rumah luas-luas biar mak rasa sedikit selesa. Abah..suami saya bawa ke Alor Setar bayar bil. Nampak memang tension tak boleh berjalan ke mana..ye lah..kami kerja. Harapkan Akak sahaja di rumah.

Sebentar tadi adik ipar bongsu saya Nuoi datang. Suami saya jemput dari UUM untuk tunggu mak sementara kami nak melawat Deeha di Jitra. Saya baru pulang dari hantar Sipau tusyen. Dapatlah legakan hati mak. Dan sebenarnya..jika mak duduk di sini..tiga orang anak akan dapat bersama bila ada kelapangan berbanding di Tapah Road..memang tiada anak yang tinggal berhampiran..paling dekat pun KL.

Saya doakan semoga mak akan terus kuat dan pulih. Saya sehari dua ni agak sedih..dua anakanda saya dah pulang ke asrama semula. Kain baju untuk dibasuh yang sering disiapkan oleh putra saya satu-satunya itu semakin banyak di belakang...terasa sangat bantuannya walaupun sekadar membasuh baju...Mungkin itu jugalah perasaan yang dilalui mertua saya..kehilangan anak-anak di sisi seorang demi seorang..pulang berkunjung jarang-jarang sekali. Hem...insyaalah saya bantulah sekadar yang boleh...ke mana lagi mereka harus pergi..siapa nak mengurusi..mak..abah...pintaku cuma satu..doakan sahaja kesihatanku..

6 ulasan:

  1. kak long kuat! kak long kuat! kak long kuat! huhu. tak kuat pn kne kuat jgak. huhu.

    sy doakan kak long sehat dan gagah berlari seperti dulu. jage ksihatan eh kak long.

    kak long rndu ank2, ank2 pn rindu kt kak long. pcayalah ckp sy.. sy kan ank yg duk jauh dari mak sy gak. huhuhu.

    take care kak long. lv u. muah!

    BalasPadam
  2. insyaAllah long.. chik doakan kaklong sihat slalu..=) long, ujung bulan ni chik dtg k..=) take care long.. kem slm semua.. love all of you..

    BalasPadam
  3. kejora...

    thanx 4 ur support..k.long memang kena kuat..alhamdulillah mak semakin ok..tadi belikan majalah ada gossip artis sesikit...hehehe

    chik...
    datanglah bila ada masa..mak tentu gembira tengok anak keliling dia..k.long akan jaga mak sedaya yang ada...insyaallah..

    BalasPadam
  4. mak bace gossip artis??? cam nenek sy. hehe. suke gossip artis.

    BalasPadam
  5. laaa.rasanya bukan nenek je...cucu dia lagi teruk..kahkahkah

    BalasPadam
  6. ish2. cucu die mane bace gossip artis. cucu die ni update gossip x artis je. hahaha.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...