menyulam rasa.. mengungkap cerita... di lembaran hati yang semakin kusam.. namun tetap setia meniti masa
Ahad, 31 Mei 2009
MENJELANG MALAM
CORETAN PAGI
Pemandangan dari jendela hotel...yg biru..bangunan wawasan open univer...
Si bongu...seronok ...di tab jakuzi...
dalam perjalanan pulang..atas feri bersama Aiman...
Khamis, 28 Mei 2009
KENANGAN...
Kenangan manis akan tetap abadi dalam kenangan....tak mungkin berulang lagi sampai bila-bila...Anak-anak masih kecil...bergantung kepada saya sepenuhnya..wajah masih suci dan murni. Saya dan suami..hahaha ...honeymoon di Beijing seminggu. Tidak tergambarkan betapa sedihnya saya meninggalkan anak-anak semasa itu..saya menangis setiap malam di Beijing...terutama teringatkan si bongsu yang comei tembam itu.
Namun berbaloi ke sana...hati berbunga melihat bunga ros berkembangan dan layaknya jadi divider jalan sahaja di sana...basikal jadi kenderaan utama berupaya bawa almari baju besar di belakangnya ...sup telor yang kandungannya hanya telur, air dan secebis dua daun sup, teh cina bauan melur setiap hari dan ikan air tawar kukus dengan kicap semata. Daging kibas pun ada...kekawan saya ada yang sampai seminggu makan maggi sahaja. Muntah belillah bau bawang putih dan sos tiram.Tandas tanpa paip air dan kami kelek botol mineral ke mana sahaja...bukan untuk minum tapi untuk ke tandas yang ala koboi itu. hem..bila nak ke sana lagi?? Tak kot...saya masih terbau teh cina di merata tempat...
Maaflah kerana gambar di atas kurang jelas...saya snap terus dari frame gambar sahaja. Teringat nak masukkan dalam blog ni ketika duduk mengadap frame gambar di kubikal ofis...benar-benar mengimbau kenangan lalu. Cukuplah ...buat renungan semua. Chik..tak leh lawan gambar hampa ala hindustani tu...
Selasa, 26 Mei 2009
KAD ATM
Kelmarin memang meletihkan. Gaji dah masuk...si bongsu merengek nak beli bathrobe yang diidamkan. Dengan harapan yang tinggi kami ke C-mart. Malangnya kad saya stuck tak boleh masuk dan kami meluru ke Jitra. Bukan apa...saya nak bawa anak pergi holiday this weekend...kalau kad atm tak boleh digunakan...macamana pulak. Alhamdulillah boleh dan saya keluarkan banyak jugaklah...takut tak boleh guna pulak esoknya..
Hari ini selepas mesyuarat unit saya ke bank rakyat buat kad baru ... rosak kot. Dalam hati kata begitu. Sampai di kaunter saya maklumkan masalah dan pegawai bank dimaklumkan dan dia jumpa saya dan kata kad tu tak ada masalah. Saya kata...kalau tak ada masalah kenapa tak boleh guna di 3 atm bankcard di Changlun? Dia jawab...tapi di sini boleh kan?...u try...memang lah boleh guna...saya menyambut...tapi takkan setiap kali nak keluarkan duit saya terpaksa ke Jitra untuk keluarkan duit...suara saya mula meninggi..Tak boleh tukar kad baru ke?...tanya saya....boleh guna lagi kad ni...ini version yang lama...kalau nak yang baru kena bayar...suara saya semakin meninggi...buat sajelah yang baru...berapa pun saya bayar..asalkan saya boleh gunakan di mana-mana atm bankcard...takut emergency... dia bersetuju dan serahkan borang.
Saya mengisi borang dengan hati yang lega. Dalam menunggu saya baru perasan ramainya orang dalam bank tu..hehehe. Dahlah suara saya ni kuat. Mesti semua orang dengar apa saya cakap. Pensyarah la katakan...tak bersyarah...tak sah. Ada seorang lelaki tu senyum-senyum kambing pandang saya...tentu dalam hati dia berkata...ishhh...ganasnya...kahkahkah. Menyesal pun ada...pegawai tu cakap lembut je...tapi saya ni...yelah ...kerana saya rasa cakap dia tu tak ada rasionalnya. Setakat rm8 takkan saya tak terbayar...daripada saya terpaksa buang duit minyak kereta berulang alik ke Jitra.
Ingat-ingat geli hati pun ada sakit hati pun ada. Sampai kat kolej teringat pulak dia tak pulangkan kad atm saya yang asal sedangkan masih boleh digunakan dan saya dah masukkan password yang sama. Alahai...saya pun rushing pulak ke atm dan tukar pin number. Aiii...duit kan banyak...tunggakkan DG48..hahaha. Tu nak holiday tu...beli sikit benda untuk anak-anak. Tak boleh holiday panjang...akak dan angah nak periksa...saya semakin takut sekarang.
Banyak benda lagi perlu di selesaikan. Audit ISO (real punye) ...17hb dan 18 Jun ni...kertas kerja bengkel nak buat...backdated pulaknya... minit ... banyak lagi tak selesai...aaaaaaaaaaahhhhhhhh...boleh sakit jiwa dibuatnya. Nasib baiklah ada blog ni. Boleh gak curah perasaan....
Namun...alhamdulillah... saya bersyukur kepada allah...kerana semakin hari...cabaran dan rintangan ini semakin mendewasakan saya. Banyak kerja yang tak pernah saya buat sebelum ni dah terlaksana dengan baik. Ada hikmah di sebaliknya....Yang saya pohon... allah terus memberi saya ketabahan dan kesihatan menghadapi segala dugaan...dalam gelumang dosa...kurniakanlah kepada saya sedikit pahala....aminnnnn...
Jumaat, 22 Mei 2009
SENJAKALA
RIBUT
Gambar di atas saya rakamkan beberapa minggu yang lalu...bersama hati dan perasaan saya yang keributannya hampir seiras. Rasa sedih dan sayu..sejuk dan dingin...cuba memadamkan kehangatan yang sedia ada dalam diri.
Rabu, 20 Mei 2009
KESAKITAN...
Ekspresi wajah...menggambarkan perasaan sakit hati...hahaha
Kelmarin merupakan hari yang sangat menyengat. Gastrik saya menyerang semula....dah MC pun hari Isnin. Saya tak boleh bangun pagi itu...sakit yang sangat-sangat menyengat...hubby ke KL dan yang ada hanya si bongsu. Pagi itu tergambar kerisauan yang melanda perasaan si bongsu....kesian...terpaksa ponteng sekolah. Dia menjaga saya sesungguh...sampai nak bangun ke tandas pun ditanyai nak ke mana..hahaha
Dah berminggu-minggu saya tension. Kemuncaknya minggu lepas. Belum sempat berakhir datang pula yang baru...saya dilantik pula jadi setiausaha bengkel pelan perancangan strategik KMK. Ya allah...saya tidak terkata apa. Segala yang berat saya rasa terbeban di atas batu jemala. Hujung minggu ke sana ke sini dan ada tamu...hubby pula hantar fasilitator balik KL. Saya rasa dunia ni terlalu cepat berputar dan saya terbuai di dalamnya dengan memikul beban yang sangat berat. Akhirnya perut saya mula meragam. Tiada lagi keindahan dalam hidup...Sakitnya teramat...hanya tuhan yang tahu.
Hari ini audit dalaman ISO..dalam menyediakan apa yang patut..surat menyurat dan agihan tugasan kumpulan..terpaksa difikirkan. Buat kerja sambil menyambil. Teringat yang ini buat yang ini...teringat yang itu buat yang itu. Teringat pulak akak pagi tadi menelefon...nak exam...result yang lepas..teruk bukan main...Rasa nak pengsan dibuatnya...buat yang sihat mungkin tak mengapa tetapi bagi saya...al maklum sahaja
Si bongsu pula asyik menyungut nak cycling keliling kolej. Macamana nak penuhi tuntutan...perut saya sakit...puas pujuk suruh dia berbasikal sendirian sambil saya duduk di tepi longkang tengokkan dia. Saya bimbang akan keselamatan dia. Petang ni tak tau macamana. Saya sedang mencatat dalam blog ini dan dia menyiapkan kerja sekolah...tak sampai hati menghampakan. Sebelum balik nak masukkan memo di punch card. Alhamdulillah Yati ,Yan ,Odah n Ita sanggup membantu jadi AJK. Semua cekap belaka...thanx a lot kerana memahami..
Harapan saya...pihak pengurusan fahamilah keadaan saya..saya boleh bekerja tetapi ada had dan batasannya. Kalau saya tumbang nanti...siapa nak tengokkan si bongsu yang manja tu..hubby pun tak pernah tak sibuk..sibuk memanjang. Dahlah saudara mara jauh di sana. Keluhan hanya boleh saya lontarkan di sini.. kemana lagi...siapa yang mahu mendengar dan percaya...tiada siapa...kecuali Allah jua...doakan saya terus tabah menghadapi dugaan ini...insyaallah...
Ahad, 17 Mei 2009
HADIAH...
Timbunan hadiah...untunglah si guru...
Jumaat, 15 Mei 2009
LEGA...
Bersedia untuk majlis ikrar
Selasa, 12 Mei 2009
KUSUT MASAI DAAAA....
Ahad, 10 Mei 2009
KAD BIRU dan SMS...
mother's
kad biru..pengganti diri..padat berisi
Di luar bilik kaunseling dia hulurkan kad buatan sendiri berona biru. Tadi adik buat cepat-cepat takut ibu nampak. Tapi ibu naik lambat...sambil menitiskan airmata. Hati saya tersentuh...Saya peluk erat sambil mencipta kata-kata lawak supaya dia tidak terbawa-bawa kesedihan itu.
Selasa, 5 Mei 2009
DEBARAN...
Tujuan utama nak ambil barang LDK. Rafizal pula dah bersiap nak ke Pendang. Dok hanging macam tu dari kelmarin. Saya tak boleh kerja macam ni. Hari ini ...tunggu esok...esok tunggu lusa dan seterusnya. Amat menyusahkan hati...
Naik ke kubikal...sorang-sorang...siapa pun tak ada. Buat la apa yang patut..semak fail meja dan inventori barang tapi tak menjadi jugak. Jantung saya dok berdebar dari tadi. Tak tau kenapa. Selalunya petang-petang baru jadi macam ni. Ishh...pening fikir. Yang saya nak susah hati sangat ni pasal apa?
Kenyataannya kawan saya pagi-pagi dah call tanya tempat kursus anaknya di Hosba Valley. Nama resort dah berubah tak tau berapa kali. Tempat agak privacy...Senang panggil tu sahaja. Dah selamat sampai pun dan saya turut merasakan kelegaannya. Sementara menunggu jam 1.15 saya dok menaip ni...nak cerita perasaan sedikit. Mana tahu .. debaran ni boleh berkurangan.
Minggu lepas sangat memenatkan macam ummi dalam blognya kata ...marathon. Dah hangat isi borang...datang pejabat urus barang LDK, confirm alumni yang akan hadir dan jumpa PTM untuk urusan mentor-mentee. Alhamdulillah budak-budak alumni ni sudi hadir. Mengenang jasa sungguh...
29 April tu hari anugerah SMSTSP Perlis. Baby boy saya ..Haziq dapat anugerah..jadi saya, suami n si bongsu hadir...kata mula jam 8.30. Pukul 9.05 tak ketentuan hala lagi. Saya rasa sangat penat menunggu dan si bongsu buat muka boring. My boy pun tak sangka dia dapat anugerah...rezeki dia. Akak pun di sekolah yang sama tumpang gembira. Harapan saya...tahun depan saya akan ke sana untuk menyaksikan kedua-duanya naik ke pentas ...insyaallah.
Bawa balik kedua-duanya hari Rabu dengan kebenaran...esoknya ponteng.. nak balik kampung dan terus ke Jitra ambil Alang . Sampai kat Dewan Wawasan.. Alang tanya bila nak balik kg.. saya kata esok. Tiba-tiba suami saya bersuara...hari ni.. Oh my god...gile ke? Saya bersyarah sampai pekan Changlun (nama pun pensyarah...jadi saya praktikkan kebolehan yang ada..kahkah). Hubby saya tak menyahut sepatah pun. Saya kata... kalau nak balik hari ni u balik sorang. Titik.
Sampai kat rumah...lucutkan tudung dan saya mula membasuh pakaian anak-anak kerana nak pulang semula ke sini hari Ahad dan kesemuanya perlu dihantar ke asrama sebelum jam 6.00 petang. Jadi segala kelengkapan termasuk ration kena siap. Balik tukar pakaian , angkat beg dan terus balik. Alang perlu dihantar dulu. Esoknya baru boleh hantar barang. Tetapi atas kebijaksanaannya dia dapat balik esoknya...auta betul budak ni...
Saya tak peduli apa hubby saya kata. Saya terus membasuh dan hampir jam 9.00 malam baru habis membasuh. Lepas itu sumbatkan pakaian dan barang yang akan di bawa balik ke kampung. Anak-anak kumpulkan baju. Saya dah bagi kelulusan baru boleh masuk beg (mengalahkan imigresen daaa...) dan saya siap mengemas hampir jam 1.00 pagi. Tak boleh nak lelapkan mata kerana terlalu letih..Suami saya cool je...tido. Malam tu saya minta maaf dan cium tangan hubby baru boleh tido...(tragis sungguh...)
Pagi esok sambung packing sikit-sikit lagi. Kami bertolak lebih kurang jam 9.00 pagi. Saya sangat-sangat letih kerana tenaga dah habis dengan kepala fikir banyak benda...termasuk kenduri yang akan diadakan di rumah mertua saya.
Sampai rumah abah jam 2 lebih dan jam 3 lebih saya pergi shooping dengan akak, adik bongsu n si bongsu. Akak beli banyak barang keperluan diri. Dah duit sendiri banyak...hubby bagi sempena ulangtahun dia. Tak pe lah...dia memang jarang shopping...faham keadaan ibu...masalahnya si bongsu...shopping sakan jugak. Letih pun puas hati...akak dapat apa yang dia perlu.
Esoknya pagi-pagi selepas sarapan dah pergi picnic. Seronok jugak. Petang melawat bapa saudara sakit di hospital. Tak siapa jaga...Sedih. Saya peluk dia dan dia menangis. Naik kereta...saya termenung..esok dah tua pun...kita mungkin macam tu jugak.. tak ada siapa nak tunggu dan tengok kerana semua anak-anak ada komitmen masing-masing. Saya cepat-cepat padamkan dari fikiran. Debaran saya dah datang semula...ya allah...
Ahad, 3 Mei 2009
W610i BERCERITA
Suami saya...jumpa suratkhabar hem...adik ipar beli tiket masuk
Suami saya...lebih senang memerhati...
Bergambar sakan...
Ke mana lagi harus kutumpahkan kasih sayang...chik..kami nak amik outdoor wedding photos kat batu ni boleh ke? Tapi k.long n along kena kuruskan badan balik... macam dedulu...slim oooo..
Akak dan Alang tengah warming up ke.. cooling down???
Tempat bermanja....
Ibu nak menyorok belakang alanglah... tak boleh le.. ibu besar sangatlah alang ooii..hehe
Sekilas ikan di air..saya tak tau jantan betinanya..kena tanya kawan saya..dia roti canai pun tau jantan betinanya...pelik bin ajaib betul!!!!
Si bongsu..memang dominating sungguh..tu tengah paksa alang mandi bersama..alang tu demam..tetapi akhirnya tewas juga...masuk ke air di saat-saat akhir sebelum pulang...
Angah tengah menjamu selera..nasi dan bihun goreng plus ayam grill..sedap!
Si bongsu tunjuk perasaan..kerana saya tak bergambar dengannya..kelam pun kelamlah..kena masuk blog jugak...gambar arnab dan burung merak dalam kandang saya tak masukkan..tak natural
Pancuran bawah kolong surau...air dari sungai...unik..mencuri perhatian saya
Air anak sungai yang sangat jernih...menyentuh hati
Rimbunan helicornia...bunganya menjulai jatuh ...paling saya minati..orkid hutan pun ada..tapi tak ada kayu nak kait...buat jahat sekali sekala tak pa kot...dapat fatwa dari mana ni????
Wajah polos akak...terharu saya dibuatnya...kami datang jam 9.30 dan pulang jam 12.00 tengahari lebih kurang...sembahyang jumaat cik abang ooii...