Ahad, 31 Mei 2009

MENJELANG MALAM

Wahai sang siput...dengarlah rintihan hatiku....

Ke mana lagi mahu berbicara...hanya boleh bersuara dan berkata-kata di sini. Keletihan saya ke tahap maksima hari ini. Baru sahaja habis 3 kali basuhan... mesin semi auto pulak. Masih boleh digunakan lagi..jadi saya gunakan terus walaupun rasa agak membebankan.

Jam 2 petang hantar akak ke Jitra..tuisyen. Sampai pejabat print out BKP dan semak sikit fail meja. Jumpa Yan sebentar...sembang-sembang tentang anak dan duit yang telah berjaya kami perabiskan dalam masa sehari dua. Wow...dua kali limalah kami ni...bagi saya gunakan lah duit tu selagi boleh dan larat nak berbelanja. Dah tua nak buat apa duit dah...dok kat rumah tengok ayam dan itik je lah. Nak drive merc pun tangan dah menggigil, lutut dah tak boleh bengkok dan lurus lagi.. nak buat apa?? Akhirnya...anak-anak yang joli sakan..bukan prasangka ...tapi saya dah lihat sendiri keadaan ini terjadi kepada ibubapa yang simpan sakan duit...gengam tak tiris...tapi akhirnya duit tu habis jugak ...ke mekah tidak..ke mana pun tidak...Saya bukan tak simpan langsung...ada...untuk pelajaran anak-anak je lah.

Tangan pun rasa menggigil ni. Balik ambil Akak...shopping sikit...Sampai dah nak maghrib..ya allah rumah macam tongkang pecah. Dalam singki penuh pinggan mangkuk. Kain kelmarin ada yang terperap basah kekal seperti adanya. Saya mula naik hantu...tendang sana sini. Selagi ada baldi..apa-apa je boleh kuis dengan kaki. Mood saya memang dah tak baik awal pagi lagi..balik pulak tengok rumah bersepah.. bertambahlah lagi.

Itulah kelemahan saya...saya sangat cepat naik berang kalau tengok rumah tidak terurus. Anak-anak pun tahu...tadi mungkin mereka pun terlepas pandang...keletihan dan baring terus-terusan...macam orang patah pinggang. Sambil berkemas..saya campakkan baju dan seluar kotor sambil mulut membebel panjang. Larat tak larat dengarkan sahaja. Sambil tu juga masukkan kain yang dibawa balik dari asrama ke dalam mesin. Suara saya lebih kuat dari bunyi mesin tua tu ...

Lepas makan malam...sambung basuh kain lagi. Sapu dapur dan lap sana sini. Baru lega sedikit. Tengok dah clear semua. Perut saya mulai sakit semacam ni. Tangan pun mula menggigil...tapi hati ini lebih kuat dari tangan dan perut saya...masih mahu mencoret juga. Kepala pun rasa di awangan je. Hubby besa la ...selambe badak je..

I have to cool down...really...takut tumbang sekali lagi ...nak iron baju pulak...jam dah 10.00 lebih. Perasaan saya sangat-sangat terjerat....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...