Tujuan utama nak ambil barang LDK. Rafizal pula dah bersiap nak ke Pendang. Dok hanging macam tu dari kelmarin. Saya tak boleh kerja macam ni. Hari ini ...tunggu esok...esok tunggu lusa dan seterusnya. Amat menyusahkan hati...
Naik ke kubikal...sorang-sorang...siapa pun tak ada. Buat la apa yang patut..semak fail meja dan inventori barang tapi tak menjadi jugak. Jantung saya dok berdebar dari tadi. Tak tau kenapa. Selalunya petang-petang baru jadi macam ni. Ishh...pening fikir. Yang saya nak susah hati sangat ni pasal apa?
Kenyataannya kawan saya pagi-pagi dah call tanya tempat kursus anaknya di Hosba Valley. Nama resort dah berubah tak tau berapa kali. Tempat agak privacy...Senang panggil tu sahaja. Dah selamat sampai pun dan saya turut merasakan kelegaannya. Sementara menunggu jam 1.15 saya dok menaip ni...nak cerita perasaan sedikit. Mana tahu .. debaran ni boleh berkurangan.
Minggu lepas sangat memenatkan macam ummi dalam blognya kata ...marathon. Dah hangat isi borang...datang pejabat urus barang LDK, confirm alumni yang akan hadir dan jumpa PTM untuk urusan mentor-mentee. Alhamdulillah budak-budak alumni ni sudi hadir. Mengenang jasa sungguh...
29 April tu hari anugerah SMSTSP Perlis. Baby boy saya ..Haziq dapat anugerah..jadi saya, suami n si bongsu hadir...kata mula jam 8.30. Pukul 9.05 tak ketentuan hala lagi. Saya rasa sangat penat menunggu dan si bongsu buat muka boring. My boy pun tak sangka dia dapat anugerah...rezeki dia. Akak pun di sekolah yang sama tumpang gembira. Harapan saya...tahun depan saya akan ke sana untuk menyaksikan kedua-duanya naik ke pentas ...insyaallah.
Bawa balik kedua-duanya hari Rabu dengan kebenaran...esoknya ponteng.. nak balik kampung dan terus ke Jitra ambil Alang . Sampai kat Dewan Wawasan.. Alang tanya bila nak balik kg.. saya kata esok. Tiba-tiba suami saya bersuara...hari ni.. Oh my god...gile ke? Saya bersyarah sampai pekan Changlun (nama pun pensyarah...jadi saya praktikkan kebolehan yang ada..kahkah). Hubby saya tak menyahut sepatah pun. Saya kata... kalau nak balik hari ni u balik sorang. Titik.
Sampai kat rumah...lucutkan tudung dan saya mula membasuh pakaian anak-anak kerana nak pulang semula ke sini hari Ahad dan kesemuanya perlu dihantar ke asrama sebelum jam 6.00 petang. Jadi segala kelengkapan termasuk ration kena siap. Balik tukar pakaian , angkat beg dan terus balik. Alang perlu dihantar dulu. Esoknya baru boleh hantar barang. Tetapi atas kebijaksanaannya dia dapat balik esoknya...auta betul budak ni...
Saya tak peduli apa hubby saya kata. Saya terus membasuh dan hampir jam 9.00 malam baru habis membasuh. Lepas itu sumbatkan pakaian dan barang yang akan di bawa balik ke kampung. Anak-anak kumpulkan baju. Saya dah bagi kelulusan baru boleh masuk beg (mengalahkan imigresen daaa...) dan saya siap mengemas hampir jam 1.00 pagi. Tak boleh nak lelapkan mata kerana terlalu letih..Suami saya cool je...tido. Malam tu saya minta maaf dan cium tangan hubby baru boleh tido...(tragis sungguh...)
Pagi esok sambung packing sikit-sikit lagi. Kami bertolak lebih kurang jam 9.00 pagi. Saya sangat-sangat letih kerana tenaga dah habis dengan kepala fikir banyak benda...termasuk kenduri yang akan diadakan di rumah mertua saya.
Sampai rumah abah jam 2 lebih dan jam 3 lebih saya pergi shooping dengan akak, adik bongsu n si bongsu. Akak beli banyak barang keperluan diri. Dah duit sendiri banyak...hubby bagi sempena ulangtahun dia. Tak pe lah...dia memang jarang shopping...faham keadaan ibu...masalahnya si bongsu...shopping sakan jugak. Letih pun puas hati...akak dapat apa yang dia perlu.
Esoknya pagi-pagi selepas sarapan dah pergi picnic. Seronok jugak. Petang melawat bapa saudara sakit di hospital. Tak siapa jaga...Sedih. Saya peluk dia dan dia menangis. Naik kereta...saya termenung..esok dah tua pun...kita mungkin macam tu jugak.. tak ada siapa nak tunggu dan tengok kerana semua anak-anak ada komitmen masing-masing. Saya cepat-cepat padamkan dari fikiran. Debaran saya dah datang semula...ya allah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan