Ahad, 17 Mei 2009

HADIAH...

Saya...menyorok disebalik hadiah..katalah. .nampak!
Si bongsu...seronok ibu membantu...


Timbunan hadiah...untunglah si guru...

16 Mei adalah hari yang paling bermakna untuk sang guru. Tak kiralah guru yang mana...janji guru. KMK dah menyambut lebih awal...majlis penutup dan ikrar pelajar diharung sekali dengan Sambutan Hari Guru. Touch sana sikit sini sikit. Nak kata tak puas hati tidak juga...janji ada sambutan sudah memadai bagi saya kerana penghargaan dari hati lebih penting daripada sambutan besar-besaran tetapi dalam keadaan terpaksa dan menyusahkan
Kelmarin saya benar-benar letih. Tertidur dalam kereta dalam perjalanan pergi ke Alor Setar dan balik. Badan dah penat seminggu dan si bongsu sibuk juga nak membeli hadiah untuk sang gurunya yang ada sebelas orang tu. Alang pun balik 2 hari dan perlu dihantar pulang sebelum jam enam petang .

Pagi-pagi lagi kami ada tetamu Syazwan...alumni..dalam blog lepas saya masukkan gambarnya. Tengok tak?.. Saya masak bihun goreng. Malu saya kerana bukan pandai bab masak memasak ni. Tapi Syazwan makan dengan selera...bukan sebab sedap... tetapi saya tahu dia tak pernah pilih makanan. Sesuai buat menantu ni...hahaha. Saya mengaku tak pandai masak dan hubby saya yang jarang bersuara tu tiba-tiba kata...wan..nanti pencen boleh jual bihun goreng kot na..oh my god!...dia saje kata tak pandai masak...tapi sebenarnya pandai masak...penghargaan tu. Rasa nak cium dia masa tu jugak..kahkahkah.
Tengahari baru bercadang nak ke Alor Setar... mak saudara hubby datang pulak dari Sik . Bihun tu ada sedikit lagi dan saya hidangi dengan keropok. Jadi banyak pahala hari tu. Ramai orang boleh menikmati bihun yang tak sesedap mana tu...jam 1.05 baru bertolak ke Alor Setar.

Memilih hadiah memang memeningkan. Alang beli mangkuk kaca hijau dan mug cantik ...ala kristal dan gel kristal. 8 cukup...untuk cikgu dia sayang sahaja. Si bongsu 4..5 kali kira dengan jari...akhirnya 10 dibeli. Budget rm5.00 setiap satu. Hubby bagi rm50. Saya terpaksa tambah..banyak jugak... dengan pembalut plastik dan sebagainya.
Alang dihantar dan sampai di rumah.. si bongsu merengek minta dibantu. Selesai mandi dan sembahyang asar saya membalut hadiah-hadiah tu. Ishh...s.ibongsu tu dalam perli berkata...mengapalah adik dapat ibu yang kreatif macamni..i luv u mom ...geram saya dan saya peluk cium dia. Habis membungkus tolong buat tag untuk SELAMAT HARI GURU pulak. Di atas saya masukkan gambarnya... tapi masih belum sediakan tag lagi.
Tiba-tiba dia kata tak cukup satu lagi untuk cikgu KH. Mak ooiii..11 orang cikgu...saya kata..carilah ape-ape ganti..saya dah tak berdaya nak ke kedai lagi. Akhirnya...tak payah lah ibu...dia bukan masuk kelas pun...2 kali je sejak mula sekolah...asyik tengok budak main hoki...kami kata ganti cikgu lain pun tak pe...saya menyambut...tak baik adik cakap macamtu...saya termenung kehilangan kata-kata...anak saya baru 10 tahun dan menilai cikgu sedemikian rupa...apalagi yang dah 18 tahun...macamnana pulak mereka menilai saya ye?...hemmm..keluhan datang lagi dari sudut hati saya yang paling dalam ....seikhlasnya...

1 ulasan:

  1. selamat hari gur long!!keep up your great career as a lecturer!!yeay!!=)

    long, gitau syifa' & alang, achik pn cikgu..achik nk adiah gak!!haha..=D

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...